You are on page 1of 5

Maksud Penyelidikan

MAKSUD PENYELIDIKAN
Tuckman (1990): Penyelidikan ialah satu usaha yang
sistematik untuk mendapat jawapan kepada soalan.
Sistematik: iaitu proses yang teratur, mengikut sesuatu urutan dan
dipandu oleh satu soalan yang merupakan masalah yang hendak
diselesaikan.
Sistematik: iaitu proses menggunakan inkuiri saintifik yang melibatkan
langkah-langkah berurutan dalam usaha mencari maklumat melalui
kaedah pengumpulan data,analisis dan interpretasi

MAKSUD PENYELIDIKAN
Majid (2005):
Proses secara saintifik dan sistematik.
Saintifik bermakna pengulangan kajian yang sama akan
menghasilkan hasil yang serupa.
Pengulangan kajian membolehkan pengesahan dibuat ke
atas kajian terdahulu sekiranya benar atau mengenepikan
kajian tersebut sekiranya salah.
Semakin banyak cerapan dan kajian dibuat, semakin
bertambah yakin terhadap keputusan kajian untuk
menyelesaikan masalah

MAKSUD PENYELIDIKAN
Penyelidikan adalah satu kajian yang sistematik
terhadap pembolehubah-pembolehubah untuk
menentukan perkaitan antara pembolehubah
Penyelidikan ialah suatu proses untuk mendapat
penyelesaian yang boleh dipercayai kepada masalah
melalui pungutan data, penganalisaan dan interpretasi
yang terancang dan sistematik

MAKSUD PENYELIDIKAN
Kerlinger (1990):
Penyelidikan saintifik adalah kajian yang
sistematik, terkawal, empirikal dan kritikal
mengenai fenomena semulajadi yang
berpandukan teori dan hipotesis mengenai
hubungan yang dijangkakan diantara
fenomena.

You might also like