You are on page 1of 1

FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT

PERDAGANGAN ANTARABANGSA
1. Kedudukan geograf
Melaka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China.
Selain itu, pelabuhan ini juga terlindung daripada tiupan angin monsun, kawasan
perairannya dalam dan jauh daripada paya bakau. Keadaan ini menjanjikan
aktiviti perdagangan dapat dijalankan dengan selamat.
2. Peranan syahbandar
Jawatan syahbandar diwujudkan bagi memastikan kegiatan perdagangan
berjalan lancar.
Antara peranan Syahbandar ialah menguruskan pasar dan gudang, memeriksa
alat timbang dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan
peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan dan
keselamatan pedagang.
3. Kemudahan di pelabuhan
Pelbagai kemudahan seperti gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal
untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsun kapal, perahu,
jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut
barang ke gudang
4. Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga
Sistem cukai yang berpatutan : Pedagang dari Barat dikenakan 6% pedagang
yang tinggal tetap di Melaka 3% pedagang dari China dan Jepun hanya perlu
memberi hadiah.
5. Pelabuhan entrepot
Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barang dari Kepulauan
Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.
6. Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang Laut Melaka digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan
berjalan lancar. Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata
tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan
tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda.
7. Peranan Laksamana dan Orang Laut
Laksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan
perairan Selat Melaka. Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut. Hal
ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan
Melaka.

You might also like