You are on page 1of 11

PEDIKULOSIS

PENGENALAN
Pedikulosis merupakan infestasi kutu yang menyebabkan kegatalan
pada kulit disebabkan kegatalan, individu tersebut akan selalu menggaru
bahagian yang gatal sehingga menyebabkan calar dan ruam pada kuli. Dalam
kes yang teruk, pembentukan nanah akan berlaku pada kulit serta
mengakibatkan infeksi sekunder.
Terdapat tiga jenis kutu iaitu:
a) Pedikulosis humanus capitis (kutu kepala)
Pedikulosis humanus capitis atau kutu kepala adalah serangga yang pipih
dan tidak bersayap, bersaiz kira-kira 2-3mm panjang dan lazzim terdapat
pada kulit kepala. Parasit daripada keluarga Pediculidae ini makan dengan
menghisap darah perumah mereka. Kutu betina mampu bertelur sebanyak
5-10 biji telur sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut.
Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Telur kutu
berukuran 0.5-0.8mm dan melekat antara 1-2mm dari permukaan kulit
kepala. Ia menjadi dewasa dalam tempoh 2 minggu. Kutu kepala tersebar
daripada seseorang kepada orang lain melalui sentuhan terus rambut
yang bermasalah atau melalui perkongsian barangan individu yang
bermasalah seperti sikat rambut, tuala, topi dan bantal.
b) Pedikulosis humanus corporis
Merupakan kutu pada badan dan pakaian.
c) Pedikulosis pubis
Merupakan kutu pada ari-ari ataupun di bahagian kemaluan (pubic) atau
kutu ketam.

PENYATAAN MASALAH
BIODATA PESAKIT
No. kad pengenalan:081225-12-1055
No. surat beranak; SB 472026
Jantina: lelaki
Tarikh lahir: 25.12.2008
Umur: 6 tahun

PEDIKULOSIS
Warganegara: Malaysia
Alamat rumah: kampung tombongon
Alamat sekolah: Sekolah Kebangsaan ST. Joseph Kiulu

Suhu

36.7c

Kadar Nadi

85

Ritma nadi

regular

Isipadu

kuat

nadi
Pernafasa

22/minit

n
Aduan pesakit:
Pesakit mengadu rasa sangat gatal yang berterusan pada kulit kepala
serta di belakang telinga dan leher selama seminggu.
Sejarah penyakit kini:
Pesakit mengalami rasa gatal di kepala terutama pada waktu malam
Tidur selalu terganggu kerana rasa gatal di kepala
Terdapat bintik-bintik merah pada permukaan kepala, leher dan di
belakang telinga
Terdapat kesan luka calar dan ruam di kulit kepala akibat digaru oleh
pesakit
Terdapat telur-telur yang kecil, berwarna putih dan bersinar, seakan-akan
kelemumur tetapi tidak mudah dikeluarkan
Sejarah penyakit lalu:
Tidak pernah mengalami penyakit atau masalah infestasi kutu kepala
sebelum ini
Tidak pernah menjalani sebarang pembedahan
Tidak mempunyai sebarang alahan terhadap makanan dan ubat-ubatan
Sejarah keluarga:
Tiada anggota keluarga yang mempunyai masalah kutu kepala
Tiada anggota keluarga yang menghidap penyakit kronik sebelum ini.
Contohnya penyakit Hipertensi, Diabetes Mellitus, Asma Bronkiol dan
penyakit Kardiovaskular

PEDIKULOSIS
Sejarah sosial:
Pesakit merupakan seorang yang aktif dan suka bergaul dengan rakan di
sekolah
Pesakit selalu berkongsi sikat rambut dengan rakan di asrama sekolah
Diagnosis: pedikulosis humanus capitis (kutu kepala)
Diagnosis perbezaan:
Kelemumur
Dermatitis

PENCARIAN LITERATUR
DEFINISI:

Infeksi Pedikulosis atau lebih dikenali sebagai jangkitan kutu kepala


adalah manifestasi ektoparasit yang obligat iaitu Pediculus humanus
capitis yang hanya memberi kesan kepada kulit kepala manusia.
Pedikulosis amat mudah berjangkit dan biasa berlaku dikalangan kanak
kanak berumur 3 hinga 12 tahun. Ianya adalah masalah kesihatan
komuniti yang berlaku di seluruh dunia yang berlaku pada kanak kanak
di negara maju dan yang sedang membangun (M. Albashtawy dan

F.Hasna, 2012).
Pedikulosis kapitis adalah sangat mudah berjangkit. Pesakit boleh
mendapat jangkitan kutu melalui sentuhan rapat dan melalui perkongsian
barang-barang peribadi yang mudah dihinggapi kutu seperti sikat, topi,

PEDIKULOSIS
dan pakaian. Semua kenalan rapat yang dijangkiti juga perlu dirawat pada
masa yang sama untuk mengelakkan infestasi semula. (John Lucky

Meisenheimer, 2012).
Menurut (Lyn Guenther, 2012) kutu adalah ektoparasit yang hidup pada
badan. Makanan kutu adalah darah manusia. kutu akan menggigit kulit
kepala manusia dan menyuntik air liur, yang menyebabkan pesakit merasa
gatal. Kutu mampu bertahan di badan manusia. Walau bagaimanapun,
kutu akan mati kebuluran dalam tempoh 10 hari jika tidak berada di badan

manusia.
Menurut (Lowell A. Goldsmith,2008) sama ada kutu bergerak ataupun
tidak,telur boleh dilihat pada kulit kepala dan rambut pesakit. Setiap kutu
adalah lebih kurang 1-2 mm panjang dan ber!arna putih-kelabu. Telur kutu
melekat pada rambut,dan biasanya terletak sangat dekat dengan kulit
kepala. Di samping itu, lebam merah boleh dilihat pada kulit kepala, leher,
dan bahu. jika pesakit menggaru dengan kuat,lebam ini boleh menjadi
scabbed. Adakalanya, nodus limfa di belakang telinga atau pada
bahagian leher juga boleh menjadi bengkak.

MANIFESTASI KLINIKAL
Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan
yang ada di dalam air liur kutu kepala.
Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga.
Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan
berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah
dikeluarkan.
Terdapat kesan luka calar dan ruam pada kulit akibat digaru oleh pesakit
kerana kepala terlalu gatal.

PEDIKULOSIS
Pembentukkan nanah akan berlaku pada kulit bagi kes yang teruk akibat
infeksi sekunder.
KOMPLIKASI
Infeksi sekunder
Anemia

PENGENDALIAN DAN RAWATAN


CARA 1
a) Ubat ubatan ;
Cuci rambut dan keringkan
Sapukan emulsi (mengandungi Pyrithin 0.2 % / Lindane (BHC) 1% / Benzyl
Benzoate 12% / DDT 10% )
Boleh juga gunakan debu racun serangga Lindane 1% atau Malathion 2%
Kemudian syampu rambut dengan sempurna
Keringkan, sikat dan beruskan untuk buang kutu yang telah mati
Lakukan rawatan kedua selang 7 10 hari selepas rawatan pertama
CARA 2
b) Kaedah alternatif (Jika tiada racun serangga) ;
Boleh gunakan minyak kerosin tulen atau campuran 50% kerosin dengan
50% minyak sayuran
Minyak disapukan pada seluruh kepala
Bungkus kepala selama 1 jam

PEDIKULOSIS
Kemudian syampu rambut, keringkan dan sikat untuk buang segala kutu
Lakukan rawatan kedua selang 7 10 hari selepas rawatan pertama

PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN MASALAH


Semasa menjalani kajian tentang pedikulosis di kalangan pelajar sekolah,
timbul tanda Tanya bagaimana untuk mengurangkan kes ini:
a) Apa penyebab(etiologi) pedikulosis?
b) Apakah langkah-langkah pencegahan?

PENYEBAB (ETIOLOGI):
Rebakan kutu di kalangan pelajar mudah berlaku secara lansung dengan
perkongsian barangan antara pelajar yang bermasalah kutu kepada individu
lain melalui ;
Berus atau sikat rambut
Perhiasan rambut
Tuala
Topi
Tudung kepala

PEDIKULOSIS
Bantal
Tilam

Oleh hal demikian, pihak sekolah perlulah prihatin dalam menangani


masalah ini dengan mengesan dan membawa pelajar-pelajar yang
bermasalah ini untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan misalnya
klinik yang berdekatan. Di samping itu, pelajar-pelajar ini juga perlu di didik
untuk menguruskan diri terutamanya dari aspek kebersihan diri. Justeru,
masalah infestasi kutu ini dapat ditangani secara berkesan.

PENCEGAHAN:
Gunakan syampu berubat untuk membunuh kutu
Keringkan rambut anda dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu
yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus (sikat kutu)
Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu
yang baru menetas dibunuh
Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan disitu
selama sekurang-kurangnya 12 jam
Buangkan telur kutu dengan mencelup sikat bergigi halus ke dalam cuka
suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan
seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut
Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu
Elakkan daripada menggunakan losyen kutu pada bayi di bawah usia 1
tahun dan wanita hamil. Dalam kes ini, pembuangan kutu secara manual
harus dilakukan secara perlahan-lahan
Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut

PEDIKULOSIS
yang telah dijangkiti dengan kutu kepala harus di rendam dalam losyen kutu
atau alkohol selama beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya
Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan
dibawah cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering
Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut
dengan kain
Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan
Pegawai Perubatan untuk rawatan
Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan untuk membunuh kutu
dan telurnya.

RUMUSAN
Sebagai rumusan, infestasi kutu kepala atau Pediculus Capitis adalah
masalah yang tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana ia boleh
menyebabkan masalah lain sekiranya dibiarkan. Misalnya, infeksi sekunder
yang mana boleh memudaratkan lagi kesihatan.Selain itu, pelajar-pelajar
yang mempunyai kutu kepala ini juga akan hilang tumpuan dalam kelas akibat
kegatalan kulit kepala. Kutu ini juga boleh merebak kepada rakan-rakan yang
lain termasuk guru sendiri.Justeru, amatlah penting untuk mengurus
kebersihan diri bagi mencegah infestasi kutu kepala atau Pediculus Capitis.
Tambahan itu, saya mempunyai beberapa cadangan sebagai langkahlangkah bagi mengelakkan infestasi kutu ini semakin merebak, iaitu ;
Elakkan tidur dekat dengan rakan yang dijangkiti kutu
Elakkan berkongsi bantal, tilam atau cadar dengan rakan yang bermasalah
kutu
Elakkan perkongsian barangan atau aksesori seperti sikat rambut, perhiasan

PEDIKULOSIS
rambut dan topi
Elakkan berkongsi atau menggunakan tuala rakan yang mempunyai kutu
Pertingkatkan tahap kebersihan diri bagi mengelakkan masalah infestasi
kutu kepala
Jaga kebersihan pakaian termasuk cadar tilam dan sarung bantal untuk
mengelakkan risiko pembiakkan kutu
Para pelajar digalakkan untuk berambut pendek bagi mengelakkan
pembiakkan kutu. Hal ini kerana kutu suka membiak pada rambut yang
panjang dan tebal
Dapatkan rawatan sekiranya mendapat jangkitan kutu
Dapatkan ubat dari pusat perubatan atau farmasi
Elakkan mendekati orang lain terutama bayi sekiranya mendapat jangkitan
kutu

RUJUKAN
1. Lowell A. Goldsmith, Lawrence Etter, Lavanya Vaidya Nagaraj & Eliza
Myer. (2008, December 22), Head Lice (Pediculosis Capitis), Retrieved
on January 14, 2014, from
http://www.skinsight.com/infant/pediculosisCapitisHeadLice.htm#selfCa
re
2. Lyn Guenther. (2012,February 9). Pediculosis Lice. Retrieved on
January 14, 2014, from http://emedicine.medscape.com/article/2250133. John Lucky Meisenheimer. (2012), Retrieved on January 14, 2014,
from http://www.orlandoskindoc.com/pediculosis_capitis%201.htm
4. M. AlBashtawy & F. Hasna (2012), Pediculosis capitis among primaryschool children in Mafraq Governorate, Jordan. Eastern
Mediterreanean Health Journal. EMHJ. Vol 18. Nal. 2012.
5. http://www.uptodate.com/contents/pediculosis-capitis
6. http://myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/ubat-ubatanuntuk-merawat-kutu-rambut
7. Slide show pedikulosis.ppt

PEDIKULOSIS

LAMPIRAN

PEDIKULOSIS

You might also like