You are on page 1of 3

Konsep asas gimnastik terbahagi kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan

koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut memainkan peranan penting dalam


melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga konsep tersebut
merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang ingin menceburkan diri
dalam sukan gimnastik.

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-
ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan
kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Gimnastik
merupakan salah satu sukan yang terdapat di Malaysia. Sejarah perkembangan
awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi
sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan
pada masyarakat umum. Gimnastik dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
termasuklah gimnastik Artistik, Irama, Trampolin, Paparan/Umum, Aerobik dan
juga gimnastik Akrobatik. Bagi menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik
perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep, imbangan, kelenturan dan konsep
koordinasi. Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat
perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan
langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal
khususnya pada kanak-kanak prasekolah.

Sukan gimnastik telah bermula dan berkembang sejak 2000 tahun dahulu dan sangat berhubung
rapat dengan peradaban manusia. Sejak 2000 tahun dahulu orang-orang Cina telah menggunakan
senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan. Seratus tahun kemudian, orang-orang
India dan Persia telah mengikutinya. Orang-orang Greek pula telah menamakan pergerakan ini
sebagai GYMNASTICS dan tempat melakukan senaman ini secara beramai-ramai dikenali
sebagai GYMNASIUM.
Walaupun perkembangan sukan gimnastik ini tidak dapat dikesan, tetapi Aristotle, seorang ahli
falsafah berbangsa Greek telah menulis bahawa gimnastik tidak hanya sebagai seni, malahan ia
juga merupakan salah satu bidang ilmu sains iaitu sains kemasyarakatan. Seorang ahli perubatan
yang masyhur dan pengikut Hippocrates, Gelen, telah mencipta teori mengenai gimnastik yang
menunjukkan ia sesuatu gerak kerja yang berpengetahuan dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi
dan masih digunakan sehingga sekarang.
Orang Roman pula telah menggunakan fahaman kebudayaan latihan jasmani orang Greek dan
kemudian diperkembangkan sehingga menjadi salah satu peralatan dalam latihan ketenteraannya.
Mereka juga membina patung kuda kayu untuk berlatih pergerakan naik dan turun kuda sebenar.
Selain dari itu, mereka juga berlatih pergerakan ketangkasan lombol yang lain sehingga dikenali
sebagai kekuda lombol sampai sekarang.
Empayar Roman di bawah pemerintahan Theodosius 1 dalam tahun 493 Masihi telah
menghapuskan Sukan Olimpik purba dan berikutan dengan itu, kegemilangan sukan tersebut
juga turutmerosot. Dengan runtuhnya Empayar Roman juga telah membawa kemerosotan minat
orang ramai terhadap sukan gimnastik ini. Dalam abad ke-19, kebangkitan minat terhadap sukan
purba ini kembali wujud. Dengan terbitnya buku, Gymnastics for youth oleh Guths Muth dalam
tahun 1759 hibgga 1839 dan terjemahannya di sebar ke seluruh Eropah, telah banyak
mempengaruhi perkembangan peringkat awal sukan gimnastik ini.

Pehr Ling dan Johan Ludwig Jahn merupakan penggerak utama sukan gimnastik, di mana Ling
telah menyediakan asas pergerakan dalam Pendidikan Jasmani dan telah menjadi ikutan banyak
Negara. Sementara itu, Jahn pula telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih digunakan
sekarang. Turnvereine atau kelab gimnastik merupakan idea beliau yang telah berkembang
keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat, dan perkataan turners yang bermaksud gimnas
( peserta atau ahli gimnastik ), masih digunakan di sana sehingga sekarang.
Perdebatan tentang tafsiran gimnastik Jerman yang lebih kepada pergerakan di alatan dengan
penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan dibandingkan dengan penberian relative
Swedish yang berdasarkan pergerakan berirama telah diperkatakan beberapa tahun kemudian.
Pergerakan ini telah merebak ke Negara Inggeris di mana Skim Latihan Jasmani Tentera
Bersekutu telah di tubuhkan dalam tahun 1860 yang lebih dikenali sebagai Staf Gimnastik
Tentera. Kemudian daripada itu, Persekutuan Amatur Ginmastik telah ditubuhkan dalam tahun
1888. Perkembangan sukan ini terus mendapat sambutan dan pada tahun 1908, Alberto Braglia
dari Itali telah memenangi johan keseluruhan acara gimnastik di Sukan Olimpik di London.
Selepas Perang Dunia Pertama, sambutan dan perkembangan gimnastik di England telah merosot
disebabkan tanggapan bahawa ia berasal dari Jerman. Kemudian pihak berkuasa pendidikan pula
telah mengharamkan pengajaran yang menggunakan alatan. Bagaimanapun selepas Perang
Dunia Kedua, kerajaan Inggeris telah memberikan sokongan, dan pengaruh yang dimainkan oleh
televisyen telah mengembalikan kepopularan sukan gimnastik ini. Walau bagaimanapun, di
Negara-negara asal di mana gimnastik mula berkembang tetap terus maju dan menjadi sukan
yang popular dan membawa kemegahan di peringkat Olimpik.

Posted by groupblogsem3 at 7:34 AM  

0 comments:

Gimnastik telah pun diajar di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan


melalui mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-
kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan
melombol. Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah
diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala
Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid
perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja.
Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari
Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Malangnya sehingga kini penyertaan dari negeri-
negeri tidaklah begitu menggalakkan dan boleh dikatakan setiap tahun hanya
antara lima negeri yang mengambil bahagian daripada 14 negeri yang
menganggotai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang aktif
dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan gimnastik,
khususnya peringkat sekolah-sekolah terdiri daripada Selangor, Wilayah
Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di
kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-
unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan
seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap
atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti,
aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang
merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah
berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku
gimnastik.

You might also like