You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA

SK TIKAM BATU
BIL 3 / 2015

Tarikh
Masa

: 1 Oktober 2015

: 1.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat


Hadir

1. Pn. Nor Haslinda Binti Che Ali @ Bahari ( Pengerusi )


2. Pn. Norlaila Binti Samat
3. Pn. Noraini Binti Ab. Rahman
4. Pn. Mashitoh Binti Harun
5. Pn. Che Zaiton Binti Hashim
6. Pn. Rashidah Binti Redzuan
7. Pn. Nor Bishah Binti Hassan
8. Pn. Zaity Binti Ismail
9. En. Khairil Azani Bin Arzmi
10. En. Jasni Bin Ahmad
11. Pn. Umi Kalsom Binti Abdul Wahab

Tidak Hadir

1. Pn. Nolia Binti Abdul Raman

( Bersebab )

2. Pn. Sobariah Binti Shaari

( Bersebab )

3. Pn. Siti Salwa Binti Ismail

( Bersebab )

4. En. Asri Bin Amir

( Bersebab )

5. En. Zaiful Affendy Bin Ahmad Zabib ( Bersebab )

AGENDA
I

PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang dapat
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat panitia pada kali ini.
2. Pengerusi memohon maaf atas kelewatan mengadakan mesyuarat panitia
yang ketiga ini.
3. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang
diberikan oleh semua ahli panitia Bahasa Malaysia.
MAKLUMAN

II

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Cadangan : En. Jasni Bin Ahmad
Sokongan : Pn. Rashidah Binti Redzuan

III

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
1. Pengerusi memohon kerjasama semua guru untuk menggunakan CD
MBMMBI dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ). Setiap kali
peralatan ini digunakan, ianya haruslah direkodkan sebagai bahan bukti
penggunaannya dalam PdP.
2. Guru-guru diingatkan agar mengisi data pelaporan secara online.

IV

POST-MORTEM
DAN
ANALISIS
PERTENGAHAN TAHUN 2015

ITEM

PEPERIKSAAN

1. Sila Rujuk Minit Mesyuarat ( Bil. 3 / 2015 )


2. Pengerusi telah memaklumkan bahawa hasil mesyuaratnya bersama
GPK1, kata sepakat telah diambil untuk menangani masalah murid-murid
yang masih gagal dalam Kertas Bahasa Malaysia. Guru-guru haruslah
bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi bagi membantu murid-murid yang
lemah ini. Oleh itu, pengajaran berpusatkan murid di galakkan untuk
mengatasi masalah ini.

3. PdP yang dijalankan haruslah mempunyai aktiviti kolaboratif yang


memihak kepada murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari.
Penekaan turut diberikan dalam pembelajaran KSSR dan Kemahiran
Bernilai Tambah ( KBT ).
4. Guru-guru harus mempersiap siagakan murid untuk menghadapi
Peperikssan Akhir Tahun yang dijangkakan berlangsung dalam bulan
November nanti.
5. Soalan untuk Peperiksaan Akhir Tahun ini telah disediakan oleh Majlis
Guru Besar. Oleh itu, guru-guru haruslah membuat analis untuk mengenal
pasti bahagian yang sukar dan sukar dikuasai oleh murid.
6. Guru-guru juga haruslah bersedia dengan format Bahasa Malaysia KSSR
UPSR terkini. Penerangan akan diberikan kepada murid-murid khususnya
murid-murid tahap 2 secara berperingkat oleh Ketua Pnitia dalam masa
terdekat ini.
7. Pengerusi mengharapkan agar murid-murid semakin mahir menguasai
Tahabahasa dan menulis dengan baik dalam Penulisan. Bantulah murid
yang lemah khususnya dari kelas Ikhlas untuk kuasi kemahiran mereka
yang masih lemah dan dapat lulus sekurang-kurangnya. Dengan ini dapat
kurangkan sifar untuk murid yang gagal dan tidak kuasai PdP Latihan
berulang serta latih tubi diberikan secara berterusan untuk murid-murid
dari kelas Taat, Setia dan Jujur.
MAKLUMAN
V

AGENDA PROFESIONALISME DSKP BM KSSR TAHUN 6 2016


1. Pengerusi memaparkan maklumat terkini berkaitan DSKP BM KSSR
Tahun
6 untuk tahun 2016.
2. Bermula Bulan Januari 2016, beberapa perkara yang menjadi tunjang
utama
dalam KSSR perlu diaplikasikan dan direalisasikan mengikut perubahan
yang dilakukan dalam Bahasa Malaysia KSSR 2016 ini.
3. Guru-guru diingatkan agar mematuhi Standard Kurikulum terkini dan
mencerakinkan pengisian kurikulum yang bersesuaian semasa penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ).
( Klasifikasinya akan diedarkan kepada guru-guru untuk rujukan ).
4. Pengerusi turut menegaskan bahawa penggunaan i-Think perlu
dipraktikkan dalam PDP. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa
kegagalan yang berlaku tanpa disedari semasa proses PdP yang
berlangsung di dalam kelas. Konsep i-Think ini sebenarnya lebih mudah
dan senang difahami oleh murid jika guru-guru menjadikannya sebagai

salah satu bahan bantu mengajar. Contohnya penggunaan peta minda, peta
alir, peta buih, peta titi dan banyak lagi contoh mudah yang menggalakkan
murid menyatakan pendapat dan pengetahuan sedia ada mereka berkaiatan
tajuk nyang dipelajari pada hari tersebut. . Cadangan pengerusi pada cuti
sekolah yang akan datang ini, marilah kita bersama-sama menyediakan
beberapa carta i_Think yang dapat membantu proses PdP kita pada tahun
hadapan.
5. Pengerusi turut menegaskan agar cara penyediaan Rancangan Pengajaran
Harian haruslah bersesuaian dan mengikut DSKP KSSR yang diberikan.
Guru-guru turut diingatkan agar menggunakan kefahaman dan Pedagogi
Taksonomi Bloom dalam menyediakan objektif pengajaran serta
bersesuaian dengan murid yang diajar. ( Sila rujuk minit mesyuarat bil.
3 / 2015 m/s 21 dan 22 )
6. Pengerusi berharap agar guru-guru dapat menyediakan Rancangan
Pengajaran Tahunan untuk tahun 2016. Semua bahan ini boleh dimuat
turun melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu
Salinan haruslah disimpan dalam fail Panitia untuk rujukan bersama.
Perkongsian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua guru.
Tindakan : Ahli Panitia
VI

HAL-HAL LAIN
1. Pengerusi memaklumkan kepada ahli panitia tentang maklumat terbaru
Bahasa Malaysia UPSR KSSR 2016 yang telah diumumkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
a) Kertas 1 ( Pemahaman )
Dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B
Bahagian A terdiri daripada soalan objektif 20 markah
Manakala Bahagian B pula terdiri daripada soalan subjektif 30
markah
Masa yang diperuntukan untuk menjawab Kertas 1 ini adalah
1 Jam 15 Minit
b) Kertas 2 ( Penulisan )
Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :- Bahagian A membina ayat ( 10 markah )
- Bahagian B membina ulasan daripada petikan ( 15 markah )
- Bahagian C menulis karangan berdasarkan tajuk ( 25 markah )
Masa yang diperuntukan untuk menjawab Kertas 2 ini adalah
1 Jam 15 Minit.
2. Pengerusi berharap agar semua ahli panitia dapat mempraktikkannya
dalam PdP pada tahun hadapan. Walaupun masih baharu, tetapi diingatkan
agar guru-guru memaksimumkan maklumat kepada murid agar mereka
dapat memahami cara terbaru soalan UPSR KSSR .

Tindakan : Ahli Panitia

VII

UCAPAN PENANGGUHAN
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia atas kerjasama
yang diberikan selama ini. Marilah kita bersama-sama bekerja dan melipat
gandakan usaha untuk kemenjadian murid. Jika kita berusaha dan bersatu
tenaga menjana ilmu untuk kecemerlangan murid, pasti Allah SWT akan
membantu dan merestui usaha kita ini.
2. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan panitia yang bekerjasama
sepanjang tahun 2015. Jutaan kemaafan dipinta jika terdapat salah dan
silap juga terkasar bahasa. Semoga kita berkesempatan lagi untuk
memartabatkan kecemerlangan murid dan membawa SKTB kemercu
kejayaan.
Kita Mengajar, Murid Akan Belajar, Ahli
Panitia Hebat, Martabat Bahasa Diangkat
Sekian, terima kasih.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

..

..

(UMI KALSOM BT ABDUL WAHAB ) ( NOR HASLINDA BT CHE ANI) ( ZAMURI B LADENING)
Setiausaha,

Ketua Panitia Bahasa Malaysia,

Guru Besar,

Panitia Bahasa Malaysia,

SK Tikam Batu

SK Tikam Batu

SK Tikam Batu.

You might also like