You are on page 1of 1

KESAN KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DARI ASPEK HUBUNGAN SERANTAU

1. Kerajaan Melaka ditakuti


Huraian: Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf
Contoh: Hubungan serantau dengan Pasai
2. Melaka mendapat ufti daripada jajahan taklukannya
Huraian: Melaka menerima pelbagai ufti daripada jajahan takluknya sama
ada dalam bentuk wang, barangan atau ketenteraan
Contoh: Kampar, Inderagiri dan Pahang menghantar 40 kati emas setahun
kepada Melaka
3. Kedatangan agama Islam
Huraian: pedagang Islam dari Arab dan India memainkan peranan penting
membawa Islam ke Melaka. Di samping berniaga, mereka juga menjalankan
kegiatan dakwah.
Contoh: Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin menyatakan bahawa
agama Islam disebarkan di Melaka oleh mubaligh Arab yang bernama Syeikh
Abdul Aziz dari Makkah. Beliau berjaya mengislamkan Raja Sri Maharaja,
pembesar dan rakyat Melaka.
4. Melaka menjadi pusat kegiatan ilmu
Huraian: Selain kitab agama, pedagang Arab telah membawa hasil
kesusasteraan mereka. Golongan cerdik pandai Melaka akan menyalin,
menterjemah dan menyadur karya-karya ini.
Contoh: Golongan cerdik pandai Melaka sudah dapat menguasai bahasa
asing pada ketika itu. Oleh itu, terdapat kegiatan menterjemah dan menyadur
karya sastera dari Arab dan Parsi. Contoh karya sastera terjemahan ialah
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

You might also like