You are on page 1of 5

ASAL USUL BAWAL CREPE

Mungkin ramai yang tidak tahu, perkataan 'bawal' itu sebenarnya berasal
daripada perkataan Perancis iaitu 'voile' atau disebut 'voil' yang bermaksud fabrik
yang ringan, lembut dan kosong. Ia diperbuat daripada kain kapas, sutera, rayon
atau wool. Perkataan ini kemudian di'Melayu'kan sebagai Bawal, mungkin kerana
bunyinya hampir sama 'voile' (Sumber daripada Anna Abdullah).
Material voile ni selalunya diperoleh daripada Jepun & Korea. Tudung bawal pada
awal tahun 90an sangat popular dengan corak jahitan manik bersambung atau
berlabuci di bahagian tepi sahaja.

Istimewanya tudung ini, ianya senang dibentuk di muka dan yang paling penting
ia sangat cantik dipakai. Cuma, kemunculan tudung bawal ketika itu berbeza
dengan tudung bawal zaman kini yang dihasilkan dengan pelbagai jenis, beraneka
corak yang semestinya lebih menarik lagi kreatif.
setelah setahun memakai aneka tahap tudung bawal, barulah saya tahu betapa
berkualitinya tudung bawal satu atau tudung bawal asli ini kerana biarpun sudah
bertahun memakainya, fabriknya kelihatan masih baru dan tidak ada kesan
berbulu halus sepertimana tudung bawal yang tidak asli. Tudung bawal satu juga
dikenali sebagai Tudung Bawal Jepun. Tudung bawal korea adalah Tudung bawal
tidak asli dan dikenali sebagai Tudung bawal dua.
KENALI TUDUNG BAWAL ASLI

Tudung bawal satu juga dikenali sebagai Tudung Bawal Jepun. Tudung bawal
korea adalah Tudung bawal tidak asli dan dikenali sebagai Tudung bawal dua.
Sekali pandang, tudung bawal satu atau asli ini kelihatan sama sahaja dengan
tudung bawal dua atau tiga. Namun begitu, kita tetap boleh mengenali tudung
bawal asli ini. Ianya paling jarang dari yang lain dan jika dipegang, terasa lebih
lembut dan juga lebih nipis apabila dilipat. Oleh itu, kenapa anda harus membeli
tudung bawal satu, semestinya kerana ia berkualiti dan paling penting tahan lama
serta sentiasa nampak baru.

TUDUNG BAWAL SATU DAN GELARANNYA

Pernahkah anda mendengar atau memiliki tudung bawal satu yang mempunyai
nama atau gelaran? Saya sendiri pelik, entah dari mana agaknya datangnya namanama tudung ini. Biasanya mereka meletakkan nama-nama artis popular.
Mungkin ianya salah satu strategi penjual untuk menarik perhatian pelanggannya
ataupun ia bertujuan memudahkan kita mengingati era fesyen dan corak tudung
masa kini untuk setiap jenis keluaran terbaru. Satu ketika dahulu, saya pernah

terdengar 'Tudung Wardina', 'Tudung Norjuma', 'Tudung Mawi', 'Tudung Mak


Datin', 'Tudung Datuk K', 'Tudung Datuk Ct', 'Tudung Angkasa atau 'Tudung Sheikh
Muszaphar' dan yang terbaru kini 'Tudung Air Mata Nora Danish'. Pastinya
mereka semua tersenyum apabila nama mereka dijadikan jenama tudung!
Yang pasti, tudung bawal satu yang pernah popular dengan sulam benang emas,
manik hitam berlian di bahagian tepi sahaja, sulam dengan renda, sulam dengan
hiasan riben dan berambu di setiap bucu, sulam tampal dan yang menjadi
kegilaan kini sulam dengan manik berlian, sulam baldu dengan manik berlian,
sulam tudung lipat dan bermacam jenis lagi. Semua fesyen tudung bawal satu ini
memang cantik dipakai dan tidak hairanlah betapa ramai wanita bertudung kini
lebih suka menjadikan tudung bawal satu ini sebagai pilihan utama untuk dipakai
pada hari perkahwinan mereka!
Dan kini, masa untuk bawal crepe corak pula. Tekstur kain yang mudah dibentuk
dan mempunyai kilatan yang minima ( tidak seperti satin) menjadikan ia pilihan
yang tepat jika anda sudah bosan menggayakan tudung bawal kosong biasa.
Dah pernah cuba menggayakan bawal crepe? Cubalah kerana terdapat pelbagai
gred bawal crepe yang berada di pasaran. Dari yang paling mahal seperti bawal
crepe cop senorita sehinggalah bawal crepe murah yang tidak mempunyai cop.
Pilihan di tangan anda.

SAIZ BAWAL CREPE

Jika anda mahu membeli bawal crepe secara borong, sila whatsapp 019-3720661.
Kami menawarkan belian borong bawal crepe berikut:-

1. Tudung Bawal Crepe Cop Senorita Bidang 45"

2. Tudung Bawal Crepe Rania Bidang 45"

3. Tudung Bawal Crepe Tanpa cop Bidang 45"

4. Oblong shawl crepe ( shawl plain full curve)

5. Tudung bawal crepe tanpa cop bidang 60"

You might also like