You are on page 1of 2

PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Data berbentuk angka yang boleh


diukur.

Data berbentuk perkataan atau ayat


yang dikumpul melalui temubual atau
yang direkod dalam bentuk gambar atau
video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik menggunakan instrument


seperti soal selidik dan ujian pencapaian
bagi memungut data. Instrumen
berfungsi sebagai alat pengukur dan
menjadi alat perantaraan antara
penyelidik dan peserta kajian.

Penyelidik adalah instrumen utama


memungut data. Penyelidik perlu berada
dalam situasi yang dikaji, mendengar
dan memerhati sendiri fenomena yang
ingin dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian


KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Reka bentuk ditetapkan sebelum data


dipungut

Reka bentuk bersifat mudah lentur /


fleksibel, boleh diubahsuai mengikut
keadaan dan keperluan situasi

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta


kajian adalah sampel yang dipilih
dengan menggunakan teknik
persampelan tertentu

Penyelidik adalah sebahagian daripada


peserta kajian. Maklumat kajian
diperoleh secara langsung daripada
peserta kajian

v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik mengkaji populasi atau


sampel yang mewakili populasi. Saiz
sampel besar dan dipilih berasaskan
kebarangkalian

Saiz sampel kecil dan dipilih secara


bertujuan dan tidak berasaskan
kebarangkalian

KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)


Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif
dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data
kualitatif.

You might also like