You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SK AYER DENAK KALI KE-1/2016

Tarikh

: 7 Januari 2016 (Khamis)

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran

1.
2.
3.
4.

En. Mohd. Kamal Bin Wahidin (GB)


En. Nor Azmi bin Abdullah
En. Ahmad Hafiz Bin Ahmad Shukri
Cik Aqilah bt. ismail

Agenda Mesyuarat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

1.0

Ucapan Aluan Ketua Panitia


Ucapan Guru Besar
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat
Perkara Berbangkit
Lantikan Jawatan Kuasa
Peranan Ketua Panitia
Hal-Hal Lain
UcapanPenangguhan

Ucapan Aluan Ketua Panitia

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat kali ini kerana dapat meluangkan masa untuk bersama dalam
menjayakan mesyuarat Panitia Teknologi Makalumat dan Komunikasi pertama
sesi 2016 pada tahun ini. Pengerusi juga berharap agar ahli dalam mesyuarat
dapat menyumbangkan pendapat serta berkongsi pandangan semasa
mesyuarat dijalankan.

2.0

Ucapan Guru Besar


Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang dapat
meluangkan sedikit masa untuk mengikuti mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat
dan Komunikasi pertama 2016. Beliau berharap agar guru-guru dapat memberi
kerjasama yang padu dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan bagi
Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada tahun 2016 ini.

3.0

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu


Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Cik Aqilah dan disokong oleh
En. Nor Azmi.

4.0

Perkara Berbangkit
Guru-guru diminta menghantar laporan PBS(TMK) akhir bagi tahun 2015.
Pelaporan perlu dihantar sebelum akhir bulan Januari pada penyelaras PBS Pn.
Kumutha. Tapak pelaporan bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi boleh didapati semasa mengikuti kursus KSSR bagi mata pelajaran
tersebut yang telah disediakan oleh jurulatih Utama Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.

5.0

Lantikan Jawatan Kuasa sesi 2016


Penasihat

: En. Mohd. Kamal Bin Wahidin

Pengerusi

: En. Ahmad Hafiz bin Ahmad Shukri

Setiausaha

: Cik Aqilah bt Ismai

AJK

: En. No razmi bin Abdullah

Pengerusi berharap agar dengan perlatikan jawatan tersebut, guru-guru dapat


memberikan kerjasama sama yang baik dala apa jua aktiviti yang akan
dijalankan pada tahun ini.

6.0

Peranan Ketua Panitia


Pembentangan berkaitan tugas dan tanggungjawab ketua panitia serta ahli
jawatan kuasa panitia adalah seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.

Mengadakan mesyuarat panitia sebanyak empat kali setahun


Merancang dan melaksanakan program untuk peningkatan akademik
Menjalankan post mortem untuk tujuan penambahbaikan program
Mengadakan peperiksaan bagi panitia mata pelajaran TMK
Ketua panitia perlu menyedia dan menyelenggara fail panitia TMK ,
berikut adalah kandungan yang perlu ada dalam fail panitia:
i. Carta Organisasi
ii. Minit Mesyuarat Panitia
iii. Surat menyurat dan pekeliling
iv. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Terkini
v. Rancangan pengajaran Tahunan
vi. Maklumat dan Jadual Peribadi Panel Panitia
vii. Penyeliaan Pdp (Jadual dan Pelaksaan)
viii. Semakan kerja bertulis (Rekod Semakan)
ix. Kewangan dan inventori (Daftar stok)
x. Bank-Bank soalan
xi. Program-program panitia
xii. Analisis Ujian/peperiksaandan Post Mortem mata pelajaran
xiii. Rekod headcount mata pelajaran/murid

xiv. Fail Timbun

7.0

Hal-hal Lain
7.1

Rekod persediaan mengajar perlulah disediakan oleh guru pada setiap


hari tanpa gagal. Rancangan pengajaran harian wajib mempunyai
tajuk/kemahiran, objektif, aktiviti serta penulisan impak setelah selesai
sesi pengajaran guru.

7.2

Pemantauan pengajaran dan pembelajaran oleh guru besar serta guruguru kanan akan dijalankan pada tahun ini sebanyak 2 kali setahun.
Selain pencerapan terhadap pengajaran guru, buku latihan murid juga
akan dicerap oleh ketua pentadbir serta guru-guru kanan.

7.3

Penekanan terhadap pengajaran berpandukan pentaksiran sekolah iaitu


dokumen kurikulum amat dititikberatkan. Ini kerana dokumen kurikulum
merupakan satu panduan yang berguna kepada guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

7.4

Penerapan tentang konsep kemahiran berfikir aras tinggi atau lebih


dikenali dengan KBAT serta i-THINK perlu ada dalam sesi rancangan
pengajaran dan pembelajaran guru kerana murid-murid pada peringkat
abad ke-21 ini amat memerlukan cara atau proses pengajaran yang
menggunakan KBAT dan juga penggunaan i-THINK bagi membantu
meningkatkan daya pemikiran murid-murid.

7.5

Guru-guru juga harus sentiasa prihatin terhadap penggunaan sistem


warna iaitu Early Warning System bagi mengesan pencapaian murid dari
masa ke semasa.

7.6

Program PLC juga diperkenalkan bagi memupuk minat dalam pembejaran


dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran serta dapat
meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu perkara yang dipelajari.

Guru-guru juga dapat bekerjasama dalam memperbaiki kelemahan dalam


pengajaran dan pembelajaran mereka.
8.0

Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

...

(CIK AQILAH BT. ISMAIL)

(MOHD KAMAL WAHIDIN)

Setiausaha Panitia

Guru Besar

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

SK Ayer Denak

SK Ayer Denak

You might also like