You are on page 1of 14

1.

PENGENALAN
Profesion perguruan
penting

dalam

merupakan salah satu profesion yang sangat

proses

pembangunan

manusia.

Selari

dengan

perkembangan dunia globalisasi sekarang, profesion perguruan


dikatakan antara salah satu profesion yang banyak menghadapi
cabaran berbanding pekerjaan-pekerjaan lain. Menurut rencana
dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk Guru Lebih Stres yang
ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian
menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam
kerjaya yang paling mencetuskan tekanan selepas polis, pegawai
penjara dan jururawat. Justeru, menyedari tekanan yang dihadapi
oleh guru ini lebih tinggi, cabaran dan tanggungjawab yang akan
dipikul oleh seorang guru pastinya lebih berat. Oleh itu, perancangan
dan persediaan kearah memikul bebanan dan cabaran tugas
tersebut adalah menjadi satu kemestian.
Justeru, dalam tugasan projek ikali ini telah meminta saya
menghuraikan empat ciri atribut yang telah digariskan oleh Ornstein
dan Levinde (1993) seterusnya membuat satu refleksi berkenaan
corak kompetensi kepimpinan guru di bilik darjah

dalam proses

melahirkan bakal pemimpin di masa hadapan kelak. Diharapkan


apabila keempat-empat atribut dan refleksi ini dijelaskan dengan
baik, seorang pendidik mampu berusaha melengkapkan diri sebagai
persediaan dalam menghadapi cabaran profesion perguruan yang
kian mencabar ini

2.0

BAHAGIAN B : TUGASAN INDIVIDU


2.1

Perancangan serta Ciri-Ciri Professionalisme Keguruan


Menurut Ornstein dan Levinde (1993), ciri pertama yang perlu

ada

dalam

setiap

ahli

bagi

satu

profesion

adalah

dengan

menguasai ilmu pengetahuan secara mendalam. Skop ilmu


pengetahuan yang perlu ada dalam diri seorang pendidik adalah
terlalu

besar

untuk

dibincangkan.

Walaubagaimananpun,

pengetahuan seorang pendidik dalam dunia globalisasi kini adalah


bertumpu kepada bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Perkembangan global dalam dunia ICT dan internet ini menuntut
banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai misi melahirkan
anak didik yang berkualiti.
Antara

salah

satu usaha

yang

telah

dilaksanakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menyediakan teknologi


pendidikan terbaik adalah dengan memperkenalkan satu program
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali sebagai VLE
di semua sekolah di Malaysia.
menyerupai
kelebihan

pembelajaran
antaranya

Program berbentuk jaringan yang

sebenar

ini

membolehkan

mempunyai
guru-guru

pelbagai
mengajar,

menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual


manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat

markah melalui VLE. VLE ini boleh diakses pada bila-bila masa, di
mana saja dengan adanya capaian Internet. Namun begitu, program
terbaik ini

pastinya tidak

akan berjaya

jika kurangnya ilmu

pengetahuan seseorang guru dalam bidang ICT.


Berdasarkan pengalaman praktikum saya selama 3 bulan di
salah sebuah sekolah di Kuala Perlis pada Januari yang lalu, saya
melihat kebanyakan guru masih belum menguasai kemahiran
menggunakan

program

FROG

ini.

Malah

apa

yang

lebih

mendukaciktakan saya ialah apabila melihat rata-rata guru masih


lagi tidak mempunyai asas dalam bidang teknologi itu sendiri. Hal ini
boleh menimbulkan satu kebimbangan yang besar kepada teknologi
pendidikan kerana program inovasi FROG yang dibina ini hanya
dianggap berjaya apabila guru-guru telah dapat menerima dan
mengaplikasikannya di sekolah. Jika ianya masih belum mampu
dilaksanakan

di

sekolah,

pastinya

hasrat

kerajaan

bagi

menyempurnkanan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan


penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan
negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020
tidak akan dapat dicapai.
Oleh itu, para guru seharusnya mesti bersikap proaktif dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti
terlebih

dahulu

dapat

dikuasai

oleh

para

pendidik

sebagai melengkapkan diri dengan keperluan semasa ini. Menurut


rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk Guru Perlu Kuasai
3

Tiga Elemen , Ahmad Azmey yang juga merupakan Tokoh Guru


Pahang 2011 berkata, setiap guru perlu meningkatkan pengetahuan
kerana keperluan semakin berubah terutama dengan perkembangan
dalam bidang sains dan teknologi.
Seterusnya, ciri kedua yang digariskan oleh Ornstein dan
Levinde (1993) bagi mencapai tahap professional sesuatu profesion
adalah dengan memperolehi kecekapan dan kepakaran dalam
bidang tertentu. Bagi profesion keguruan, beberapa bidang dan
kemahiran asas dalam pendidikan seperti kemahiran mengendalikan
konfliks, kemahiran mengurus bilik darjah, kemahiran komunikasi
dan pelbagai kemahiran lagi perlu diperolehi sebelum layak diiktiraf
sebagai seorang guru. Namun begitu, apa yang lebih utama dalam
menjadikan seorang guru itu cemerlang dan professional dalam
profesion

perguruan

adalah

dengan

menguasai

bidang

kepakaran dalam subjek yang diajarnya.


Sebagai contoh, jika seorang guru di amanahkan untuk
mengajar

bidang

pendidikan

Islam

guru

tersebut

haruslah

menguasai kesemua pengkhususan bidang yang diajarnya dengan


mahir dan cekap. Ilmu agama seperti Fiqh, Sirah, Aqidah dan Ibadah
jika tidak dikuasai dengan baik oleh guru pendidikan Islam itu sendiri
pastinya menjadikan kualiti pendidikan berada di tahap yang rendah.
Melihat kepada sikap murid di zaman kini yang kebanyakannya
mempunyai sikap dan keinginan untuk mengetahui sesautu perkara
yang baharu, mereka suka menjadikan guru sebagai rujukan utama.
4

Persoalan demi persoalan akan dilontarkan kepada guru bagi


memenuhi

keinginannya.

menjawab

persaoalan

Oleh

itu,

berkaitan

jika

dengan

seorang

guru

bidangnya

gagal

pastilah

kewibawaan dan professional seorang guru itu akan dipertikaikan.


Apabila perkara seperti ini berlaku, pelajar akan mula hilang
kepercayaan kepada guru seterusnya mengakibatkan hilangnya
minat murid untuk menumpukan perhatian kepada guru ketika
mengajar. Secara tidak langsung juga, ketidakmahiran guru ini
dalam bidang mereka sendiri pasti akan membuatkan prestasi
akademik mereka merosot. Oleh itu, guru perlu melakukan satu
anjakan paradigma untuk kepentingan bersama. Ball (1988) dalam
kajiannya mendapati pengetahuan seorang guru dalam bidangnya
menjadi

tunjang untuk membolehkan pelajarnya mempelajari

sesuatu.
Ciri seterusnya bagi meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan adalah dengan adanya kod etika untuk mengawal
tingkah laku ahli-ahli dalam profesion ini. Seperti yang kita
ketahui, segala tindakan guru dalam membuat sesuatu keputusan
dan tindakan yang berkaitan dengan profesionnya pasti akan
dipandang oleh semua pihak terutamanya Media Massa. Oleh itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu panduan
bagi seorang guru supaya apa yang dilaksanakannya tidak lari dari
landasan yang telah ditetapkan.

Namun begitu, semenjak kebelakangan ini kod etika perguruan


ini dilihat seolah-olah tiada fungsinya. Hal ini kerana, seringkali kita
melihat kebanyakan isu yang terpampang di dada akhbar adalah
berkenaan dengan masalah dalam etika perguruan. Sebagai contoh,
jika dilihat suatu ketika dahulu sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,
(Kosmo! Online) berjudul Rogol, cabul murid dalam makmal yang
dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari laman web
Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes yang berlaku di sebuah
sekolah rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu ini
melibatkan seorang guru lelaki berusia 29 yang didakwa merogol
dan mencabul anak muridnya yang berusia 12 tahun di makmal
sains sekolah tersebut. Jika dilihat secara amnya, ternyata guru yang
terbabit dalam kes ini telah melanggar peraturan dalam Kod Etika
Perguruan. Isu yang kecoh pada tahun 2009 ini sedikit sebanyak
telah menyebabkan pihak ibu bapa dan masyarakat amnya sudah
tidak percaya kepada sifat professional profesion perguruan.
Selain itu, baru-baru ini dikecohkan pula dengan bocornya
soalan UPSR 2014 bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris sehingga
menyebabkan tarikh bagi menjawab soalan bagi subjek tersebut
terpaksa ditangguhkan. Hal ini sedikit sebanyak mencemarkan
nama baik profesion perguruan. Walaupun kes ini masih dalam
siasatan polis dan pesalah bagi isu ini masih belum dikenalpasti
sama ada ianya berpunca daripada guru ataupun tidak, tetapi
tempiasnya sudah tentu lebih terkena pada golongan pendidik.
Kedaan ini memberi tekanan yang besar kepada semua pihak sama
6

ada Kementerian Pendidikan, guru mahupun murid sendiri. Justeru,


sewajarnya seorang guru perlu mematuhi Kod Etika Perguruan yang
telah digariskan agar nama baik profesion ini subur mewangi dan
tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak kelak.
Akhir sekali, dalam usaha meningkatkan profesionalisme
keguruan , perlunya kepada kebenaran serta pertujuan yang
diberi kepada suatu profesion dalam masyarakat untuk
beroperasi. Dalam bidang perguruan ini, umum mengetahui
pentingnya

peranan

guru

dalam

mendidik

anak

bangsa.

Kepercayaan dan keizinan yang diberi oleh golongan ibu bapa


kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka haruslah dihargai.
Guru yang diibaratkan sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak
mereka haruslah

menggunakan sebaiknya kepercayaan yang

diberikan dengan mendidik mereka dengan penuh kasih sayang dan


didikan yang sebenar.
Jika diteliti, pada awal Januari 2014 dahulu, terdapat satu isu
di mana guru meminta murid makan rumput disebabkan anak murid
tersebut gagal menyiapkan tugasan yang diberikannya di rumah.
(Utusan Malaysia, 26 Januari 2014). Dalam isu ini, kepercayaan ibu
bapa terhadap guru sudah mulai longgar . Hal ini dibuktikan sendiri
oleh kata-kata ibu mangsa yang meluahkan kekesalannya terhadap
golongan guru. Dalam kenyataannya di Utusan Malaysia, beliau
meluahkan perasaan terkilannya menghantar anaknya ke sekolah
untuk belajar namun guru pula menunjukkan contoh yang tidak baik
7

kepada murid. Dari sini, profession seorang guru mula dipandang


rendah dek kerana tindakan seorang guru yang tidak mampu
mengawal emosinya.
Tuntasnya, untuk melahirkan seorang guru yang professional
itu bukanlah mudah. Profesion yang mencabar ini memerlukan
usaha semua pihak terutamanya golongan guru itu sendiri yang
seharusnya berusaha mempersiapkan dirinya kearah menjadikan
bidang keguruan sebagai suatu bidang yang professional dan
dipandang tinggi oleh masyarakat.
(1184 Patah Perkataan)

3.0

BAHAGIAN C : REFLEKSI
Apabila membicarakan tentang kepimpinan dalam konteks
pendidikan, pastilah ianya berkait rapat dengan kepimpinan di
sekolah ataupun bilik darjah. Dalam skop tugasan terakhir ini, satu
refleksi tentang tiga jenis gaya kepimpinan pada diri seorang guru
akan dikupas satu persatu. Setiap gaya kepimpinan mereka yang
8

berbeza akan memberikan implikasi yang berbeza kepada suasana


pembelajaran murid. Dalam skop perbincangan kali ini, tiga jenis
gaya kepimpinan yang akan difokuskan ialah kepimpinan autokratik,
kepimpinan demokratik dan kepimpinan Laissez-Faire.
Dewasa kini, jika diteliti kebanyakan pemimpin mempunyai
gaya

kepimpinan

yang

berbeza

mengikut

jenis

kesesuaian

kepimpinan mereka. Begitu juga dengan golongan guru yang mana


menjadi pemimpin di dalam bilik darjah mereka. Jika diperhatikan,
ada guru yang lebih selesa dengan gaya kepimpinan autokratik.
Guru ini kebiasaannya lebih suka anak didiknya mematuhi arahan
yang diberikan tanpa banyak soal. Namun begitu, ada juga,
sebilangan guru yang selesa memimpin anak didik mereka dengan
gaya kepimpinan jenis demokratik. Berbekalkan dengan gaya
ini,

mereka

lebih

selesa

mengambil

pandangan

ahli

yang

dipimpinnya sebelum membuat apa-apa keputusan. Guru yang


mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini sebenarnya adalah seorang
guru yang sangat bertimbang rasa dan boleh dibawa untuk
berbincang bersama. Seterusnya, terdapat juga golongan guru yang
suka memimpin secara kebebasan (Laissez-Faire). Melalui gaya
kepimpinan ini, murid-murid diberi kebebasan dalam bertindak. Bagi
mereka, anak-anak yang baru membesar tidak patut dikonkong.
Mereka

berhak

bebas

untuk

mereka.

mengambangkan

daya

kreativiti

Oleh itu, menjurus kepada ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan


ini, masing-masing punyai impak positif dan negatif yang tersendiri
kepada orang dibawah pimpinannya. Jika dalam konteks perguruan,
orang yang dipimpin sudah tentu adalah anak murid di dalam bilik
darjah mereka. Berkebekalkan dengan gaya kepimpinan guru yang
pelbagai tersebut ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan pada
diri murid dalam proses melahirkan bakal pemimpin di masa
hadapan kelak.
Antara kesan yang dirasakan pada diri murid sekiranya
terdapat guru yang mengamalkan gaya jenis autokratik di dalam
bilik darjah adalah murid-murid akan lebih suka memberontak.
Tekanan melalui paksaan yang diberikan oleh guru kepada mereka
menyebabkan mereka tidak diberi kebebasan untuk memberikan
pandangan.

Keadaan ini pastinya memberi kesan yang negatif

apabila dewasa kelak. Hasil didikan dengan gaya kepimpinan


autokratik ini pastinya akan melahirkan generasi pemimpin yang
lebih suka bertindak mengikut perasaan tanpa ada sifat empati
pada orang di bawah pimpinannya. Mereka juga akan memberontak
dengan apa sahaja tindakan paksaan yang diberikan kepada
mereka. Sebagai contoh, hari ini kita boleh melihat kebanyakan anak
muda sudah mulai bersuara dan melakukan reformasi beramai-ramai
sebagai salah satu tunjuk perasaan ketidakpuashatian mereka.
Keadaan ini sebenarnya sedikit sebanyak menjatuhkan imej Negara
sebagai

salah

satu

Negara

penduduknya berbilang kaum.


10

yang

aman

damai

walaupun

Seterusnya, kita melihat pula kesan yang akan diperolehi pada


generasi pemimpin di masa hadapan apabila guru mengamalkan
gaya kepimpinan demokratik di bilik darjah mereka. Kebiasaannya,
kita sendiri boleh melihat di sekolah, murid-murid yang gurunya
bersikap

demokratik,

anak

didik

akan

lebih

selesa

untuk

berhubung dan berkolaborasi dengan mereka. Sifat guru yang


bertimbang rasa dalam membuat keputusan menyebabkan muridmurid di bilik darjah akan senang mematuhi apa sahaja arahan
yang diberikan oleh guru tersebut. Secara tidak langsung, ia
sebenarnya adalah impak dari satu hasil didikan yang positif.
Suasana demokratik yang diaplikasi dalam kelas tersebut akan
menyebabkan generasi murid yang mana bakal pemimpin masa
hadapan akan bersikap lebih terbuka. Sikap mementingkan diri
sendiri terhadap kuasa autoriti yang ada pada dirinya sebagai
pemimpin kelak juga tidak akan dapat dilihat jika gaya kepimpinan
jenis demokratik ini diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah
mereka.
Akhir sekali adalah impak apabila ada sebilangan guru yang
mengamalkan gaya kepimpinan Laissez-Faire. Seperti yang kita
ketahui, gaya kepimpinan jenis ini adalah berbentuk bebas. Oleh itu,
jika kita melihat gaya kepimpinan ini dari satu sudut yang positif,
pastinya kita mampu melihat anak didik kita kelak lebih berfikiran
terbuka

kerana

diberi

ruang

bebas

untuk

melakukan

suatu

tindakan. Anak didik yang dipimpin dengan gaya ini pastinya sangat
kreatif kerana mereka diberi ruang untuk menonjolkan bakat mereka
11

tanpa terikat dengan sebarang peraturan. Namun begitu, dari satu


sudut pandang yang lain, kebebasan ini adalah satu hal yang
bersifat

negatif.

Keberangkalian

melahirkan

generasi

pemimpin masa hadapan yang bebas menggunakan kuasa


yang diberikan adalah sangat tinggi. Jika diperhatikan, sekarang pun,
sudah banyak pemimpin yang menyalahgunakan kuasa untuk
kepentingan diri sendiri. Mengambil duit rakyat, rasuah dan macammacam isu lagi. Keadaan ini menggambarkan betapa dengan gaya
kepimpinan yang terlalu bebas ini, banyak melahirkan pemimpin
yang bersikap negatif daripada positif.
Kesimpulannya,

dalam mengurus suatu bilik darjah, ketiga-

tiga gaya kepimpinan ini boleh digunakan oleh guru di dalam bilik
darjah mereka. Namun begitu, haruslah diingat bahawa kesesuaian
dari segi situasi dan masa haruskah dititikberatkan sebelum memilih
gaya kepimpinan yang terbaik di dalam bilik darjah. Setiap satu gaya
kepimpinan ini ada kebaikan dan keburukannya dan ia sebenarnya
terpulang kepada individu bagaimana hendak mentadbir urus bilik
darjah mereka berdasarkan sesuatu situasi.
(779 patah perkataan)

12

4.0

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya melihat pada abad ke 21 ini, profesion
sebagai seorang guru ini adalah suatu profesion yang merangkumi
pelbagai cabaran dan dugaan. Justeru, kualiti dan kewibawaan
seorang guru adalah sangat diharapkan bagi mengembalikan
kecemerlangan pelajar dan sekolah. Usaha seorang guru dalam
meningkatkan profesionalisme diri dari segi kelimuan, keterampilan
dan kemahiran haruslah sentiasa ditambah baik bagi menjamin
kualiti profesionalisme guru kini dan akan datang.

13

14

You might also like