You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL. 1/TAHUN 2016

Tarikh

: 28 Disember 2015

Masa

: 11 pagi

Tempat

: Bilik Guru Tahap 2

Pengerusi

: Pn. Anis Sofia binti Mohamed Rashidi

Kehadiran

Hadir Bersama (Jika ada)

: -

Tidak Hadir

: -

Urus Setia/Setiausaha

: Pn. Norulhida binti Mohamad

1. Pn. Anis Sofia binti Mohamed Rashidi


2. Pn. Norulhida binti Mohamad
3. En. Wan Muhammad Harith bin Wan Azmi

1.

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Panitia Sejarah yang hadir
dalam mesyuarat kali pertama bagi sesi 2016.
Tindakan: Pengerusi
1.2 Ucapan alu-aluan dan terima kasih atas kehadiran semua guru Sejarah yang hadir. Ketua
Panitia berharap kerjasama dari semua guru untuk sepanjang tahun 2016.
Tindakan : Pn. Anis Sofia bt. Mohamed Rashidi

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bilangan 2/2015 dicadangkan pengesahannya oleh Encik Wan
Muhammad Harith bin Wan Azmi dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan: Makluman

3.

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Penggunaan buku aktiviti sejarah bagi tahun 4, 5 dan 6 hendaklah digunakan dengan
semaksimun yang mungkin dan disemak oleh guru.
3.2 Penulisan RPH hendaklah mengikut format yang telah diberikan.

4.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

Tindakan: Makluman
4.1. Pengurusan Peperiksaan
4.1.1 Pengubalan soalan untuk setiap tahun telah ditetapkan seperti dalam jadual.
4.1.2 Semua penggubal soalan untuk Ujian Formatif 1 dan PKSR 1 hendaklah mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh KP dan mesti mematuhi tarikh penyerahan kertas soalan kepada
pentadbir.

Tindakan: Penggubal soalan


4.2 Program Panitia
4.2.1. Ketua Panitia memaklumkan bahawa tahun ini, Panitia Sejarah akan mengadakan
Program Eksplorasi Sejarah sempena Bulan Bahasa.
4.2.2 Bulan Kemerdekaan juga akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
4.2.3 Pihak Panitia juga bercadang untuk melakukan lawatan ke Muzium Negara. Kertas kerja
perlu disediakan untuk tujuan tersebut.
Tindakan: Makluman
4.3 Proses PdP
4.3.1 Semua ahli panitia bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
berjalan dengan baik. Semua ahli mestilah berbincang dari semasa ke semasa untuk
memperbaiki mutu PdP masing-masing.

Tindakan: Makluman

4.3.2 Semua ahli panitia diingatkan supaya semasa proses PdP berlaku, penggunaan BBM di
galakkan supaya proses PdP boleh menarik minat murid.
Tindakan: Makluman
4.4 Pencerapan Guru dan Buku Latihan Murid
4.4.1. Guru-guru perlu bersedia semasa pencerapan dan semakan buku latihan dijalankan oleh
pihak pentadbir. Semua buku latihan hendaklan dihantar ke pejabat untuk semakan.
Tindakan: Makluman
5.

HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
berharap agar semua ahli dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam
aktiviti yang akan dilaksanakan seperti yang telah dirancang.
Tindakan: Makluman

6.

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh;
................................................
(NORULHIDA BINTI MOHAMAD)
Setiausaha Panitia Sejarah

Tarikh:

You might also like