You are on page 1of 39

j-QAF

KELAS PEMULIHAN JAWI

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia

TAKRIF

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran


yang dilaksanakan oleh guru
pemulihan untuk memulihkan murid
yang keciciran dalam jawi. Kelas ini
dijalankan serentak dengan jadual
waktu persekolahan sedia ada.

OBJEKTIF

Murid yang keciciran dalam jawi akan


dipulihkan dengan sekurang-kurangnya
dapat mengenal, menyebut, dan
menulis huruf-huruf tunggal, suku kata
terbuka, suku kata tertutup dan
perkataan-perkatan mudah yang dibina
daripada suku kata terbuka dan suku
kata tertutup.

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar kelas ini ialah muridmurid yang tidak dapat melepasi ujian khas
iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau
suku kata terbuka.

STRATEGI PELAKSANAAN

Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana


peringkat sekolah yang dipengerusikan
oleh Guru Besar.

TUGAS J/K PELAKSANA

Kenalpasti murid-murid yang keciciran


melalui ujian khas atau maklumat
daripada guru yang mengajar. Jumlah
murid bagi satu kelas pemulihan
hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.
Sedia tempat bagi pelaksanaan kelas
pemulihan.
Sedia bahan bantu mengajar.

STRATEGI PELAKSANAN

Laksana Kelas Pemulihan Jawi ikut


agihan kemahiran dan kaedah P & P
yang telah ditentukan.
P & P guna kaedah permainan dan
nyanyian yang menyeronokkan.
Buat penilaian dan rekod pencapaian
murid setiap kali kelas dilaksanakan.

AGIHAN TUGAS
Guru Besar

Tubuh Jawatankuasa Pelaksana


Adakan mesyuarat penyelarasan
Pastikan Kelas Pemulihan Jawi ini
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Pantau perlaksanaan Kelas Pemulihan
Jawi.

Ketua Panitia Pendidikan Islam

Setiausaha jawatankuasa pelaksana


peringkat sekolah.
Bekerjasama dengan guru pemulihan
dan guru-guru Pendidikan Islam
menyediakan keperluan pelaksanaan
Kelas Pemulihan Jawi.
Semak laporan yang dibuat oleh guru
mata pelajaran dan guru pemulihan.

Guru Mata Pelajaran

Buat ujian khas untuk memilih pelajar


yang akan mengikuti Kelas Pemulihan
Jawi.
Teruskan pengajaran mengikut jadual
persekolahan biasa.

Guru Pemulihan Jawi

Laksana Kelas Pemulihan Jawi mengikut


agihan kemahiran dan kaedah P&P yang
telah ditetapkan.
Rekod hasil penilaian yang dilakukan
selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.
Laporkan perjalanan kelas dan hasil
penilaian kepada Ketua Panitia dan Guru
Besar.

Waktu
Waktu 1

Kemahiran

Memperkenalkan huruf tunggal

@x@t@p@l@a

Waktu 2

Memperkenalkan huruf tunggal @@@@@

Waktu 3

Memperkenalkan huruf tunggal @@@@@

Waktu 4

Memperkenalkan huruf tunggal


@ @@@@@

Waktu 5

Memperkenalkan huruf tunggal


@ @@@@@

Waktu 6

Memperkenalkan huruf tunggal @t@@@@@

Waktu 7
Waktu 8
Waktu 9
Waktu 10
Waktu 11
Waktu 12

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf

p@l@a

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf

@@x

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf

@ @@

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf@

@ @

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf

@t@

KAEDAH P&P
Permainan bagi kemahiran huruf tunggal:
Boling
Tenteng
Main kad
Keretapi

KAEDAH P&P
Permainan bagi kemahiran suku kata :
Sahibba
Pancing Ikan

KAEDAH P&P
Nyanyian:
Rasa Sayang Jawi
Eja dan Baca
Vokal dan Suku kata.

PENILAIAN

Guru hendaklah melaksanakan penilaian


setiap kali kelas dijalankan. Penilaian
hendaklah menguji kemahiran membaca
dan menulis huruf-huruf dan suku katasuku kata yang dipelajari. Hasil penilaian
hendaklah direkod ke dalam Borang
Penilaian Kelas Pemulihan Jawi.

MODUL P&P
Waktu 1 : Memperkenalkan huruf tunggal
Objektif :
Murid boleh mengenal dan menulis huruf tunggal
Cadangan aktiviti :

Memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf:

Menggunakan kad (kad imbasan / kad tebuk)


Melakar huruf di udara.

MODUL P&P
Menyebut huruf secara latih tubi:

Kelas

Individu
Bermain permainan boling.
Penilaian dibuat secara individu dalam bentuk :

Lisan

- Guru menayangkan kad huruf-huruf yang telah dipelajari.


- Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut

Tulisan

Guru menyebut huruf-huruf yang dipelajari dan murid dikehendaki


menulis huruf tersebut di atas kertas.

KERJA RUMAH

Guru hendaklah menyediakan lembaran


kerja yang mengandungi huruf yang telah
dipelajari. Ruangan untuk tandatangan ibu
bapa hendaklah disediakan.
Murid diminta menulis semula huruf-huruf
tersebut di rumah. Murid diminta mengambil
tandatangan ibu bapa mereka setelah
menyempurnakan tugasan tersebut.
Guru hendaklah menyemak tugasan tersebut
pada keesokan hari.

BOLING

ALATAN

Tin susu sebanyak 6 biji diwarna dan


ditulis dengan huruf Jawi tunggal yang
hendak diajar.
Bola kecil.
Lembaran kerja

CARA PERMAINAN

Susun tin mengikut bentuk piramid atau tiga


segi.
Setiap murid dikehendaki membuat lontaran
ke arah tin tersebut.
Murid dikehendaki menyebut huruf-huruf
yang terdapat pada tin yang jatuh.
Tepukan diberi kepada murid yang
menyebut dengan betul.
Sebagai pengukuhan murid diberi lembaran
kerja untuk menulis

TENTENG

ALATAN

Tapak permainan
Ceper
7 keping sampul surat dilabelkan
nombor 1 hingga 7. Setiap keping
mengandungi 3 huruf.
Hadiah
Kad undian huruf a@ hingga (huruf
mengikut jumlah murid).

CARA PERMAINAN

Murid diundi dan bersedia di tepi tapak permainan.


Murid yang mendapat huruf alif memulakan permainan dengan
melontar ceper ke dalam kotak tenteng yang tersedia.
Murid dikehendaki mengambil sampul yang sama nombornya
dengan nombor di mana cepernya jatuh.
Sampul dibuka murid dikehendaki menyebut semua atau dua
daripada huruf yang terdapat dalam sampul tersebut.
Murid yang berjaya menyebut huruf tersebut boleh
meneruskan permainan tenteng.
Murid yang berjaya menyudahkan lompatan mengikut urutan
akan diberi hadiah.

SAHIBBA

ALATAN

Kad huruf
Tapak Sahibba
Kad suku kata
Lembaran kerja

CARA PERMAINAN

Permainan secara individu.


Setiap suku kata rumi yang dapat dijawikan diberi
mata.
Murid menyusun huruf menjadi suku kata jawi
mengikut arahan yang diberi di atas tapak sahibba.
Murid
menyebut bunyi suku kata yang telah
disusun.
Setelah dapat menyebut suku kata murid menulis
pada lembaran kerja yang disediakan.

MAIN KAD HURUF

ALATAN

Set kad huruf Jawi dari Alif hingga Nya

CARA PERMAINAN

Huruf-huruf Jawi disusun tanpa mengikut susunan atau urutan.


Setiap murid diberi empat keping huruf.
Kad huruf selebihnya diletakkan di tengah.
Murid mengambil satu daripada lebihan kad huruf kemudian
mengeluarkan satu kad hurufnya dan diletakkan di tengah.
Sambil mengeluarkan kad, murid menyebut huruf tersebut sebanyak
tiga kali.
Kad yang telah dikeluarkan oleh mana-mana pemain boleh diambil
oleh pemain lain.
Permainan dijalankan mengikut giliran.
Murid yang dapat mengumpul empat huruf jawi yang berurutan diberi
kemenangan dan ganjaran.
Murid yang lain meneruskan permainan untuk menentukan tempat
kedua dan seterusnya.

PANCING IKAN

ALATAN

Objek ikan dikerat dua


Batang pancing
Kad suku kata
Lembaran kerja
Gambar

CARA PERMAINAN

Permainan dijalankan secara berkumpulan


Tampalkan gambar di papan hitam
Murid dikehendaki memancing gambar bersuku kata
yang boleh membentuk perkataan bergambar.
Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun
suku kata menjadi perkataan berdasarkan gambar
dengan pantas dikira sebagai pemenang.

KERETAPI

ALATAN

Kad huruf bertali (besar) boleh digantung di leher murid.

Arahan:

Guru menerangkan cara permainan kereta api.


Setiap murid diberi kad huruf dan digantung di leher mereka.
Kad huruf digantung di bahagian depan dan belakang.
Huruf yang digantung di leher murid adalah huruf yang sama.

CARA PERMAINAN

Guru memilih seorang murid memainkan peranan


sebagai kepala kereta api. Murid ini tidak diberi
huruf. Murid-murid lain diberi huruf.
Mereka akan menyusun huruf-huruf tersebut
mengikut urutan di stesen yang ditentukan.
Kepala kereta api berbunyi tut, tut, tut, huruf apa
sekarang?
Murid yang mempunyai huruf pertama, contohnya
huruf (a), akan meletakkan kedua tangan di bahu
kepala kereta api dan menyebut huruf (a) 3 kali.

CARA PERMAINAN (SAMB.)

Setelah 3 kali menyebut, kereta api akan mula bergerak satu


pusingan sambil berbunyi tut, tut tut
Setelah satu pusingan, kereta api akan berhenti semula di
stesen dan kepala kereta api akan berbunyi tut, tut, tut, huruf
apa sekarang.
Murid kedua yang mempunyai huruf (l) akan meletakkan
tangan di bahu murid (@a) dan menyebut huruf (l) 3 kali.
Permainan akan diteruskan sehingga semua murid selesai
bermain.
Setelah kereta api dilengkapkan murid-murid menyebut semula
huruf masing-masing mengikut urutan.

You might also like