You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR MENGKUDU,

05400 ALOR SETAR, KEDAH.

KERTAS KERJA
PROGRAM SENAMROBIK
(PROJEK BERKUMPULAN)

OLEH:
IZZATUL HANI BINTI YAN
SITI KHALILAH BINTI MOHD RUSLAN
(INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU)
NUR FARAHIM BINTI MOHD ADLI
AFIFAH BINTI RAMLI
(INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN)

TARIKH:
10 OKTOBER 2015

DENGAN KERJASAMA:
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR MENGKUDU

Program Internship 2015


Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Islam)
Ambilan Januari 2012

1.0

PENGENALAN

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik


sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk
melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih
terancang di samping membantu merangsang otot dan tubuh badan secara teratur.
Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan
beramai-ramai

untuk

meningkatkan

kecergasan

di

samping

memperoleh

keseronokan dan ketenangan minda.


Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan
kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa berasa letih.
Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan
kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang
sihat. Aktiviti senamrobik yang kebiasaannya diiringi alunan muzik yang rancak dapat
mengelakkan individu terlibat daripada cepat berasa letih ketika melakukan aktiviti ini
seterusnya

membina

idea

bahawa

bersukan

merupakan

aktiviti

yang

menyeronokkan.

2.0

RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan
kerana senamrobik:
2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan
stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak;
2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada
penyakit jantung dan pembuluh darah;
2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor dan
2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat
badan sihat.

3.0 MATLAMAT
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi
murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang
rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik
untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta
dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti
senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin
melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF
Senamrobik dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk
bersukan;
4.2 melibatkan penyertaan semua murid;
4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul dan
4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


10 Oktober 2015 (Sabtu)

6.0 MASA
8.00 pagi hingga 8.30 pagi

7.0 TEMPAT
Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua warga sekolah (Murid, Guru dan Staf Sokongan)

9.0 CADANGAN ATURCARA


Bil.
1

Masa
7.45 pagi

Agenda
Murid berkumpul di tapak perhimpunan.

8.00 pagi

Aktiviti Senamrobik.

9.00 pagi

Acara Tahap 1.

10.00 pagi

Rehat.

5.

11.00 pagi

Acara Tahap 2.

12.00 tgh

Majlis Penyampaian Hadiah.

1.30 ptg

Bersurai.

10.0 JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
Encik Abdul Karim bin Md Haniffa, BKM (Guru Besar)
PENASIHAT
Encik Shaarani bin Ibrahim (GPK Kokurikulum)
PENASIHAT BERSAMA
Puan Zainab binti Sulaiman (Mentor)
Puan Sofiah binti Abu Seman (Mentor)
Puan Mahshuri binti Mohamad (Mentor)
PENGARAH PROJEK
Cik Izzatul Hani binti Yan
TIMBALAN PENGARAH PROJEK
Puan Nur Farahim binti Mohd Adli
SETIAUSAHA
Cik Siti Khalilah binti Mohd Ruslan
BENDAHARI
Cik Afifah binti Ramli
AHLI JAWATANKUASA
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu

11.0 SENARAI PERALATAN

1. Pembesar suara
2. Mikrofon
3. Pemain DVD
4. DVD Muzik Senamrobik

12.0 PENUTUP
Senamrobik diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik
di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan menjadi satu platform bagi warga
pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan
menyeronokkan. Harapan kami supaya sepanjang program ini berjalan, program ini
akan memberi kesan yang besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat dan
memberi komitmen yang baik serta mengutamakan kesihatan.

Disediakan oleh:


(SITI KHALILAH BINTI MOHD RUSLAN)
Setiausaha,
Program Senamrobik.

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

(SHAARANI BIN IBRAHIM)

(ABDUL KARIM BIN MD HANIFFA)

GPK Kokurikulum,

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu.

Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu.

You might also like