You are on page 1of 86

PSZ 19:16 (Pind.

1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND


COPYRIGHT

Authors full name :

ARYANTI BINTI AB RASHID

Date of birth

08 SEPTEMBER 1987

Title

REKABENTUK RASUK KAYU MENGGUNAKAN MS 544


DAN BS 5268 KAJIAN KESAN SAIZ

Academic Session :

2009/2010

I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL

(Contains confidential information under the Official


Secret Act 1972)*

RESTRICTED

(Contains restricted information as specified by the


organization where research was done)*

OPEN ACCESS

I agree that my thesis to be published as online open


access (full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:


1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the
purpose of research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE

SIGNATURE OF SUPERVISOR

870908-03-5094
(NEW IC NO. /PASSPORT NO.)

PM DR. SUHAIMI ABU BAKAR


NAME OF SUPERVISOR

Date :
NOTES :

Date :
*

If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter


from the organization with period and reasons for confidentiality or
restriction.

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam

Tandatangan

Nama Penyelia

: PM Dr. Suhaimi Abu Bakar

Tarikh

: APRIL 2010

REKABENTUK RASUK KAYU MENGGUNAKAN MS 544


DAN BS 5268 KAJIAN KESAN SAIZ

ARYANTI BINTI AB RASHID

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

Saya akui karya ini adalah hasil dari kajian saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: .

Nama Penulis

: Aryanti Binti Ab Rashid

Tarikh

: APRIL 2010

iii

Kepada Ayah dan Ibu serta keluarga yang tersayang, terima kasih di atas segala
sokongan dan doa kalian. Tidak lupa kepada penyelia yang dihormati, PM Dr.
Suhaimi Abu Bakar di atas segala tunjuk ajar yang diberikan.

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya memberi semangat


dan kekuatan untuk saya menyiapkan projek ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada penyelia saya, PM Dr. Suhaimi Abu Bakar yang banyak memberi
tunjuk ajar, nasihat serta bimbingan bagi menyiapkan projek ini dalam masa yang
ditetapkan. Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa tersayang yang banyak memberi
sokongan dan doa dari jauh demi ketenangan anaknya disini. Dan akhir sekali, ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada kakak saya yang banyak memberi dorongan
dan semangat untuk saya terus berjuang demi mencapai cita-cita serta rakan
seperjuangan yang banyak membantu.

~ Aryanti Binti Ab Rashid ~

ABSTRAK

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang kayu di Malaysia, kajian kes bagi
rekabentuk rasuk kayu dilakukan berdasarkan MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002
menggunakan kayu tempatan. Jenis kayu tempatan yang digunakan dalam kajian ini
adalah Balau, Kempas, Merbau dan Keruing. Pengiraan bagi rekabentuk rasuk dibuat
menggunakan perisisan Mathcad. Rekabentuk rasuk dilakukan menggunakan kedua-dua
kod amalan praktis untuk mengetahui kesan saiz berdasarkan faktor ukurdalam dan saiz
rasuk yang berbeza untuk menahan beban teragih. Hasil pengiraan menunjukkan bahawa
saiz rasuk yang dapat menahan beban tertentu adalah lebih kecil apabila menggunakan
BS 5268: 2002 berbanding MS 544: 2001, ia juga bergantung kepada jenis kayu. Ini
menunjukkan bahawa rekabentuk rasuk menggunakan BS 5268: 2002 boleh menahan
beban yang lebih besar jika saiz yang digunakan adalah sama. Untuk kayu Malaysia,
walaupun MS 544: 2001 menghasilkan saiz rasuk yang lebih besar berbanding BS 5268:
2002, rekabentuk menggunakan MS 544: 2001 adalah lebih sesuai untuk kayu tempatan
dan mesti mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi terhadap MS 544: 2001.

vi

ABSTRACT

To learn more about the timber in Malaysia, the case study of timber beam
design was carried out based on MS 544: 2001 and BS 5268: 2002 for local timber.
Types of timber used in this study are Balau, Kempas, Merbau and Keruing. The design
calculation of the beam is prepared by using Mathcad software. The design of the beam
is done by using both codes of practice to find the size effect based on depth factor and
the different sizes of beam that can resist the distributed load. The results of calculation
show that the size of the beam that can resist certain value of load are smaller when
using BS 5268: 2002 compared with MS 544: 2001, and also depend on timber species.
This shows that the beam design using BS 5268: 2002 will provide greater load capacity
for similar size of the beam. For Malaysian timber, eventhough MS 544: 2001 produced
the bigger size of the beam compared with BS 5268: 2002, the design using MS 544:
2001 is ideal for local timber and must be reliable towards MS 544: 2001.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

ISI KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI SIMBOL

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Objektif Kajian

1.4

Skop Kajian

viii
2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

2.2

Jenis-Jenis Kayu

2.2.1 Kayu Keras

2.2.2 Kayu Lembut

Sifat-Sifat Kekuatan Kayu

2.3.1 Kekuatan Tegangan

10

2.3.2 Kekuatan Mampatan

10

2.3.3 Kekuatan Ricih

11

2.3.4 Kekuatan Lenturan

11

Faktor-Faktor YangMempengaruhi Kekuatan Kayu

11

2.4.1 Kandungan Lembapan

12

2.4.2 Ketumpatan Kayu

13

2.4.3 Sudut Kecondongan Ira

14

2.4.4 Saiz Kayu

14

2.4.5 Sifat Ortotropik Kayu

15

2.3

2.4

2.4.5.1 Arah Ira Dan Tindakan Beban

15

2.4.5.2 Panjang Sel

15

2.4.5.3 Pusaran

15

2.5

Rasuk

16

2.6

Rekabentuk Rasuk Kayu

17

2.6.1 Tegasan Asas

18

2.6.2 Tegasan Gred

19

2.6.3 Tegasan Izin

19

2.6.4 Faktor-Faktor Ubahsuai

19

2.6.5 Rentang Efektif

27

2.6.6 Sokongan Sisi

27

Perisian Mathcad

28

2.7.1 Kelebihan Perisian Mathcad

28

2.7

ix
2.8

Kelebihan Dan Kelemahan Kayu Sebagai Anggota

29

Struktur

2.8.1 Kelebihan Kayu

29

2.8.2 Kelemahan Kayu

30

REKABENTUK RASUK MENGGUNAKAN PERISIAN


MATHCAD

3.1

Pengenalan

32

3.2

Penggunaan Mathcad Bagi Rekabentuk Rasuk

33

3.2.1 Pengiraan Ringkas

33

3.2.2 Definisi Dan Parameter

34

3.2.3 Memasukkan Teks

35

3.2.4 Penggunaan Unit

36

3.3

Jenis Kayu Yang Digunakan Bagi Rekabentuk Rasuk

37

3.4

Prosedur Rekabentuk Rasuk Kayu

38

3.4.1 Kajian Kes I

39

3.4.1.1 Langkah Pengiraan


3.4.2 Kajian Kes II
3.4.2.1 Langkah Pengiraan
3.5

Contoh Pengiraan Menggunakan Perisian Mathcad

40
42
43
45

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan

48

4.2

Analisis Rekabentuk Saiz Rasuk Bagi Kajian Kes I

48

4.3

Analisis Kesan Saiz Terhadap Beban Teragih Seragam

51

Bagi Kajian Kes II


4.3.1 Analisis Nilai Beban Teragih Seragam Bagi

52

Ukurdalam Rasuk Yang Berbeza


4.4

Perbezaan Antara MS 544: 2001 Dan BS 5268: 2002

56

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Kesimpulan

58

5.2

Cadangan

59

RUJUKAN

61

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

63

LAMPIRAN B

64

LAMPIRAN C

65

LAMPIRAN D

67

LAMPIRAN E

69

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Perbezaan simbol bagi faktor ubahsuai

20

2.2

Faktor ubahsuai K1 untuk tempoh beban

21

2.3

Faktor ubahsuai K3 untuk tegasan galas

23

2.4

Kedalaman maksimum untuk nisbah keluasan

27

3.1

Nilai tegasan gred menurut MS 544: 2001

38

3.2

Nilai tegasan gred menurut BS 5268: 2002

38

3.3

Saiz rasuk

43

4.1

Perbezaan saiz rasuk bagi MS 544 dan BS 5268

50

4.2

Kapasiti beban teragih maksimum bagi setiap saiz rasuk

53

4.3

Perbezaan antara MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002

57

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Sistem struktur kayu bangunan dua tingkat

2.2

Hubungan di antara kekuatan dan kelembapan kayu

13

2.3

Kedudukan hujung galas

23

2.4

Takikan di bahagian atas rasuk

24

2.5

Takikan di bahagian bawah rasuk

25

2.6

Faktor ubahsuai K5 bagi bentuk anggota

26

3.1

Pengiraan ringkas

34

3.2

Pengiraan melibatkan fungsi dan parameter

35

3.3

Cara memasukkan teks

36

3.4

Persamaan dengan unit

37

3.5

Ukuran dan beban bagi rasuk untuk kajian kes I

39

3.6

Keratan rentas rasuk

39

3.7

Ukuran bagi rasuk untuk kajian kes II

42

3.8

Rekabentuk rasuk untuk kayu Balau

45

3.9

Pengiraan bagi kestabilan sisi dan tegasan lentur

46

3.10

Pengiraan bagi tegasan ricih dan pesongan

47

3.11

Pengiraan bagi kapasiti beban teragih

48

xiii
4.1

Graf nilai tegasan lentur setiap jenis kayu

51

4.2

Graf faktor ukurdalam melawan ukurdalam

52

4.3

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu

54

Balau
4.4

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu

54

Kempas
4.5

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu

55

Merbau
4.6

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu


Keruing

55

xiv

SENARAI SIMBOL

SIMBOL

TERJEMAHAN

K1/3

Faktor Tempoh Beban

K2/8

Faktor Sistem Perkongsian Beban

K3/4

Faktor Panjang dan Kedudukan Galas

K4/5

Faktor Takikan Di Hujung Anggota

K5/6

Faktor Bentuk Anggota

K6/7

Faktor Ukurdalam Anggota

Le

Rentang Efektif

Ukurdalam Keseluruhan Rasuk

he

Ukurdalam Berkesan

Lebar

Panjang Rentang

Luas Keratan Rentas

Ixx

Momen Sifatekun Kedua Rasuk

Beban Teragih Seragam

Tegasan Lentur Gred

Tegasan Ricih Gred

Modulus Keanjalan Kayu Minimum

xv
M

Momen Lentur Maksimum

Modulus Elastik

max

Tegasan Lentur Maksimum

Tegasan Lentur Izin

Fv

Daya Ricih Maksimum

Tegasan Ricih Maksimum

Tegasan Ricih Izin

Pesongan Disebabkan Oleh Lenturan

Pesongan Disebabkan Oleh Ricih

total

Jumlah Pesongan

izin

Pesongan Izin

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

Kumpulan Kekuatan Kayu

63

Tegasan Gred Basah Dan Kering Bagi Pelbagai

64

Kumpulan Kekuatan Kayu


C

Sifat Geometri Kayu Bagi Keadaan Basah

65

Sifat Geometri Kayu Bagi Keadaan Kering

67

Pengiraan Bagi Rekabentuk Rasuk

69

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Pada zaman serba moden seperti hari ini, kemajuan teknologi telah menjadi isu
yang hangat dibincangkan. Perkembangan ini juga tidak ketinggalan dalam bidang
kejuruteraan khususnya kejuruteraan awam dimana teknologi dan ideologi baru yang
digunakan telah membawa revolusi yang hebat dalam sektor pembinaan. Banyak
bangunan pencakar langit malahan bangunan yang berada dalam air telah berjaya dibina
dengan adanya pengetahuan yang luas dan teknologi yang serba canggih.

Kayu adalah sumber bahan binaan terawal dalam pembinaan dan merupakan
satu-satunya bahan yang terhasil secara semulajadi. Sejak dahulu lagi, kayu digunakan
untuk membina rumah, kapal, jambatan, landasan kereta api, kabinet dan sebagainya.
Sifat kayu yang unik dan klasik, mudah dibentuk serta ringan menyebabkan ia
digunakan dalam pembinaan. Namun demikian, sifat semulajadi kayu menyebabkan saiz
keratan dan ciri-ciri fizikal seperti kekuatan dan ketahanlasakan adalah terhad. Sifatnya

2
juga tidak dapat diubah bagi memenuhi permintaan terkini. Disebabkan kayu
mempunyai banyak kelemahan sebagai bahan binaan, kebanyakan pembinaan pada masa
kini banyak menggunakan konkrit dan keluli.

Namun demikian, kayu mempunyai keunikan dan kepentingan yang tersendiri.


Kelebihan inilah yang menyebabkan kayu masih mempunyai peranan dalam pembinaan
walaupun penggunaannya adalah pada tahap yang minimum. Maka, dalam projek inilah
akan mengkaji kelebihan yang terdapat pada bahan binaan kayu. Rekabentuk struktur
kayu juga didedahkan kepada generasi baru dalam pembelajaran di kebanyakan pusat
pengajian tinggi di Malaysia. Oleh itu, rekabentuk struktur kayu masih lagi dipraktikkan
sehingga kini.

Penggunaan komputer dalam kehidupan juga semakin penting kerana ia


membantu mempercepatkan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu, satu perisian akan
digunakan bagi membantu jurutera membuat kerja dengan lebih mudah dan dapat
mengurangkan kesilapan akibat kecuaian semasa merekabentuk struktur kayu. Jenis
perisian yang akan digunakan ialah Mathcad. Perisian ini merupakan antara yang
termudah, mesra pengguna serta mudah untuk difahami dan digunakan. Sesungguhnya,
keperluan perisian dalam rekabentuk adalah penting selaras dengan fenomena
perkembangan zaman teknologi maklumat yang begitu pesat sekali pada masa kini.

1.2

Pernyataan Masalah

Walaupun penggunaan kayu sebagai struktur bangunan kurang dipraktikkan pada


masa kini, namun rekabentuk kayu masih diperlukan. Rekabentuk kayu juga perlu

3
didedahkan dan diterapkan kepada generasi baru supaya ilmu ini akan terus berkembang.
Proses rekabentuk biasanya melibatkan pengiraan yang berulang dan ia boleh
menyumbang kepada berlaku kesilapan dalam pengiraan.

Sebelum ini, kebanyakan rekabentuk kayu di Malaysia adalah berpandukan kod


amalan Malaysian Standard 544: 2001 (MS 544). Sehubungan dengan itu, kajian akan
dilakukan untuk melihat perbezaan di antara Malaysian Standard 544: 2001 (MS 544)
dan British Standard 5268: 2002 (BS 5268) bagi rekabentuk rasuk dengan menggunakan
jenis kayu tempatan.

Selain itu, kesan saiz terhadap rekabentuk rasuk bagi kedua-dua kod amalan juga
mempunyai perbezaan dari segi faktor ukurdalam. Ini kerana nilai faktor ukurdalam bagi
kedua-dua kod amalan adalah berbeza bagi ukurdalam rasuk yang berbeza. Oleh itu,
rekabentuk bagi pelbagai ukurdalam akan diuji untuk mengkaji kapasiti beban teragih
maksimum yang dapat ditanggung bagi setiap saiz yang berbeza.

Pada masa sekarang, tidak terdapat perisian yang mudah untuk difahami dan
digunakan untuk rekabentuk struktur kayu. Kebanyakan kajian yang dijalankan sebelum
ini banyak menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic (VB) dan Excel. Tapi kali
ini, perisian yang lebih mudah akan digunakan dan tidak memerlukan kod atau arahan
yang tertentu.

Perisian Mathcad telah digunakan sebelum ini untuk kajian rekabentuk anggota
kayu oleh Abdy Kermani tetapi proses rekabentuk yang dilakukan adalah berdasarkan
BS 5268: 1996. Oleh itu, kajian ini akan menggunakan MS 544: 2001 dan BS 5268:
2002 bagi menghasilkan rekabentuk bagi kayu-kayu yang terdapat di Malaysia dan

4
sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan tentang perbezaan rekabentuk jika
menggunakan kayu-kayu tersebut.

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif yang telah dikenalpasti.
Objektif yang perlu dicapai adalah berdasarkan masalah-masalah yang timbul yang telah
dibincangkan sebelum ini. Antaranya ialah:

Untuk mengetahui perbezaan saiz rasuk berdasarkan rekabentuk menggunakan


MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002. Oleh itu, perbandingan bagi kedua-dua kod
amalan praktis dapat dilakukan.
Untuk mengenal pasti kesan saiz berdasarkan faktor ukurdalam terhadap
rekabentuk rasuk bagi menampung kapasiti beban teragih.
Untuk memperkenalkan perisian rekabentuk kayu yang lebih mudah untuk
dipelajari dan menjimatkan masa iaitu Mathcad. Pendedahan kepada
penggunaan perisian ini diharap dapat membantu pelajar memahami asas
penggunaannya dan dapat diaplikasikan dalam kerja.

5
1.4

Skop Kajian

Secara amnya, perkara utama yang akan dilaksanakan ialah perbandingan di


antara kod amalan MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002. Kajian ini terhad kepada beberapa
perkara seperti:

i)

Analisis dan rekabentuk menggunakan perisian Mathcad dihadkan kepada


anggota struktur rasuk sokong mudah sahaja.

ii)

Menggunakan empat jenis kayu tempatan iaitu Balau, Kempas, Merbau


dan Keruing.

iii)

Jangka masa bagi rekabentuk rasuk adalah panjang.

iv)

Contoh pengiraan yang dilakukan menggunakan Mathcad mempunyai


butiran seperti yang dinyatakan dalam Lampiran E.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang
lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli.

Kayu

mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan
binaan yang lain. Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang
digunakan bagi pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot da lain-lain struktur.
Penggunaan kayu secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau
pembinaan, bergantung kepada dua kriteria utama iaitu pemilihan kayu yang sesuai
untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara penyambungan yang paling baik. Manakala
yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan mendapatkan gred kayu yang sesuai dan
betul.

Akan tetapi, penggunaan kayu dalam pembinaan masih lagi diragui oleh
sesetengah pihak. Oleh itu, kajian tentang rekabentuk rasuk kayu dibuat dengan
mengambil kira faktor-faktor dan prinsip-prinsip yang tertentu supaya ia dapat membuka

7
mata sesetengah pihak yang masih lagi meragui ketahanan dan kelasakan kayu dalam
pembinaan. Rekabentuk rasuk adalah berdasarkan MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002
menggunakan kayu tempatan.

Selain itu, kajian literatur juga dijalankan bagi memperkenalkan penggunaan


perisian Mathcad dalam rekabentuk rasuk kayu. Ini kerana, kajian sebelum ini banyak
menggunakan Microsoft Excel atau Visual Basic (VB). Oleh itu, kerja-kerja pengiraan
akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa.

Rajah 2.1

Sistem struktur kayu bangunan dua tingkat

8
2.2

Jenis-Jenis Kayu

Menurut Abdy Kermani (1999), kayu dagangan boleh dikelaskan mengikut dua
kumpulan utama iaitu kayu keras (Hardwood) dan kayu lampung (Softwood).
Pengelasan ini adalah berdasarkan aspek-aspek botani pokok berkenaan, bukan
berdasarkan kekerasan atau kelembutan kayu itu. Kebanyakan spesies kayu di
Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada kayu keras.

2.2.1 Kayu Keras

Kayu keras terdiri daripada jenis-jenis pokok yang menggugurkan daun pada
musim luruh. Struktur sel bagi kumpulan pokok berkayu keras lebih kompleks
berbanding dengan kumpulan pokok berkayu lembut. Ini kerana kayu keras mempunyai
dinding sel yang tebal dipanggil sebagai fibres yang berfungsi untuk menyokong struktur
manakala dinding sel yang nipis pula dipanggil sebagai vessels berfungsi sebagai saluran
makanan.

Kadar pertumbuhan bagi kayu keras adalah lambat berbanding kayu lembut.
Selalunya, bagi menghasilkan kayu yang mempunyai ketumpatan dan kekuatan yang
tinggi akan mengambil masa lebih kurang 100 tahun untuk matang. Kayu jenis ini juga
mahal berbanding kayu lembut kerana memakan masa untuk menjadi matang dan kos
pengangkutan yang tinggi. Selain itu, ia juga tidak bergantung kepada bahan pengawet
untuk membolehkan kayu jenis ini tahan lama.

9
2.2.2 Kayu Lembut

Kayu lembut secara umumnya adalah jenis pokok hijau yang mempunyai daun
yang tajam dan mengandungi sel tunggal yang dipanggil sebagai tracheids. Sel-sel ini
juga memenuhi fungsi-fungsi bagi konduksi dan sokongan.

Kadar pertumbuhan bagi kayu lembut adalah cepat dan hanya memakan masa
lebih kurang 30 tahun untuk matang berbanding dengan kayu keras. Tetapi ia akan
menghasilkan kayu yang mempunyai ketumpatan dan kekuatan yang rendah. Selain itu,
kayu jenis in juga tidak tahan lama melainkan jika ia bergantung kepada bahan
pengawet. Kayu lembut mudah untuk diperolehi dan harganya lebih murah jika
dibandingkan dengan kayu keras.

2.3

Sifat-Sifat Kekuatan Kayu

Kriteria utama dalam menentukan jenis kayu yang akan digunakan sebagai bahan
dalam pembinaan adalah bergantung kepada sifat kekuatan kayu. Kekuatan kayu berbeza
mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan
tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah
bentuk.

10
2.3.1 Kekuatan Tegangan

Kekuatan tegangan kayu ialah kebolehan struktur kayu dalam menahan daya
yang merengangkannya dari kedua-dua arah. Kekuatan tegangan kayu yang selari
dengan ira merupakan kekuatan tertinggi kayu iaitu sehingga sehingga mencapai 40 kali
ganda pada keadaan kering udara. Kekuatan ini bergantung kepada kekuatan serat,
panjang dan tentu-arah serat tersebut. Kekuatan tegangan dikaitkan dengan sifat mekanik
struktur kayu yang meliputi tiga keadaan iaitu rintangan terhadap ubah bentuk dan sifat
kenyal, sifat kekuatan dan sifat prestasi yang lain.

2.3.2 Kekuatan Mampatan

Kekuatan mampatan adalah kebolehan kayu menahan daya yang cuba


memampatkan kayu dalam kedua-dua arah. Kekuatan mampatan sangat penting bagi
penggunaan kayu untuk binaan bagi struktur seperti tiang, dinding dan sebagainya.
Kekuatan mampatan kayu ini biasanya dipengaruhi oleh kandungan lembapan dalam
kayu, di mana kayu yang mempunyai kandungan lembapan yang kurang ataupun kayu
kering adalah lebih kuat berbanding kayu yang lembab.

11
2.3.3 Kekuatan Ricih

Kekuatan ricih ialah sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba untuk
menggelangsarkan sebahagian daripada di atas bahagian yang lain. Dalam struktur kayu
bersambungan jejari, ricihan boleh berlaku dalam bahagian sambungan akibat daya
tegangan yang di kenakan. Kekuatan ricih yang selari dengan ira adalah lebih rendah
berbanding keadaan serenjang dengan ira. Terdapat empat jenis ricihan yang boleh
berlaku samada ricihan selari dengan ira, ricih tegak kepada ira, ricihan serong dan ricih
gelek.

2.3.4 Kekuatan Lenturan

Kekuatan lenturan merupakan ukuran kekuatan kayu bagi anggota lenturan


seperti rasuk dan gelegar untuk menghalang kayu daripada melentur dan patah akibat
tindakan beban dan daya luaran.

2.4

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Kayu

Secara faktanya, kayu mempunyai banyak kegunaan sebagai bahan dalam


pembinaan. Kekuatan kayu bergantung kepada banyak faktor yang mana akan memberi
kesan terhadap kekuatan dan kebolehkerjaan kayu tersebut. Antara sifat-sifat fizikal
yang mempengaruhi kekuatan kayu ialah faktor-faktor yang dinyatakan dimana ia boleh
dianggap sebagai faktor yang paling penting (Abdy Kermani, 1999).

12
2.4.1 Kandungan Lembapan

Kandungan lembapan adalah salah satu faktor yang penting dimana ia akan
mempengaruhi sifat kekuatan kayu. Kandungan lembapan adalah jumlah air yang
terdapat dalam sesuatu struktur kayu semasa pertumbuhan. Kayu yang mempunyai
kandungan lembapan rendah (kering) lebih kuat berbanding kayu yang mempunyai
kandungan lembapan yang tinggi (basah).

Rajah 2.2 menunjukkan hubungan diantara sifat kekuatan kayu dengan


kandungan lembapan. Berdasarkan gambarajah tersebut, ia menunjukkan bahawa
pengurangan kekuatan dan ketegaran hampir linear apabila kandungan lembapan
semakin meningkat dan menghampiri 30% daripada kandungan lembapan, merujuk
kepada takat tepu gentian. Peningkatan kandungan lembapan yang seterusnya tidak
memberi kesan terhadap kekuatan dan ketegaran kayu.

Mengikut Rowell (1994), kandungan lembapan yang tinggi akan menyebabkan


kekuatan kayu berkurang kerana molekul polisakarida yang higroskopik di dalam
dinding sel akan berada jauh antara satu sama lain. Inilah sebabnya kekuatan kayu hanya
bergantung dalam julat takat tepu gentian kerana rantai polisakarida yang higroskopik
hanya terdapat di dalam dinding sel dan tiada di dalam rongga sel.

13

Rajah 2.2

Hubungan di antara kekuatan dan kelembapan kayu

2.4.2 Ketumpatan Kayu

Ketumpatan kayu ialah indeks kepada kekuatan kayu dimana ia bergantung


kepada ketebalan dinding sel. Ini memberi maksud secara teorinya bahawa kayu yang
berada dalam kumpulan 1 misalnya lebih kuat daripada kayu dalam kumpulan 2 dan
sekaligus memberikan nilai kekuatan ricihan yang tinggi bagi kumpulan 1 daripada
kumpulan 2. Ketumpatan tinggi beerti kurang rongga-rongga udara di dalamnya dan
kekuatan kayu semakin meningkat.

14
2.4.3 Sudut Kecondongan Ira

Untuk beberapa penggunaan kayu, pengaruh sudut kecondongan ira merupakan


ciri yang penting. Sudut kecondongan ira ditakrifkan sebagai perbezaan susunan di
antara ira kayu dengan paksi pugak kayu tersebut dan ia boleh dinyatakan dalam bentuk
darjah atau pecahan. Nilai kekuatan mampatan selari dengan ira adalah lebih tinggi
berbanding kekuatan yang berserenjang dengan ira. Ini membawa maksud, semakin
besar sudut kecondongan ira, maka semakin kurang nilai kekuatannya.

2.4.4 Saiz Kayu

Saiz kayu juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kekuatan
kayu yang digunakan. Ini kerana saiz kayu yang lebih besar akan memberikan tahap
kerintangan yang tinggi terhadap sebarang daya yang dikenakan berbanding dengan
kayu yang bersaiz kecil kerana ia akan memberikan nilai kekuatan yang kecil. Selain itu
juga, kecacatan pada kayu juga menjadi penyumbang utama kepada ciri kelemahan kayu
dimana bagi kayu yang bersaiz besar adalah lebih berisiko tinggi jika dibandingkan
dengan kayu bersaiz kecil. Ini kerana semakin besar luas permukaan kayu, semakin
banyak kecacatan pada kayu. Kecacatan akan menyebabkan kekuatan kayu berkurang.

15
2.4.5 Sifat Ortotropik Kayu

2.4.5.1 Arah Ira Dan Tindakan Beban

Kayu merupakan bahan yang mempunyai darjah anisotropik dan ortotropik yang
tinggi. Ini menyebabkan kekuatannya berubah-ubah bergantung kepada arah ira. Apabila
suatu daya bertindak terhadap kayu berira condong, akan terbentuk komponen tindakan
daya dalam arah melintang iranya sedangkan kayu teralu rendah kekuatannya dalam arah
melintang ira.

2.4.5.2 Panjang Sel

Kekuatan kayu juga dipengaruhi oleh panjang selnya. Semakin panjang sel kayu
akan memberikan nilai kekuatan ricih yang lebih besar dan semakin pendek sel kayu
semakin kecil nilai kekuatan ricih yang diberikan.

2.4.5.3 Pusaran

Pusaran mengakibatkan terjadinya perubahan orientasi ira. Ini menyebabkan


susunan ira bersudut dan berpusar serta mengakibatkan perubahan arah pembebanan.

16
2.5

Rasuk

Anggota kayu bergantung kepada lenturan sepertimana kaedah prinsip beban


yang selalunya direkabentuk sebagai gelegar, rasuk atau lantai. Rasuk dikelaskan
mengikut kegunaan struktur seperti rasuk disokong mudah, rasuk julur dan rasuk
selanjar (AITC, 1985). Tetapi, dalam kajian ini hanya rasuk disokong mudah yang akan
direkabentuk.

Rasuk berfungsi sebagai struktur penanggung beban yang diagihkan daripada


lantai. Beban yang bertindak ke atas rasuk adalah berserenjang kerana kedudukannya
adalah dalam keadaan mengufuk. Kekuatan yang diperlukan oleh rasuk ialah kekuatan
tegangan dan kekuatan mampatan kerana apabila rasuk dikenakan beban, separuh dari
bahagian atasnya akan mengalami mampatan dan separuh dari bahagian bawah pula
akan mengalami tegangan.

Semua jenis struktur dan anggota kayu mestilah mampu menanggung beban mati
ciri, beban kenaan ciri, beban angin dan semua jenis beban yang disenaraikan didalam
MS 544 dan disalurkan secara selamat ke permukaan tanah. Beban rekabentuk tidak
boleh menyebabkan berlakunya pesongan melampau atau kecacatan pada anggota
struktur dan jumlah tegasan kayu tidak melebihi had yang ditetapkan didalam MS 544
(John W Bull, 1994).

Menurut MS 544: Part 2: 2001, banyak faktor yang terlibat dalam pemilihan
spesies kayu tetapi dari sudut pandangan struktur secara jelas tegasan gred merupakan
faktor yang paling penting. Ia berbeza untuk setiap jenis spesies dan gred kayu.
Rangkaian kekuatan kumpulan kayu untuk kegunaan dalam rekabentuk kayu disediakan
bagi menyediakan kaedah alternatif penentuan kepada perekabentuk. Senarai spesies

17
kayu mengikut kekuatan kumpulan yang tertentu dapat dilihat dalam Jadual 3 dan Jadual
4 di Lampiran A dan B.

Selain itu, saiz struktur rasuk kayu dipilih berdasarkan beban yang dikenakan
terhadap rasuk dan jarak rentang di antara penyokong. Semakin besar beban yang
ditanggung dan jarak rentang rasuk, semakin besar saiz rasuk yang digunakan. Saiz
rasuk adalah berdasarkan saiz keratan rentas kayu (i.e. lebar x ukurdalam). Saiz kayu
yang diperolehi dari kilang biasanya dinyatakan sebagai saiz nominal iaitu saiz kayu
tanpa diketam. Jika kayu diketam, maka saiz sebenar kayu setelah diketam perlu
digunakan dalam rekabentuk. Saiz kayu yang telah diketam juga dikenali sebagai saiz
minimum. Pilihan saiz rasuk yang dicadangkan oleh MS 544: 2001 seperti dalam jadual
B3a dan B3b di Lampiran C dan D.

2.6

Rekabentuk Rasuk Kayu

Rekabentuk adalah satu proses pemilihan bahan dan penentuan saiz elemen
struktur yang akan dibina. Tujuan utama rekabentuk adalah untuk menyediakan suatu
struktur yang selamat dan sesuai untuk digunakan serta dapat dibina dan diselenggara
dengan kos yang minimum. Walaupun prinsip rekabentuk bagi semua anggota lenturan
setiap jenis bahan secara intinya adalah sama tetapi ciri-ciri bahan adalah berbeza.
Menurut Abdy Kermani (1999), sifat bahan adalah berbeza berdasarkan dua haluan
utama iaitu selari dan berserenjang dengan ira. Selalunya tegasan biasa berdasarkan
lenturan adalah selari dengan arah ira tetapi keadaan penyokong boleh menyebabkan
tegasan berserenjang dengan arah ira.

18
Pertimbangan utama untuk rekabentuk anggota rasuk ialah:

a) Kestabilan sisi
b) Tegasan lentur
c) Tegasan ricih
d) Pesongan
e) Tegasan galas

2.6.1 Tegasan Asas

Tegasan asas adalah tegasan yang boleh ditanggung secara kekal dan selamat
oleh kayu. Ia diperolehi dengan cara menguji contoh-contoh kayu yang bebas daripada
kecacatan. Oleh itu, tegasan asas yang diperolehi dari ujian adalah tegasan yang
mewakili tegasan kayu yang sempurna tanpa sebarang kecacatan. Walaubagaimanapun,
kayu yang diperolehi dari kilang terdedah kepada berbagai jenis kecacatan yang boleh
mengurangkan kekuatan kayu. Dengan ini, tegasan asas yang diperolehi dari ujian perlu
dikurangkan untuk mengambil kira faktor kecacatan. Tegasan asas yang dikurangkan
dikenali sebagai tegasan gred.

19
2.6.2 Tegasan Gred

Tegasan gred adalah tegasan yang boleh ditanggung secara kekal dan selamat
oleh kayu yang telah digredkan mengikut gred tertentu. Ia diperolehi dengan
mengurangkan nilai tegasan asas iaitu dengan mendarabkan nilai tegasan asas dengan
faktor pengurangan yang dikenali sebagai nisbah kekuatan. Rumusan tegasan gred
diberikan oleh:

Tegasan gred = Tegasan asas x Nisbah kekuatan

2.6.3 Tegasan Izin

Tegasan izin ditakrifkan sebagai tegasan yang boleh ditanggung dengan selamat
oleh anggota struktur di bawah keadaan khidmat dan bebanan tertentu. Rumusan tegasan
izin diberikan oleh:

Tegasan izin = Tegasan gred x Faktor-faktor ubahsuai

2.6.4 Faktor-Faktor Ubahsuai

Sifat-sifat kayu boleh berubah secara semulajadi dan memberi kesan terhadap
ciri-ciri struktur bahan seperti sifat tegangan, keanjalan dan melibatkan banyak faktor

20
ubahsuai untuk tujuan rekabentuk. Kebanyakan faktor ubahsuai bagi MS 544: Part 2 dan
BS 5268: Part 2 mempunyai nilai yang sama apabila perbandingan dibuat. Tujuan faktor
ubahsuai digunakan adalah untuk mengambil kira:

Keadaan bebanan yang perlu ditanggung


Tempoh beban
Bentuk anggota

Jenis faktor ubahsuai menurut MS 544 (Part 2: 2001) dan BS 5268 (Part 2: 2002) ialah:

Jadual 2.1

Perbezaan simbol bagi faktor ubahsuai

Jenis faktor ubahsuai

MS 544

BS 5268

Tempoh beban

K1

K3

Sistem perkongsian beban

K2

K8

Panjang dan kedudukan galas

K3

K4

Takikan di hujung anggota

K4

K5

Bentuk anggota

K5

K6

Ukurdalam anggota

K6

K7

1. Tempoh Beban, K1/3

Tempoh beban mempengaruhi nilai beban yang boleh ditanggung oleh


anggota lentur. Lebih pendek tempoh beban, lebih besar beban yang boleh
ditanggung. Manakala, lebih lama tempoh beban, lebih rendah beban yang
ditanggung. Ini menunjukkan bahawa lebih lama tempoh beban yang dikenakan

21
akan

menyebabkan

kekuatan

kayu

semakin

berkurangan.

Jadual

2.2

menunjukkan faktor ubahsuai bagi tempoh beban. Dapat dilihat semakin pendek
tempoh beban, semakin besar nilai K1/3 dan semakin panjang tempoh beban,
semakin kecil nilai K1/3.

Tiada perbezaan bagi nilai faktor ubahsuai untuk tempoh beban yang
dinyatakan dalam MS 544: Part 2: 2001 dan BS 5268: Part 2: 2002 kerana nilai
K1/3 yang digunakan adalah sama.

Jadual 2.2

Faktor ubahsuai K1/3 untuk tempoh beban

Jangka masa pembebanan

Nilai K1/3

Panjang (e.g. mati + kenaan tetap )

1.00

Sederhana (mati + kenaan sementara)

1.25

Pendek (e.g. mati + kenaan + angin)

1.50

Sangat pendek (e.g. mati + kenaan + angin)

1.75

NOTES:
Untuk beban seragam yang diagihkan ke lantai, K1/3 = 1 kecuali
untuk bangunan jenis 2 dan 3 dimana untuk koridor, lorong dan
tangga sahaja bole diandaikan nilai K1/3 = 1.5
Untuk angin, jangka pendek digunakan untuk kelas C (15s
embusan) seperti yang ditakrifkan dalam CP3: Bab V: Bahagian 2
atau luas keratan menyerong yang terbesar seperti yang
ditakrifkan dalam BS 6399: Bahagian 2, melebihi 50m.
Untuk angin, jangka yang sangat pendek digunakan untuk
kelas A dan B (3 s atau 5s embusan) seperti yang ditakrifkan
dalam CP3: Bab V: Bahagian 2 atau, di mana luas keratan
menyerong yang terbesar, seperti yang ditakrifkan dalam BS
6399: Bahagian 2, tidak melebihi 50 m.

22
2. Sistem Perkongsian Beban, K 2/8

Sistem perkongsian beban adalah sistem yang terdiri lebih daripada empat
anggota seperti rasuk bumbung dan yang akan menanggung beban bersamasama. Selain itu, jarak maksimum di antara titik tengah anggota adalah 610mm
dan mampu menanggung pengagihan beban sisi.

Mengikut kedua-dua kod amalan praktis, tegasan gred yang sesuai perlu
didarab dengan faktor ubahsuai bagi kongsi beban, K2 iaitu 1.1. Nilai min
modulus elastik perlu digunakan untuk mengira pesongan dan anjakan yang
dipengaruhi oleh beban mati ciri dan beban kenaan ciri.

3. Panjang dan Kedudukan Galas, K3/4

Tegasan gred untuk mampatan yang berserenjang (bersudut tepat) dengan


ira bergantung kepada panjang galas dan kedudukan galas. Bagi panjang galas
yang lebih daripada 150mm dan jaraknya dari hujung anggota adalah 75mm atau
lebih, nilai K3/4 ialah 1.0. Manakala bagi panjang galas yang kurang dari 150mm
dan jaraknya dari hujung anggota adalah 75mm atau lebih, nilai K3/4 boleh di
ambil daripada Jadual 2.3.

23

Rajah 2.3

Jadual 2.3

Kedudukan hujung galas

Faktor ubahsuai K3/4 untuk tegasan galas

Panjang
Galas "

10

15

25

40

50

75

100

1.74

1.67

1.53

1.33

1.20

1.14

1.10

(mm)

Nilai K3/4
"

150 atau lebih

1.00

Interpolasi
dibenarkan

4. Takikan Di Hujung Anggota, K4/5

Takikan di hujung anggota boleh menyebabkan berlakunya pengurangan


kekuatan ricih rasuk. Tegasan gred selari dengan ira perlu didarabkan dengan
faktor K4/5. Nilai K4/5 bagi kedua-dua kod amalan praktis adalah sama.

24

Untuk hujung rasuk ditakik di bahagian atas

K4/5 = h(he - a) + ahe


for a he
he
K4/5 = 1.0
for a > he

Rajah 2.4

Takikan di bahagian atas rasuk

Untuk hujung rasuk ditakik di bahagian bawah

K4/5 = he
H

25

Rajah 2.5

Dimana,

Takikan di bahagian bawah rasuk

ukurdalam keseluruhan rasuk (mm)

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4 dan Rajah 2.5

Ukurdalam berkesan, he mestilah tidak kurang dari 0.6h.

5. Bentuk Anggota, K5/6

Tegasan gred lentur digunakan bagi anggota kayu yang mempunyai


keratan rentas segiempat tepat. Manakala bagi anggota yang mempunyai bentuk
selain dari segiempat tepat, tegasan gred lentur mesti didarabkan dengan faktor
ubahsuai K5 iaitu:

K5 = 1.18 bagi anggota membulat


K5 = 1.41 bagi anggota segiempat dengan beban bertindak selari dengan penjuru

26

Rajah 2.6

Faktor ubahsuai K5 bagi bentuk anggota

6. Ukurdalam Anggota, K6/7

Tegasan gred lentur yang diberikan di dalam Jadual 1, 2 dan 4 seperti di


Lampiran digunakan bagi anggota yang mempunyai ukurdalam kurang atau sama
dengan 300mm kerana nilai K6 ialah 1.0. Jika ukurdalam rasuk melebihi 300mm,
tegasan gred lentur perlu didarabkan dengan K6 iaitu:

K6 = 0.81 (h + 92300) / (h + 56800)

Terdapat sedikit perbezaan bagi nilai faktor ubahsuai untuk ukurdalam


anggota bagi MS 544: Part 2 dan BS 5268: Part 2. Bagi ukurdalam anggota lebih
dari 300mm, nilai K7 adalah sama tetapi nilai K7 berlainan bagi ukurdalam
kurang dari 300mm. Ini kerana, menurut BS 5268: Part 2:

h 72mm

K7 = 1.17

72mm < h < 300mm

K7 = (300/h) ^ 0.11

27
2.6.5 Rentang Efektif, Le

Kebanyakan rasuk kayu akan direkabentuk sebagai rasuk disokong mudah. Ini
bersesuaian dengan sambungan di hujung rasuk yang kebiasaannya menggunakan paku
atau bolt yang boleh dianggap sebagai sambungan mudah. Panjang berkesan rasuk
ditakrifkan sebagai panjang di antara jarak antara galas.

2.6.6 Sokongan Sisi

Semakan kestabilan sisi perlu dilakukan untuk mengelak rasuk dari melengkok
ke arah sisi. Lengkokan rasuk pada arah sisi dapat dielakkan dengan cara menghadkan
nisbah D/B rasuk. Beberapa kes nisbah D/B izin adalah seperti dalam Jadual 2.4.

Jadual 2.4

Kedalaman maksimum untuk nisbah keluasan


Kestabilan sisi

Tiada sokongan sisi

Kedalaman
maksimum untuk
nisbah keluasan
2

Hujung-hujung pada kedudukannya

Hujung-hujung pada kedudukannya dan anggota pada


satu barisan seperti purlin atau rod di tengah-tengah,
tidak melebihi 30 kali luas anggota
Hujung-hujung pada kedudukannya dan bahagian
mampatan dipegang dalam barisan seperti secara
sambungan dengan papan lantai dan gelegar
Hujung-hujung pada kedudukannya dan mampatan pada
tepi garisan seperti sambungan dek tidak melebihi 6 kali
kedalaman
Hujung-hujung pada kedudukannya dan tepat di hujung
garisan

28
2.7

Perisian Mathcad

Menurut Abdy Kermani (1999), pelbagai jenis perisian dapat digunakan untuk
merekabentuk struktur kayu terutama rasuk kayu. Oleh itu, perisian mathcad akan
digunakan untuk menguji keberkesanannya dalam rekabentuk rasuk sama ada ia senang
untuk difahami, digunakan dan dipelajari oleh pengguna. Sekaligus, ia akan
meningkatkan pengetahuan teknologi dari segi rekabentuk struktur.

Mathcad adalah suatu perisian elektronik yang membolehkan pengiraan


matematik dilakukan pada skrin komputer yang mana fungsinya hampir sama dengan
pengiraan yang dilakukan secara manual menggunakan kertas serta pensil. Selain
daripada mengaplikasikan simbol matematik yang biasanya digunakan, mathcad juga
menggunakan simbol kovensional dalam kalkulus untuk pembezaan dan pengamiran
untuk melaksanakan operasi ini. Ia mengekalkan bentuk simbol konvensional untuk
fungsi matematik dan trigonometri, siri operasi dan matrik algebra.

2.7.1 Kelebihan perisian Mathcad

Perisian Mathcad diperkenalkan dan akan digunakan dalam kajian ini untuk
memudahkan lagi proses rekabentuk. Ini kerana Mathcad mempunyai banyak kelebihan
yang tersendiri. Antaranya ialah:

Mudah untuk difahami dan dipelajari dalam masa yang singkat

29
Memaparkan rumus dan pengiraan yang lengkap seperti pengiraan yang
dilakukan secara manual
Hasil pengiraan dapat dicetak terus menggunakan perisian ini mengikut format
rekabentuk yang dikehendaki
Rumus yang digunakan dalam perisian ini boleh diambil terus dari buku dan
pengiraan akan terus dilakukan
Tidak memerlukan kod atau arahan yang panjang dan rumit

2.8

Kelebihan dan kelemahan kayu sebagai anggota sturuktur

Setiap bahan yang digunakan dalam pembinaan mempunyai kelebihan dan


kelemahan tersendiri begitu juga dengan struktur kayu. Setiap kelebihan dan kelemahan
mestilah diketahui bagi memilih jenis kayu yang sesuai digunakan dalam pembinaan.
Kelebihan kayu seharusnya diekploitasikan manakala kelemahannya pula perlu diatasi
dan diselesaikan mengikut cara yang sesuai.

2.8.1 Kelebihan kayu

Keistimewaan kayu yang utama ialah merupakan bahan binaan semulajadi yang
senang diperolehi di kawasan hutan. Ia mudah didapati di pasaran kerana mempunyai
sumber yang banyak dan menjimatkan masa serta kos. Ini kerana kayu tidak
memerlukan masa untuk bancuhan dan pengerasan seperti konkrit. Ia juga menjimatkan

30
kos kerana tidak banyak melibatkan tenaga kerja dan tidak memerlukan bahan binaan
lain seperti tetulang dan sebagainya.

Selain itu, kayu juga mempunyai nilai estetika yang tinggi. Kebolehan seni
ukiran dengan mempunyai berbagai corak dan bentuk gambar yang menarik telah
menjadi popular untuk bangunan yang memerlukan hiasan seperti muzium, masjid,
tokong, rumah rehat, rumah tradisional dan sebagainya. Kelebihan ini adalah tidak
terdapat pada bahan binaan yang lain. Kayu juga mempunyai keupayaan untuk berubah
bentuk membolehkannya sesuai dengan aktiviti pra pembinaan seperti pembinaan acuan
dan sokongan sementara. Ia juga boleh digunakan dalam pembinaan rumah kos rendah,
cerucuk asas, pembinaan landasan keretapi dan sebagai struktur binaan yang berentang
panjang seperti dewan serba guna, jambatan, kekuda bumbung dan sebagainya.

Kayu adalah bahan tidak mudah terbakar sekiranya mempunyai keratan rentas
yang besar dan tidak mengeluarkan asap yang banyak semasa kebakaran. Jika keratan
rentas kayu lebih besar, bahagian yang terbakar hanya di bahagian luar sahaja manakala
bahagian dalamnya lambat terbakar. Apabila diketam, saiz dimensi kayu akan menjadi
semakin kecil dan akan mengurangkan nilai kekuatan kayu tetapi ia boleh digunakan
semula untuk kegunaan lain.

2.8.2 Kelemahan kayu

Kelemahan kayu yang paling utama ialah ia mudah reput dan mudah rosak
akibat serangan serangga seperti anai-anai. Ini akan menyebabkan nilai kekuatan kayu
berkurang. Oleh itu, pengawetan perlu dilakukan untuk mengelakkan pereputan dan

31
serangan serangga perosak seperti menyapu lapisan varnish atau cat. Sedikit sebanyak ia
dapat melambatkan proses pereputan kayu.

Selain itu, kayu mempunyai modulus elastik yang rendah serta kekuatannya yang
tidak menentu berbanding konkrit dan keluli. Oleh itu, faktor keselamatan perlu diambil
kira semasa proses rekabentuk dan segala pengetahuan tentang sifat-sifat kekuatan kayu
perlu digunakan bagi menghasilkan keputusan yang sesuai.

Kecacatan kayu juga merupakan salah satu daripada kelemahannya. Kecacatan


terjadi sama ada secara semulajadi ataupun semasa proses pengeringan kayu dilakukan
di kilang. Kecacatan kayu akan mengurangkan nilai kekuatan kayu dan tidak sesuai
untuk digunakan sebagai bahan binaan. Antara contoh kecacatan semulajadi ialah buku,
bintik empulur, saku kulit, saku damar dan salur gam manakala contoh bagi kecacatan
akibat daripada pengeringan pula ialah melengkung, lentik, retak, rekah dan meleding.

32

BAB 3

REKABENTUK RASUK MENGGUNAKAN PERISIAN MATHCAD

3.1

Pengenalan

Jenis kayu yang terdapat di Malaysia adalah berlainan dari segi kekuatan, ira,
kandungan lembapan dan sebagainya jika dibandingkan dengan kayu-kayu import. Oleh
itu, kajian rekabentuk berdasarkan MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002 dilakukan bagi
mengetahui dengan lebih jauh tentang kayu-kayu yang terdapat di Malaysia dan
perbezaan dari segi rekabentuk bagi anggota kayu.

Kajian bagi rekabentuk anggota kayu ini akan melibatkan langkah-langkah


pengiraan yang telah disarankan oleh MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002. Pertimbangan
bagi rekabentuk rasuk juga akan diulas secara terperinci dan mengikut susunan. Selain
itu, di dalam bab ini juga akan diterangkan dengan lebih jelas tentang perisian yang akan
digunakan dan serba sedikit penerangan tentang cara untuk melakukan pengiraan dengan
menggunakan perisian tersebut.

33
3.2

Penggunaan Mathcad Bagi Rekabentuk Rasuk

Mathcad dapat menggabungkan paparan bagi spreadsheet dengan paparan bagi


word processor. Dengan mathcad juga, persamaan yang akan digunakan boleh terus
ditaip seperti yang dinyatakan di dalam buku dengan kelebihan dimana ia juga boleh
membuat pengiraan. Subseksyen yang seterusnya akan menunjukkan bagaimana cara
untuk melakukan operasi ringkas dengan menggunakan Mathcad.

3.2.1 Pengiraan Ringkas

Walaupun Mathcad boleh menyelesaikan persamaan matematik yang rumit, ia


juga boleh digunakan dengan mudah untuk membuat pengiraan seperti menggunakan
kalkulator. Sebagai contoh:

Klik sahaja dimana-mana bahagian worksheet dan taip


15 8 / 104.5 =
Apabila simbol sama dengan ditekan, pengiraan akan dibuat dan paparan
jawapan akan ditunjukkan seperti dalam Rajah 3.1

34

Rajah 3.1

Pengiraan ringkas

3.2.2 Definisi Dan Parameter

Kebolehan Mathcad dapat dilihat dengan jelas apabila fungsi dan parameter
digunakan. Dengan mendefinisikan setiap fungsi dan parameter, persamaan dapat
dihubungkan antara satu sama lain dan hasil pengiraan dapat digunakan untuk pengiraan
yang seterusnya. Sebagai contoh:

Memberi maksud bagi parameter t dan acc dengan simbol definisi iaitu :=
Taip persamaan yang akan digunakan dengan simbol yang sesuai seperti simbol
^ mewakili kuasa, * mewakili pendaraban dan / mewakili pembahagian
Untuk mendapatkan jawapan, taip = seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2

35

Rajah 3.2

Pengiraan melibatkan fungsi dan parameter

3.2.3 Memasukkan Teks

Untuk memulakan proses menaip teks, klik dimana-mana ruang kosong dan pilih
Create Text Region daripada menu Text atau klik sahaja pada ikon A butang menu.
Mathcad akan mengeluarkan satu kotak teks untuk membolehkan pengguna menaip,
tukar jenis tulisan, format dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

36

Rajah 3.3

Cara memasukkan teks

3.2.4 Penggunaan Unit

Apabila definisi yang sesuai dimasukkan, Mathcad akan mengeluarkan unit


secara automatik. Penggunaan unit dapat dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
3.4.

37

Rajah 3.4

3.3

Persamaan dengan unit

Jenis Kayu Yang Digunakan Bagi Rekabentuk Rasuk

Bagi kajian ini, jenis kayu yang dipilih adalah kayu tempatan iaitu balau,
kempas, merbau dan keruing. Jenis kayu ini dipilih kerana ia bersesuaian dengan
rekabentuk rasuk berdasarkan kod amalan praktis MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002.
Akan tetapi, pengelasan kayu jenis kayu di dalam MS 544: 2001 adalah lebih khusus dan
mengikut kumpulan kekuatan manakala pengelasan kayu di dalam BS 5268: 2002 adalah
secara umum. Selain itu, jenis kayu mengikut MS 544: 2001 dibahagikan kepada dua
keadaan iaitu kayu basah (kandungan lembapan > 19%) dan kayu kering (kandungan
lembapan 19%) manakala mengikut BS 5268: 2002 tidak menyatakan jenis keadaan
kayu.

38
Jadual 3.1
Jenis
kayu

Kumpulan
Kekuatan
(S.G)

Nilai tegasan gred menurut MS 544: 2001


Tegasan
lentur,(N/mm)

Tegasan
ricih,(N/mm)

Basah

Kering

Basah

Kering

Basah

Kering

Modulus
Keanjalan,E(N/mm)

Balau

23

26.5

1.98

2.28

13300

14000

Kempas

16.3

18.3

1.74

1.95

11700

12600

Merbau

11.2

13.2

1.19

1.23

7400

7600

Keruing

8.6

9.5

0.95

1.07

6100

6300

Jadual 3.2

Nilai tegasan gred menurut BS 5268: 2002

Tegasan
lentur,(N/mm)

Tegasan
ricih,(N/mm)

Modulus
Keanjalan,E(N/mm)

Balau

23.4

2.8

16700

Kempas

19.3

2.3

16000

Merbau

18.1

2.3

11700

Keruing

16.2

1.7

16100

Jenis
kayu

3.4

Prosedur Rekabentuk Rasuk Kayu

Jenis-jenis kayu yang digunakan ialah Balau, Kempas, Merbau dan Keruing.
Keempat-empat jenis kayu ini adalah bergred standard dan mempunyai jangka masa
yang panjang. Keadaan rasuk yang diambil kira ialah disokong muda, menanggung
beban teragih seragam dan tiada system perkongsian beban.

39
3.4.1 Kajian Kes I

Bagi kajian ini, pengiraan dibuat untuk mengetahui perbezaan saiz rasuk secara
umum berdasarkan MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002. Beban teragih seragam dan
panjang rentang bagi rasuk ditetapkan.

Rajah 3.5

Ukuran dan beban bagi rasuk untuk kajian kes I

Rajah 3.6

Keratan rentas rasuk

40
3.4.1.1 Langkah Pengiraan

MS 544: 2001

BS 5268: 2002

Memasukkan data:

Memasukkan data:

Saiz rasuk (b x h mm)

Saiz rasuk (b x h mm)

Panjang rentang,L (m)

Panjang rentang,L (m)

Luas keratan rentas,A(mm)

Luas keratan rentas,A(mm)

Momen sifatekun kedua rasuk

Momen sifatekun kedua rasuk

(mm), Ixx = bh/12


-

Beban teragih seragam,w

(mm), Ixx = bh/12


-

(kN/m)

Beban teragih seragam,w


(kN/m)

Faktor ubahsuai:

Faktor ubahsuai:

Tempoh beban,K1

Tempoh beban,K3

Tiada sistem perkongsian

Tiada sistem perkongsian

beban,K2

beban,K8

Tiada takikan hujung,K4

Tiada takikan hujung,K5

Faktor bentuk,K5

Faktor bentuk,K6

Faktor ukurdalam,K6

Faktor ukurdalam,K7

Tegasan gred (Part 2, Table 3 & 4):

Tegasan gred (Part 2, Table 14):

Tegasan lentur gred,1 (N/mm)

Tegasan lentur gred,1 (N/mm)

Tegasan ricih gred,1 (N/mm)

Tegasan ricih gred,1 (N/mm)

Modulus keanjalan kayu

Modulus keanjalan kayu

minimum,E (N/mm)

minimum,E (N/mm)

Kestabilan sisi:

Kestabilan sisi:

(h/b)sebenar < (h/b)izin


OK!

(h/b)sebenar < (h/b)izin


OK!

41
Tegasan lentur:

Tegasan lentur:

Momen lentur maksimum


(kNm)

(kNm)

M = wL/8

M = wL/8

Modulus elastik (mm)

Z = bh/6
-

Modulus elastik (mm)


Z = bh/6

Tegasan lentur maksimum

Tegasan lentur maksimum

(N/mm)

(N/mm)

max = M/Z

max = M/Z

Tegasan lentur izin (N/mm)

= 1 x K1 x K2 x K5 x K6
-

Momen lentur maksimum

max <

OK!

Tegasan lentur izin (N/mm)


= 1 x K3 x K6 x K7 x K8

max <

Tegasan ricih:

Tegasan ricih:

Daya ricih maksimum (kN)


Fv = wL/2

Daya ricih maksimum (kN)


Fv = wL/2

Tegasan ricih maksimum

Tegasan ricih maksimum

(N/mm)

(N/mm)

a = 1.5 Fv/A

a = 1.5 Fv/A

Tegasan ricih izin (N/mm)

= 1 x K1 x K2 x K4
-

OK!

a <

OK!

Tegasan ricih izin (N/mm)


= 1 x K3 x K5 x K8

a <

Tegasan galas:

Tegasan galas:

Tidak perlu disemak kerana

OK!

Tidak perlu disemak kerana

hujung rasuk adalah disokong

hujung rasuk adalah disokong

mudah

mudah

42
Pesongan:

Pesongan:

Disebabkan oleh lenturan (mm)


m = 5wL/384EIxx

m = 5wL/384EIxx

Disebabkan oleh ricih (mm)

s = 19.2M/AE
-

Disebabkan oleh lenturan (mm)

Disebabkan oleh ricih (mm)


s = 19.2M/AE

total = m + s < izin =

0.003L

total = m + s < izin =


0.003L

OK!

OK!

# Oleh itu, saiz rasuk adalah sesuai

# Oleh itu, saiz rasuk adalah sesuai

3.4.2 Kajian Kes II

Bagi kajian ini, pengiraan dibuat untuk mengenal pasti kesan saiz terhadap
kekuatan rasuk kayu untuk menanggung beban teragih seragam berdasarkan faktor
ukurdalam yang berbeza bagi kedua-dua kod amalan praktis. Panjang rentang bagi kes
ini juga ditetapkan. Empat jenis saiz rasuk yang mempunyai ukurdalam berlainan dikaji
bagi kayu Balau, Kempas, Merbau dan Keruing.

Rajah 3.7

Ukuran bagi rasuk untuk kajian kes II

43
Jadual 3.3

Saiz rasuk

Saiz (b x h)
1. 63 x 70 mm
2. 63 x 120 mm
3. 63 x 200 mm
4. 63 x 310 mm

3.4.2.1 Langkah Pengiraan


MS 544: 2001

BS 5268: 2002

Memasukkan data:

Memasukkan data:

Saiz rasuk (b x h mm)

Saiz rasuk (b x h mm)

Panjang rentang,L (m)

Panjang rentang,L (m)

y = h/2 (mm)

y = h/2 (mm)

Luas keratan rentas,A (mm)

Luas keratan rentas,A (mm)

Momen sifatekun kedua rasuk

Momen sifatekun kedua rasuk

(mm), Ixx = bh/12

(mm), Ixx = bh/12

Faktor ubahsuai:

Faktor ubahsuai:

Tempoh beban,K1

Tempoh beban,K3

Tiada sistem perkongsian

Tiada sistem perkongsian

beban,K2

beban,K8

Tiada takikan hujung,K4

Tiada takikan hujung,K5

Faktor bentuk,K5

Faktor bentuk,K6

Faktor ukurdalam,K6

Faktor ukurdalam,K7

Tegasan gred (Part 2, Table 3 & 4):

Tegasan gred (Part 2, Table 14):

44
-

Tegasan lentur gred,1 (N/mm)

Tegasan lentur gred,1 (N/mm)

Tegasan lentur izin (N/mm)

Tegasan lentur izin (N/mm)

= 1 x K1 x K2 x K5 x K6

= 1 x K3 x K5 x K6 x K7

Beban ditanggung:

Beban ditanggung:

Momen lentur maksimum

Momen lentur maksimum

(kNm)

(kNm)

M = Ixx/y

M = Ixx/y

Beban teragih seragam (kNm)


w = 8M/L

Beban teragih seragam (kNm)


w = 8M/L

45
3.5

Contoh Pengiraan Menggunakan Perisian Mathcad

Rajah 3.8

Rekabentuk rasuk untuk kayu Balau

46

Rajah 3.9

Pengiraan bagi kestabilan sisi dan tegasan lentur

47

Rajah 3.10

Pengiraan bagi tegasan ricih dan pesongan

48

Rajah 3.11

Pengiraan bagi kapasiti beban teragih

49

BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang keputusan yang diperolehi daripada dua kajian
kes yang telah dilakukan menggunakan perisian Mathcad. Hasil rekabentuk berdasarkan
kod amalan praktis MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002 di analisis berdasarkan objektif
yang telah dinyatakan di dalam bab sebelum ini. Perbincangan dibuat berdasarkan
perbezaan saiz rasuk yang terhasil dari kajian kes I manakala daripada graf yang terhasil
dari kajian kes II menjelaskan kesan ukurdalam terhadap kemampuan rasuk kayu untuk
menampung beban tergih seragam.

4.2

Analisis Rekabentuk Saiz Rasuk Bagi Kajian Kes I

Berdasarkan pengiraan yang dibuat, didapati saiz bagi rasuk yang direkabentuk
mengikut kod amalan praktis BS 5268: 2002 adalah lebih kecil berbanding dengan saiz
rasuk yang direkabentuk mengikut kod amalan praktis MS 544: 2001. Jika perbandingan

50
dibuat berdasarkan MS 544: 2001 sahaja, saiz rasuk bagi jenis kering adalah sama
dengan saiz rasuk bagi jenis basah untuk kayu Balau dan Kempas. Manakala untuk kayu
Merbau dan Keruing, saiz rasuk bagi jenis basah adalah lebih kecil berbanding saiz
rasuk bagi jenis kering. Jadual 4.1 menunjukkan keputusan yang telah diperolehi hasil
daripada analisis yang telah dibuat.

Jadual 4.1

Perbezaan saiz rasuk bagi MS 544 dan BS 5268

Jenis

Saiz rasuk ( b x h )

kayu

MS 544: 2001

BS 5268: 2002

Basah

Kering

Balau

75 x 200 mm

75 x 200 mm

63 x 200 mm

Kempas

100 x 200 mm

100 x 200 mm

63 x 200 mm

Merbau

125 x 200 mm

150 x 200 mm

100 x 200 mm

Keruing

150 x 200 mm

175 x 200 mm

63 x 200 mm

Saiz rasuk yang direkabentuk mengikut BS 5268: 2002 adalah lebih kecil
berbanding dengan MS 544: 2001 kerana nilai tegasan gred selari dengan ira bagi BS
5268: 2002 adalah lebih tinggi daripada MS 544: 2001. Sementara bagi MS 544: 2001,
walaupun nilai tegasan gred bagi kayu jenis kering adalah lebih tinggi berbanding kayu
jenis basah tetapi tidak memberi kesan yang besar terhadap saiz rasuk. Saiz rasuk bagi
kayu Merbau dan Keruing jenis basah adalah lebih kecil berbanding dengan kayu
Merbau dan Keruing jenis kering. Ini kerana, semasa pengiraan dibuat, kayu jenis basah
menggunakan saiz nominal manakala kayu jenis kering menggunakan saiz minimum
iaitu saiz selepas diketam. Saiz rasuk yang digunakan adalah berdasarkan jadual sifat
geometri iaitu Table B3a dan Table B3b yang dinyatakan di Lampiran C dan D. Rajah
4.1 menunjukkan nilai tegasan lentur gred bagi kayu tempatan.

51

Rajah 4.1

4.3

Graf nilai tegasan lentur setiap jenis kayu

Analisis Kesan Saiz Terhadap Beban Teragih Seragam Bagi Kajian Kes II

Rajah 4.2 memaparkan graf faktor ukurdalam melawan ukurdalam rasuk


menggunakan MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002. Daripada graf ini didapati nilai faktor
ukurdalam bagi kedua-dua kod amalan praktis adalah berbeza apabila ukurdalam rasuk
kurang dari 300 mm. Oleh itu, kesan saiz bagi ukurdalam yang berbeza telah dikaji
untuk melihat perbezaan kapasiti beban teragih yang mampu ditanggung oleh rasuk
menggunakan empat jenis kayu yang berbeza.

52

Rajah 4.2

Graf faktor ukurdalam melawan ukurdalam

4.3.1 Analisis Nilai Beban Teragih Seragam Bagi Ukurdalam Rasuk Yang
Berbeza

Faktor ukurdalam memberi kesan kepada nilai beban teragih seragam yang
mampu ditanggung oleh rasuk yang mempunyai ukurdalam yang berbeza. Jadual 4.2
menunjukkan kapasiti beban teragih maksimum yang mampu ditanggung oleh empat
saiz rasuk yang berbeza menggunakan jenis kayu yang berlainan.

53

Jadual 4.2
Jenis kayu

Kapasiti beban teragih maksimum bagi setiap saiz rasuk


Saiz rasuk (bxh)

Beban teragih seragam,w (kN/m)


MS 544: 2001

BS 5268: 2002

63 x 70 mm

1.05

1.25

63 x 120 mm

3.09

3.48

63 x 200 mm

8.59

8.74

63 x 310 mm

20.6

20.9

63 x 70 mm

0.75

1.03

63 x 120 mm

2.19

2.87

63 x 200 mm

6.09

7.53

63 x 310 mm

14.6

17.3

63 x 70 mm

0.51

0.97

63 x 120 mm

1.51

2.69

63 x 200 mm

4.18

6.76

63 x 310 mm

10

16.2

63 x 70 mm

0.39

0.87

63 x 120 mm

1.16

2.41

63 x 200 mm

3.21

6.05

63 x 310 mm

7.7

14.5

Balau

Kempas

Merbau

Keruing

54

Rajah 4.3

Rajah 4.4

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu Balau

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu Kempas

55

Rajah 4.5

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu Merbau

Rajah 4.6

Kapasiti beban teragih melawan ukurdalam bagi kayu Keruing

56
Berdasarkan keempat-empat graf diatas, kapasiti beban teragih mengikut BS
5268: 2002 adalah lebih besar berbanding kapasiti beban teragih mengikut MS 544:
2001. Kapasiti beban teragih berbeza kerana dipengaruhi oleh faktor ukurdalam yang
berbeza bagi kedua-dua kod amalan praktis. Faktor ukurdalam yang dinyatakan dalam
BS 5268: 2002 telah diuji menggunakan softwood manakala faktor ukurdalam bagi MS
544: 2001 pula diuji menggunakan kayu tempatan. Tetapi di dalam BS 5268: 2002 juga
ada dinyatakan jenis kayu tempatan dimana rekabentuknya menggunakan faktor
ukurdalam yang diuji menggunakan softwood. Ini menyebabkan kapasiti beban teragih
bagi Bs 5268: 2002 lebih besar dari MS 544: 2001. Oleh itu, rekabentuk menggunakan
kayu tempatan lebih sesuai dan menghasilkan keputusan yang lebih jitu jika
menggunakan MS 544: 2001.

4.4

Perbezaan Antara MS 544: 2001 Dan BS 5268: 2002

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati ada beberapa perbezaan di antara
kod amalan praktis MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002. Perbezaan ini member kesan
kepada keputusan yang telah dibuat. Perbezaan-perbezaan tersebut ditunjukkan dalam
Jadual 4.3.

57
Jadual 4.3

Bil.

Perbezaan antara MS 544: 2001 dan BS 5268: 2002

MS 544: 2001

BS 5268: 2002
Jenis Kayu Tempatan
Pilihan jenis kayu tempatan lebih
Pilihan jenis kayu tempatan adalah
banyak dan lebih khusus. Setiap
terhad kerana tidak banyak pilihan.
maklumat mengenai kayu lebih
Lebih mengutamakan jenis kayu
terperinci.
Canadian, American dan North
American.
Kumpulan Kekuatan Kayu
Pengelasan dibahagikan kepada 7
Pengkelasan bagi kayu tempatan
kumpulan kekuatan kayu iaitu SG 1,
tidak khusus dan hanya secara
SG 2, SG 3, SG 4, SG 5, SG 6 dan
umum iaitu bergred HS. Ia juga tidak
SG 7. Dimana SG 1 adalah kumpulan
menyatakan samada keadaan basah
kayu yang kuat dan SG 7 adalah
atau kering.
kumpulan kayu yang lemah. Selain
itu, setiap kumpulan kekuatan
mempunyai 2 keadaan berbeza
iaitu basah dan kering.
Tegasan Gred Kayu
Gred kayu terbahagi kepada 3 iaitu
Gred kayu yang diberikan adalah
selection, standard dan common.
umum, tiada pengkelasan gred.
Nilai bagi tegasan lentur selari
Nilai bagi tegasan lentur selari
dengan ira, tegasan selari dengan
dengan ira, tegasan selari dengan
ira, mampatan selari dengan ira,
ira, mampatan selari dengan ira,
mampatan berserenjang dengan ira
mampatan berserenjang dengan ira
dan tegasan ricih selati dengan ira
dan tegasan ricih selati dengan ira
adalah lebih kecil.
adalah lebih besar.
Faktor Ubahsuai
Mempunyai nilai yang sama bagi semua faktor kecuali faktor ukurdalam.
Hanya berbeza dari segi nombor.
Tempoh beban,K1
Tempoh beban,K3
Sistem kongsi beban,K2
Sistem kongsi beban,K8
Panjang dan kedudukan galas,K3
Panjang dan kedudukan galas,K4
Takikan dihujung anggota,K4
Takikan dihujung anggota,K5
Bentuk anggota,K5
Bentuk anggota,K6
Ukurdalam anggota
h 300mm : K6 = 1
h 72mm : K7 = 1.17
h > 300mm :
72mm < h < 300mm :
K6 = 0.81[(h+92300)/(h+56800)]
K7 = (300/h)^0.11
h > 300mm :
K6 = 0.81[(h+92300)/(h+56800)]

58

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Kesimpulan

Berdasarkan keputusan rekabentuk diantara kod amalan praktis MS 544: 2001


dan BS 5268: 2002, didapati wujud perbezaan di antara kedua-dua kod. Pengiraan yang
dibuat menggunakan perisian Mathcad ini boleh diterima dan dipercayai. Penggunaan
perisian Mathcad ternyata menjimatkan masa dan lebih mudah untuk difahami
berbanding dengan Visual Basic (VB) atau Microsoft Excel.

Bagi kayu tempatan, hasil pengiraan menunjukkan bahawa rekabentuk rasuk


menggunakan kod amalan BS 5268: 2002 menghasilkan saiz rasuk yang lebih kecil yang
dapat menanggung kapasiti beban teragih yang telah ditetapkan berbanding dengan MS
544: 2001. Apabila dikaji dengan menggunakan saiz rasuk yang sama bagi setiap jenis
kayu, ternyata rekabentuk menggunakan BS 5268: 2002 mampu menanggung kapasiti
yang lebih besar dari rekabentuk menggunakan MS 544: 2001.

59
Walaupun saiz rasuk yang direkabentuk menggunakan MS 544: 2001 adalah
lebih besar berbanding BS 5268: 2002 tetapi kebolehpercayaan terhadap MS 544: 2001
dalam proses rekabentuk lebih banyak. Ini kerana jenis kayu yang dinyatakan di dalam
MS 544: 2001 adalah lebih khusus dan faktor ukurdalam diambil kira berdasarkan kayu
tempatan manakala faktor ukurdalam bagi BS 5268: 2002 diambil kira berdasarkan
softwood.

Selain itu, ternyata wujud perbezaan diantara MS 544: 2001 dengan BS 5268:
2002. Antara perbezaan tersebut ialah jenis kayu tempatan yang disenaraikan di dalam
MS 544: 2001 adalah lebih banyak berbanding di dalam BS 5268: 2002. Disamping itu,
perbezaan dapat dilihat dari segi pengkelasan kumpulan kekuatan kayu dimana mengikut
MS 544: 2001, kayu dikelaskan mengikut tujuh kumpulan tetapi jenis kayu mengikut BS
5268: 2002 tiada pengkelasan yang khusus.

Nilai bagi kesemua tegasan gred juga berbeza. Nilai yang dinyatakan di dalam
BS 5268: 2002 adalah lebih besar dari nilai yang dinyatakan di dalam MS 544: 2001.
Manakala dari segi faktor ubahsuai pula tiada perbezaan kecuali bagi faktor ukurdalam
kerana nilai bagi faktor tersebut adalah berbeza bagi kedua-dua kod amalan berdasarkan
syarat ukurdalam yang telah ditetapkan.

5.2

Cadangan

Kajian yang telah dihasilkan adalah terhad kepada beberapa perkara. Oleh
itu, beberapa cadangan telah dicadangkan bagi meningkatkan hasil kajian yang lebih
bermutu. Antara cadangannya adalah:

60
i.

Mengambil kira anggota struktur yang lain seperti tiang, kekuda dan sebagainya.

ii.

Menimbangkan keadaan beban yang lain seperti beban pugak keatas rasuk.

iii.

Memperluaskan kajian dengan mengambil kira keadaan rasuk yang disambung


secara monolitik, disokong tegar atau rasuk julur.

iv.

Menimbangkan bentuk rasuk yang bulat atau segiempat sama.

v.

Memperluaskan kajian dengan menggunakan pelbagai jenis kayu tempatan atau


mengkaji perbezaan yang wujud dengan menggunakan softwood berdasarkan
kedua-dua kod amalan praktis.

61

RUJUKAN

1. Abdy Kermani (1999). Structural Timber Design. Napier U, Edinburgh: Publisher


Blackwell Science Ltd.

2. Ahmad Baharuddin Abd. Rahman (2005). Design of Steel and Timber Structures.
FKA, Universiti Teknologi Malaysia.

3. Bull, J. W. (1994). The Practical Design of Structural Elements in Timber. England:


Gower Publishing Limited Page.

4. American Institute of Timber Construction, AITC (1985). Timber Construction


Manual, 3rd Edition. Published by: John Wiley & Sons, Inc.

5. McKenzie, W. M. C. (2000). Design of Structural Timber. Published by: Publisher


Macmillan Press LTD.

6. Porteous, J. and Abdy Kermani (2007). Structural Timber Design to Eurocode 5.


Published by: Publisher Blackwell.

7. Stalneker, J. J. and Harvis, E. C. (1989). Structural Design in Wood. New York: Van
Nostrand Rainhold.

8. Larsen, R. W. (2007). Introduction to Mathcad 13. Published by: Pearson Education,


Inc.

62
9. Department of Standards Malaysia. Code of Practice For Structural Use Timber:
Permissible Stress Design of Solid Timber. Malaysia, MS 544.2001

10. British Standards Institution. Code of Practice For Permissible Stress Design,
Materials And Workmanship. London, BS 5268. 2002

63

LAMPIRAN A

64

LAMPIRAN B

65

LAMPIRAN C

66

67

LAMPIRAN D

68

You might also like