You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LUNG MANIS SANDAKAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH


Bil 2 /2015

Tarikh

: 08/04/2015

Tempat

: Bilik Gerakan

Masa

: 1.00 petang

Pengerusi

: En. Kamarul Ariffin Bin Mohamed Zabil

Kehadiran
1. EN. AWANG MOHAMAD ZIHAD BIN ZAINAL
Setiausaha (Peg. Aset)
2. CIK RUZAINI BT OTHMAN
Pegawai Pemeriksa Harta Modal
3. EN. ABDUL SAMAD BIN BOKHARI
Pegawai Pemeriksa Harta Modal
4. EN. CHIA MING SAN
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset
5. EN. JOWHAR HAMSAH
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset
6. EN. ZAHARI AHMAD
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset
7. EN. MOHD SYARIF BIN MALLANG
Pemverifikasi Stok
Turut Hadir
1.

En. Kamarul Ariffin Bin Mohamed Zabil

(Guru Besar)

1.0 UCAPAN PENGERUSI


Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK
ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Pertama Bil.
2/2015
2.0 MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Minit mesyuarat disahkan oleh Encik Jowhar Hamsah
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1

KEW.PA-4 DAN KEW.PA 5


Tindakan menyelaraskan pergerakan aset dan penempatan aset harus
dikemaskini. Ramai guru sugar memastikan pergerakan aset dari satu tempat ke
tempat lain. Pengemaskinian senarai aset perlu disegerakan supaya senerai
rekod tidak tercicir.
Tindakan : Pegawai Aset

4.0 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN


4.1

Pendaftaran Aset
Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3.
Tindakan susulan Unit Pengurusan Aset Sekolah ialah mengemaskini rekod
KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan.

4.2

Penyelenggaran Aset
Unit Pengurusan Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan
borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Pengurusan Aset
Sekolah tiada menerima aduan kerosakan dari guru dan kakitangan sekolah.

4.3

Kehilangan Dan Hapus Kira


(Tiada)

5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN


Sehingga kini tiada rekod selepas melakukan pemeriksaan aset alih kerajaan oleh
Lembaga Pemeriksa Pelupusan Sekolah En. Abdul Samad Bokhari. Segala aset
sekolah disimpan dengan baik.
5.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN
(Tiada)
Makluman

6.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB


(Tiada)
Makluman
7.0 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Guru-guru yang bertanggungjawab perlu memastikan segala aset alih kerajaan direkodkan
sebelum didaftar dan diguna. Kelegaan merekod pengurusan aset alih kerajaan
menyebabkan data tercicir dan kesukaran merekod data yang baharu. Sebarang masalah
dalam merekod pengurusan aset alih kerajaan akan dibantu oleh dua orang guru En.Abdul
Samad Bokhari dan En. Jowhar Hamsah yang ditugaskan sebagai pembantu pegawai.
Maklum
an
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Pergerakan Aset Alih Kerajaan
Setiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada
Unit Pengurusan Aset Sekolah untuk tujuan pemantauan. Guru-guru yang
menggunakan aset alih sekolah perlu merekod pada KEW.PA 6 supaya
pergerakan harta modal dan inventori dapat didaftar.

Makluman : Semua Guru

8.2 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset


Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyimpan daftar asal dan salinan
dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang
terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan
maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.
Tindakan : Guru-guru
9.4

Penempatan Aset
Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset
agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan
perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah dengan segera.
Makluman

9.5

Pelabelan Aset
Unit Pengurusan Aset Sekolah perlu menyediakan sistem pelabelan yang
sistematik supaya harta aset sekolah tidak dicicir dan tiada rekod. Ini bertujuan

untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset


sekolah semua warga sekolah.
Tindakan : Guru-Guru
9.6

Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan
aset perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling
Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa
menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan
semasa menguruskan aset sekolah.
Tindakan : Unit Pengurusan Aset
Sekolah

9.0 PENUTUP
Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan
aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat ditagguhkan pada pukul 2 petang.

Disediakan Oleh:

--------------------------(ENCIK AWANG MOHAMAD ZIHAD)


SETIAUSAHA
ASET/ALIH HARTA SEKOLAH

Disemak Oleh:

---------------------------------(EN. KAMARUL ARIFFIN B.


MOHAMED ZABIL)
GURU BESAR
SK LUNG MANIS SANDAKAN

You might also like