Professional Documents
Culture Documents
Ifah Collection ditubuhkan pada 10 Jun 2012. Melalui daftar perniagaan ini, saya memulakan
perniagaan jahitan dan jualan jubah kanak-kanak atas nama Ifah Collection bertempat di 5900-C,
Kampung Tanjung Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu. Bersesuaian dengan nama, Ifah Collection
merupakan rekaan dan pembuatan jubah kanak-kanak yang telah direka mengikut piawaian yang
ditetapkan dan juga mengikut trend dan fesyen terkini.
Dalam mempromosikan produk ini saya telah menawarkan produk-produk yang boleh
dikatakan tidak terdapat dalam pasaran serta meletakkan harga yang sangat kompetitif. Strategi Ifah
Collection ialah jualan pada nilai yang tertinggi. Bagi saya sebagai pemilik Ifah Collection, promosi
secara mulut (referral) yang dicetuskan dari produk-produk yang berkualitu dan harga yang disenangi
pelanggan adalah cara terbaik mendapat pasaran yang memberangsangkan.
Walaupun saya telah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan agak lama dan kini
mempunyai premis sendiri, saya memerlukan bantuan kewangan dan pinjaman bagi memantapkan
perniagaan saya. Saya optimis dan positif bahawa dengan strategi yang betul dan komitmen yang
tinggu boleh mengembangkan perniagaan ini.
: Rosmawati bt Hasan
No. i/c
: 820924 03 5902
Alamat
Tarikh Lahir
: 24 September 1982
Umur
: 32 tahun
Jantina
: Perempuan
Taraf Perkahwinan
: Berkahwin
Warganegara
: Malaysia
Taraf Pendidikan
: Diploma
Agama
: Islam
Kemahiran
: Menjahit
No. telefon
: 019-9432395
MAKLUMAT SUAMI
Nama
No. i/c
: T 537406
Pekerjaan
: Tentera
Alamat
No. telefon
: 019-9668983
: Ifah Collection
Alamat Perniagaan
No. Telefon
: 09-787 9700
No. Fax
: 09-787 9700
: ifahcollection@gmail.com
Jenis Perniagaan
: Milik Tunggal
2
PENGENALAN PRODUK
Anak-anak gadis sekarang lebih terdorong untuk mengikuti perkembangan fesyen barat daripada
fesyen yang lebih islamik. Justeru itu, saya sebagai seorang ibu yang menpunyai anak perempuan
terpanggil untuk menceburi bidang perniagaan jubah kanak-kanak. Dengan pemakaian jubah,
kanak-kanak dapat dibentuk dari kecil lagi dengan syariat Allah iaitu dalam aspek menutup aurat. Bak
kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jubah kanak-kanak ini merupakan
hasil jahitan saya sendiri dengan menggunakan kain yang bermutu tinggi dan berkualiti. Ianya juga
dijual dengan harga yang berpatutan.Selain daripada menjual jubah kanak-kanak saya juga
menerima tempahan jahitan pakaian wanita seperti blauss, baju kurung, jubah dan sebagainya.
ASPEK PEMASARAN
1. Kawasan /lokasi perniagaan
Lot 575, Kampung Tanjung, Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu.
2. Potensi Pasaran
i. Produk jubah merupakan trend terbaru dalam fesyen masyarakat hari ini. Jubah
sangat popular dan senang untuk digayakan dan sesuai untuk kebanyakan majlis.
Wanita dan kanak-kanak yang memakainya bukan sahaja menutup aurat tetapi
kelihatan bergaya. Produk jubah ini tidak akan ketinggalan zaman kerana pada setiap
masa ada sahaja rekaan untuk menjadikan produk jubah ini kelihatan menarik dan
ii.
iii.
iv.
JENIS PRODUK
1) Baju - Denim
2) Baju Denim
Kain Lycra Cotton
3) Baju Denim + Lycra
Cotton
4) Baju - Denim
5) Baju - Lycra
UMUR
6 10 tahun
6 10 tahun
HARGA JUALAN
RM30.00
RM65.00
6 12 tahun
RM65.00
6 12 tahun
6 12 tahun
RM60.00
RM60.00
4
PESAING PASARAN
Sukar menetukan pesaing di pasaran secara tepat. Bagi kawasan yang berdekatan dengan rumah
saya belum ada tukang jahit atau kedai-kedai yang mengeluarkan jubah kanak-kanak secara
komersial. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh mendapatkan produk jubah ini di Bandar Kuala
Terengganu. Untuk menghadapi pesaing di pasaran saya memastikan produk yang saya keluarkan
lebih bermutu tinggi dan berkualiti dari segi penggunaan kain dan juga jahitan. Selain itu saya akan
memastikan harga yang dikenakan pada setiap produk saya berpatutan.
STRATEGI PEMASARAN
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
SASARAN PASARAN
i)
ii)
iii)
iv)
v)
Rakan-rakan sekerja
Pelanggan-pelanggan melalui internet
Saudara-mara dan rakan-rakan yang berdekatan
Penduduk-penduduk kawasan perumahan berdekatan
Pengunjung-pengunjung yang berurusan di sekitar kawasan
SAIZ PASARAN
Saiz pasaran adalah sekitar kawasan perumahan berdekatan dan seluruh negeri Terengganu.
5
SYER PASARAN
Buat masa ini terdapat 4 butik jahitan dan pakaian siap di sekitar premis perniagaan. Oleh kerana dua
premis menjual produk yang berlainan jadi kami menjangkakan syer pasaran yang tinggi kerana kami
menawarkan produk-produk lain seperti jubah kanak-kanak, baju kurung dan juga aksesori wanita. Ini
ditambah dengan harga yang kompetitif saya menjangkakan syer yang lebih tinggi berbanding butik
pakaian yang lain.
RAMALAN JUALAN
Ramalan jualan ialah melebihi 30% daripada modal dan 50% akan meningkat pada tahun
berikutnya.
ANALISA SAINGAN
Setakat ini saingan pada produk jubah kanak-kanak kerana ada butik yang juga
mengeluarkan fesyen jubah kanak-kanak. Walau bagaimanapun, dengan menawarkan
harga yang murah dan fesyen dan rekaan yang unik masalah ini dapat diatasi.
Jubah kanak-kanak seperti rekaan Ifah Collection tidak terdapat di butik-butik yang lain.
Maklumat pelanggan mengatakan harga jubah kanak-kanak di Ifah Collection lebih murah.
Stok produk dan fesyen terbaru sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.
Bersikap terbuka terhadap maklumbalas pelanggan dengan mengambil kira maklumat
mereka untuk meningkatkan mutu produk.
STRATEGI PEMASARAN
vii)
viii)
ix)
x)
xi)
xii)
SASARAN PASARAN
vi)
vii)
viii)
ix)
Rakan-rakan sekerja
Pelanggan-pelanggan melalui internet
Saudara-mara dan rakan-rakan yang berdekatan
Penduduk-penduduk kawasan perumahan berdekatan
x)
KESIMPULAN
Perniagaan jubah kanak-kanak yang menggunakan nama Ifah Collection mempunyai potensi yang
besar untuk bersaing dan berdaya maju disebabkan oleh faktor-faktor berikut :
i.
Lokasi yang strategik memudahkan pelanggan untuk datang ke premis perniagaan Ifah
ii.
Collection.
Saya telah membuat survey di sekitar kawasan perumahan berdekatan dan mendapati
iii.
iv.
v.
vi.
memberangsangkan.
Membuat promosi melalui blog ifahkids.blogspot.com dan menjalankan perniagaan secara
online
Baju : Denim
Kain : Lycra Cotton
Harga : RM65.00
Umur : 6 10 tahun
Ukuran bahu : 11 , 12 , 13
Baju : Denim
Harga : RM60.00
Umur : 6 12 tahun
Ukuran bahu : 11 , 12 , 13, 14
Baju : Denim
Harga : RM45.00
Umur : 6 12 tahun
Ukuran bahu : 11 , 12 , 13, 14
Baju : Lycra
Harga : RM60.00
Umur : 6 12 tahun
Ukuran bahu : 11 , 12 , 13, 14
Baju : Denim
Harga : RM65.00
Umur : 6 12 tahun
Ukuran bahu : 11 , 12 , 13, 14
9
Baju : Lycra Cotton
Harga : RM60.00
Umur : 6 12 tahun
Ukuran bahu : 11 , 12 , 13, 14
Baju : Denim
Harga : RM30.00
Umur : 6 12 tahun
Ukuran bahu : 11 , 12 , 13, 14
10
PENGH
ARGA
Alhamdulillah hirabbil alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat saya menyelesaikan tugasan projek ini dengan jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr Nazeri b Mohammad, selaku pensyarah RBT
3119 Perniagaan Dan Keusahawanan di atas tugasan projek yang diberikan untuk semester ini.
Beliau banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu dan
pengalaman baru dapat saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini memandangkan ini kali
pertama saya mendalami ilmu perniagaan dan keusahawanan. Ilmu yang saya perolehi ini akan
saya aplikasi apabila terlibat dengan dunia perniagaan dan keusahawanan pada masa akan datang.
Sebagai seorang guru, walaupun mempunyai kerja tetap tidak salah sekiranya melibatkan diri
dalam dunia perniagaan untuk mendapatkan pendapatan sampingan asalkan tidak mengabaikan
tugas utama sebagai seorang guru. Dengan pengalaman menghasilkan portfolio ini dapatlah saya
membuka perniagaan kelak.
Akhir kata,sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang
banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
REFLE
KSI
Tugasan bagi subjek RBT 3119 : Perniagaan dan Keusahawanan telah diterima
pada 1 Februari 2014 di bawah bimbingan pensyarah Dr Nazeri b Mohammad.
Penyerahan tugasan ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan
beberapa maklumat yang berkait-rapat dengan tugasan yang telah diberikan
terutamanya berkenaan dengan e-dagang yang bakal dicari oleh saya dalam
melaksanakan tugasan ini. Walaupun tugasan ini dilaksanakan secara individu tetapi
saya telah membuat perbincangan dengan rakan sekelas dalam mendapat maklumat
berkaitan tugasan ini.
Tugasan RBT 3119 ini agak sukar dilaksanakan kerana ini merupakan kali
pertama saya mempelajari subjek ini dan berkaitan dengan perdagangan elektronik.
Dalam tugasan ini saya dikehendaki menyediakan portfolio rancangan pemasaran bagi
produk yang hendak dipasarkan dan membuat satu blog perniagaan untuk menjual
produk tersebut. Tugasan ini amat mencabar kerana saya tidak mempunyai ilmu dan
pengalaman dalam perniagaan.
Saya telah memilih produk jubah kanak-kanak untuk diniagakan. Saya memilih
produk ini kerana saya terpanggil untuk mempromosikan pakaian yang menutup aurat
bagi kanak-kanak muslimah. Ini kerana , pada masa sekarang didapati bahawa ramai
golongan remaja Islam yang obses dengan fesyen-fesyen kebaratan. Jadi saya
11
Berdasarkan produk yang dipilih ini, saya dikehendaki mengkaji tentang sasaran
pasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, strategi pemasaran dan masalah
pemasaran (edagang). Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk mengkaji semua itu,
tetapi dengan bantuan daripada seorang kawan yang berniaga pakaian dan aksesori
wanita akhirnya saya dapat menyediakan portfolio rancangan pemasaran produk
dengan jayanya..Beliau telah membantu saya tentang bagaimana cara untuk
memulakan perniagaan dan cara-cara untuk menangani masalah dalam perniagaan.
Sesungguhnya dalam setiap kerjaya yang diceburi kita akan menghadapi
risikonya. Begitu juga dengan peniaga akan menghadapi risiko kerugian dan
persaingan daripada peniaga-peniaga yang lain. Dengan adanya tugasan ini saya
dapat mempelajari bagaimana cara untuk menangani risiko tersebut.
Dalam tugasan yang seterusnya, saya dikehendaki menyediakan blog untuk
memasarkan produk yang saya pilih untuk dijual. Sebelum ini saya tidak pernah
membuat blog sendiri. Pada mulanya saya agak khuatir untuk menyiapkan blog ini,
tetapi dengan mendapatkan khidmat bantu daripada EIO sekolah saya akhirnya saya
dapat menyiapkan blog ini dengan jayanya. Walaupun, blog tersebut tidak terlalu
sempurna tetapi saya tetap berpuas hati kerana dapat membuat blog sendiri.
Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa untuk memulakan sesuatu
perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Sebelum bergelar seorang usahawan
kita perlu mengkaji dengan teliti tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
perniagaan yang ingin diceburi. Seorang usahawan juga perlu bersikap positif dalam
menangani risiko yang dihadapi dalam perniagaan. Usahawan juga mesti mempunyai
kemahiran dalam teknologi maklumat supaya produk yang ingin dijual dapat dipasarkan
dengan cepat dan promosi dapat dijalankan secara meluas.
12
PRINT SCREEN BLOG
14
15
16
17
18
19
20
LAMPI
RAN
RUJUK
Internet
AN
http://www.crewusahawan.com/pengenalan-maksud-perniagaan-keusahawanan/
http://sulia-butterfly.blogspot.com/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan.html
http://cikgukamalpp.blogspot.com/
http://www.slideshare.net/abmconsult/strategi-pemasaran-12209914
http://usahawandpli.blogspot.com/2012/05/contoh-rancangan-perniagaan.html
Buku
IPG Kementerian Pelajaran Malaysia, Modul Reka Bentuk Dan Teknologi RBT 3119:Kuala
Lumpur
13
KOMPONEN
NAMA PENSYARAH :
DR NAZERI B MOHAMMAD
JABATAN :PEND. TEKNIK DAN VOK
T/TGN PELAJAR :
TARIKH HANTAR : 15 MAC 2014
A. PEMILIHAN PRODUK
DAN PENULISAN
AKADEMIK (20M)
B. BAHAN DIGITAL
MULTIMEDIA/PEMBIN
AAN BLOG (50M)
C. PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA/
D. PEMBENTANGAN
(20M)
E. PENULISAN
REFLEKSI (10M)
JUMLAH MARKAH
PEMERIKS
A
1
2
ISI
BIL
I
2
3
4
5
6
KAND
ISI KANDUNGAN
SOALAN TUGASAN
PENGHARGAAN
PORTFOLIO RANCANGAN PEMASARAN
REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN
MUKA SURAT
i
1 - 10
11 - 12
13
14 - 20