You are on page 1of 35

MENINGKAT PENGUASAAN MURID TINGKATAN SATU DALAM

OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG


MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

WARDATUL FADILAH BINTI KAMARUZAMAN


841118065034001

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA LANAR


27200 KUALA LIPIS
PAHANG

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

i.

ISI KANDUNGAN

ii.

ABSTRAK

1.0

PENDAHULUAN

MUKASURAT
2
34

58

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


2.0

ISU / FOKUS KAJIAN

3.0

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

10

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

11 12

5.1 Perancangan Tindakan


5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

13 24

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian

Jadual Pelaksanaan

Kos Kajian

6.0

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

25 27

7.0

LAMPIRAN

28 34

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Tukul dan
Pistol dalam meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan
pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam
Tajuk Nombor Bulat . Subjek kajian ini melibatkan 30 orang murid Tingkatan 1 di sebuah
sekolah di Kuala Lipis , Pahang yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang
perempuan . Data dikumpulkan melalui ujian pra , ujian pos , soal selidik , pemerhatian serta
temubual . Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan statistik deskriptif
manakala soal selidik persepsi murid dianalisis dengan mengira peratus . Saya telah
menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu pelajar menjawab soalan pendaraban
melibatkan tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Penggunaan
kaedah ini , akan mengggalakkan tingkah laku aktif dan seronok dalam kalangan murid dan
semua murid bersetuju bahawa kaedah ini dapat menarik minat mereka dalam mempelajari
Matematik . Kajian akan membuktikan bahawa Kaedah Tukul dan Pistol ini mampu
meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menjawab soalan pendaraban dalam topik
Nombor Bulat dalam Matapelajaran Matematik Tingkatan 1.

ABSTRACT
This study was conducted to find out the use of Hammer And Pistol method in helping
student to answer questions involving multiplication of three-digit number with two digits,
which involves regrouping in Whole Numbers topic . The number of subjects for this study
were 30 pupils of Form 1 which consists of 15 boys and 15 girls from a school in Kuala
Lipis, Pahang . Data was collected through pre test , post- test , questionnaires ,
observations and interviews . The results of pre-test and post-test were analyzed using
descriptive statistics and perception of students questionnaires were analyzed by calculating
the percentage . I use this Hammer an Pistol method to teach student to answer questions
involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping.
The use of this method can encouraged active and fun behavior among students and all of
them agreed that their interests has increased in learning Mathematics. This study proves that
this method can improve students skill and interests in answering questions involving
multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping in Whole
Numbers topic .

1.0

PENDAHULUAN
Kegunaan matematik dalam kehidupan seharian adalah suatu perkara yang tidak asing

lagi. Hal ini kerana, bidang matematik ternyata sangat meluas termasuklah bidang sains
semulajadi, diikuti kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan sains gunaan. Matematik dapat
4

melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah,
dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah seantero dunia.
Pembelajaran Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan
tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak
(Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010). Sebenarnya, matlamat-matlamat ini hanya
akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru sebagai agen perubahan menunjukkan etika
yang komited dalam mengimplementasikan kurikulum Matematik secara berkualiti.
Kehidupan manusia sering melibatkan proses melakukan penyelidikan . Sebagai
contohnya , dalam bidang pendidikan khususnya dalam kurikulum di sekolah , guru guru
sering terdedah kepada pelbagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses pembelajaran
dan pengajaran . Jika para guru ingin mengkaji situasi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah atau bilik darjah , mereka seharusnya memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas
mengenai

kaedah

dan

teknik

penyelidikan

bagi

menyelesaikan

atau

membuat

penambahbaikan terhadap sesuatu isu . Kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi
sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti
amalan guru melalui refleksi dan inkuiri . Sebelum melakukan kajian tindakan penyelidik
perlu membuat cadangan kajian di mana ianya akan dibincangkan dengan penyelia bagi
memastikan kajian yang akan dijalankan bertepatan dengan objektif kajian yang hendak
dicapai .
Menurut Ee Ah Meng ( 1999) , dari buku Psikologi Pendidikan I : Psikologi
Pendidikan , sesungguhnya kesediaan belajar merupakan keadaan seorang individu yang
membolehkannya menikmati pembelajaran yang berkesan . Pengalaman kanak kanak pada
peringkat awal juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka
seterusnya . Terdapat tiga jenis kesediaan pelajar yang utama iaitu , kesediaan kognitif ,
kesediaan fizikal ( psikomotor) , afektif ( emosi dan sikap ) sebelum menerima pembelajaran
bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan . Beliau turut menyatakan bahawa kesediaan
belajar seorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal , sikap atau tingkahlaku
murid itu sendiri , dan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran .

Justeru itu , cadangan kajian ini disediakan berdasarkan permasalahan murid sukar
menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula dalam mata pelajaran Matematik dimana ianya memberikan
impak kepada keputusan ujian dan peperiksaan mereka kerana mereka sudah berada di
sekolah menengah . Ini akan memberikan kesan negatif terhadap murid dan sekolah kerana
mereka masih di tingkatan satu dan perlu menghadapi pelbagai aras soalan Matematik yang
lebih tinggi . Apabila kajian ini dibuat , secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah
dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat sedar betapa pentingnya
peningkatan pencapaian matapelajaran ini dalam PT3 dan SPM seterusnya . Langkah pertama
untuk melaksanakan kajian ialah membuat cadangan kajian kemudian disusuli dengan kajian
tindakan . Saya telah mencadangkan agar penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol digunakan
dalam kajian ini sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan
yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula .

1.1

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya seorang guru Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala
Lipis . Sebagai seorang guru matematik, saya merasakan saya sudah menyampaikan
pengajaran dengan berkesan namun begitu semasa saya menjalankan pengajaran saya dapati
6

murid murid daripada Tingkatan 1 Bestari tidak dapat menjawab latihan yang diberikan
dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan
dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Untuk makluman ,murid Tingkatan 1 Bestari terdiri daripada pelajar yang sederhana
dan lemah. Kelas ini juga terdiri daripada murid Orang Asli . Pelajar pelajar Orang Asli
dalam kelas ini juga mempunyai motivasi diri yang rendah walaupun mereka mempunyai
potensi dan kemahiran yang tersendiri jika dibandingkan dengan pelajar Melayu di SMK
Kuala Lanar .
Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan ,apabila saya bertanyakan kepada murid,
bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka
menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini.
Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai
seorang guru matematik kerana mereka sudah berada di sekolah menengah dan tidak
menguasai kemahairan asas Matematik ini . Ini akan memberikan kesan terhadap topik yang
berikutnya .
Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya kurang
berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang
diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan
membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama
contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan
di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini
meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya. Kesannya
mereka akan merasakan adalah sukar untuk mempelajari Matematik .
Bagi mengenalpasti kelemahan pelajar , saya telah mengulang semula teknik
pengajaran talk and chalk yang saya telah gunakan di mana saya menunjukkan contoh
pengiraan di hadapan papan hitam secara perlahan lahan kerana saya . Namun begitu ,ianya
amat mendukacitakan saya apabila saya mendapati hanya dua orang sahaja dapat menjawab
dengan betul manakala yang lain tidak dapat menjawab dengan tepat serta ada sebahagian
daripada mereka tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar .
Apabila saya bertanya secara rawak kepada mereka , kenapa mereka tidak dapat
menjawab soalan yang saya berikan jawapan mereka adalah mereka tidak berminat dengan
7

Matematik dan ianya sangat sukar kepada mereka . Ini sangat membimbangkan kerana
mereka baharu sahaja di Tingkatan Satu dan perjalanan mereka masih panjang . Justeru itu ,
saya perlu menarik minat mereka dan sekaligus menyangkal tanggapan mereka bahawa
matematik itu sukar . Ini adalah satu cabaran kepada saya .
Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda.
Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik
ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah
berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi
masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya bersemangat untuk
mengkaji permasalahan ini. Sehubungan dengan itu saya telah memilih masalah ini untuk
dijadikan tajuk kajian tindakan saya.
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak
sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Tukul dan Pistol
supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna.
Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi
menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga
dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat
mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna .

2.0

ISU / FOKUS KAJIAN


Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu

pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu
gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah
pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil
kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu
mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah
amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta
minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.
8

Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan
proses proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di
dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tingkatan 1 Bestari
dalam mata pelajaran Matematik.
Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal
dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula kepada tiga puluh orang murid Tingkatan 1 Bestari di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang.
Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat
dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban
dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid
untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika
membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan
dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN


3.1

OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai

objektif berikut:
3.1.1

OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.

3.1.2

OBJEKTIF KHUSUS

i.

Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit
dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.

ii.

Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan


kemahiran mendarab.

iii.

3.2
i.

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

SOALAN KAJIAN
Sejauh mana penggunaan alatan Tukul dan Pistol ini akan dapat membantu
murid-murid Tingkatan 1 Bestari ini untuk memperbaiki tahap penguasaan
murid-murid ini di dalam operasi darab tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula.

ii.

Adakah

kaedah

ini

mampu

meningkatkan

minat

pelajar

terhadap

matapelajaran Matematik sekaligus mengubah persepsi pelajar bahawa


Matematik adalah sukar untuk dikuasai .

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 30 orang murid ( responden ) Tingkatan 1 Bestari dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang . Mereka terdiri daripada 15
orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan . Murid murid dalam Tingkatan 1 Bestari
ini adalah boleh dikategorikan sebagai murid yang lemah . Latar belakang murid dalam kelas
ini adalah daripada masyarakat Orang Asli yang datang dari kawasan pedalaman seperti Pos
Titom , Pos Senderut dan Pos Lenjang . Seperti yang sedia maklum , pelajar Orang Asli ini
adalah daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan juga
lemah dalam pelajaran .SMK Kuala Lanar pula adalah merupakan satu satunya sekolah
menengah di daerah Lipis yang menempatkan hampir 500 orang pelajar orang asli . Oleh
10

sebab itu , kebanyakan murid murid murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dan lemah
dari segi penguasaan dan pencapaian pembelajaran mereka .
Melaui pemerhatian saya , murid murid dalam Tingkatan 1 Bestari ini juga
mempunyai motivasi serta keyakinan diri yang rendah serta kurang menunjukkan minat
untuk belajar . Sebagai contohnya , mereka tidak suka bertanyakan soalan dan hanya gemar
menyalin sahaja . Mereka juga sering tidak hadir ke sekolah terutamanya selepas cuti
persekolahan di mana mereka dibenarkan pulang ke kampung . Murid murid ini juga terlalu
pasif dari segi komunikasi , pergaulan mahupun psikomotor . Mereka gemar bertutur dalam
bahasa mereka sehingga menyukarkan guru untuk berkomunikasi dengan mereka .

JANTINA
BIL

LELAKI

NAMA MURID

PEREMPUA
N

AKIYAH A/P JIMIN

AKMEL A/L KAMAL

AMENG A/L SOLIBIN

AMISA A/P SALIM

ASROL A/L BAH TIK

BAH BEJON A/L BAH SIU

DIANA A/P YOK LAS

HASNOL BIN YOK TOI

JAMADE A/L JUNAIDI

10

JASNI A/L ROSLAN

11

JUSIKA A/P SUHAIRI

12

KAMARUL A/L AZAMI

13

KRIS DAYANTI A/P ROSMAN

14

MAIDIN A/L NORDIN

15

MASADINA A/P HAMZAH

16

METIUS A/P BAH KELOH

17

PETER A/L YOK ASU

18

RAZUAN A/L BAH GI

19

RINA A/P BAH SEMAN

20

ROHA A/P SIATU

11

5.0

21

ROSMISA A/P ABAI

22

SAMSURI A/L DAUD

23

SANJAY A/L BAH LONG

24

SHAROL A/L BAH CEGEH

25

SUHAIDA A/P YOK TIAP

26

TINI A/P YOK NOH

27

WAK RIKENT A/P RAMAN

28

WAK SAMBERIA A/P BAH RIYAH

29

WAK SEPI A/P BOK YAK

30

ZEBRA A/L AHLOI

TINDAKAN YANG DICADANGKAN


5.1

Perancangan Tindakan

Pada peringkat awal , permasalahan murid dapat dikenal pasti melalui pemerhatian ,
soala selidik , temubual , lebaran kerja dan hasil kerja rumah murid ( Lampiran A ) . Daripada
hasil tinjauan , saya mendapati sebab utama murid gagal dalam ujian yang dijalankan adalah
kerana tidak dapat melakukan pengiraan dengan tepat dan baik . Tinjauan juga dilakukan
dengan menggunakan senarai semak dari pemerhatian di dalam bilik darjah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan .
Selain daripada itu , dapatan daripada temubual yang dijalankan kepada beberapa
orang guru Matematik di sekolah ini , saya mendapati bahawa murid murid ini
( terutamanya pelajar asli ) sangat lemah dalam pengiraan Matematik . Mereka suka
12

menguasai kaedah pegiraan terutamanya darab dan bahagi . Kaedah pengajaran biasa seperti
penerangan dan tunjuk cara oleh guru tidak membantu meningkatkan pemahaman pelajar .
Justeru itu , saya perlu menggunakan cara lain yang lebih spesifik bagi membantu
meningkatkan pemahaman pelajar sekaligus menarik minat mereka mempelajari Matematik .

5.1.1

Tindakan Pelaksanaan

Bagi pelaksanaan kajian tindakan ini , saya telah merujuk kepada Model Penyelidikan
Tindakan Zuber Skerrit ( 1990 ) daripada Buku Manual Kajian Tindakan ( Edisi Ketiga ) .
Langkah pelaksanaan kajian ini adalah berbentuk pilin di mana ianya terdiri daripada kitaran
perancangan , tinakan dan carian fakta berkenaan dengan keputusan tindakan . Satu kitaran
asas alam kajian tindakan seperti mana yang dikatakan oleh Zuber Skerrit ( 1990 ) adalah
seperti berikut :
Refleksi
Pemerhatian

Mengenalpasti
masakah

Tindakan

Perancangan

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Zuber Skerrit , 1990


a. Mengenalpasti masalah ( hanya terdapat dalam kitaran pertama )
Saya akan menegenalpasti masalah yang memberikan signifikan kepada saya sendiri
iaitu pencapaian dan minat murid dalam topik kajian saya . Masalah yang dikenalpasti
dianalisis bagi memastikan kemungkinan berlaku kesan kepada murid murid
khususnya dalam pencapaian akaemik mereka . Saya turut dapat mengenalpasti faktor
faktor yang memberi kemungkinan murid murid dapat mengira dengan baik .

b. Perancangan
Setelah membuat analisis permasalahan yang dihadapi , saya akan menyenaraikan
beberapa teknik yang dapat digunakan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan
13

masalah ini . Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Tukul dan
Pistol sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang
melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula . Saya turut akan merancang pelaksanaan tindakan intervensi
yang bakal dijalankan kepada kumpulan sasaran , iaitu merancang bagaimana kaedah
Tukul dan Pistol ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan sasaran yang telah
ditetapkan . Saya juga akan memilih instrumen yang akan digunakan untuk mengukur
keberkesanan kaedah tersebut .
c. Tindakan
Saya menjalankan tindakan intervensi kepada kumpulan sasaran seperti yang
dirancang . Saya akan merancang dua intervensi untuk memastikan kejituan
keputusan terhadap topik kajian saya ini . Semasa intervensi ini , saya akan
menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu kumpulan sasaran saya
menjawab soalan melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula .
Kaedah Pelaksanaan Kaedah Tukul dan Pistol
Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid.
Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul

Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna.

Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.

Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar
yang berlainan warna.

Kemudian, ianya digunting.

14

Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Dengan

menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak jawapan. Buat
dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak.

15

Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab.

Tangga

Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan mengisi
nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit.
Kotak
Jawapan
Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk
diselesaikan oleh murid.

Contoh:
246 x 12 = ?
Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu.
Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan pistol di atas
sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak
pistol. Kemudian cari hasil darabnya.
Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada pistol, letakkan bentuk
tukul pada kertas yang sama, dengan bertindih pada pistol.
Murid akan mula mengisi nombor dan menyelesaikan jawapannya.
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi
kerana barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk pistol.
Langkah 3 : Setelah jawapan pistol dan tukul dapat diselesaikan, murid akan
menggunakan bentuk stairs untuk diisikan dengan jawapan yang telah dibuat.
Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari
hasil tambah bagi jawapan pistol dan tukul. Jawapan ini akan
diisikan ke dalam kotak jawapan.

16

d. Pemerhatian
Saya akan menyelia keberkesanan tindakan intervensi yang akan dijalankan
menggunakan Kaeah Pistol dan Tukul ini . Saya akan meminta rakan sejawat merekod
tingkah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam borang
senarai semak .

e. Refleksi
Saya akan membuat analisisa dan refelksi terhadap tindakan intervensi yang telah
dijalankan . Saya akan turut membuat penambahbaikan tindakan dalam kitaran yang
seterusnya .
5.2

Perancangan Cara Mengumpulkan Data

Ujian Pra & Pos


Pemerhatian

METODOLOGI
KAJIAN

Soal Selidik

Temu bual
Rajah 2 : Metodologi Kajian
Terdapat empat jenis instrumen kajian yang telah digunakan iaitu ujian pra dan ujian
pos ( kuantitatif ) , soala selidik ( kualitatif ) , temu bual ( kualitatif ) dan pemerhatian
(kualitatif) . Cara pengumpulan data yang digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini
telah diterangkan secara terperinci seperti berikut :
5.2.1

Pemerhatian

Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian


ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui
17

respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam
buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam
audio tape.
Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara
spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi
menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How.

Aspek Penilaian

M1

M2

M3

M4

M
5

Murid
M M
6

M1

M3

Suka berjalan / keluar dari kelas


Bising / suka berbual dengan rakan
Tidur / Mengantuk semasa P & P
Pasif / tidak melibatkan diri dalam P & P
Aktif / melibatkan diri dalam P & P
Kerap bertanyakan soalan
Menyiapkan latihan
Jadual 2 : Borang Senarai Semak Tingkah LAku Murid
5.2.2

Temu Bual

Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia
dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini
secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai
kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap
murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan
dua digit.
Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah:

Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik?

Bolehkah kamu membaca sifir 12?

Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit?

18

Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar?

5.2.3

Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk


mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan
mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

5.2.4

Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid


dalam tajuk Pendaraban Nombor Bulat. Ujian pra dijalankan sebelum sesi
bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra ( Lampiran B ) terdiri daripada 10 soalan
subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas
kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah Kertas dan Pensel.
Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.
Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah
untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu
dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian
tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk
meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.
Ujian Pos ( Lampiran C ) akan dijalankan apabila selesai rawatan
dilaksanakan . Ujian ini di dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan Kaedah
Pistol dan Tukul yang telah digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam
mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula .
Soalan yang digunakan adalah berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai
bilangan soalan yang sama . Melalui keputusan ujian , saya dapat menilai
keberkesanan penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam proses pengajaran dan
pembelajaran .
19

5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data


Setelah saya mengenalpasti masalah dalam operasi mendarab nombor tiga

digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid
Tingkatan 1 Bestari saya akan menggunakan Kaedah Pistol dan Tukul di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas . Saya akan mengadakan ujian pos untuk
melihat keberkesanan kaedah ini bagi membantu pelajar menguasai mendarab nombor
tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan lebih
mudah. Seterusnya , saya akan menganalisis perbezaan pencapaian murid sebelum
dan selepas didedahkan dengan kaedah ini . Perbezaan markah akan dianalisis dengan
mengguanakan statistik deskriptif manakala persepsi murid dianalisis menggunakan
peratus bagi setiap item .
5.3.1

Analisis Pencapaian Murid

Markah ujian pra dan pos dianalisis dalam bentuk carta pai , graf garis dan
juga jadual bagi melihat pencapaian murid sama ada mengalami peningkatan atau
penurunan . Graf garis digunakan bagi menunjukkan keputusan dan hasil
perbandingan di antara markah ujian pra dan ujian pos bagi murid murid Tingkatan
20

1 Bestari . Gred Pemarkahan bagi PT3 mengikut Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS) akan digunakan .
GRED
A
B
C
D
E
F

KATEGORI
Cemerlang
Sederhana Cemerlang
Sederhana
Memuaskan
Sederhana Lemah
Lemah

MARKAH ( % )
85 100
70 84
60 69
50 59
40 49
0 39

Jadual 3 : Jadual Panduan Gred Pemarkahan dari Sistem Analisis Peperiksaan


Sekolah (SAPS)
Jadual di atas menunjukkan skema tafsiran markah yang akan digunakan
untuk menganalisis markah yang diperolehi oleh murid mengikut peratus dan gred
bagi ujian pra dan ujian pos .
5.3.2

Analisis Ujian Pos

Ujian pos akan diberikan kepada murid murid Tingkatan 1 Bestari selepas
tindakan intervensi dijalankan iaitu selepas Kaedah Pistol dan Tukul diaplikasikan
dalam topik kajian ini . Soalan bagi ujian pos adalah soalan yang digunakan adalah
berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai bilangan dan bentuk soalan
soalan yang sama.

5.3.3 Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Ujian bertulis pra dan ujian bertulis pos akan dianalisis dengan membuat
perbandingan peningkatan gred setelah mengumpulkan markah pencapaian murid
dalam ujian . Data akan dianalisis secara satistik deskriptif iaitu menganalisis data
dengan mengira peratus , min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos .

21

5.4

Perancangan Pelaksanaan Kajian


5.4.1

BIL
1.
2.

Jadual Pelaksanaan

TARIKH
PELAKSANAAN

AKTIVITI
Mengenalpasti isu dan fokus
Pengumpulan data awal

20 Mei 20 Jun 2015


1 Mei 2015
02 Jun 2015

3.

Perancangan penyediaan kertas


cadangan kajian

21 Jun 2015

4.

Penyediaan kertas cadangan


kajian

30 Jun 09 Julai 2015

5.

Semakan
kajian

6.

Penghantaran kertas cadangan

7.

Merancang kajian tindakan

kertas

cadangan

29 Jun 2015

CATATAN
Proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian terhadap
tingkah laku murid.

masalah

dan

Perbincangan
bersama
pensyarah
penasihat , guru pembimbing dan rakan
rakan .

10 Julai 12 Julai
2015
26 Julai 2015
01 05 Ogos 2015

22

Memmbuat kajian lanjut mengenai


kaedah pengajaran yang berkesan


8.

Melaksanakan kajian tindakan

9.

Perbincangan
berbangkit

terhadap

Perancangan rapi bagi pelaksanaan


kajian tindakan

1 Sept 11 Nov 2015

isu

Jan 2016

Perbincangan
bersama
pensyarah
penasihat , guru pembimbing dan rakan
rakan

Mac 2016

10.

Refleksi kajian

Jan Mac 2016

11.

Penulisan laporan kajian

Jan 2 Mac 2016

12.

Penghantaran kajian tindakan


kepaa tutor penyelia

Mac 2016

Jadual 4 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan

5.4.2

BIL

Jadual Perancangan Carta Gant

AKTIVITI
5

1.

Mengenalpasti isu dan fokus

2.

Pengumpulan data awal

3.

Perancangan

penyediaan

kertas

cadangan

kajian ( Membuat draf kertas cadangan )


4.

Penyediaan kertas cadangan

5.

Semakan kertas cadangan

6.

Penghantaran kertas cadangan

7.

Merancang kajian tindakan

8.

Melaksana kajian tindakan

23

2015

2016

BULAN

BULAN

9.

Perbincangan terhadap isu berbangkit

10.

Refleksi kajian

11.

Penulisan laporan kajian

12.

Penghantaran kajian tindakan kepada tutor


penyelia
Jadual 5 : Jadual perancangan pelaksanaan tindakan menggunakan Carta Gantt

5.4.3

BIL

Kos Kajian

JENIS BAHAN

KUANTIT

HARGA

SEUNIT

JUMLAH
KOS

Kertas A4

RM 10.00

RM 30.00

30

30

RM 3.00

RM 90.00

RM 40.00

RM 80.00

RM 70.00

RM 5.00

RM 3.50

helai kertas transparent

yang berlainan warna


3

Printer Cartridge

Fotokopi bahan dan laporan


kajian

Buku Catatan

JUMLAH

RM 273.50

24

RUJUKAN

Abdul Rahim Abd. Rashid . (2000) . Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar
Bakti Sdn Bhd
Allchin, D. (1999). Values in Science: An Educational Perspective. Science and Education.
8: 1-12.
Alis b. Putih. ( 2009) . Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan . Shah Alam : Pure Honey
Enterprise
Amir Hasan Dawi . ( 2009 ) . Sekolah dan Masyarakat . Petaling Jaya : Quantum Books
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd,
Selangor.
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . ( 2008 ). Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur
Benjamin S.Bloom dalam Abdullah Yunus (1989). Taksonomi Objektif Pendidikan .
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
25

Borich & Tombari (1997). Educational Phsychology. A Contemporary Approach. Page 177.
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist
Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment
(ASCD)
Chien Chin & Fou Lai Lin (2001). Values In Teaching and Learning of Mathematics : A
Case Study from Mathematical Induction. Mathematics Education Research Journal.
Clements, M. A. & Ellerton, N. F. (1993). The Centrality Of Language Factors In
Mathematics Teaching And Learning. Paper Presented At The International Seminar On The
Mathematical Sciences, MARA Institute, Kuching, Sarawak.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.
Kamaluddin bin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah : Pengajaran
Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. (Jurnal tidak diterbitkan). Maktab
Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kamus dewan edisi ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2001). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and Evaluation Standards
for School Mathematics. Reston VA: The Council.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
26

Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norasmah binti Haji Othman, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani
Ahmad Tarmizi (2001). Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja. Jurnal
Teknologi Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Noor Azlan (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal Pendidikan
Dalam Pendidikan Matematik, 14, 19-38.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan
Strategi. Kajang : Masa Enterprise.
Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat
Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd
Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Prestasi
Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

27

Lampiran A
BORANG SENARAI SEMAK HASIL KERJA MURID

Nama guru

:________________________

Mata pelajaran : ___________________

Tahun/Darjah : _______________________

Nama Murid : ____________________

Skala Pencapaian

Lemah

Tidak Memuaskan

Sederhana

Baik

Cemerlang

Bil
1.

Aspek

Skor

Murid dapat menyiapkan latihan / lembaran kerja dalam masa


yang ditetapkan

2.

Murid dapat menjawab / menulis jawapan dengan baik dan


betul

3.

Murid membawa buku latihan / buku teks dan buku yang


berkaitan dengan mata pelajaran

4.

Murid menunjukkan minat dan bersungguh sungguh semasa


menyiapkan kerja atau latihan yang diberikan oleh guru di
dalam kelas
28

Catatan

5.

Murid membuat pembetulan stelah hasil kerja disemak oleh


guru
JUMLAH
Lampiran B
Ujian Pra
Matematik Tingkatan 1
Tajuk

Nombor Bulat

Subtopik

Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit

Nama murid :

_________________________________

Kelas

__________________

Arahan

Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja

1. 265 x 56 =

2. 378 x 87 =

3. 765 x 31 =

4. 976 x 43 =

29

40

5. 765 x 31 =

6. 133 x 67 =

7. 246 x 57 =

8. 982 x 27 =

9. 657 x 19 =

10. 183 x 40 =

30

( 40 markah )

Lampiran C
Ujian Pos
Matematik Tingkatan 1
Tajuk

Nombor Bulat

Subtopik

Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit

Nama murid :

_________________________________

Kelas

__________________

Arahan

Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja

1. 764 x 21 =

2. 235 x 67 =

3. 962 x 76 =

4. 872 x 35 =
31

40

5. 712 x 96 =

6. 456 x 19 =

7. 379 x 87 =

8. 786 x 99 =

9. 515 x 69 =

10. 718 x 59 =

32

( 40 markah )

Lampiran D
SOALAN KAJI SELIDIK
Jantina:

Bulatkan jawapan mengikut skala:


1-Amat Tidak Setuju

2-Tidak Setuju

3-Setuju

4-Amat Setuju

Item

Skala

1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.

2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik.

3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah.

4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam

7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12.

8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik.

9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam

matematik, saya semakin menyukainya.


5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi
darab dengan betul.
6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang
diberikan.

pendaraban.
33

10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan

tambahan soalan pendaraban.

Lampiran E
SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU MURID DI DALAM KELAS TINGKATAN
1 BESTARI SEMASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Aspek Penilaian Sukar memberi


Murid

Suka

Bising / suka

Tidur /

Pasif / tidak

respon

berjalan /

berbual

mengantuk

melibatkan

terhadap

keluar dari

dengan rakan

semasa P&P

diri dalam

penyoalan guru

kelas

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
34

P&P

26
27
28
29
30
JUMLAH

35

You might also like