You are on page 1of 3

BIDAH MEMBACA BASMALLAH DENGAN SIR.

Membaca Basmillah dengan Sir merupakan bidah yang tercela yang di lakukan oleh
golongan Umawiyah yang membuat helah kepada Abdulah bin Zubir , orang yang
mula-mula membaca Bismillah secara Sir ialah Amru bin Said bin Al-As bin Said
Al-As bin Umaiyah bin Abdussyams Al-Umawi An-Nasibi ( Golongan Umawi yang
membuat helah di sebut Al-Umawi An-Naasibi ).Golongan ini juga di gelar
TEMPELENGAN SYAITAN
Kenyatan ini ada di sebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Tahzib Al-Tahzib
8 / 35 berbunyi Amru [ Amru bin Said ] adalah orang yang mula-mula sekali
membaca Basmalah dengan Sir di dalam solat yang Mukhalif dengan ibnu Zubir
[ Abdullah Zubir] yang membaca dengan jahar dan [di sebutkan] juga riwayat ini
oleh Imam Syafe dan selainnya dengan sand yang soheh

Imam Nawawi ada menyatakan hal ini di dalam Majmuk syarah Muhazzab 3 / 343344 katanya :
Dan berhujah Ashab kami (As-sayfeiyah) dan Jumhur adalah istihbab (disukai )
membaca jahar berdasarkan hadis-hadis dan selain dari mereka mengumpulkannya
( hadis ini ) dan mengkhusukan berkata Syeikh Abu Muhamad Al-Maqdisi :
Ketahuilah bahawasanya hadis yang warid membaca jahar Basmallah itu banyak, ada
di kalangan para ulamak menerangkan dengan jelas ada pula yang memahami dengan
ibarat , dan tidak ada hadis yang warid dari nabi yang menjelaskan membaca
Basmallah dengan Sir meliankan 2 riwayat [ pertama ] : Riwayat dari ibnu Mughffal
dan riwayat ini adalah Dhoif dan [yang kedua ] riwayat dari Anas bin Malik yang di
sebut sebagai hadis Muaallalah yang mana wajib digugurkan untuk di jadikan
hujjah yang akan di terangkan insyallah
selesai Kalam Imam Nawawi Kemudian berkata Imam Nawawi di dalam Majmuk syarah Muhazzab 3 / 351-352
katanya :
Ada pun jawapan kepada mereka yang menggunakan hadis Anas iaitu Mereka
memulakan Al-fatihah bukan dengan surah [ selepasnya], Ini adalah takwil yang
telah di tentukan bagi menghimpukan di antara riwayat-riwayat, kerana membaca
Basmallah itu di riwayatkan juga oleh Asyiah dengan perbuatan dan dan juga dari
nabi .

Adapun riwayat muslim yang menyebutkan Maka aku tidak dengar seorang pun di
kalangan mereka membaca bismillah hir rahmanir rahim
maka berkata Ashab kami : makna riwayat lafaz ini adalah di fahaminya oleh rawi
mengikut kefahamnaya , maka adalah salah. Jikalau lafaz hadis ini menjelakan /
memberitahu ( nama surah ) maka benarlah dan di sepakati oleh para hufaz, akan
tetapi lafaz hadis ini tidak di keluarkan oleh Imam Bukahri dan juga imam Tarmizi
dan juga Abu Daud dan selain darinya
Dan thabit di dalam Sunan Darul Qutni dari Anas berkata : Kami bersembahyang di
belakang nabi dan Abi Bakar dan Umar dan Usman Radialullahu amhum , maka
mereka memulakan dengan Umul Quran dengan jahar ini adalah hadis sohih.
Dalil ini jelas takwilan kami , yang mana telah thabit membaca Basmalah dengan
jahar seperti mana yang telah lalu , maka sewajarnya di takwilkan lafaz zohir hadis ini
Berkata Abu Muhammad Al-Maqadsi : Kemudian bagi mereka itu mentakwilkan
sebanyak 5 turuq :
Pertama : iaitu yang di pilih oleh Ibnu Bar : Tidak diharuskan berhujah dengan hadis
Anas ini kerana berubah-ubah, idhrob dan khilaf lafaz serta makna yang berubah
ubah maka tidak ada satu pun hadis ini yang boleh dijadikan hujjah di sisi kami
kerana sesekali menyebut Mereka memulakan dengan Alhamdulillah kemudian
ada pula lafaz yang lain menyebut Mereka tidak membacanya kadang kala
terdapat pula aku tidak mendengar mereka membacanya dan ada pula lafaz Aku
bertakbir.
*Walhasil jalan hadis ini maka kami menghukumkan wujudnya percangahan
riwayat dan tidak boleh ditarjihkan antara satu sama lain maka gugurlah [ kesemua
hadias Anas ini]
Kami melihat apa yang mereka lakukan untuk menolak hadis Anas ini telah di
nuqilkan juga oleh Al-Khotibi di dalam Muaalim Sunan dari Imam Ahmad
bahawasanya ia menolak Hadis Rafek bin Khadij di dalam Muzaraah [ Bab jul beli]
kerana idhrob dan berubah dan ia berkata : Hadis ini berubah-ubah . - selesai
kalam Imam Nawawi
* lafaz ini juga ada di dalam Fathul bari 2 / 228.

You might also like