You are on page 1of 18

Senarai kandungan

Halaman pengakuan

Halaman judul

ii

Penghargaan

iii

Isi kandungan

1.0 Pengenalan

1-2

2.0 Sejarah dan perkembangan agama

3-4

Hindu
3.0 kepercayaan agama Hindu

5-6

4.0 Nilai-nilai agama Hindu

7-15

5.0 kitab-kitab utama dalam agama


Hindu
6.0 kesimpulan

16-17

18

1.0 Pendahuluan
Hindu berasal dari perkataan Him yang membawa maksud penyiksaan dan Tu
bermaksud berduka cita atas penderitaan orang lain. Asal agama Hindu berasal dari
sungai Shidu. Kemasukan suku Indo-Arya ke India utara telah memyebabkan
berlakunya perkembangan agama Hindu kira-kira 1500 S.M. Mereka telah menduduki
daerah Sungai Indus dan mula bercampur dengan penduduk asli yang terdiri daripada
suku bangsa dravida dan sebagainya. Pembentukan agama Hindu melalui Syincretisme
berdasarkan kepercayaan bangsa Arya yng berpadu dengan kepercayaan penduduk
asli. Pengaruh kebudayaan bangsa Arya dan pendduk asli India tersebut menyebabkan
penimbulan teori-teori keagamaan dari agama Hindu.
Maksudnya, peleburan, iaitu Syincretisme berlaku di antara konsepsi-konsepsi
kebudayaan yang dibawa bangsa Arya dalam bentuk kepercayaan terhadap Dewadewa alam yang banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Yunani dengan kebudayaan asli
yang mengandungi kepercayaan tentang hal-hal ghaib dalam bentuk animisme,
dinamisme serta fatisisme dan juga pemujaan kepada naga, pari-pari dan sebagainya.
Agama Hindu yang mempunyai pengaruh dari kedua-dua kebudayaan tersebut
tetap dan masih dipertahankan dan diamalkan di India. Walaubagaimanapun, sering
berlaku perkembangan dalam anasir agama dalam Hinduism mengikut taraf
perkembangan kebudayaan masyarakat Hindu masa-masa selanjutnya. Perubahan ini
menyebabkan berlaku perbezaan kebudayaan agama Hindu jika bentuk dan isi
Hinduisme pada tempoh permulaan perkembangan agama Hindu dibandingkan dengan
taraf perkembangan yang lebih lanjut dan cepat setelah buddhisme muncul dan
berkembang.
Penganut hindu dan sarjana barat menegaskan bahawa agama Hindu adalah
agama yang tertua di dunia dan sebuah agama yang begitu kompleks dan bersimpang
siur. Dalam agama Hindu, terdapat pelbagai mazhab dan kitab pegangan. Malah, tuhan
dalam agama Hindu adalah satu iaitu Brahman dan bukannya mempunyai banyak
tuhan untuk disembah oleh penganut Hindu.

Lebih-lebih lagi, agama Hindu menjadi sumber asas bagi kewujudan agama lain
seperti agama Buddha dan agama Jainisme. Agama Hindu merupakan agama yang
tiada pengasasnya dan ini disebut dan dikenal sebagai agama falsafah. Malah, agama
hindu juga digelar sebagai usidika-dharma atau santana-dharma yang bermaksud tiada
mula dan tiada akhirnya. Pada awalnya agama Hindu dikenali sebagai Santana atau
Dharma. Di Bali, Indonesia agama ini juga dikenali sebagai Hindu dharma.

2.0 Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu


Tempat asal agama Hindu adalah dari India. Agama Hindu merupakan
agama yang pertama dikenali oleh manusia dan mempunyai usia terpanjang. Malah,
agama Hindu dikenal sebagai Sanatana Dharma, yang bermaksud agama yang kekal
dalam kalangan orang pribumi agama tersebut. Melalui ini, penganut Hindu
menyatakan, bahawa agama tidak terikat oleh zaman. Hal ini demikian kerana agama
mempunyai kaitan dengan hidup kerana agama adalah makanan rohani manusia. Tidak
ada sesiapapun yang boleh dikatakan sebagai pengasas agama Hindu. Namun,
terdapat bebrapa orang tokoh utama yang memainkan peranan dalam perkembangan
agama Hindu. Adi Sankara, Madvacharya, Ramanujachrya dan Swami Vivekanada
memainkan peranan penting dalam perkembangan agama Hindu pada zaman moden.
Di saming itu, Waidika-Dharma yang bermaksud agama Veda. Agama Veda berhubung
kait dengan agama Hindu kerana kitab Veda menjadi kitab dasar agama Hindu.
Terdapat 4 fasa yang dibahagikan dalam perkembangan agama Hindu, iaitu
zaman Veda, zaman Brahman, zaman Upanisad dan zaman Buddha. Orang-orang
zaman dahulu telah mempunyai peradaban yang tinggi dengan bukti adanya
peninggalan benda-benda purbakala di Mohenjodaro dan Harappa. Perwujudan Shiva
sebagai Tuhan pada zaman dahulu dapat dibuktikan melalui salah satu peninggalan
yang menarik, iaitu patung Shiva. Penyembahan terhadap Dewa-dewa dalam agama
Veda menyebabkan peninggalan patung tersebut mempunyai kaitan dengan ajaran
Veda.
Zaman Veda dimulai pada waktu bangsa Arya berada di Punjab di Lembah
Sungai Sindhu, sekitar 2500 tahun sebelum masihi, setelah mendesak bangsa Dravida
ke sebelah Selatan sampai ke dataran tinggi Dekkan. Bangsa Arya telah memiliki
peradaban tinggi, mereka menyembah Dewa-dewa seperti Agni, Varuna, Vayu, Indra,
Siwa dan sebagainya. Walaupun Dewa-dewa itu banyak, namun semuanya adalah
manifestasi dan perwujudan Tuhan Yang Maha Tunggal. Tuhan yang Tunggal dan Maha
Kuasa dipandang sebagai pengatur tertib alam semesta, yang disebut Rta. Pada
zaman ini, masyarakat dibahagikan kepada kaum Brahmana, Ksatriya, Vaisya dan
Sudra.

Pada zaman Brahmana, kekuasaan kaum Brahmana amat besar pada


kehidupan keagamaan. Kaum Brahmanalah yang menghantar persembahan orang
kepada para Dewa pada waktu itu. Zaman Brahmana ini ditandai pula mulai
tersusunnya Tata Cara Upacara beragama yang teratur. Kitab Brahmana adalah kitab
yang menguraikan tentang prosedur upacaranya. Penyusunan tentang Tata Cara
Upacara agama pula adalah berdasarkan wahyu-wahyu Tuhan yang termuat di dalam
ayat-ayat Kitab Suci Weda.
Sedangkan pada Zaman Upanisad yang dipentingkan tidak hanya terbatas pada
Upacara dan Saji saja, tetapi telah meningkat kepada pengetahuan batin yang lebih
tinggi, yang dapat membuka tabir rahsia alam ghaib. Zaman Upanisad ini adalah zaman
pengembangan dan penyusunan falsafah agama, iaitu zaman orang berfalsafah atas
dasar Veda. Pada zaman ini muncullah ajaran falsafah yang agung, yang kemudian
dikembangkan pula kepada ajaran Darsana, Itihasa dan Purana. Sejak zaman Purana,
pemujaan Tuhan sebagai Tri Murti menjadi umum.
Kemudian, pada zaman Buddha ini, dimulai ketika putera Raja Sudhodana yang
bernama Sidharta, menafsirkan Veda dari sudut logik dan mengembangkan sistem
yoga dan semadhi, sebagai jalan untuk menghubungkan diri dengan Tuhan.
Agama Hindu dari India Selatan tersebar keluar dari India melalui beberapa cara.
Salah satunya ialah pengajaran ilmu agama yang menyebabkan penyebaran ajaran
agama Hindu sampai di Nusantara.
3.0 Kepercayaan Agama Hindu
Terdapat amalan umum dalam agama Hindu, iaitu pelbagai ritual yang diamalkan
oleh penganut agama ini. Antaranya ialah mereka akan berpuasa pada hari Selasa dan
Jumaat. Mayarakat India yang beragama Hindu akan berpuasa selama 6 hari pada
bulan November. Mereka juga akan berpuasa pada perayaan Thaipusam. Terdapat lima
keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha dalam agama Hindu.
Kelima-lima keyakinan tersebut ialah Widhi Tattwa iaitu percaya kepada Tuhan Yang
Maha Esa dan segala aspeknya. Selain itu, Atma Tattwa iaitu percaya adanya jiwa
dalam setiap makhluk. Di samping itu, Karmaphala Tattwa percaya adanya hukum

sebab-akibat dalam setiap perbuatan. Punarbhava Tattwa, percaya adnya proses


kelahiran semula. Moksa Tattwa, percya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan
tujuan akhir manusia.

Kasih sayang

Keadilan
Kebersihan

Kasih saying

Menyayangi
isteri

Nilai-nilai
dalam agama
Hindu

Mentaati ibu
bapa

Menolak
kemewahaan
hidup
Dilarang
meminum arak

Tanggungjawa
b

Kepercayaan
kepada Tuhan

Perpaduan

4.0 Nilai-nilai Murni Dalam Agama Hindu


Masyarakat India yang beragama Hindu sanagat mementingkan keluarga.
Keluarga merupakan unit asa dan terpenting dalam kalangan masyrakat India. Mereka
juga mengamalkan sistem keluarga bersama.
a) Kasih sayang
Nilai kasih saying sangat dititikberatkan dalam kalangan masyarakat India
mereka sangat mementingkan perpaduan antara ahli keluarga dan memberi perhatian
kepada semua ahli keluarga. Malah, kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan
diperturunkan kepada generasi muda. Terdapat dua aspek utama dalam sistem
keluarga dalam masyarakat India iaitu, ashrama dan dharma. Ashrama dan dharma
merupakan tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat
objektif mulia yang diterapkan dalam setiap insan.
Empat objektif mulia tersebut ialah aramldharma yang diperolehi melalui
pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika yang
merupakan panduan uatma dalam kehidupan. Selain itu, ialah porullartha yang bererti
kekayaan. Melalui ini, setiap insan perlu mempunyai kemahiran untuk bekerja dan
mencari dan mengumpul kekayaan dan rezeki dengan cara yang halal.seterusnya, ialah
inbamlkama yang bermaksud kekayaan secara halal yang dikumpul oleh setiap insan
perlu dinakmati mengikut moral dan etika yang ditetapkan. Rezeki yang dicari oleh
setiap insan perlu diberi kepada ahli keluarga untuk makanan dan pakaian seharian.
Akhirnya, ialah vidulmoksha. Ia bermaksud golongan tua yang menunggu taat kematian
mencapai kebebasan kerohanian untuk mengatasi nafsu dan keinginan mereka
terutama perkara-perkara duniawi. Mereka akan memenuhi keperluan mereka dengan
melakukan kerja amali dan menyebarkan ajaran-ajaran agama.

b) Baik hati
Lebih-lebih lagi, masyarakat India yang beragama Hindu akan mengamalkan
nilai baik hati dengan melakukan perkara-perkara murni dan tidak melakukan
kerosakan terhadap makluk yang lain sama ada manusia atau haiwan.

Mereka

mempunyai peranan penting dalam mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai murni


serta melakukan amalan-amalan murni supaya mereka dapat dilahirkan semula.
Perkara ini sangat penting dalam masyarakat India kerana mereka akan mempunyai
darjat yang tinggi pada kelahiran yang akan datang sehingga ia mencapai Moksha, iaitu
bebas daripada pusingan kelahiran. Mereka akan dilahirkan dengan darjah yang rendah
sekiranya mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Dalam
masyarakat India, proses ini berterusan sehingga

seseorang individu

dapat

membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan.


c) Mentaati ibu bapa
Masyarakat India menggangap ibu bapa sebagai tuhan mereka kerana ibu bapalah
yang melahirkan seorang anak dan menjaga serta memelihara mereka sehingga
menjadi insan yang bermakna dan menyumbangkan jasa kepada keluarga, masyarakat
dan negara. Anak-anak memikul tugas dalam menjaga ibu bapa mereka yang tua
apabila menjadi besar kelak. Satu amalan yang dilakukan dan diamalkan dalam gama
Hindu iaitu, menerima restu daripada ibu bapa mereka dengan menyentuh kaki ibu
bapa mereka. Di samping ibu bapa, anak-anak muda juga akan mendapatkan restu
daripada golongan-golongan yang lebih tua daripda mereka seperti datuk, nenek, mak
cik, pak cik dan lain-lain. Perkara ini menjadi satu amalan yang perlu diikuti oleh semua
orang kerana restu daripada golongan tua amat berharga. Hal ini demikian kerana restu
tersebut membolehkan seseorang dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
d) Kepercayaan kepada Tuhan
Masyarakat India sangat patuh kepada agama mereka. Pemujaan banyak Dewa
menyebabkan agama Hindu seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran
politisme, namuan tidaklah sepenuhnya demikian. Dewa bukanlah Tuhan tersendiri dan
Tuhan itu Maha Esa tiada duanya menurut umat Hindu. Dalam salah satu ajaran
falsafah Hindu, hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber dari segala yang ada,
iaitu Brahman yang memanifestasikan diri-Nya kepada manusia dalam pelbagai bentuk
sepetimana ditegaskan oleh Adwaita Wedanta. Dalam Agama Hindu ada lima
keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha, iaitu keyakinan dasar

umat Hindu. Antaranya ialah masyarakat India percaya kepada Brahman sebagai
Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya. Mereka juga percaya adanya atman, iaitu
jiwa dalam setiap makluk. Masyarakat India percaya pada karmaphala, iaitu hokum
sebab-akibat dalam setiap perbuatan. Selain itu, kepercayaan terhadap proses
kelahiran semula yang dikenali sebagai samsara. Masyarakat India percaya bahawa
kebahagian tertinggi merupaka tujuan akhir manusia yang dianggap sebagai moksa.
Sejak zaman Veda lagi, agama Hindu telah terpelihara dengan idea bahawa
Tuhan, iaitu Brahman wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai
keadaan kesedaran transenden. Masyarakat India percaya dengan kitaran kelahiran,
kematian dan kelahiran semula. Perkara ini bergantung dengan amalan-amalan karma
seseorang yang menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga iaitu,
penyatuan ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman iaitu, roh
diri dengan Brahman iaitu, Roh Agung atau Tuhan. Masyarakat India percaya kepada
Brahman yang merupakan satu realiti yang menyeluruh menjadi Isvara, iaitu Tuhan.
Brahman mempunyai tiga sifatnya iaitu, brahma sebagai pencipta, Vishnu sebagai
pemelihara dan Shiva sebagai Tuhan pemusnah dan kelahiran semula.
Dewa Brahma merupakan salah satu daripada trimurti dan tinggal di Brahmapura.
Dewa Brahma memiliki empat muka mengikut penjuru arah angina dan keempat muka
itu melaungkan salah satu daripada empat veda. Dewa Brahma juga mempunyai empat
tangan dan memegang terantai, kitab suci, tempat air dan gentiri. Selain itu, dewa
Vishnu dkenali sebagai Narayan. Dewa Vishnu tinggal di kediaman Vaikuntha dan
pasangannya ialah Lakshmi. Seterusnya, dewa Shiva ialah dewa pelebur yang melebur
sesuatu yang sdah lama dan sesuatu yang tidak layak berada di dunia dan juga salah
satu daripada Trimurti. Dewa Shiva mempunyai empat tangan dan masing-masing
memegang trisula, cemara, tasbih dan kendi.
Masyarakat India yang beragama Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama. Salah
satunya ialah Shaivisme. Dalam Shaivisme. Shiva iaitu, pemusnah dan pencipta
semula dikenali sebagai dewa paling hebat dan Mahadev atau Maha Dewa.
Penyembahan lingam yang merupakan satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim
terdapat di kuil-kuil dan rumah-rumah orang beragama Hindu akan dilakukan untuk

merayakan kuasa ciptaan Shiva. Seterusnya, ialah Vaishnavisme. Masyarakat India


akan memujua dewa Vishnu kerana Dewa ini mengambil bentuk manusia dari masa ke
semasa untuk membantu manusia. Malah, Dewa ini telah melalui sembilan Avatara
yang bermaksud penjelmaan dan beliau akan kembali hidup semula dalam bentuk lain.
Kelahiran yang utama dalam Sembilan kelahiran Vishnu

ialah ketika Dewa ini

mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna. Di samping itu, kepercayaan
ketiga ialah Shaktisme. Dalam Shaktisme, masayarakat India yang beragama Hindu
memuja tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lembut, iaitu
dewa Parvati dan Uma.
Agama Hindu menganjurkan kepercayaan pada hukum karma iaitu perbuatan baik
dibalas baik; perbuatan jahat dibalas jahat. Dokrin dan falsafah agama Hindu dijelaskan
dalam kitab suci agama Hindu seperti Veda -veda dan Bhagavath Gita dan sajak-sajak
yang disampaikan oleh ulama -ulama teragung (Great Saints) sejak 1500 tahun
sebelum masehi.41
e) Keadilan
Keadilan sangat penting seseorang penganut agama Hindu dalam kehidupannya
dari segi semua aspek. Bagi sistem pemerintahan dalam sesebuah negara, raja perlu
adil dalam melaksanakan dan memerintah dasar kerajaan tanpa menipu masyarakat.
Kelayakan bagi semua lapisan masyarakat tidak kira kasta mereka sangat
dititikberatkan dalam sesebuah negara. Misalnya, orang orang layak mendapat kerja
dalam kerajaan jika mendapat keputusan terbaik dan cemerlang dalam peperiksaan.
Sikap keadilan ini akan menyebabkan negara tersebut akan aman dan damai serta
maju dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Keadilan juga sangat penting dalam
sebarang kes mahkamah. Pihak hakim tidak sepatutnya berat sebarah dan tidak adil
dalam menjatuhkan hukuman terhadap seseorang yang telah melakukan kesalahan.
Hal ini demikian kerana dapat menjaga kepentingan masyarakat yang menjadi mangsa
sesuatu kes. Sikap keadilan ini juga amat penting masyarakat di Malaysia apatah lagi
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sikap keadilan ini dapat menjaga
kepentingan semua kaum dan membawa kepada perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia

f) Kebersihan fizikal dan mental


Masyarakat India yang beragama Hindu sangat mementingkan kebersihan dalam
kehidupan seharian mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui semasa bersembahyang di
tempat sembahyang. Mereka akan mencuci kaki dan tangan sebelum masuk ke kuil
ataupun tempat sembahyang yang lain. Perkara ini menjadi satu amalan yang wajib
diikut oleh semua orang Hindu supaya segala kekotoran yang dibawa oleh mereka
dalam hati dapat dikeluarkan dari badan. Dengan ini, mereka dapat membersihkan hati
mereka dan bersembahyang dengan tenang dan suci. Selain itu, masyarakat India yang
beragama Hindu juga akan sentiasa membersihkan rumah mereka dua kali sehari. Hal
ini demikian kerana Dewi Laksumi yang berperanan dalam kekayaan akan masuk ke
dalam rumah mereka. Di samping itu, masyarakat India yang beragama Hindu akan
melakukan sesuatu dengan hati yang bersih. Mereka menganggap setiap perlakuan
yang dilakukan dengan hati yang bersih akan membawa kejayaan dalam kehidupan
mereka.
g) Perpaduan
Konsep hidup bermasyarakat sudah wujud dalam budaya penduduk India sejak
bermulanya Tamadun Lembah Indus. Peraturan, norma, etika dan moral sebagai
pegangan hidup bermasyarakat sudah dibentuk dalam kalangan masyarakat India pada
waktu itu. Konsep dharma bukan hanya berperanan dalam membantu manusia
mencapai kehidupan yang sempurna, malah berkaitan juga dengan norma dalam
masyarakat. Peraturan dan ajaran dharma memainkan peranan penting dalam
mengekalkan

persefahaman

dan

perpaduan

dalam

masyarakat

di

Malaysia.

Dharmasastra merupakan teks berjudul yang membicarakan konsep dharma dalam


budaya India. Dengan ini, masyarakat India di Malaysia juga akan mengamalkan nilai
perpaduan dengan bertolak ansur sesama kaum lain seperti kaum Melayu dan Cina.
Oleh itu, perpaduan ini memberi ruang untuk mengekalkan perpaduan di Malaysia
supaya negara yang aman dan damai dapat diwujudkan. Hal ini demikian kerana
keadaan inilah yang akan mengimbangkan keadaan politik, ekonomi dan sosial di
negara Malaysia.

h) Menyayangi Isteri
Setiap suami perlu menghormati dan mnyayangi isteri mengikut agama Hindu. Hal
ini demikian kerana isteri dianggap sebagai wanita yang paling suci dan mulia di dunia
ini kerana peranan mereka sebagai isteri dalam membina rumah tangga amat besar.
Mereka sangat bertanggungjawab dalam menjaga keluarga mereka dalam semua
aspek. Salah satu aspeknya ialah mentaati suami mereka. Mereka menggangap suami
sebagai tuhan mereka dan menjaga suami dengan sempurna. Misalnya, menghormati
suami, bercakap dengan sopan-santun, tidak melanggar arahan suami, mengorbankan
diri demi suami dan sebagainya. Isteri juga memainkan peranan dalam menjaga anakanak dengan baik. Perkara ini dapat dibuktikan dengan menyediakan makanan,
membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang, memberi nasihat dan sebagainya.
Oleh itu, sagala tanggungjawab yang dipikul oleh isteri dapat dibalas dengan
penghormatan yang diberi oleh suami. Dalam konteks agama Hindu, suami perlu
menjaga isterinya dengan baik. Suami tidak boleh memukul atau menderita isterinya
dan perlu menjaganya seperti seorang rani. Di samping itu, kesetiaan isteri terhadap
suami juga perlu dihormati oleh suami kerana isteri yang beragama Hindu akan
memakai sari putih selepas kematian suaminya. Isteri juga tidak akan memakai pothu
di atas dahinya dan menanggalkan thali dari lehernya. Perkara ini perlu disanjungi oleh
setiap suami kerana peranan seorang isteri adalah amat besar di dunia ini.
i) Dilarang meminum arak
Ajaran agama Hindu melarang masyarakat untuk meminum arak. Ara dilarang
kepada penganut Hindu kerana ia boleh membawa mudarat kepada peminumnya. Arak
juga boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran
diri. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut akan melakukan sesuatu di luar
kawalan. Arak juga akan mendatangkan banyak keburukan terhadap diri peminumnya
dan boleh mendatangkan penyakit yang dapat membawa kepada kematian. Dalam
konteks agama Hindu, arak dilarang diminum kerana ia mencerminkan seseorang yang
tidak berfikiran rasional dan tidak tahu untuk menjaga badan kesihatannya. Seseorang
yang berminum arak juga dianggap sebagai dosa besar dalam agama Hindu.

j) Menolak kemewahan hidup


Agama Hindu tidak mengalakkan kehidupan yang mewah dalam kalangan
masyarakat India. Hal ini demikian kerana kehidupan yang mewah akan memyebabkan
seseorang akan mula bersifat tamak dan pandang rendah terhadap golongan miskin.
Secara tidak langsung, mereka tidak akan lagi menghormati golongan yang rendah
daripada mereka. Mereka akan menjadikan golongan miskin sebagai pekerja dan
hamba dengan menderitakan mereka. Oleh itu, agama Hindu mnyarankan segala
kemewahan yang ada pada seseorang insan perlu dikongsikan dengan golongan yang
tidak berupaya bekerja dan miskin. Jika dilihat Raja-raja India pada zaman dahulu akan
memberi harta mereka untuk rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat mereka.
Penganut Hindu yang kaya disarankan untuk menderma wang atau makanan kepada
golongan miskin supaya dapat pahala. Perkara ini perlu diikuti oleh semua orang
supaya kemewahan tidak hanya dinikmati oleh diri sendiri malah dinikmati oleh semua
orang.
k) Tanggungjawab
Dalam konteks agama Hindu, masyarakat India yang beragama Hindu perlu
bertanggungjawab demi menjadi insan yang murni. Tanggungjawab seseorang individu
dapat dilihat dari beberapa aspek. Antaranya ialah tanggungjawab sebagai bapa yang
menyara keluarganya dengan baik, tanggungjawab ibu dalam menjaga ahli-ahli
keluarga, tanggungjawab anak-anak dalam belajar dengan bersungguh-sungguh dan
menghormati ibu bapa, tanggungjawab guru dalam mendidik anak murid sehingga
menjadi insan yang memberi sumbangan dalam negara, masyarakat dan keluarga,
tanggungjawab pemerintah dalam memerintah negaranya dengan adil dan lain-lain.
Tanggungjawab yang dipikul oleh setiap orang perlu dilaksanakan dengan penuh hati
yang suci supaya dapat mendapat karma dan dapat dimasukka ke dalam syurga.
Tanggungjawab juga dipikul oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai warganegara
yang cinta akan negara dan berkorban untuk negara.

Pada masa yang sama, adalah menjadi amalan bagi penganut Hindu untuk
mendirikan rumah berhampiran dengan kuil ( sama adalah kuil yang didirikan dalam
bentuk bangunan ataupun tempat keramat atau shrine. Penganut Hindu tidak
digalakkan tinggal dalam kawasan perumahan yang tidak ada kuil. Amalan ini
menyebabkan penjajah British mendirikan kuil Hindu di ladang-ladang getah yang
dimiliki oleh mereka sabelum merdeka.
Pada umumnya, agama Hindu menganjurkan konsep berdoa untuk keamanan,
kebahagiaan dan kesejahteraan seluruh alam dan manusia (umat manusia) semasa
menunaikan ibadat sembayang dan bukan kepada sesuatu kaum, ummah atau sesuatu
penganut agama tertentu.
Kepercayaan terhadap syurga dan neraka dalam agama Hindu
Terdapat konsep syurga dan neraka dalam agama Hindu. Tujuan akhir bagi
orang beragama Hindu bukan hanya untuk ke syurga tetapi menjadi seorang Moksha
atau kesatuan Atman, iaitu jiwa dengan Brahman, iaitu Sang Maha Pencipta. Syurga
dalam agama adalah suatu tempat dan satu dunia, dimana cahaya bersinar, di
dalamnya tinggal masyarakat yang suci, dunia kebaikan, dunia abadi seperti uang
digambarkan dalam Veda.
Syurga dan neraka adalah sebuah keadaan malah bukanlah sebuah tempat
mengikut beberapa pemikiran penganut Hindu. Orang yang berada dalam keadaan
yang aman dan bahagia, maka dia sedang berada di syurga. Sebaliknya, bagi orang
yang kehidupannya keluh kesah dan derita maka dia sedang berada di neraka.
Syurga merupakan persinggahan sementara sepertimana dikatakan dalam kitab
suci Hindu. Hal ini demikian kerana kitab Bagawad Gita mengatakan bahawa setelah
menikmati syurga yang luas, penduduk syurga kembali semula ke dunia. Kebahagiaan
yang sejati adalah Moksha, bersatunya Atman, iaitu Jiwa dengan Brahman, Sang
Pencipta.
Konsep neraka di dalam agama Hindu berdasarkan reinkarnasi atau proses
kelahiran kembali dan konsep Moksha. Neraka adalah merupakan balasan yang

diterima pada saat reinkarnasi atau dalam proses kelahiran kembali dalam agama
Hindu. Reinkarnasai syurga atau reinkarnasi neraka diberikan kepada seseorang yang
mati berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup, sama ada perbuatan tersebut
adalah perbuatan baik atau buruk.
Bagi umat Hindu, kehidupan adalah suatu perjalanan yang saling berhubungan
dan berjalan terus menerus. Setiap manusia selalu diberikan kesempatan untuk
memperbaiki diri dalam beberapa kali dalam kehidupan sepertimana dijelaskan dalam
agama Hindu dan kemudian mencapai tujuan tertinggi dalam Hindu, iaitu Moksha.
Upacara dan Penyembahan
Masyarakat India yang beragama Hindu mengamalkan penyembahan bakti yang
bermaksud percaya, taat dan cinta kepada Tuhan. Malah, mereka mengamalkan kriya
dengan berpuasa, membuat yoga, meditasi dan bertapak. Selain itu, nyana merupakan
satu upacara dengan mempelajari kitab-kitab suci dan mendengar nasihat nasihat para
wali dan yogi. Seterusnya, karma merupakan satu amalan yang paling penting dalam
kalangan masyarakat India dengan membantu orang yang miskin dan kurang upaya.
Karma juga mengajar sesama manusia tentang Tuhan dan cara hidup yang betul.

Kewajipan dalam Agama Hindu


Dalam masyarakat India beragama Hindu, wanita dan lelaki harus menutup aurat
sepertimana yang ditetapkan dalam agama tersebut. Orang muda wajib menghormati
orang tua dengan memberi salam kepada mereka, bercakap dengan sopan-santun,
berkelakuan baik, tidak melanggar suruhan mereka dan sebagainya. Kehidupan
seorang penganut Hindu dilengkapi dengan menderma makanan kepada golongan
miskin. Malah, setiap penganut Hindu wajib sembahyang dan beribadah kepada Tuhan
supaya segala perbuatan manusia dapat dilindungi oleh Tuhan. Masyarakat India
dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang, membunuh termasuk binatang,
minum arak atau bahan yang memabukkan, merogol atau mencabut kehormatan

wanita, mencuri dan merompak dan memotong pokok. Mereka juga dilarang membuat
sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk lain.

5.0 Kitab-kitab utama dalam Agama Hindu


Kitab suci agama Hindu adalah Veda yang berasal dari India manakala kitab suci
agama Hindu yang sampai di Bali adalah Veda Catur dan Veda Qirah yang masih
digunakan oleh pemangku atau pendeta untuk memimpin upacara, termasuk ketika
menjalani kewajiban mereka. Terdapat juga Purana yang membincangkan peranan
Moralitas, Dalam pengungkapan ajaran agama Hindu, terdapat juga mahakaryamahakarya dalam Purana seperti Mahabaratha dan Ramayana dalam bentuk cerita
topeng, drama, opera, balet dan lain-lain. Kekuatan hidup yang meliputi kekuatan alam
Pulau Bali yang sudah menggaung ke segala penjuru dunia merupakan kepercayaan
masyarakat Hindu Bali.
Terdapat empat Veda, iaitu Rig Veda, Atharva Veda, Sama Veda dan Yahjur
Veda dalam agama Hindu yang ditulis sekitar 1500 SM. Veda-veda tersebut terdiri
daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta dengan Upanishad atau
ajaran asas agama Hindu. Himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana
beragama Hindu dikenali sebagai Smriti manakala tugas manusia dan sosial
berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial digariskan dalam Undang-undang Manu.
Terdapat 18 Purana dalam memperkukuhkan Veda, enam untuk Vishnu, enam untuk
Brahma dan enam untuk Shiva. Purana yang dianggap sebagai kita paling unggul dan
tulen ialah Bhagavatam yang dianggap sebagai fahaman Vaishnavisme.
Mahakarya yang dikhaskan untuk Rama iaitu, penjelmaan atau Avatar Dewa
Vishnu ialah Ramayana. Karya ini diliputi dengan dharma iaitu, dharma yang dilakukan
oleh Rama dengan menyelematkan isterinya, Sita yang diculik dengan bantuan
adiknya, Lakshmana dan Hanuman. Kejayaan kebaikan menentang kejahatan
ditunjukkan dalam karya ini. Lebih-lebih lagi, Bhagavad Gita merupakan satu karya
yang penting dalam agama Hindu di mana Dewa Krishna mengajar Dharma kepada ----

Terdapat banyak terdapat sloka-sloka yang mencerminkan toleransi dan sikap


yang adil oleh Tuhan dalam pelbagai pustaka suci Hindu. Kebenaran dari mana pun
datangnya dihormati oleh umat Hindu. Umat Hindu menganggap bahawa semua agama
mempunyai tujuan sama, iaitu menuju Tuhan, namun dengan pelbagai sudut pandang
dan cara pelaksanaan yang berbeza.

6.0 Kesimpulan
Agama Hindu merupakan Agama tertua di India. Berkaitan dengan asal-usulnya
agama Hindu ini, Govinda Gas mengatakan bahawa agama Hindu sesungguhnya
adalah suatu proses antropologis, yang hanya karena nasib yang ironis saja diberi
nama agama. Dengan berpangkal kepada Weda yang mengandung didalam dirinya
adat istiadat dan gagasan-gagasan salah satu atau beberapa suku bangsa, agama
Hindu sudah berguling-guling terus di sepanjang abad-abad hingga kini, sebagai suatu
bola salju, yang makin lama makin menjadi besar, karana menghisabkan adat istiadat
dan gagasan-gagasan bangsa yang di jumpainya di dalam dirinya.

You might also like