You are on page 1of 2

Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan

peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut
diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang
munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya
pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan.Hal
demikian bagi memastikan setiap kehadiran para pelajar dapat dipantau dan diambil tindakan
sewajarnya.Oleh itu situasi ini memudahkan kerja guru untuk mengemaskini data maklumat murid.
Masalah ponteng sekolah ini dapat dikurangkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan.Mereka
seharusnya memantau pergerakan anak-anak pada setiap masa. Oleh itu didikan awal dari rumah sangat
penting bagi memastikan anak-anak diberi perhatian yang secukupnya.Ibu bapa juga dapat mengetahui
pergerakan anak-anak mereka diluar waktu persekolahan.Didikan tidak formal sejak kecil sangat penting
bagi memastikan disiplin anak-anak dapat dibentuk.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Tambahan pula anak-anak perlu diserapkan dengan nilai-nilai agama didalam diri mereka .Ibu
bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak mereka ketika waktu lapang.Hal demikian bagi
memastikan anak-anak dapat merasa diri mereka dihargai.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat
sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah sangat penting dalam membantu remaja mengatasi masalah
mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dankeberkesanan kaunseling tersebut.Malah,
para pelajar yang bermasalah juga dapat diberi peluang untuk membuat keputusan dalam hidup
mereka.Dengan adanya kaunselor pengalaman ia dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para
pelajar.Mereka juga dapat berkongsi masalah dengan pihak kaunselor.Oleh itu,ia dapat mengurangkan
konflik yang dihadapi oleh remaja tersebut.Malah situasi ini juga dapat mendekatkan diri pelajar dengan
pihak sekolah.

UNTUK MENGATASI MASALAH INI BUKANLAH PERKARA MUDAH...MEMERLUKAN KOMITMENT DAN


DEDIKASI SEMUA PIHAK...dimana antara lain cara penyelasaian yang boleh di buat...
1)Menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan hal ini di sekoolah.
2)Memberikan tumpuan khusus golongan ini oleh pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru kelas.
3)Pihak kaunseling perlu mengadakan satu program khas bagi memulihkan pelajar yang serikali ponteng.
4)Mempelbagaikan KAEDAH MENGAJAR agar pelajar minat ke sekolah.
5)Mewujudkan pelbagai aktiviti Ko Kurikulum yang menarik minat pelajar ke sekolah.
6)Mengwujudkan dan mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya dalam mengurangkan atau
mengatasi masalah ini.
7) Pihak sekolah dan PIBG senentiasa dari masa ke semasa secara berterusan berusaha berkerjasama
untuk menyelasaikan masalah ini.
8)Semua ibu bapa mestilah mengambil berat dan memberikan perhatian serta kerjasama kepada pihak
sekolah untuk mengatasi masalah ini.
9)Seluruh masyarakat seharusnya memberikan kerjasama dalam mengatasi masalah ini...khususnya dari
segi mewujudkan SATU BUDAYA YANG MEMENTINGKAN ILMU SERTA MENGGALAKKAN PELAJAR RAJIN ke
sekolah.

Pendahuluan:

Masalah ini bukan masalah baru - tabiat buruk ini mengundang banyak gejala negatif - tidak boleh dipandang enteng perlu ambil inisiatif untuk mengatasinya

Sentiasa mengingatkan dan beri kesedaran kepada para pelajar agar tidak ponteng - sarankan setiap pelajar mainkan
peranan yang baik sebagai pelajar - elak penggantungan sekolah

Unit kaunseling di sekolah/ Pembimbing Rakan Sebaya - kumpul pelajar-pelajar yang ada rekod ponteng - beri motivasi
atau kaunseling - ubah sikap

Tindakan disiplin atau hukuman yang keras (contoh: gantung sekolah, buang sekolah) - memberi pengajaran kepada
pelajar yang ponteng - peringatan kepada pelajar lain

Minta kerjasama PIBG - ibu bapa dan guru sama-sama gembleng tenaga - ambil peranan mengawasi anak-anak

Minta pihak berkuasa tempatan membuat rondaan di kawasan yang menjadi tempat melepak seperti pusat beli belah
dan kafe siber - beri amaran/tangkap mereka

Kerjasama semua pihak amat penting bagi menangani masalah ini - 'bagai aur dengan tebing' - jangan bersikap tuding
jari sebaliknya semua pihak harus berusaha membanteras masalah ini hingga ke akar umbi

Kesimpulannya.masalah ponteng sekolah ini dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan
bekerjasama bagi membanteras masalah ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah.Oleh itu
semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan masalah ponteng dapat dikurangkan.Hal
demikian kerana ia akan meningkatkan masalah sosial dinegara ini

You might also like