You are on page 1of 3

PIBG SK KERDAU

MINIT MESYUARAT AJK KALI PERTAMA


2015
TARIKH

07 Julai 2015 (Selasa)

MASA

10.45 am 01:10 pm

TEMPAT

Bilik Gerakan SK Kerdau

PENGERUSI

En Zainal Abidin Bin Abdullah

KEHADIRAN

14 orang

BI
L

AGENDA

Ucapan Aluan YDP PIBG En Zainal Abidin Bin Abdullah


Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah.
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan
masa menghadiri mesyuarat.
Pengerusi memohon maaff atas kelewatan kerana tuntutan tugas.
Pengerusi mengharapkan ahli jawatankuasa yang baru dapat bersamasama pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Ucapan Guru Besar En Kamal Bin Jamaludin
Tahniah kepada barisan AJK baru dan terima kasih kepada semua yang
dapat hadir.
Memaklumkan mengenai pertukaran guru iaitu Pn Hajah Hamidah yang
telah bertukar ke SK Paya Ara kerana keperluan perkhidmatan. Pn
Siti Rafidah akan dilantik sebagai AJK bagi menggantikan tempat Pn
Hajah Hamidah.
Tujuan PIBG : sebagai medan ibu bapa dan guru untuk bekerjasama
dengan tujuan untuk membantu anak-anak. PIBG yang baik menggunakan
sumber kewangan untu anak-anak, pembangunan sekolah dan
masyarakat.
Untuk memudahkan pengurusan, Guru Besar mencadangkan untuk
menubuhkan 3 biro untuk merancang program sepanjang tahun yang
dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Pihak sekolah ingin memohon sumbangan PIBG untuk mewujudkan papan

TINDAKA
N

tanda MBMMBI di jalan masuk ke sekolah menggantikan sudut bendera


negeri yang telah koyak.
Pembentangan Laporan Kewangan Ustaz Ahmad Bin Daud
Satu perjumpaan dengan pengusaha kelapa sawit En Isamudin Bin
Ismail telah dijalankan pada 09 Mac 2015.
Kontrak perjanjian melibatkan keluasan tanah sebanyak 3 ekar
selama 10 tahun bermula Januari 2013 sebanyak RM300 sebulan.
Pihak pengusaha telah membayar kepada sekolah sebanyak RM1500 pada
tahun 2014 dan RM2500 pada tahun 2015.
Baki setakat bulan Mac tertunggak sebanyak RM4600. Baki ini akan
dijelaskan dalam tempoh 6 bulan oleh pengusaha.
Rujuk penyata kewangan yang diedar:
a. Derma tetap PIBG : rm3953.14
b. Pengerluaran : RM2923.00
Ustaz Fakhrul Rofiz mencadangkan penyata kewangan tersebut
diterima dan disahkan dan disokong oleh Pn Siti Rafidah Binti
Ramli.
Penukaran Tanda Tangan Akaun Kelab PIBG SK Kerdau
Mesyuarat telah memutuskan ahli-ahli berikut diberi mandat untuk
menandatangani cek akaun Kelab PIBG SK Kerdau:
a. En Zainal Abidin Bin Abdullah Yang Dipertua
b. Pn Farah Waheda Binti Mansor Setiausaha
c. En Ahmad Bin Daud - Bendahari
Pelantikan Exco / Biro
Biro sebagai penggerak untuk memudahkan/memantapkan PIBG:
a. Pendidikan dan maklumat:
-Pn Siti Rafidah Binti Ramli (K)
-Puan Norliza Binti Ahmad
-Puan Hasni Binti Abdullah
b. Bina Insan & Kebajikan:
- Ustaz Fakhrul Rofiz Bin Abdul Rahman (K)
- En Maznan Bin Awang Lah
- En Mohd Saifudin Bin Abdul Rahman
c. Ekonomi & Keceriaan:
- En Abdul Rahman Bin Yaakub (K)
- Pn Siti Sanariah Binti Mohd Arshad
- Pn Hanita Binti Mokhtar
Cadangan Program 2015
Majlis Jamuan Hari Raya melibatkan guru dan ibu bapa pada 08 Ogos
2015.
Cadangan menu :
a. Lemang + rendang PIBG
b. Satay En Abd Rahman
c. Kuih raya
Pn Siti Sanaraiah mencadangkan setiap keluarga/penjaga menyumbang
2

10

11

sebanyak RM5 dan kuih raya.


Laporan GPK
GPK 1 membentangkan laporan berkaitan kecemerlangan UPSR. Rujuk
lampiran.
GPK HEM berharap ibu bapa dapat mengembalikan borang yang
diedarkan oleh pihak sekolah dengan lengkap dalam masa yang telah
ditetapkan.
GPK Koko memaklumkan waktu kokurikulum berjalan seperti biasa pada
bulan puasa .
GPK Koko membentangkan kertas kerja papan tanda MBMMBI. Rujuk
lampiran.
Hal-Hal Lain
Mesyuarat memutuskan untuk melantik Pn Hanita sebagai AJK ibu bapa
menggantikan Pn Fadhilah Ariffin yang mengalami masalah kesihatan.
Ustaz Ahmad memaklumkan masih ramai ibu bapa yang belum
menjelaskan yuran tambahan persekolahan. Mohon PIBG mengeluarkan
surat peringatan kepada yang masih belum menjelaskan bayaran bagi
memudahkan PIBG menjalankan program.
Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang
dapat hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01:10 pm.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan September.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................

........................

You might also like