You are on page 1of 2

MUHAMMAD ABDUL WAHAB MEMBAWA AGAMA BARU

Secara ringkasanya Muhammad Abdul Wahab telah membawa agama baru,ini terbukti melalui
beberapa kenyataan ahli sejarah:
1. Seorang ahli sejarah Soviet Vladimir Lewisky ( 1906-1962) di dalam kitabnya :'Tarikh al-Aqtar
al-Arabiah al-Hadis " terjemahan Afifiah al-Bastami cetakkan Darul Taqaddum Moskow 1977 m.s.
95-97 berkata: "Selepas beliau pulang dari Najd sekitar umur 40 tahun, beliau pun berkhutbah di
hadapan penduduk badwi Najd untuk mengajarkan agama baru (ad-Dakwah al-Whabi dr M. Kamil
m..s. 242 ).
2. John Roymond penulis Perancis dalam bukunya bertajuk 'Memoires sur I'origine des wahabys
p. 5." berkata "Abdul Wahab (ayahnya seorang Qadhi ) pada peringkat awalnya telah menerima
dakwah anaknya, akan tetapi agama (ajarannya) tidak disebarkan secara terang terangan
( kerana di takuti ) kecuali sedikit daripada sahabatnya yang mempercayainya dengan
keiklasannya dan menyembunyikan ajaran Muhamamd Abdul Wahab ini secara rahsia. Maka
selepas kewafatan ayahnya barulah Muhammad Abdul Wahab menyebarkan dakwah beliau
secara terang terangan (ad-Dakwah al-Wahabi dr M. Kamil m..s. 47-48.)
syarik, jahil dan sesat dan tidak mengetahui agama Islam......... ketika mana Muhammad Abdul
Wahab menyampaikan ajaranya ramailah di antara mereka yang menerimanya di sebabkan tiada
pegangan agama ,dan mereka juga tidak mengetahui bahawa mazhab yang dibawa olehnya
( Muhammad Abdul Wahab) adalah bertentangan dengan pegangan mazhab Imam Ahmad bin
Hambal yang hanya menasabkan sebagai simbol sahaja . Daripada apa kecenderungaan dan
minat mereka (orang Badwi ) pada agama baru ini, bahawasanya Muhammad Abdul Wahab
menghalalkan bagi mereka untuk membunuh orang-orang muslim serta merampas harta mereka.
(ad-Dakwah al-Wahabi dr M. Kamil m..s. 234.)
4. Ahli sejarah Denmark Crystal Nebahor di dalam bukunya bertajuk "Wasfu Jazirah Arab" beliau
adalah antara orang Barat pertama yang membahaskan tentang pergerakkan Muhammad Abdul
Wahab. Selepas beliau menziarahi Yamen, persisiran Teluk, Iraq, Syam pada kurun ke 18 dan di
antara tujuannya adalah untuk menemui Muhammad Abdul Wahab di ad-dar'yah, akan tetapi
dengan sebab keselamatannya beliau tidak dapat sampai ke daerah Najd, lalu beliau pun
mengambil berita pergerakkan tersebut di Basrah yang tidak jauh beza daripada apa yang
sebenarnya ,
Kemudian buku tersebut telah diterjemahkan oleh Dr Munir al-'Ajlaani di dalam kitabnya
bertajuk ; "Tarikh al-Bilad al-Arabiah as-Saudiah" jilid 1 iaitu {Sejarah Negara Saudi Arabiah }
katanya : " Selepas beberapa tahun beliau (Muhammad Abdul Wahab) pun membentuk firqah
jadid bahkan agama baru.
Katanya lagi; Selepas beliau pulang dari Najd ,beliau kemudiannya menyeru seluruh penduduk
Najd kepada pemikiranya iaitu agama baru.
Katanya lagi; Bahawasanya Muhammad Abdul Wahab berpendapat Sesungguhnya Muhammad,
al-Masih, Musa dan semua ambiyak adalah lelaki yang agung dan mereka layak untuk
dimuliakan, akan tetapi beliau
( Muhammad Abdul Wahab) tidak mempercayai kewujudan kitab Allah, kitab yang diturunkan
dari langit atau yang diturunkan melalui perantaran Jibril.
Aku tidak tahu sama ada kamu percaya atau tidak ,kerana orang-orang badwi mereka berkata
pada diri mereka, mereka adalah Muhammadun (umat Muhammad ) akan tetapi mereka tidak
mengenali Muhammad bin Abdullah dan memahami al-quran. ( lihat ad-Dakwah al-Wahabi .Dr M.
Kamil m..s. 236-238 )
5 Manakala di dalam ( Majalah Islam Watan keluaran April 1999 tahun ke 13 bil; 149 Muharam
1420 .m.s 7 ) Shaikh Syaid Muhammad 'Ala an-Din Madhi Abu al-'Azaim" Yang nyata dari hal
Muhammad Abdul Wahab bahawasanya beliau mendakwa sebagai nabi, melainkan beliau tidak
mampu menzahirkan secara terang-terangan dan adalah pada awal perlaksanaanya sukalah bagi
saya menyingkap sejarah Musilamatul Kazab , Sajah, Al-Aswad dan Tuliakh kesemua ini adalah

pendusta agama. Mereka menyembunyikan pengakuan beliau sebagai nabi, dan jikalau
memungkinkan beliau untuk menzahirkan ,maka beliau akan berkata : Aku diutuskan kepada
kamu untuk membawa agama yang baru ,kerana itu beliau mengkafirkan sahabat dan
bertopengkan mazhab Hambali, dan tidak menerima agama nabi Muhammad melainkan al-Quran
dan mentafsirkan mengikut hawa nafsu serta menolak pandangan ulama silam.
Sejarah ini tidak ubah seperti mana yang berlaku kepada Musilamatul Kazab di Nadj mari samasama kita perhatikan : Berkata Ibnu Ishak: Adalah Musailamah b. Habib al-Kazab telah menulis
sepucuk surat kepada Rasulullah katanya ; Dari Musilamah Rasulullah kepada Muhammad
Rasulullah Salam Sejahtera. Dengan ini , Maka sesungguhnya aku ingin berkongsi bersama kamu
(Nabi) pada urusan ini maka bagi kamu sebahagian bidang tanah dan bagiku sebahagian bidang
tanah. Hadis ini mengisahkan tentang bagimana Musailamah al-Kazab ingin berkerjasama
sebagai Utusan Allah untuk menyebarkan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi,lalu berjanji akan
membahagikan sebahagian bidang tanah untuknya.
Begitu jugalah persepakatan dan perkongsian Muhammad Wahad bersama Keluarga Saud lalu
beliau melebarkan empayarnya sehingga ke persisiran Teluk, selepas Muhammad Abdul Wahab
bernaung di bawah keluarga Saud, untuk mengukuhkan kedudukkannya serta menyebarkan
dakyahnya secara tersembunyi maka akhirnya terciptalah sebuah kitab yang berjudul 'At-Tauhid'
yang tidak lain hanya memuatkan perkataan syirik, sesat, bidah yang menyelubungi umat pada
zaman ini. Muhammad Abdul Wahab tidak menzahirkan dakwahnya sehinggalah kematianya
ayahnya pada 1153H, ini terbuki daripada kajian ahli sejarah Ibnu Bisr katanya: "Ramai daripada
mereka yang mengingkari (ajaran Muhammad Abdul Wahab ) dari semua aspek sehinggalah
berlakunya pertentanggan antara beliau dan ayahnya, juga terhadap keluarganya serta
penduduk Badwi Najd sendiri maka beliau pun membentuk ajarannya dalam tempoh dua tahun
sehingglah di akhiri dengan kewafatan ayahnya pada 1153H kemudian mengistiharkan
dakwahnya ke seluruh penduduk Najd . ( Tarikh Nadj jilid 1 Tahun 1973 m.s. 21-22 & ad-Dakwah
al-Wahabi Dr M. Kamil m..s. 39.-48 )

You might also like