You are on page 1of 9

PROGRAM KECEMERLANGAN

KEMILAU UPSR
SK. MARABA, BEAUFORT

2016

RASIONAL
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitupendidikan di Malaysia adalah satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelik, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adala
untuki melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kerharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara. Berdasarkan FPK, KEMILAU UPSR dijadikan
medium bagi melakar kejayaan untuk anak-anak didik SK. Maraba pada tahun ini. Kejayaan
akademik merupakan tulang belakang inspirasi kehidupan insan.
Justeru pihak sekolah ingin membudayakan kecemerlangan dalam aspekpendidikan
merupakan satu usaha murni yang berterusan ke arah penambahbaikan dalam semua kerja
dan sentiasa mengutamakan kualiti pengajaran serta berusaha meningkatkan kecekapan dan
keterapilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insane yang menyeluruh yang bermatlamat
ke arah pendidikan seumur hidup.

OBJEKTIF

Memastikan semua murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR

Murid-murid terdiri daripada pelbagai kecerdasan oleh itu pendekatan yang


disampaikan berbeza mengikut tahap penerimaan seseorang individu.

Setiap murid diberi peluang yang sama untuk menonjolkan kebolohan dan potensi diri
yang dimiliki.

LATAR BELAKANG

- Bilangan murid 17 orang


- Target lulus 17/17 (100%)
- Keputusan peperiksaan terkini lulus 10 / 17
- Target 6A 3 orang

PENGISIAN PROGRAM
Terdiri daripada 4 komponen iaitu:
i.

Akademik

ii.

Kerohanian

iii.

Emosi

iv.

Jasmani

i.

Akademik
Kelas tambahan harian & cuti sekolah
Latih tubi
Kelas insentif

ii.

Kerohanian
PAFA temanku
Kem Bestari Solat
Bacaan Yassin
Solat Hajat

iii.

Jasmani
Setiap murid berpeluang menonjolkan bakat
Berkebolehan, aktif serta mampu bersaing
Dorongan, motivasi dan latihan.

iv.

Emosi / Motivasi
Persediaan awal menghadapi UPSR/ Kemahiran Belajar Cara Belajar
Perjumpaan/ dialog prestasi ibubapa bersama guru
Teknik menjawab soalan
Kem motivasi

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM KEMILAU


1.

Menyampaikan cadangan dalam mesyuarat AJK Tahun 6 untuk persetujuan

2.

Mengemukakan kertas cadangan program kecemerlangan UPSR

3.

Menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakan program

4.

Menganjurkan sesi pertemuan dan dialog prestasi dengan ibubapa/penjaga murid Tahun
6.

5.

Mengadakan kelas bimbingan percuma sebelum waktu pembelajaran bermula seawal


minggu pertama Januari 2016.

6.

Menganjurkan program guru pendamping individu bagi setiap murid (mentor mentee)

7.

Mengadakan program motivasi bertujuan member kesedaran kepada murid.

8.

Mengadakan program Teknik menjawab soalan (TMS) bagi memberi pendedahan kepada
cara memahami serta menjawab soalan mengikut skema.

9.

Memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan peningkatan prestasi.

10. Pemantauan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa pelaksanaan (Guru Besar, PK
Kurikulum dan Penyelaras program)

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi

: Pn. Rohama Kim Suan ( Guru Besar)

Naib Pengerusi 1

: Pn. Asinah Jamlus (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

: Cik Siti Noni Abd Rahman (PK HEM)

Penyelaras

: Pn. Siti Musiah Matnor

Setiausaha

: Pn. Rozlinah Hj Rosli

Bendahari

: En. Mohd Nooriman Sumardin

AJK

: En. Jainie Hj Yusoff


En. Rosmawi bin Mohamad
Pn. Jamrah Pulan
Pn. Arena Ag Ali
Cik Normala Hj Salleh

VISI
Ke arah meningkatkan bilangan 6A dan A, juga memaksimumkan peratus lulus UPSR.

MISI
i.

Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

ii. Mengadakan kelas tambahan oleh guru


iii. Menyediakan bahan yang sesuai dan menarik
iv. Memastikan murid sentiasa bersedia dan berminat untuk belajar
v.

Memberikan pengalaman belajar dan menjawab soalan yang terbaik melalui program
PECUT.

PROGRAM YANG SEDANG DAN AKAN DILAKSANAKAN

Program Sokongan Embun Pagi ( jam 6.30- 7.20 pagi)

Sesi dialog prestasi / kunjung mesra jaya guru bersama murid dan ibubapa

Streaming Class / PECUT

Program Kongsi Info A+

Program Capai A (Kelas tambahan :harian dan cuti sekolah)

Kem siap siaga/ Teknik A+

Program Dekat Di Hatiku - mentor mentee

Jadual blok- Kelas Kepung waktu peperiksaan

9.

Solat Hajat dan bacaan Yassin.

10.

Program Timba Tambah Ilmu A+

PROGRAM KHAS KEMILAU UPSR


1.

Program Kongsi Info A+

- aktiviti murid dikendalikan oleh guru bertugas mingguan


- setiap kali perhimpunan dan dijalankan secara formal.
2.

Kem siap siaga/ Teknik A


- Dikenali sebagai kem motivasi dan bengkel menjawab soalan mengikut skema.
Murid akan diberikan pendedahan mengenai strategi teknik menjawab berkesan bagi
setiap mata pelajaran daripada guru yang berpengalaman.
- Program ini dijangka dilaksanakan pada bulan April dan Jun.
- Meningkatkan keyakinan diri dan berusaha gigih serta berani mencuba untuk menjadi
lebih baik.
- Yakin terhadap kemampuan diri dan pendedahan teknik menjawab mengikut subjek
UPSR dengan menjemput penceramah, pemeriksa kertas soalan dan guru
cemerlang/pakar dari luar
- Membentuk jati diri

3.

Jadual blok Julai 5 September 2016 pecutan akhir dikenali sebagai Kelas
Kepung
- Murid dilatih tubi belajar 6 subjek UPSR dan Pendidikan Agama Islam & PJ
- setiap murid menjawab soalan Model UPSR dan perbincangan jawapan
menggunakan soalan DIDIK, JPN, MGC dan negeri lain.

4. Bacaan Yassin dan Solat Hajat - Aktiviti Kerohanian


- Murid diberikan pengukuhan dalaman iaitu dengan membentuk diri dan sahsia
dengan pengisian rohani.
- Pihak sekolah merancang untuk mengadakan pada awal September.
- Majlis Ihya Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan bermula 6 Jun hingga 5 Julai 2016
- Bacaan Yassin peringkat perdana diadakan bersama ibubapa/penjaga pada awal
September

5. Program Streaming Group


- Mengenal pasti kebolehan murid sama ada cemerlang, sederhana dan lemah.
- murid dibahagikan kepada kumpulan progresif (cemerlang dan sederhana) dan
proaktif ( lemah + GALUS)

- Murid-murid akan memulakan program ini bermula semester kedua (Jun- September)
- Setiap guru mata pelajaran akan merekod setiap pencapaian murid serta membantu
murid untuk lulus bagi murid GALUS dan mencapai 6A bagi murid sederhana dan
cemerlang.
- Semua guru menggarap teknik berkesan bagi setiap murid dalam kelas kepada murid
yang telah diagihkan sama ada nota, latihan dan bimbingan.
6. Program Capai A (Kelas tambahan)
- Pengukuhan dan pengayaan murid adalah diberikan dalam program ini yang diadakan
pada waktu harian, cuti sekolah dan hujung minggu
7. Dialog Prestasi / Kunjung Mesra Jaya guru bersama ibubapa/ penjaga murid
- Pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan program melibatkan para
ibubapa/penjaga murid Tahun 6 untuk menilai seterusnya membantu murid mencapai
sasaran yang dihasratkan.
- Perkongsian ini bertujuan memberi bimbingan kepada murid dan ibubapa untuk terus
meneruskan sesi pembelajaran ketika berada di rumah.
- Dengan harapan ibubapa dapat memainkan peranan utama dalam berusaha membantu
pihak sekolah mencapai hasrat kecemerlangan UPSR 2016.
8.

Program Sokongan Embun Pagi


- Program ini dirangka khas untuk membantu murid dalam mata pelajaran Matematik
dan Sains.
- Perlaksanaan program ini ialah murid akan menyelesaikan masalah setiap pagi
sebelum masuk kelas ( di hadapan bilik guru/ kelas Tahun 6)

9.

Program Dekat Di Hatiku- Mentor mentee


- Setiap murid akan mempunyai mentor dari kalangan guru-guru secara indiviu.

- Mentor akan memberi bimbingan dari aspek pengurusan waktu dengan berbincang
dan menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
- Mentor juga akan memberikan tips dan bantuan yang berkaitan dengan pengurusan
diri, emosi dan sahsia.

10.

Program Timba Tambah Ilmu A+ Berpusat


- Murid akan dihantar menghadiri program / kem kecemerlangan sama ada di peringkat
zon daerah mahupun negeri.
- Ini bagi memberi peluang kepada murid menimba dan menambah ilmu serta
pengalaman di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri.
- Guru-guru akan mengiringi murid sepanjang program/ aktiviti dijalankan di samping
keperluan makan minum dan kebajikan murid dijaga dengan sangat baik.

PENUTUP
Diharapkan dengan adanya perancangan dan pelaksanaan program KEMILAU UPSR ini ,
motivasi murid dan keputusan dalam peperiksaan UPSR 2016 mencapai sasaran yang ditetap.
Di samping guru-guru juga dapat melaksanakan proses PDP dengan lebih berfokus.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

(SITI MUSIAH MATNOR)

(ASINAH JAMLUS)

(ROHAMA KIM SUAN)

Guru Penyelaras Program


SK. Maraba, Beaufort

PK. Kurikulum
SK. Maraba, Beaufort

Sk

fail

Guru Besar
SK. Maraba, Beaufort

You might also like