You are on page 1of 3

ASAP KILANG

Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian


seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut
menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yangbagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang
dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap
untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang
dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan
udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha
kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap
beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan
Lembah Klang.

PEMBAKARAN TERBUKA
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang
melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan
keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin
melupuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu
ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan
pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas
untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya
bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka tidak
betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka
itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar
bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi
akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran
terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu

ASAP KENDERAAN
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang mengeluarkan
asap kenderaan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan
masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan
raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida
dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu
bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang
mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan
jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegarlegar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di
Negara kita.

You might also like