You are on page 1of 12

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENAAKULAN MATEMATIK

BERFOKUSKAN METAKOGNITIF DALAM KALANGAN PELAJAR


Mohamad Nizam Arshad
pidahnzam@yahoo.com
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
Mohd Salleh Abu
salleh@live.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
Abdul Halim Abdullah
p-halim@live.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
Mahani Mokhtar
p-mahani@live.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
Noor Azean Atan
azean@live.utm.my
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia.
Abstrak
Kemahiran penaakulan matematik adalah merupakan salah satu elemen
utama dalam kemahiran berfikir aras tinggi yang diberi penekanan utama
dalam pembelajaran matematik di Malaysia.
Terdapat banyak bukti
berasaskan kajian yang mendapati bahawa pelajar Malaysia cekap dalam
mengaplikasi prosedur matematik standard (misalnya aritmetik) tetapi
lemah dalam membuat penaakulan matematik. Beberapa kajian lain pula
mendapati kelemahan penaakulan matematik adalah salah satu punca
utama yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam
mempelajari
matematik
bersifat
analitik
(misalnya
Matematik
Tambahan).Beberapa
teori
kognitif
pembelajaran
matematik
mencadangkan bahawa terdapat perkaitan tertentu antara kemahiran
penaakulan matematik ini berbanding kemahiran metakognitif individu
semasa mempelajari atau membina sesesuatu konsep matematik. Artikel
ini membincangkan kepentingan penguasaan kemahiran penaakulan
matematik dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran matematik
bersifat analitik pelajar serta konsep strategi pembelajaran berfokuskan
kemahiran metakognitif dalam membantu pelajar mempertingkatkan
kemahiran penaakulan.
Kata kunci: penaakulan matematik, kemahiran metakognitif, kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT)

1.0

Pendahuluan

Dalam kurikulum baru yang akan dijalankan sepenuhnya pada tahun 2017 (KSSM)
dan KSSR yang telah pun bermula pada tahun 2012 lagi , tumpuan utama kurikulum tersebut
ialah keupayaan untuk besaing di peringkat global dengan menerapkan enam ciri utamanya
iaitu pengetahuan, kemahian berfikir, kemahian memimpin, kemahian dwibahasa, etika dan
kerohanian dan juga identiti nasional (KPM, 2012). Disini, pengkaji memfokuskan kepada
kemahiran berfikir yang kurang diberikan perhatian menyebabkan pelajar kurang berupaya
untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis diluar konteks akademik.
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa seperti Programme for
International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti
keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem. Kaedah ini mentafsir pelbagai kemahiran
kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.
2.0

Kajian Kepustakaan
2.1

Pentaksiran

Pada peringkat antarabangsa, pentaksiran TIMSS untuk melihat pola pencapaian


matematik dan sains untuk pelajar-pelajar gred empat dan gred lapan di seluruh dunia
menunjukkan bahawa 40 hingga 45 peratus daripada pelajar gred lapan dari negara-negara
Asia yang terdiri daripada Singapura, Taipei, Korea dan China mencapai tahap
kecemerlangan yang menghampiri atau melepasi penanda aras peringkat antarabangsa
berbanding Malaysia yang hanya mampu mencapai kedudukan purata 474 berbanding 500 di
bawah purata TIMSS (TIMSS, 2011).
Dapatan ini secara jelas menunjukkan bahawa pelajar Malaysia
kurang mengaplikasikan KBAT atau penyelesaian masalah bukan rutin
yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar kerana pemberatan
utama dalam TIMSS bagi domain kognitif dengan pecahan soalan yang
berbentuk aplikasi (39%) dan penaakulan (39%) manakala 40% lagi
soalan adalah pada peringkat kefahaman.
Analisis pentaksiran
menunjukkan bahawa pelajar Malaysia cekap menjawab soalan aritmetik
tetapi lemah dalam soalan yang melibatkan ayat-ayat, memberi pendapat
dan membuat penaakulan (Laporan TIMSS, 2011).
2.1

Kajian Lepas Kemahiran Penaakulan dalam Meningkatkan Pencapaian


Matematik Pelajar

Jadual 1 memaparkan pentingnya pelajar menguasai kemahiran penaakulan dalam


meningkatkan pencapaian matematik pelajar melalui dapatan kajian oleh pengkaji yang lalu .

Jadual 1 : Analisis Meta Kemahiran Penaakulan Dalam Meningkatkan Pencapaian


Matematik Pelajar
Bil

Pengkaji

Ewa Bergqvist (2012)

Yee . et al., (2012)

3
4
5

Kaedah Pembelajaran
Penaakulan
Meningkatkan penaakulan
melalui implmentasi The
Square Thing

Pembangunan KBAT
Marzano berdasarkan
Dimensi Menggunakan
Pengetahuan Bermakna
Amalina et al., (2012) Kolerasi Tahap Penaakulan
Saintifik dan stail
Pengajaran pensyarah
Yee . et al., (2013)
Pembangunan KBAT
Marzano dalam penjanaan
idea
Michelle S. Switala
Membuat penaakulan dan
(2013)
pembuktian dalam mata
pelajaran matematik kelas
menengah melalui tugasan

Skop Kajian
Penaakulan
Matematik

Bidang teknikal
di IPT
Bidang
pendidikan
matematik di IPT
Bidang
pendidikan di IPT
Penaakulan
matematik

Jadual 1 memaparkan ciri-ciri pembelajaran yang melalui proses kemahiran


penaakulan daripada kajian-kajian lepas yang digunakan khususnya untuk meningkat
pencapaian matematik pelajar. Kajian lepas menunjukkan fokus utama PdP matematik dalam
kajian ini ialah penyelesaian masalah. Namun begitu, penyelesaian masalah ini membawa
maksud yang sangat luas dan memerlukan pengetahuan yang logik serta jelas untuk
menguasai kemahiran ini dengan lebih baik.
Berdasarkan analisis lanjutan kajian yang dijalankan oleh Ewa Bergqvist (2012) dan
Switala (2013) , mereka telah menggunakan kemahiran penaakulan sebagai fokus utama
untuk diimplimentasikan dalam PdP bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik.
Namun begitu fokus kemahiran penaakulan dalam kajian Ewa Bergqvist (2012) adalah
daripada aspek peperiksaan kalkulus . Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa
peperiksaan menuntut pemikiran yang kritikal khususnya kemahiran penaakulan . Ini kerana
tanpa kemahiran penaakulan yang baik, peperiksaan itu mungkin menjadi terlalu sukar buat
pelajar kerana pelajar hanya bergantung kepada konsep algoritma, latih tubi dan menghafal
yang seterusnya membawa kepada kadar kelulusan yang terlalu rendah.
Switala (2013) dalam kajiannya pula memanipulasikan tugasan aktif bagi melihat
penaakulan dan pembuktian dalam mata pelajaran matematik kelas menengah melalui
tugasan. Menurut beliau, alasan dan pembuktian adalah penting dalam memberi keyakinan
kepada diri sendiri . Hasil kajian ini menunjukkan amalan dan kefahaman murid merupakan
perkara yang paling penting. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan individu diantara empat

orang guru pelatih. Hujah dan pembuktian adalah sangat penting untuk dikuasai oleh guru
pelatih bagi PdP yang berkesan , kerana ia mampu menyatakan dengan jelas hujah-hujah
berdasarkan bukti dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan lebih berkesan
melalui beberapa aspek dengan hujah dan bukti yang rasional.
Yee Mei Hong et al (2013) dalam kertas konsepnya melalui kajian oleh pengkajipengkaji lepas membuat kesimpulan bahawa model KBAT Marzano adalah salah satu strategi
pembelajaran yang baik untuk mencabar pemikiran pelajar dan boleh digunakan oleh guru
secara optimum bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka. Dalam
kajian yang sama, beliau juga melihat kepentingan model KBAT Marzano berdasarkan
Dimensi Menggunakan Pengetahuan Bermakna untuk mengenal pasti pola kemahiran
dalam kalangan pelajar teknikal. Dapatan kajian menunjukkan pelajar paling cenderung
kepada kemahiran mereka cipta (min = 2.17), diikuti dengan kemahiran inkuiri eksperimen
(min = 2.16) dan kemahiran menyiasat (min = 2.01) iaitu pada tahap sederhana.
Manakala kemahiran yang paling rendah didapati dalam kalangan pelajar adalah
kemahiran membuat keputusan (min = 1.5459) dan diikuti oleh kemahiran menyelesaikan
masalah (min = 1.5934). Dapatan kajian adalah penting kerana ia memberikan bukti
empirikal tentang pola taburan KBAT Marzano dalam penyelesaian masalah. Hasil kajian ini
seterusnya memberi implikasi besar terhadap pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah
bukti yang menunjukkan bahawa guru perlu mempelbagaikan dan memperbanyakkan lagi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan KBAT.
Kajian yang dijalankan oleh Amalina et al., (2012) dan Eizuan et al.,(2013) ,untuk
melihat tahap kemahiran penaakulan saintifik pelajar matematik di Universiti Pendidikan
Sultan Idris mendapati bahawa tahap kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan
kebanyakan pelajar masih berada di tahap konkrit. Pelajar tahun akhir didapati mempunyai
tahap kemahiran penaakulan saintifik yang lebih tinggi daripada pelajar tahun awal. Strategi
yang khusus perlu diintegrasikan dalam pengajian, pembelajaran dan penaksiran di peringkat
pendidikan tinggi bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran tersebut agar mereka mampu
berhadapan dengan alam pembelajaran, kehidupan di universiti dan masa hadapan.
2.2

Kajian Lepas Kemahiran Metakognitif dalam Meningkatkan Pencapaian


Matematik Pelajar

Jadual 2 selanjutnya memperlihatkan analisis meta kajian-kajian berkaitan kemahiran


metakognitif dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar.
Jadual 2 : Analisis Meta Kemahiran Metakognitif Dalam Meningkatkan Pencapaian
Matematik Pelajar
Bil Pengkaji
1

Cohors et al.,(2010)

Kaedah Pembelajaran
Penaakulan
Hubungan antara pemantauan
aktiviti dan prestasi yang diamalkan ,
terutamanya dalam matematik

Skop Kajian
Pendidikan
matematik

Bil

Pengkaji

Kaedah Pembelajaran
Skop Kajian
Penaakulan
3
Sevda Yldrm & Zehra
Kolerasi
Penyelesaian
diperiksa
dalamkesedaran
tiga kajian yang
Nur Erszl (2013) berasingan
metakognitif pelajar
masalah matematik
universiti
penyelesaian
2
Yap Hun Sek (2013)
Mengenal
pastidan
tingkah
laku
Penyelesaian masalah
mereka dalam
terhadap
masalah
metakognitif
penyelesaian
matematik
matematik
masalah
matematik
4
Rahman et al., (2014)
Menganalisis kesan
Penyelesaian
kemahiran metakognisi
masalah matematik
terhadap pembelajaran
matematik
Jadual 1 menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara kesedaran metakognitif
dan penyelesaian matematik rutin dan bukan rutin dalam meningkatkan pencapaian
matematik pelajar. Kajian menunjukkan bahawa, pencapaian yang baik dalam matematik
khususnya dalam penyelesaian masalah perlu dilihat melalui aspek yang lebih dalam lagi
bukan mengikut langkah algorithma semata-mata. Umpamanya pengkaji perlu juga
mengambil kira gaya berfikir pelajar dalam membuat keputusan. Jadi melalui sorotan kajian
yang dilakukan, penyelidik mendapati unsur penting yang tidak boleh diabaikan bagi
meningkatkan pencapaian pelajar ialah kemahiran metakognitif.
Berdasarkan analisis lanjutan kajian yang dijalankan oleh Wolfgang & Cordula
(2012), Sevda & Zehra (2013), Yap Hun Sek (2013) dan Rahman et al., (2014), yang
menunjukkan bahawa perlunya sokongan kemahiran metakognitif khususnya dalam PdP
untuk meningkatkan pencapaian pelajar yang telah terbukti keberkesanannya melalui hasil
kajian yang diperoleh. Hasil kajian Sevda & Zehra (2013) mengenai hubungan antara
kesedaran metakognitif pelajar universiti dengan kemahiran penyelesaian menunjukkan
bahawa terdapat korelasi positif yang signifikan di antara tahap kesedaran metakognitif
pelajar dan tahap menyelesaikan masalah yang melibatkan masalah rutin dan bukan rutin.
Keputusan regrasi membuktikan bahawa kesedaran metakognitif secara signifikan dapat
meningkatkan tahap penyelesaian masalah dan kedua-dua pemboleh ubah. Min yang
diperoleh menunjukkan, terdapat hubungan positif antara tahap kesedaran metakognitif
pelajar universiti 'dan tahap penyelesaian masalah matematik mereka.
Yap Hun Sek (2013) dalam kajiannya mengenai tingkah laku metakognitif dalam
penyelesaian masalah matematik bagi tajuk Janjang Arithmetik dan Janjang Geometri
menunjukkan bahawa pelajar menggunakan kemahiran tingkah laku metakognitif dalam
penyelesaian masalah matematik pada tahap minimum sahaja. Oleh sebab itu, kebanyakan
pelajar masih mengalami masalah dalam kefahaman konsep dan pemahaman soalan.
Sebaliknya berlaku apabila pelajar yang dididik dengan tingkah laku metakognitif semasa
proses PdP dapat meningkatkan pencapaian pelajar tersebut. Ini adalah bukti yang nyata
bahawa melalui pembelajaran strategi metakognitif mampu untuk meningkatkan prestasi
matematik dalam kalangan pelajar dan kemampuan penyelesaian masalah murid.
Kajian Rahman et al., (2014) untuk melihat kesan mendidik kemahiran metakognisi
terhadap pembelajaran juga menunjukkan hasil yang positif. Analisis kovariansnya mendapati
bahawa pelajar yang di ajar menggunakan pendekatan PdP yang berfokuskan kepada
kemahiran metakognisi pada pembelajaran matematik memperoleh skor yang lebih baik
dalam pasca ujian matematik. Oleh itu, kejayaan dalam kajian ini disokong oleh salah satu
aspek kemahiran berfikir iaitu kemahiran metakognitif yang membawa kepada peningkatan
keupayaan pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar.

Justeru itu, bagi mengatasi masalah utama yang dialami oleh pelajar yang meliputi
aspek kemerosotan pencapaian dalam TIMSS dan PISA secara amnya dan juga matematik
secara khususnya, PdP haruslah dirombak dengan menerapkan kemahiran berfikir kepada
pelajar iaitu kemahiran metakognitif. Dapatan daripada kajian lepas jelas menunjukkan
bahawa kemahiran metakognitif sangat diperlukan untuk membantu pelajar mencapai tahap
penguasaan penaakulan yang baik. Namun begitu, kemahiran metakognitif tidak diperluaskan
di peringkat sekolah khususnya dalam meningkatkan kemahiran penaakulan pelajar kerana ia
mampu dijadikan sebagai satu proses pemikiran yang bersistematik untuk meningkatkan
kemahiran penaakulan dalam kalangan pelajar.
2.3

Kajian Lepas Kemahiran Penaakulan Befokuskan Metakognitif dalam


Meningkatkan Pencapaian Matematik Pelajar

Jadual 3 seterusnya memperlihatkan analisis meta kajian-kajian berkaitan kemahiran


metakognitif yang dapat memberikan impak yang baik dalam melakukan proses penaakulan
dalam kalangan pelajar.
Jadual 3 : Analisis Meta Kemahiran Penaakulan Befokuskan Metakognitif
Bil Pengkaji

Kaedah Pembelajaran
Penaakulan
Eric Amsel, Paul A.
Meneroka tiga kajian iaitu nature,
Klaczynski b, Adam
pembangunan, dan kestabilan
Johnstonc , Shane
pengetahuan metakognitif . Dalam
Bencha, Jason Closea,
setiap kajian, pelajar telah selesai
Eric Sadler Rick Walker tugasan ratio-bias judgment task,
(2008)
yang dinilai melalui kecenderungan
mereka untuk membuat analisis
berdasarkan kepada respon, dan
ratio-bias evaluation task yang
dinilai melalui pengetahuan
metakognitif pelajar terhadap asas
pemprosesan penilaian kepada
tugasan (Metakognitif Status).

Skop Kajian

Pembangunan
penaakulan saintifik:
dan pembangunan
kemahiran
perantaraan
metakognitif

Bil

Pengkaji

Kaedah Pembelajaran Penaakulan

Skop Kajian

Bracha Kramarski ,
Kesan 3 kaedah pengajaran terhadap
Zemira R. Mevarech &
penaakulan matematik telah disiasat.
Adiva Lieberman (2010) Kaedah
(a) pembelajaran koperatif diterapkan
dalam pelbagai peringkat latihan
metakognitif (MMT),
(b) pembelajaran koperatif diterapkan
dalam latihan metakognitif UniLevel
(UMT), dan
(c) pembelajaran di seluruh kelas tanpa
latihan metakognitif. MMT telah
dilaksanakan dalam matematik dan
kelas bahasa Inggeris.

Pendidikan
Matematik
Penaakulan
saintifik dan
kemahiran
metakognitif

Bracha Kramarski and


Zemira R. Mevarech
(2003)

Kaedah pengajaran pembelajaran


koperatif digabungkan dengan latihan
metakognitif (COOP + META),
pembelajaran secara individu
digabungkan dengan latihan
metakognitif (IND + META),
pembelajaran koperatif tanpa latihan
metakognitif (COOP), dan
pembelajaran secara individu tanpa
latihan metakognitif ,(IND).

Meningkatkan
Penaakulan
Matematik
dalam Bilik
Darjah: Kesan
Terhadap
Pembelajaran
Koperatif dan
Latihan
Metakognitif

Cheshire, A., Ball, L. J.,


& Lewis, C. N. (2005)

Kertas kerja ini bertujuan untuk


menjawab dua soalan penting, iaitu
pertama bolehkah teori semasa
memberi penjelasan kanak-kanak
terhadap jawapan yang dihasilkan
sendiri ? Kedua,, apakah kesan kepada
penjelasan kendiri terhadap
pembangunan analogi kemahiran
penaakulan kanak-kanak?

Penaakulan
analogi dan
proses
metakognitif

Berdasarkan analisis lanjutan kajian yang dijalankan oleh Eric Amsel et.al (2008),
Bracha Kramarski et.al (2010), Bracha Kramarski and Zemira R. Mevarech (2003) dan
Cheshire, A. et.al (2005), mereka telah mengkaji kesan-kesan latihan metakognitif terhadap
penaakulan matematik .
Menurut Eric Amsel et.al (2008), pengetahuan metakognitif bagi dwi-pemprosesan
adalah asas kepada poses penilaian dan ianya adalah penting untuk menyelesaikan konflik
antara analisis dan pengalaman proses tindak balas. Ianya meliputi penerokaan tiga kajian
iaitu nature, pembangunan, dan kestabilan pengetahuan metakognitif pelajar mengenai task
responses. Pengetahuan seperti ini secara teori adalah perlu bagi meningkatkan kemahiran
metakognitif terutamanya daripada aspek pengawalan jawapan yang bercanggah secara
eksperimen dan analitikal berdasarkan jawapan sedia ada. Dapatan kajian juga mendapati
bahawa penilaian dalam kemahiran metakognitif adalah sangat penting untuk memahami

bagaimana konflik yang berlaku di antara analitikal dan eksperimantal berdasarkan


pertimbangan melalui penyelesaian.
Bracha Kramarski et.al (2010) pula mengkaji tentang kesan 3 kaedah pengajaran
terhadap penaakulan matematik iaitu :
(a) pembelajaran koperatif diterapkan dalam pelbagai peringkat latihan metakognitif (MMT)
yang dilaksanakan dalam kelas matematik dan bahasa inggeris.
(b) pembelajaran koperatif diterapkan dalam latihan metakognitif UniLevel (UMT) yang
dilaksanakan hanya dalam kelas matematik sahaja dan seluruh kelas tanpa latihan
metakognitif sebagai kumpulan kawalan.
(c) pembelajaran di seluruh kelas tanpa latihan metakognitif.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar yang terlibat MMT dapat mengatasi
rakan-rakan mereka dalam kumpulan UMT dan seterusnya, telah berjaya mengatasi prestasi
kumpulan kawalan.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian oleh Bracha Kramarski dan Zemira R.
Mevarech (2003) yang menyiasat kesan latihan metakognitif pada penaakulan matematik dan
kemahiran metakognitif 384 orang pelajar gred lapan. Laporan kajian menyatakan, kaedah
pengajaran pembelajaran koperatif digabungkan dengan latihan metakognitif (COOP +
META), pembelajaran secara individu digabungkan dengan latihan metakognitif (IND +
META), pembelajaran koperatif tanpa latihan metakognitif (COOP), dan pembelajaran secara
individu tanpa latihan metakognitif ,(IND) kumpulan (COOP + META) lebih baik
berbanding kumpulan (IND + META), yang seterusnya telah berjaya mengatasi prestasi
kumpulan COOP dan IND melalui graf dan pelbagai aspek penjelasan matematik. Tambahan
pula, kumpulan metakognitif (COOP + META dan IND + META) mengatasi rakan-rakan
mereka (COOP dan IND) ke atas pengetahuan metakognitif.
Mereka mendapati bahawa pelajar yang didedahkan dengan pengajaran metakognitif
sama ada melalui persekitaran pembelajaran koperatif atau individu, berkeupayaan untuk
mentafsir graf dan fleksibiliti matematik yang baik dengan penjelasan menggunakan hujahhujah logik bagi mengukuhkan lagi hujah matematik. Ia juga dapat meningkatkan prestasi
pelajar terhadap domain pengetahuan khususnya strategi metakognitif untuk menguasai
konsep matematik dan mentafsir graf dalam pelbagai cara.
Merujuk pula kepada kertas kerja yang dilakukan oleh Cheshire, A. et.al (2005) yang
bertujuan untuk menjawab dua soalan penting iaitu bolehkah teori semasa memberi
penjelasan kepada kanak-kanak terhadap jawapan yang dihasilkan sendiri? dan apakah
kesan kepada penjelasan kendiri terhadap pembangunan kemahiran penaakulan analogi
kanak-kanak?. Analisis diperolehi bertentangan dengan teori yang sedia ada, penjelasan
kepada jawapan yang dihasilkan sendiri bukan cara yang paling berkesan untuk
menggalakkan pembangunan penaakulan anologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kanak-kanak beralih daripada menggunakan peringkat persepsi asas sebagai jawapan
terhadap penyelesaian mereka kepada peringkat strategi yang lebih canggih yang melibatkan
pemahaman tentang struktur hubungan yang lebih mendalam . Adalah dikatakan bahawa
keputusan ini menyokong pemprosesan kemahiran metakognitif untuk pembangunan
penaakulan analogi yang menekankan perubahan pemikiran dalam perwakilan mental.

Hasil daripada perbincangan sorotan kajian yang telah dijelaskan menunjukkan


bahawa kelemahan mengaplikasikan kemahiran berfikir khususnya membuat refleksi secara
kritikal, tidak dapat menaakul secara empirikal, kemampuan cerdas berfikir secara kolektif
yang sangat minimum dan mempunyai kemahiran metakognitif yang sangat terhad adalah
antara sebab utama kemerosotan pelajar dalam pembelajaran matematik (Wilson, 1997; Nora
Sairi, 2005; Rahman et al.,2014; Kelly & Irene , 2010 ). Kepentingan penguasaan
kemahiran penaakulan matematik dalam kalangan pelajar untuk pembelajaran matematik
yang bersifat analitik serta konsep strategi pembelajaran berfokuskan kemahiran metakognitif
dalam membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran penaakulan. Ini menunjukkan bahawa
mengaplikasikan kemahiran metakognitif dalam PdP mempunyai hubungan yang sangat
signifikan terhadap pencapaian yang baik dalam kalangan pelajar bagi mengawal selia dan
menyokong pembelajaran khususnya penyelesaian masalah. Emily R. Lai (2011).
7.0

Kesimpulan

Walaupun peratusan pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam


seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan saban tahun, namun pencapaian pelajar Malaysia di
peringkat antarabangsa dalam pentaksiran TIMSS dan PISA menunjukkan
penurunan yang amat membimbangkan. Guru-guru didesak oleh pelbagai
pihak sehingga terlalu obsesi dengan peperiksaan, malah
mahu
menghabiskan sukatan pelajaran dengan segera supaya latih tubi
sebanyak-banyaknya dapat disogokkan kepada pelajar-pelajar, sehingga
mengabaikan proses pembelajaran yang bermakna kepada pelajar agar
bersedia dan berkemahiran untuk menangani sesuatu masalah
seterusnya membuat keputusan yang lebih baik.
Maka, komponen penting kemahiran befikir khususnya kemahiran
penaakulan perlu diberi perhatian kerana ia merupakan salah satu
komponen utama dalam kemahian berfikir matematik aras tinggi yang
perlu dikuasai oleh pelajar seperti yang ditetapkan dalam PPPM 20122025. Kelemahan penguasaan kemahiran penaakulan matematik dalam
kalangan pelajar di peringkat rendah di jangka akan memberi kesan
secara signifikan terhadap kejayaan atau kesukaran pembelajaran
matematik di peringkat yang lebih tinggi lagi. Maka itu, keterangan dan
hujah kritikal serta bukti empirikal yang dinyatakan dalam sorotan kajian
menyokong bahawa kepentingan penguasaan kemahiran penaakulan
matematik dalam kalangan pelajar dalam pembelajaran matematik.
Pembelajaran seharusnya bersifat analitik pelajar, strategi pembelajaran
berfokuskan kemahiran metakognitif serta kaedah pengajaran yang
menggunakan proses metakognitif berupaya membantu pelajar
mempertingkatkan kemahiran penaakulan matematik.

Rujukan
Akgn, L., leyen, T., Tatar, E., Soylu, Y., & Duru, A. (2010). Comprehension test in
calculus course. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 2(2), 15271531.
Amsel, E., Klaczynski, P. A., Johnston, A., Bench, S., Close, J., Sadler, E., & Walker, R.
(2008). A dual-process account of the development of scientific reasoning: The nature
and development of metacognitive intercession skills.Cognitive Development, 23(4),
452-471.
Ayalon, M., & Even, R. (2010). Mathematics Educators Views on the Role of Mathematics
Learning in Developing Deductive Reasoning. International Journal of Science and
Mathematics Education, 8, 11311154.

Bergqvist, E. (2012). University Mathematics Teachers Views on the Required Reasoning in


Calculus Exams. Montana Mathematics Enthusiast, 9(3), 371408.

Cheshire, A., Ball, L. J., & Lewis, C. N. (2005). Self-explanation, feedback and the
development of analogical reasoning skills: Microgenetic evidence for a metacognitive
processing account. In Proceedings of the Twenty-Second Annual Conference of the
Cognitive Science Society, ed. BG Bara, L. Barsalou & M. Bucciarelli (pp. 435-41).
Erchick, D. B. (2002). The Square Thing as a context for understanding, reasoning and
ways of knowing mathematics. School Science and Mathematics, 102(1), 2532.

Heijltjes, A., van Gog, T., Leppink, J., & Paas, F. (2014). Improving critical thinking: Effects
of dispositions and instructions on economics students reasoning skills. Learning and
Instruction, 29, 3142.

Heong, Y. M., Yunos, J. Bin, & Othman, W. B. (1992). Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Marzano Dalam Penjanaan Idea., 1-18. 85

King, A. (1991). Effects of training in strategic questioning on childrens problem-solving


performance. Journal of Educational Psychology, 83, 307-317.
King, A. (1994). Guiding knowledge construction in the classroom: Effects of teaching
children how to question and how to explain. American Edu- cational Research Journal, 31,
338-368.

Klaczynski, P. A., & Lavallee, K. L. (2005). Domain-specific identity, epistemic regulation,


Kramarski, B., & Mevarech, Z. R. (2003). Enhancing mathematical reasoning in the
classroom: The effects of cooperative learning and metacognitive training.American
Educational Research Journal, 40(1), 281-310.
Kurikulum, B. P. (2012). Buku Kemahiran Menaakul. Malaysia.

Lee, S. J., Brown, R. E., & Orrill, C. H. (2011). Mathematics Teachers Reasoning About
Fractions and Decimals Using Drawn Representations. Mathematical Thinking and
Learning, 13(3), 198220.

Marzano, R. J. (2010). Teaching inference. Educational Leadership, 67(7), 80-81.


Mevarech, Z. R., & Kramarski, B. (1997). IMPROVE: A multidimension- al method for
teaching mathematics in heterogeneous classrooms. American Educational Research
Journal, 34(2), 365-395.
Noor Shah Saad (2002). Teori & perkaedahan pendidikan matematik siri 1. Petaling
Suryawati, E., Osman, K., & Meerah, T. S. M. (2010). The effectiveness of RANGKA
contextual teaching and learning on students problem solving skills and scientific
attitude. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 17171721.

Switala, M. S. (2013). Enacting Reasoning-and-Proving in Secondary Mathematics


Classrooms through Tasks by B . A . in Physics , and intellectual ability as predictors of
belief-based reasoning: A dual-process perspective. Journal of Experimental Child
Psychology, 92, 124.

You might also like