You are on page 1of 4

Lampiran A

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,


KOTA KINABALU SABAH
(Program Diploma Pembantu Perubatan)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BORANG CADANGAN HEALTH SYSTEM RESEARCH


Nama : Samada bin Gindol

No. MyKad : 0198827111

Kursus : Diploma Pembantu Perubatan

No. Matrik : BPP2014 - 1111

1. Tajuk Penyelidikan :
Menilai Amalan Penjagaan Diri Dalam Kalangan Pesakit Dewasa Type II Di Klinik Kesihatan
Luyang
2. Huraikan dengan ringkas kenyataan masalah dan rasional kajian :
Diabetes Mellitus merupakan penyakit tidak berjangkit yang telah menjadi salah satu
beban dan masalah terhadap kesihatan global. Penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi akut
dan kronik kepada penghidapnya. Komplikasi kronik termasuklah masalah kepada sistem
kardiovaskular, komplikasi kepada mata dan neurologikal termasuklah boleh mengakibatkan
kehilangan keupayaan terhadap penghidapnya. Penyakit ini juga memberi impak dan beban dari
segi ekonomi dan kualiti hidup terhadap pesakit, keluarga dan masyarakat (MOH, 2006).
Laporan kajian prevelans oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan
seramai 366 juta orang iaitu pada kadar 4.4% daripada populasi dunia dijangka menghidap
Diabetes Mellitus pada Tahun 2030 (MOH, 2006).
Di Malaysia sendiri, prevalens terhadap penyakit ini telah menunjukkan tren peningkatan
iaitu daripada 6.3% kepada 14.9% hasil kajian yang telah dilakukan oleh National Health and
Mortality Survey (NHMS) diantara tahun 1986 (NHMSI) sehingga tahun 2006 (NHMSIII). Hasil
kajian tersebut menunjukkan bahawa setiap 1 daripada 6 orang rakyat Malaysia yang berumur 30
tahun keatas adalah penghidap penyakit ini. NHMS juga melaporkan bahawa komplikasi akut
dan kronik sering terjadi kerana paras glukosa dalam darah yang tidak dikawal dengan baik
(MOH, 2006).
Kemajuan dalam pengurusan dan rawatan penyakit diabetes adalah semakin meningkat.
Namun beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati bahawa peningkatan prevalens
yang tinggi adalah secara suboptimal adalah disebabkan oleh faktor kekurangan penjagaan diri
dan pematuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan dan rawatan (Whittermore, 2000).
Laporan beban kerja dan jumlah kedatangan pesakit di Klinik Kesihatan Luyang pada
tahun 2011 melaporkan bahawa terdapat peningkatan terhadap prevalans terhadap penyakit
Type 2 Diabetes Mellitus. Dianggarkan peningkatan sebanyak 10% pesakit yang didiagnos
sebagai pesakit baru Type 2 Diabetes Mellitus. Pesakit Type 2 DM yang sedia ada pula telah
menunjukkan peningkatan didalam kejadian komplikasi dimana lebih kurang 5% pesakit dewasa
tersebut mengalami komplikasi seperti foot ulcer, retinopati dan erectile dysfunction. Peningkatan
ini didapati akibat kurangnya amalan penjagaan diri yang baik dikalangan pesakit dewasa jenis

Type 2 DM di klinik kesihatan tersebut ( JKNS, 2011).Amalan penjagaan diri adalah dipengaruhi
oleh interaksi yang kompleks diantara faktor biologi dan psikososial, sikap dan kepercayaan
individu yang menghidap diabetes. Walaupun banyak kajian yang dijalankan ke atas amalan
penjagaan diri, namun sedikit sahaja kajian mengenai isu ini yang dijalankan di Malaysia
(Charlotte, 2007).
Program pendidikan kesihatan dalam meningkatkan amalan penjagaan diri adalah
penting untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pemahaman penghidap terhadap pengurusan
penyakit ini (Nganga, 2010). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk meneroka pelbagai
aspek mengenai amalan penjagaan diri berkaitan kawalan glisemik dikalangan pesakit diabetes
dewasa Type 2 Diabetes Mellitus.
3. Objektif
3.1 Objektif Am:
Menilai amalan penjagaan diri dikalangan pesakit dewasa Type 2 Diabetes Mellitus di
Klinik Kesihatan Luyang dari segi pemakanan, melakukan aktiviti fizikal, pengambilan
ubat-ubatan dan Self Monitoring Blood Glucose (SMBG).
3.2 Objektif Spesifik:
3.2.1 Menilai amalan pemakanan dikalangan pesakit dewasa Type 2 Diabetes Mellitus
di Klinik Kesihatan Luyang.
3.2.2 Menilai amalan pesakit dewasa Type 2 Diabetes Mellitus di Klinik Kesihatan
Luyang didalam melakukan aktiviti fizikal.
3.2.3 Menilai amalan pengambilan ubat-ubatan dikalangan pesakit dewasa Type 2
diabetes Mellitus di Klinik Kesihatan Luyang.
3.2.4 Menilai amalan pesakit dewasa Type 2 Diabetes Mellitus di Klinik Kesihatan
Luyang didalam melakukan Self Monitoring Blood Glucose (SMBG).
4. Huraikan dengan ringkas mengenai Research Design and Methodology yang
digunakan :
4.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah secara Non-experimental iaitu descriptive research design
dipilih didalam reka bentuk kajian ini.
4.2 Tempat Kajian Dijalankan
Kajian ini dijalankan akan di Klinik Diabetes, Klinik Kesihatan Luyang Kota Kinabalu.
4.3 Populasi kajian
Populasi kajian adalah pesakit dewasa Type 2 Diabetes Mellitus yang mendapatkan
rawatan di Klinik Diabetes, Klinik Kesihatan Luyang.
4.4 Tempoh Masa Kajian Dijalankan
4.4.1 Tempoh penyelidikan adalah dari bulan Januari hingga November 2016.
4.4.2 Tempoh kutipan data adalah pada bulan Julai 2016.
4.5 Sample
Saiz sample yang dipilih adalah seramai 30 orang. Sample adalah terdiri daripada pesakit
dewasa yang telah didaftarkan sebagai pesakit Type 2 Diabetes Mellitus. Semua sample
yang dipilih adalah pesakit yang telah mengikuti rawatan diabetes di Klinik Diabetes, Klinik
Kesihatan Luyang. Kaedah pemilihan sample adalah secara Simple Random Sampling

kerana sample yang datang mendapatkan rawatan adalah berdaftar dengan


menggunakan nombor dan nombor pendaftaran boleh digunakan sebagai asas pemilihan
sample.
4.6 Rekabentuk Instrument
Rekabentuk instrumen yang akan digunakan adalah menggunakan Borang Soal Selidik
yang telah diedarkan untuk dijawab oleh sample yang dipilih. Soalan-soalan didalam
borang soal selidik tersebut akan dibina dan digubal sendiri oleh pengkaji berdasarkan
kepada Diabetes Self-Care Questionnaire oleh The Michigan Diabetes And Training
Centre. Borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji mengandungi 30 soalan berbentuk
Single-Choice Item yang terdiri daripada 5 bahagian iaitu :
4.6.1 Bahagian A : Demografi (2 soalan)
4.6.2 Bahagian B : Amalan Pemakanan (7 soalan)
4.6.3 Bahagian C : Amalan Melakukan Aktiviti Fizikal (7 soalan)
4.6.4 Bahagian D : Amalan Pengambilan Ubat-Ubatan (7 soalan)
4.6.5 Bahagian E : Amalan Melakukan Self Monitoring Blood Glucose (SMBG) (7 soalan)
Skala yang digunakan bagi menentukan tahap amalan penjagaan diri pesakit Dewasa
Type 2 Diabetes Mellitus di Klinik Diabetes, Klinik Kesihatan Luyang, ialah dengan
menggunakan Skala Self-Care Inventory Revised (2005) Harvard University, dimana skor
adalah ditabulasikan seperti berikut :
Jadual 3.1 : Skala Self-Care Inventory Revised (2005) Harvard University
SKOR

TAHAP AMALAN

50% - 100%

Baik

0% - 49%

Tidak Baik

4.7 Pilot Study


Satu pilot study akan dijalankan pada minggu bulan Mei 2016 dengan menggunakan
seramai 5 orang sample yang dipilih secara rawak. Ia akan dijalankan untuk mengetahui
kesesuaian soalan-soalan yang akan dilakukan soal selidik pada kajian sebenar. Soalansoalan yang kurang jelas dan sesuai akan diperbaiki sebelum kajian sebenar dijalankan.
4.8 Ethical issues
Kebenaran bagi menjalankan kajian akan diperolehi daripada Ketua Program, Diploma
Pembantu Perubatan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu dan ketua Jabatan
Klinik Kesihatan, Luyang.
4.9 Analisis Kajian
Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan Microsoft Excel. Statistik
dan keputusan ditabulasikan dalam bentuk gambarajah dan carta pai untuk memudahkan
pembaca menilai dan mengetahui keputusan yang diperolehi.
5. Jadual Perlaksaan :
Sila rujuk jadual perlaksaan terperinci di Lampiran Carta Gantt yang di sertakan bersama.

Disokong oleh Pengajar Yang Menyelia :

Tarikh Penerimaan :

______________________________________
(
)
Kelulusan Ketua Program :
Ulasan:Lulus / Tidak Lulus
_______________________________________
(
)
________________________________________
(
)
Tandatangan Pelatih

You might also like