You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH SK TELOK KEMANG

KALI PERTAMA 2016

Tarikh

: 29 Disember 2015

Tempat : Bilik Gerakan SKTK


KEHADIRAN:
1
2
3
4
5

EN. MUSTAZA BIN SHAPIAI (GPK 1)


Y.M TENGKU RAZALI BIN ENGKU DIN
PN. SAIDATUL KHADIJAH BT MOHD FARUDZ
PN. NORHAYATI BT ISMAIL
EN. RIDUAN BIN ZANIL ABIDIN

1. UCAPAN PENGERUSI (GPK 1) EN. MUSTAZA BIN SHAPIAI


1.1En. Mustaza mengucapkan tahniah atas kehadiran guru dalam
mesyuarat dan mengalu-alukan kehadiran guru baru ke dalam panitia.
1.2Mengingatkan semua guru agar memulakan tahun 2016 dengan azam
untuk mengajar dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh dan
sentiasa memberi penekanan untuk merealisasikan teras dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.3Mengingatkan guru-guru agar menjaga nama baik SK Telok Kemang
yang telah bertukar menjadi Sekolah Transformasi dan mencapai target
untuk melonjakkan pencapaian sekolah.
1.4En. Mustaza turut mengingatkan guru-guru agar mengamalkan budaya
kerja cemerlang dan sentiasa mematuhi arahan pentadbiran yang
telah dikeluarkan.
2. UCAPAN KETUA PANITIA (Y.M TENGKU RAZALI BIN ENGKU DIN)
2.1Mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat
Panitia Sejarah kali pertama 2016 dan mengucapkan selamat datang
kepada Pn. Saidatul selaku guru Sejarah yang baru berpindah ke SK
Telok Kemang.
2.2Memberi sedikit peringatan mengenai etika kerja dan pengisian SAPS.
Selain itu, ketua panitia juga mengingatkan agar guru-guru
menyediakan RPT/DSKP serta RPH mengikut standard pembelajaran
yang telah ditetapkan bagi persediaan awal persekolahan.
3. PENGESAHAN DAN PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT
3.1Y.M Tengku Razali membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat
yang lalu dan di sokong oleh Pn. Norhayati Ismail.
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1Tiada perkara berbangkit

5. LAPORAN
5.1Y.M Tengku Razali membentangkan cadangan perancangan Panitia
Sejarah pada tahun 2016 antaranya adalah :
Mewujudkan papan kenyataan Panitia sejarah dan
mengemaskini bilik galeri sejarah.
Slot ASEAN pada perhimpunan pagi setiap bulan. Aktiviti
berbentuk kuiz spontan dan dikendalikan oleh guru-guru
sejarah dan murid diberikan hadiah.
Pembelian ABM, peta dan carta-carta berkaitan sejarah.
Mengendalikan sambutan Bulan Kemerdekaan 2016 pada 16
Ogos sehingga 7 September 2016.
6. HAL HAL LAIN
6.1En. Mohd Riduan mencadangkan agar latihan dan kerja rumah di buat
di dalam buku panjang berwarna biru agar seragam bagi semua kelas.
6.2Pn. Saidatul mencadangkan agar murid-murid diberikan nota sejarah
berbentuk peta minda yang dikompilasikan mengikut tajuk-tajuk dalam
sukatan pembelajaran.
6.3Y.M Tengku Razali meminta guru-guru mengisi jadual giliran untuk
membuat soalan peperiksaan.

7. PENUTUP.
7.1Ketua Panita mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru-guru
yang hadir dan bersama-sama menyumbangkan idea untuk Panitia
Sejarah dan berharap segala perancangan yang diatur dapat dijalankan
dengan baik.
7.2Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11 Pagi.

Disediakan Oleh,

Di Sahkan Oleh,

___________________________

________________________

(SAIDATUL KHADIJAH BT MOHD FARUDZ)


BIN SHAPIAI )
Setiausaha Panitia Sejarah
Kanan 1,
SK Telok Kemang

( EN. MUSTAZA
Guru Penolong
SK Telok Kemang

You might also like