You are on page 1of 20

FARAH IZZATI BINTI AHMED

OTHMAN
KOLEJ MARA BANTING

HUJAN HITAM MASUJI


IBUSE
SINOPSIS BAB DEMI BAB

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

BAB 1
Watak utama novel ini, Shigematsu Shizuma berasa bimbang apabila khabar
angin mengenai anak buahnya, Yasuko yang menghidapi penyakit radiasi akibat
bekerja di dapur Kor Perkhidmatan Sekolah Menengah Kedua disebarkan oleh
penduduk kampong. Oleh sebab itu, Yasuko menghadapi kesukaran untuk
berkahwin kerana bakal-bakal suami yang dating merisiknya menarik diri setelah
mengetahui khabar anginnya. Yasuko sebenarnya bekerja di Syarikat Tekstil
Jepun di Bandar Furuichi yang terletak di luar bandar Hiroshima. Sebaliknya,
Shigematsu, isterinya Shigeko dan anak-anak muda yang berkhidmat dengan Kor
Sukarela Patriotik serta anggota Kor Perkhidmatan sahaja yang dating dari
Kobatake yang terletak di dalam Hiroshima ketika bom atom digugurkan.
Sekumpulan anggota bomba dihantar ke Hiroshima dari Kobatake untuk bantu
menyelamatkan golongan muda yang bertugas dengan kor sukarela dan
patriotik serta anggota kor perkhidmatan. Anggota sukarelawan yang sudah
pulang dari Hiroshima menceritakan pengalaman mereka kepada Shigematsu
yang sudah mula menunjukkan symptom-simptom penyakit radiasi.
Walaubagaimanapun, Yasuko langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit
tersebut.
Yasuko akhirnya dipinang oleh seseorang melalui perantaraan. Perantara
tersebut ingin tahu tentang perkembangan Yasuko sejak bom atom dijatuhkan
sehingga dia berada di Kobatake melalui sepucuk surat yang dihantarkan kepada
Shigematsu. Shigematsu membuat keputusan untuk menyalin diari Yasuko untuk
memberitahu perantara tersebut perkara sebenar yang terjadi terhadap Yasuko.
Sebahagian daripada isi diari Yasuko yang terdapat dalam bab ini adalah
mengenai perjalanan Yasuko ke daerah Sendamachi yang berdekatan dengan
Hiroshima.

BAB 2
Shigematsu telah mempunyai hobi baru selepas kejadian kejatuhan bom iaitu
menternak ikan kaloi. Shigematsu dan dua orang raknnya, Shokichi dan Asajiro
telah melabur dalam aktiviti menternak ikan kaloi sebelum melepaskan ikan
tersebut ke dalam tasik di Agiyama. Aktiviti menternak ikan merupakan hobi
yang sesuai diamalkan oleh pesakit-pesakit penyakit radiasi seperti Shigematsu.
Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut bukanlah perkara biasa yang dilakukan
oleh masyarakat Jepun. Akibatnya, mereka disindir oleh masyarakat sekitar.
Shigeko menyaran suaminya untuk meninggalkan peristiwa hujan hitam yang
dicatat dalam diari Yasuko namun Shigematsu tetap mahu meyalin perkara
tersebut supaya perantara tersebut dapat menilai sendiri peristiwa hujan hitam.
Dalam diari itu menceritakan Shigematsu yang menyaksikan cahaya bulat yang
terletak kira-kira tiga meter dari kereta api yang dinaikinya sehingga
mengganggu penglihatannya semasa dia dalam perjalan untuk ke tempat kerja.

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

Keadaan yang terlalu terang tiba-tiba menjadi gelap dan tangisan serta jeritan
kesakitan dapat didengar di merata tempat. Shigematsu kemudian melihat
persekitarannya yang telah musnah lalu menganggap bahawa pesawat B-29
yang menggugurkan bom beracun sperti pengumuman ancaman serangan udara
di corong-corong radio.
BAB 3
Shigematsu mahu menyalin jurnal pengeboman menggunakan dakwat biasa
tetapi Shigeko menasihatinya untuk menggunakan pen dakwat berus agak
tulisannya bertahan lebih lama. Shigematsu bersetuju dengan cadangan
isterinya setelah melihat surat moyangnya yang telah pudar tulisannya akibat
menggunakan dakwat pen biasa.
Shigematsu menigngati semula waktu peperangan. Banyak bangunan
telah runtuh di bahagian timur stesen Yokoyama. Orang ramai kelihatan cedera
parah dan sengsara dan kesakitan. Semasa Shigematsu berjalan melalui
kawasan itu sebelum dia terserempak dengan seorang wanita pemilik iklang
Takahashi.
Shigematsu sedar bahawa cermin mata dan topinya telah hilang dan
wanita itu pula kehilangan beg tangannya yang mengandungi jumlah wang
perniagaannya yang banyaj. Oleh sebab itu, Shigematsu dan wanita tersebut
kembali ke stesen Yokogama untuk mencari barang yang hilang untuk
menemuinya. Setelah jumpa tas tangan wanita itu, Shigematsu dan wanita
tersebut meneruskan perjalanan ke Taman Mitaki. Semasa dalam perjalann,
Shigematsu bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki bernama Kyuchi. Budak
itu hamper tidak dikenali oleh abangnya kerana wajahnya yang bengkak dengan
teruk sekali.
Shigematsu dan Puan Takahashi menghadapi dilemma dalam memilih
destinasi mereka. Kemudiannya, Shigematsu berpisah dengan wanita
itu.Shigematsu kembali ke stesen Yokogawa dan meneruskan perjalanannya
melalui jambatan kerata api Sanyo. Shigematsu bertemu dengan seorang kanakkanak lelaki lalu mengajaknya berjalan bersamanya. Selepas beberapa ketika
berjalan, Shigematsu menyerahkan budak lelaki itu kepada seorang wanita yang
dia temui ketika dalam perjalanan.
Shigematsu terpaksan menyeberangi sebuah jambatan yang tinggi
setelah tiba di Yokogawa. Dia menyaksikan ramai orang yang Berjaya
menyeberangi jambatan itu dan menuju ke sebuah bukit yang mempunyai
kebakaran hutan. Shigematsu memberi amaran kepada orang ramai mengenai
kebakaran tersebut namun tidak diendahkan oleh orang lain. Shigematsu
kemudian akhirnya berjaya keluar dari West Parade Ground dan berhasrat untuk
ke stesen Hirsohima.

BAB 4

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

Shigematsu terlalu asyik menyalin jurnalnya sehingga mengabaikan waktu


makan malam. Shigematsu hanya boleh berhenti menulis sementara apabila
isterinya memanggilnya untuk makan dari dapur. Pada waktu itu, Shigeko dan
Yasuko sudah pun selesai makan malam. Pasangan suami isteri tersebut berbual
mengenai sahabt Shigematsu, Kotaro yang mempunyai sebuah baling besar
yang boleh digunakan untuk menyimpan makanan di dalamnya. Shigematsu
masih ingat Kotaro keluar mencari makanan lebih untuk diagihkan kepada jiran
tetangganya seolah-olah tugas ini menjadi tanggungjawabnya.
Shigematsu meminta Shigeko menulis catatan makanan mereka sekeluarga
semasa waktu perang untuk disertakan ke dalam Jurnal Pengeboman. Shigeko
memberi idea untuk makan makanan yang sama pada hari bom digugurkan
pada waktu sarapan sebagai tanda peringatan peristiwa tersebut. Shigeko
menulis tentang catuan makanan yang dilaksanakan dan nilai mata wang yang
jatuh dan orang tengah serta peruncit pula yang melibatkan diri dalam pasaran
gelap untuk mengelakkan kawalan terhadap barangan.
Apabila amaran serangan udara diumumkan, catuan makanan menjadi lebih
teruk menyebabkan Shigeko terpaksa mengutip tumbuhan di kawasan rumah
yang diruntuhkan serta mencari kepah dan squilla di bawah Jambatan Miyaki.
Setiap isi rumah kawasan tempat tinggal mereka menggantikan makanan
dengan tumbuhan-tumbuhan liar pada tahun-tahun akhir peperangan. Kanakkanak diberi makan ulat yang ditemui di dalam daun atau buah pokok renek
yang dibakar dengan soya apabila mereka kekurangan zat. Selain itu, arang
amat sukar untuk didapati sehingga mereka perlu memanaskan batu atau jubin
di dalam api dapur ketika memasak sebagai pemanas badan sewaktu musim
sejuk.

BAB 5
Shigematsu terlihat seorang perempuan yang datang menziarahi Kotaro ketika
dia menggunjungi rumah Kotaro. Perempuan yang datang ke rumah Kotaro
merupakan orang yang datang untuk merisi Yasuko. Pada waktu malam,
Shigematsu meneruskan aktiviti menyalin jurnalnya.
Shigematsu menceritakan perjalanannya menempuhi lautan manusia di East
Parade Ground. Apabila Shigematsu tiba di stesen Hiroshima, dia dapati bahawa
stesen tersebut terbakar. Dia lalu meneruskan perjalanannya ke Bukit Hiji dan
berjumpa dengan jirannya, Miyaji yang cedera parah di belakang badannya.
Shigematsu dan Miyaji meneruskan perjalanan mereka dari Depot Cawangan
Pakaian ke Pejabat Monopoli Serantau. Apabila tiba di tempat tersebut, Miyaji
meneruskan perjalanannya menyeberangi Jambatan Miyuki seorang diri.
Shigematsu kemudiannya meneruskan perjalanannya ke padang sukan
university untuk berjumpa dengan Shigeko. Shigematsu dapati bahawa Miyaki
dipercayai telah mati sehari kemudian. Setelah bertemu isterinya, Shigematsu
menyuruh Shigeko untuk menunggunya sementara dia pulang ke rumah mereka
untuk melihat keadaan rumah tersebut.

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

BAB 6
Shokichi, Asajiro dan Shigematsu pergi ke Tokikanemaru untuk belajar cara
menetaskan telur ikan kaloi melalui latihan. Shigematsu bersetuju dengan
cadangan untuk membuat kolam ikan kaloi setelah ditanya oleh Shokichi dan
Asajiro kerana dia masih boleh meneruskan aktiviti penyalinan jurnalnya semasa
latihan tersebut dijalankan. Keluarga Shigematsu kini mengamalkan adat
meletakkan sekeping papan di atas kolam dan periuk belanga. Perkakas dapur
yang digunakan setiap hari juga diletakkan di atasnya. Peralatan-peralatan
tersebut akan dijatuhkan di dalam kolam dengan mudah andainya berlaku
serangan udara. Shigeko kemudian mendapat idea untuk melakukan perkara
yang sama menggunakan payung dan kelambu.
Semasa Shigematsu meninjau keadaan sekeliling rumah-rumah jirannya, dia
terserempak dengan Hashizume yang sedang mencari mak ciknya, Puan Nitta.
Shigematsu membantu Hashizume mencari Puan Nitta. Mereka diberitahu oleh
Puan Okichi bahawa Puan Nitta kini selamat berada di hospital. Shigematsu dan
Shigeko seterusnya menghubungi Japan Transport di Ujina untuk mencari Yasuko
yang mungkin sudah berada di Ujina. Mereka bertiga akhirnya bersatu semula di
rumah dan akan mengikut Nojima untuk berlindung di Ujina buat sementara
waktu. Walau bagaimanapun, bot yang mereka sepatutnya gunakan sudah
hilang. Shigematsu, Shigeko dan Yasuko kemudian berpisah dengan Nojima dan
meneruskan perjalanan melalui jalan darat. Mereka menyaksikan ramai orang
yang tercedera di merata tempat sepanjang perjalanan mereka. Mayat-mayat
pula kelihatan telah mati dalam pelbagai keadaan.

BAB 7
Pada bulan ini, seluruh penduduk kampung sedang sibuk meraikan pelbagai
perayaan dalam bulan perayaan ini. Shigematsu meneruskan penulisan
jurnalnya dan menceritakan peristiwa ketika mereka bertiga sampai di Kamiyacho. Tempat tersebut penuh dengan wayar yang berselirat di sana-sini dan
mereka bimbang jika terkena kejutan elektrik daripada wayar yang masih hidup.
Shigematsu memberitahu Shigeko dan Yasuko agar jangan menyentuh wayarwayar tersebut dan membalut siku mereka agar dapat menahan badan mereka
di atas tanah. Sepanjang perjalanan keluarga ini, mereka menyaksikan pelbagai
keadaan mangsa-mangsa letupan bom ini mati. Terdapat seorang pengawal yang
mati di tepi tebing Keramat Gokoku. Pada waktu itu, mereka ditegur oleh Sarjan
Polis Susumu Sato dan berbual. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan
mereka sehingga tertidur tanpa mereka sedari. Selepas terjaga dari tidur,
Shigematsu, Shigeko dan Yasuko berjalan menuju ke Stesen Yamamoto. Keadaan
di stesen tersebut amat sesak dengan para penumpang. Akibat kesesakan itu,
Shigematsu menyiku bungkusan yang berada dihadapannya. Namun pada

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

hakikatnya, bungkusan tersebut merupakan mayat anak kepada wanita


dihadapannya. Perempuan tersebut berhasrat untuk mengebumikan anaknya di
Imori.

BAB 8
Kereta api yang dinaiki oleh Shigematsu, Shigeko, Yasuko dan para penumpang
yang lain berhenti secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Terdapat penumpang
yang merungut dan ada juga yang melompat keluar dari kereta api melalui
tingkap kerana tida sabar. Beberapa waktu kemudian, seorang konduktor
memaklumkan para penumpang bahawa kelewatan perjalanan mereka tidak
dapat dielakkan. Oleh sebab itu, lebih ramai penumpang yang meninggalakan
kereta api tersebut. Pada masa yang sama, seorang lelaki yang matanya
cengkung menyapa Shigematsu dan bercerita tentang pengalamannya ketika
serangan bom berlaku. Letupan bom membawa kesan di mana sesetengah
mangsa yang terlibat mengalami cirit-birit. Seorang lelaki berbaju linen pula
memberitahu Shigematsu tentang seorang tentera yang menanggalkan butnya
dan tidur terlentang dan tidur terlentang sehingga memenuhi tempat duduk
manakala seorang lagi penumpang memasukkan separuh nasi kepal ke dalam
but itu. Apabila Shigematsu, Shigeko dan Yasuko tiba di Furuichi, mereka
disamput oleh pengurus dan formen. Shigematsu membersihkan dirinya dan
menukar kepada pakaian yang bersih. Shigematsu kemudian masuk ke pejabat
dan melaporkan kerosakan di Hiroshima kepada pengurus lalu pergi memantau
keadaan dan kerosakan yang berlaku di kawasan kilang.

BAB 9

Di kampung Kobatake, para penduduk menyambut pesta Sumiyoshidi


Pelabuhan Onomichi pada 30 Jun setiap tahun. Pesta ini disambut dengan
memasang tanglung dan dihanyutkan di sungai bertujuan untuk menarik
perhatian tuhan Sumiyoshi. Shigematsu telah menerima sepucuk surat yang
dikirimkan oleh Gentaro Aono dari kampung Yamano pada hari itu.Gentaro Aono
merupakan seorang pemuda yang ingin meminang Yasuko. Surat ini
membuktikan bahawa pemuda ini kali pertama berhubung secara langsung
dengan Yasuko tanpa menggunakan orang perantara. Shigematsu kemudian
kembali ke mejanya untuk menulis jurnalnya dengan segera. Pada pagi 7 Ogos,
Shigematsu terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi riuh rendah di luar
biliknya di kilang tempat kerjanya. Terdaoat ramai pelarian dan mangsa yang

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

cedera tumpeng berteduh di kilang itu. Mangsa-mangsa yang cedera ringan


dihantar pulang ke kampung masing-masing. Shigematsu sedang mengalami
kesukaran untuk bergerak kerana kakinya sakit akibat keletihan. Namun,
Shigematsu berjaya berjalan perlahan-lajan keluar dari biliknya untuk melihat
keadaan yang berlaku di kilang itu. Shigematsu melihat ramai pelarian dan
mangsa yang cedera ringan dibawa naik ke trak untuk dibawa pulang ke
kampung masing-masing.
Tempat pembakaran mayat menjadi terlalu sesak akibat bilangan orang
yang mati yang terlalu ramai. Disebabkan mereka tiada masa untuk menunggu
giliran, mayat-mayat tersebut dibakar di mana-mana tempat yang jauh daripada
kawasan kediaman manusia. Mereka juga kekurang paderi dan agamawan untuk
menguruskan mayat mengikut agama masing-masing akibat bilangan kematian
yang tinggi. Oleh sebab itu, pengurus kilang mengarahkan Shigematsu untuk
belajar cara membaca sutra. Shigematsu pada aslanya keberatan untuk
melaksanakan tugas itu tetapi akhirnya akur dengan arahan majikannya dan
belajar di Kolej Buddha. Setelah menghafal semua sutra iaitu Perlindungan Tiga
Kali Ganda, Dedikasi, Gita Puja Buddha dan Sutra Amida, Shigematsu kini
bertanggungjawab untuk membaca sutra-sutra tersebut semasa upacara
pembakaran mayat.
BAB 10
Dalam catatan jurnal Shigematsu pada 8 Ogos, Shigematsu melihat pengawas
dapur, Puan Arkiki dan pembantu dapur sedang berhadap dengan pengurus
kilang. Puan Ariki menceritakan tentang pengebumian dan Shigematsu disuruh
untuk membaca sutra bagi mangsa bernama Taka Mitsuda yang mati akibat
terperangkap dalam serangan udara yang dijaga oleh Puan Ariki. Shigematsu
mencatit perkara yang diceritakan oleh Puan Ariki dalam buku notanya. Puan
Ariki dan ketua tukang masak turut memberikan informasi kepada Shigematsu.
Encik Fujita yang merupakan pengurus bertanya mengenai pusat latihan torpedo
manusia kepada Puan Ariki. Walau baaimanapun, Puan Ariki tidak tahu tentang
perkara itu tetapi Puan Mitsuda memberitahunya bahawa tempat itu merupakan
rahsia tentera. Encik Fujita kemudian meneruskan perbualannya dengan Puan
Ariki tanpa mempedulikan apa yang dikatakan oleh tukang masak itu. Dalam
perbualannya dengan Puan Ariki, mereka berbual tentang anak Puan Mitsuda
yang berani dan bertanggungjawab yang sedang dalam proses untuk menjadi
torpedo manusia. Encik Fujita juga mencadangkan untuk mengebumikan Mitsuda
dengan penuh beristiadat kerana dia mahu meti di kilangnya. Dia turut
mencadangkan Shigematsu untuk menjadi pembaca doanya. Shigematsu
besimpati dengan Mitsuda terutamanya kerana dia tahu sejarah hidup si mati ini.
Pada waktu tengh hari, Shigematsu pulang ke tempat kediaman sementaranya
untuk makan.
Pada 9 Ogos di waktu malam, catuan makanan kecemasan mereka sudah habis.
Hal ini menyebabkan Shigeko terpaksa mendapatkan makanan dari kantin untuk
sarapan dan Yasuko untuk makan tengah hari. Shigematsu pula pergi mencari
kerja untuk mereka berdua. Shigeko dan Yasuko berbincang secara perlahan

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

tentang perkara yang harus dilakukan untuk mengeringkan pakaian dalam


mereka seelah dicuci. Shigematsu mencadangkan mereka berdua untuk
menanggalkan semua pakaian mereka dan mandi di sungai sehingga pakaian
dalam mereka kering. Sewaktu Shigematsu bersandar pada tiang di beranda
dengan keadaan yang amat mengantuk, seorang lelaki bernama Tanaka
memberitahunya bahawa dia telah memberikan sebahagian makanan kepada
askar infantri Kor Tentera Barat Jepun Kedua. Makanan tersebut disimpan untuk
Kor Semboyan dan Kor Tentera Barat Jepun. Kira-kira dua minggu lepas, Kapten
Nozu telah menyuruh Tanaka menyimpan makanan pada lewat malam dengan
alasan dia mendapat panggilan telefon dari staf yang mengatakan bahawa
Hiroshima berkemungkinan besar akan dibom pada bila-bila masa. Shigematsu
kemudian menelefon Encik Fujita di pejabat sebelum bertanggungjawab dengan
makanan itu dan kemudian membawanya ke gudang syarikat pada malam itu
juga. Keesokan harinya, Leftenan Kokubu dari Kot Tentera Barat JepunKedua riba
di rumah mereka dan menyuruh mereka menyimpan barang makanan tentera di
gudang. Barang-barang tersebut terlalu banyak sehingga tidak muat untuk
disimpan di dalam gudang syarikat. Pada hakikatnya, Shigematsu dan pihaknya
telah ditipu oleh orang yang mengambil kesempatan terhadap kekecohan yang
berlaku. Shigematsu kemudian memberi amaran keras kepada Tanaka serta
syarat terakhir kepadanya sekiranya Tanaka ingin beras yang disimpannya
terjaga. Shigematsu pergi ke gudang syarikat dan didapati memang benar
terdapat beberapa buntil beras yang sudah hilang akibat dicuri oleh penduduk
yang kelaparan disebabkan keguguran bom di Hiroshima.

BAB 11
Shigematsu dan Tanaka pergi ke pejabat syarikat untuk melaporkan
kecurian makanan. Para tentera telah datang dengan dua trak dan mengambil
barang-barang daripada stor simpanan. Pengurus kilang terkejut kerana pegawai
kompeni turut terlibat dalam kes ini kerana terdapat bukti bendera biru di trak
tersebut. Tanaka mengesyaki Kor Tentera Jepun Barat Kedua yang terlibat.
Pengurus meminta Shigematsu membuat laporan yang ditandatangani oleh
mereka bertiga. Walau bagaimanapun, berek Kor Tentera Jepun Barat kedua telah
diserang dan musnah tetapi Shigematsu tetap membuat laporan dan
membawanya ke pejabat pembayar gaji Kor Semboyan. Laporan tersebut
malangnya ditolak oleh pegawai yang bertugas kerana bimbang maruah
Leftenan Kor yang terlibat akan dihina.

Shigematsu pulang kerumah untuk berehat. Namun, dia bangun kerana


kakinya berasa sejuk dan apabila dipicit, kakinya berasa sakit. Pipinya pula
berasa sejuk dan kecederaan di pipinya dapat dilihat di cermin. Shigeko dan
Yasuko pulang dari sungai dan mendengar cerita-cerita mengenai bandar
Hiroshima oleh tiga orang perempuan yang mereka jumpa. Menurut kisah-kisah
tersebut, terdapat takungan air yang dikelilingi mayat di tengah padang sekolah
First Prefectural Middle School. Di landasan kereta trem di hadapan kuil Shiratori

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

pula, terdapat sebuah trem yang hanya tinggal rangkanya dan dikelilingi mayat
yang terbakar. Di samping itu, kuasa bom yang digugurkan dapat menolak
menara istana kota Hiroshima ke tebing sungai. Bandar dan kampung terdekat
telah menghantar bantuan tetapi ramai dari para pembantu telah mati akibat
terperangkap di dalam api.
Pada 10 Ogos, Shigematsu menghantar Shigeko dan Yasuko ke
stesen kereta api dan kemudiannya pergi ke pejabat. Encik Fujita mengarahnya
untuk mencari arang yang boleh didapati di Hiroshima atau Ujiro dan memberi
Shigematsu alatan tempat kemusnahan. Sepanjang perjalanannya, dia telah
melihat mayat yang mempunyai pelbagai rupa dan berbau amat busuk.
Pemandangan ngeri ini menyebabkan Shigematsu seperti berada di dalam
neraka. Dia kemudian teringat serangkap pantun Bakar langit, bakar bumi dan
biarkan manusia mati!. Shigematsu berasa marah terhadap penulis pantun itu.
Dia kemudian sedar akan perasaan bencinya terhadap peperangan dan berkata
lebih baik keamanan yang tidak adil daripada peperangan yang adil.
Shigematsu terserempak dengan askar yang melupuskan mayat di dalam lubang
berapi di Kamyo-cho. Askar tersebut merungut dan berkata kalaulah kita
dilahirkan dalam Negara, bukan negei bodoh.

BAB 12
Shigematsu berehat dia atas sebuah tangga kerana perutnya sakit. Setelah
hilang kesakitannya, dia memantau keadaan sekliling untuk mengenalpasti
lokasinya. Shigematsu terdengar bunyi seperti peti kosong yang diheret di atas
lantai dan berasa gelisah memikirkan perkara itu. Dia kemudian bertemu dengan
Encik Tashiro, seorang pakar dalam bidang teknik dari kilang pengetin Ujina.
Encik Tashiro memberitahunya bahawa bunyi itu detang daripada aktiviti
pembakaran balak. Shigematsu kemudian meminta Encik Tashiro untuk
membawanya ke pejabat Syarikat Pengawalan Arang. Toshiro mencadangkan
agar Shigematsu pergi ke Depot Pakaian setelah didapati Syarikat Pengawalan
Arang telah berpindah. Mereka dikelilingi mayat sepanjang perjalanan mereka ke
Jambatan Sagino. Encik Tashiro menceritakan kepada Shigematsu mengenai
peristiwa kebakaran yang berlaku di rumah Datuk Bandar sehingga meragut
nyawa Datuk Bandar tersebut bersama cucu kesayangannya. Tugasnya sebagai
Datuk Bandar kini diambil alih oleh timbalannya, Encik Shibata
Apabila mereka tiba di Depot Pakaian, Shigematsu dan Encik Toshiro bertemu
dengan Leftenan Sasatake dari Bahagian Kawalan untuk cuba mendapatkan
arang. Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk mendapatkan arang. Berasa
kecewa, Shigematsu bercadang untuk pergi ke lebuhraya Mujuki yang kawasan
sekitarnya di jalanraya Miyuki hangus dan tandus. Rumah asal Shigematsu yang
terletak di kawasan itu kini sukar untuk dicari. Apabila keluarga Shigematsu
berpindah ke rumah sementara, mereka didatangi oleh dua orang lelaki yang
merupakan adik iparnya. Adik-adik iparna bimbang akan keselamatan keluarga
Shigematsu setelah mendengar berita kemusnahan Senda-machi. Shigeko
menitiskan air mata kerana terharu dengan keprihatinan lelaki-lelaki tersebut.

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

BAB 13
Pada 11 Ogos, Shigematsu membuat laporan tentang keudukan arang di
Hiroshima yang telah musnah dan mengemukakan idea untuk mendapatkan
arang dengan sendiri. Dia menceritakan pelakuannya tentang kulir dan kayu
putih kepada pengurus kilang ketika makan malam di kantin sebelum melayan
tetamu. Dia kemudian teringat perbualannya mengenai simpanan arang
menyebabkan dia berasa geram. Adik ipar Nishima, Saki Mitsuda telah mati lalu
Shigematsu dimintak untuk membaca mantera untuk mejlis pengebumiannya
ketika dia sedang makan bersama rakan-rakannya. Saki Mitsuda ialah seorang
balu berusia 36 tahun. Ketika kejadian pengeboman, Saki Mitsuda tidak terbunuh
akibat sinaran bom tetapi telah kehilangan upaya untuk bergerak. Disebabkan
itu, Nishima berusaha untuk mencari adik iparnya di Ricerside Park tetapi
malangnya apabila Saki ditemui, dia terlalu lemah dan berada dalam kesakitan
sehingga dia mati.
Pada malam itu, pengurus berbincang dengan Shigematsu mengenai
permohonan bekalan arang daripada Depot Pakaian dan mengambil keputusan
untuk ke sana pada esok hair.Selepas upacara pengebumian, Shigematsu duduk
bersama Shigeko dan Yasuko untuk menghabiskan kuih yang diberikan oleh
abang Shigeko, Masao Watanabe dan ayah kandung Yasuko, Yoshio Takamaru.
Mereka terharu kerana Shigematsu dan Yasuko terselamat daripada serangan
bom itu. Orang yang cedera di Hiroshima kini sudah mula kembali ke kampung
masing-masing sedikit demi sedikit. Mangsa-mangsa tersebut menghidapi
penyakit yang tidak diketahui puncanya dan tiada ubat yang boleh merawat
penyakit mereka. Walaupun Watanabe dan Takamaru tahu keputusan mereka
untuk ke Hiroshima amat berisiko, namun mereka bertegas ingin mendapatkan
bekalan arang dari Depot Pakaian. Mereka menghadapi kesukaran sepanjang
perjalanan mereka ke Hiroshima sehingga mereka terpaksa merangkak untuk
menyeberangi jambatan kereta api yang merentasi Ashida agar dapat sampai ke
stesen Akasaka. Setelah mereka tiba di Hiroshima, keluarga ini bersama-sama
pergi ke Senda-machi untuk melawat bekas rumah Shigematsu yang telah
musnah dan hanya tinggal sisa runtuhan rumah tersebut. Mereka kemudian
berjumpa Encik Nakao dan bermalam di Furuichi. Pada esok hari, Shigematsu
berjalan ke Jambatan Yokogawa yang juga telah musnah.
Hiroshima sebenarnya merupakan sebuah kota tentera dan Kure pula merupakan
kota tentera laut. Siri serangan berlaku pada 22 Jun dan bersambung pada 1 Julai
dan 24 Julai. Kemuncak serangan pihak lawan berlaku pada 6 Ogos di mana bom
misteri digugurkan menyebabkan bandar Hiroshima musnah.

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

BAB 14
Rayaun Shigematsu untuk mendapatkan bekalan arang dari Depot Pakaian
akhirnya mendapat perhatian Leftenan Sasatake. Namun begitu, Leftenan
Sasatake tetap enggan untuk menerima rayuannya kerana dia perlu
mendapatkan kebenaran orang atasan dan mengadakan mesyuarat. Selepas
meninggalkan Depot Pakaian, Shigematsu berjumpa dengan Tamotsu di
Fukurocho. Tamotsu ialah seorang PTB kesihatan yang diletakkan dalam
Kumpulan Penyelamat. Tugasnya adalah membersihkan bekas kemusnahan
bersama-sama Rikuo dan Masaru. Mereka telah pergi ke Yuki, Shoge dan
akhirnya ke Hiroshima. Tamotsu dan anggota yang lain berada dalam perjalanan
ke Hospital Komunikasi untuk mencari mangsa yang terselamat sambil mencari
unit Kojin. Keadaan di hospital penuh dengan mangsa-mangsa yang tercedera.
Menurut perbualan isteri mangsa dan adik perempuannya, tentera Jepun
memutuskan untuk menjatuhkan bom yang dibuat secara sulit di Pulau Bandar
Raya Takehara sebagai membalas serangan oleh pasukan tentera Amerika di
Pulau Pasifik. Rikuo dan Masaru kemudian telah mengusung seorang anggota
unit Kojin, Chuzo Hata yang berbau sangat hanyir.
Shigematsu teringat ayah Chuzo pernah mengajarnya cara untuk menangkap
belut dan keenakan memakan rebung yang digali dari rumpun buluh yang
dibakar ketika dia masih kecil. Menurut Tamutso, terdapat sebilangan orang yang
sihat akan mati dahulu kerana terkena jangkitan semasa menjaga pesakit.
Doktor Norioka telah mencari Chuza dan akhirnya dapat jumpanya. Doktor
Norioka yang merupakan ketua Pasukan Penyelamat telah dihantar ke Hospital
Komunikasi di Osaka untuk menyelia kumpulan yang membawa beg galas yang
dimuatkan dengan bahan-bahan penyelamat diberikan oleh pasukan tentera.
Malangnya, Chuzo telah mati apabila tiba di ibu pejabat. Shigematsu membaca
Khutbah Tentang Kefanaan dan membakar mayatnya bersama yang lain
walaupun tidak senang mengenangkan ayah Chuzo. Mereka kemudian duduk di
anjung dan Shigematsu berjanji dengan Tamotsu untuk bergerak ke Onoura
kerana menerima berita dari pusat penerimaan mangsa bahawa terdapat dua
anggota unit Kojin iaitu Tarao dari Kobatake dan Chojuro dari Takafuta yang
memerlukan rawatan secepat mungkin.

BAB 15
Shigematsu telah berjumpa dengan rakan sekolah rendahnya, Teiko berhampiran
stesen Yokogawa. Pada waktu itu, Teiko sedang dalam perjalanan ke Hiroshima
untuk mencari abang iparnya. Isteri abang iparnya amat sedih akan kehilangan
suaminya lalu Taeiko berusaha untuk mendapatkan maklumat dari Doktor
Hosokawa kerana dia mempunyai ipar yang turut bertugas di dalam berek yang
sama dengan abang iparnya. Namun, Doktor Hosokawa tidak tahu apa-apa

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

mengenai perkara itu. Doktor Hosokawa kemudian menghadiahinya sebuah pil


cresole sebagai tanda perpisahan. Teiko membuat keputusan untuk ke Hospital
Tentera Kedua. Di situ, seorang askar memberitahunya bahawa tiada seorang
pun yang mirip abang iparnya. Dia kemudian pergi ke Kabe dan terjumpa Doktor
Hosokawa sekali lagi semasa dalam perjalanan. Doktor Hosokawa menceritakan
perkara-perkara sulit seperti sekumpulan askar yang sedang menguji bom
tangan baru dan kereta kebal buatan Amerika yang amat maju.
Selepas Teiko pergi, Shigematsu berjumpa dengan pengurusnya untuk
memaklumkan hal arang yang sudah habis sebelum dia pulang ke rumah.
Keesokan paginya pada 12 Ogos, Shigematsu diserang rasa sakit di jari-jari
kakinya secara tiba-tiba lalu dia keluar untuk mencari Moxa. Moxa tersebut
dibakar di atar tempat yang sakit iaitu sanri. Selepas itu, Shigematsu bergerak
ke Onoura di mana sebuah sekolah rendah di sana telah digunakan sebagai
pusat penerimaan tentera atau orang awam yang cedera. Shigematsu berselisih
dengan seorang perempuan yang cantik tetapi berbau amat busuk. Perempuan
tersebut sebenarnya ialah seorang sukarelawan Persatuan Pertahanan
Kebangsaan Wanita, Tamio Oshima. Tamio Oshima dengan rela hati ingin
menunjuk arah kepada Shigematsu tempat terletaknya mangsa-mangsa
pengeboman.
Puan Oshima menyatakan bahawa dia sedang merumput di sawah padi sejauh
lapan batu dari Hiroshima ketika bom tersebut digugurkan. Dia beranggapan
bahawa itu hanya gempa bumi tetapi rumahnya berselerak apabila dia pulang
dan melihat awan yang besar dari jauh. Semua anggota persatuan kemudian
digesa untuk ke sekolah rendah bagi merawat mangsa. Pasukan bomba dari
sebilangan kampung dan bandar juga dihantar untuk membantu mangsa. Ketua
bahagian perubatan pusat, Encik Kano telah turun ke ibu pejabat bantuan
Hiroshima bersama 12 orang jururawat. Semua doctor tidak dapat melakukan
apa-apa kecuali memberi suntikan vitamin dan glukosa kepada mangsa-mangsa
yang membanjiri pusat itu. Akibat terdedah dengan mangsa yang cedera, ramai
sukarelawan dan dokto turut menghidap penyakit radiasi setelah mereka pulang
ke rumah. Perkara yang sama telah berlaku kepada Yasuko menyebabkan dia
menghantar surat kepada keluarga Aono untuk membatalkan perkahwinannya.

BAB 16
Shigematsu kini sedang sibuk menjaga kolam ikan kaloinya. Dia juga
masih menulis jurnalnya yang kini hanya tinggal tiga hari sahaja. Apabila
perkahwinan Yasuko hampir dilaksanakan, Yasuko tiba-tiba menolak perkahwinan
tersebut keran menghidap penyakit pelik. Tindakannya yang lambat
memberitahu hal ini kerana malu telah memburukkan keadaan. Yasuko juga
telah berhenti menggunakan bilik air keran bimbang akan menyebabkan
jangkitan. Yasuko terkejut kerana pada hakikatnya dia telah dihidapi penyakit
radiasi menyebabkan suhu badannya meningkat dan rambutnya mula gugur.
Yasuko cuba memakan beberapa helai daun aloe vera dan akhirnya
memberitahu Shigeko. Shigeko kemudia terus membawa Yasuko ke Hospital

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

Besar Kobatake untuk berjumpa dengan Doktor Kajita. Doktor Kajita


memberitahu Shigeko bahawa Yasuko telah membaca buku perubatan untuk
sembuh dari penyakit itu dengan sendiri. Bisul telah mula tumbuh di pinggul
Yasuko. Doktor Kajita kemudian diatur untuk datang bertemu Yasuko pada setiap
tiga hari. Di samping itu, Yasuko telah menceritakan masalah ini kepada
Shigematsu tanpa pengetahuan Shigeko.
Yasuko dinasihati agar makan tiga kali sehari. Shigeko telah menggantung
gambar pemandangan yang dilukis oleh Chiuden Tanomura, seorang pelukis
terkenal dan merekod perkembangan penyakit Yasuko dari sehari ke sehari.
Keadaan Yasuko semakin merosot hanya selepas beberapa hari. Mukanya
menjadi amat pucat. Shigematsu pula berusaha untuk berjumpa dengan ketua di
klnik dia dibedah dahulu, Klinik Hosokawa dengan membawa rekod
perkembangan penyakit Yasuko. Walau bagaimanapun, doktor tersebut
menyarannya untuk menghantar rekod tersebut ke ABCC di Hiroshima.
Shigematsu tetap merayu kepada doktor tersebut untuk membaca diarinya
dahulu. Doktor tersebut bersetuju tetapi tidak dapat menjamin dia dapat
membantu Yasuko kerana adil iparnya juga mengalami penyakit yang sama.
Diari mengenai penyakit Yasuko bermula pada 25 Julai. Dalam diari
tersebut, didapati bahawa Yasuko mula muntah-muntah dan diikuti dengan
keguguran rambut. Doktor Kajita telah menyuntiknya dengan 100,000 unit
penisilin.
Keesokan harinya, suhu badan Yasuko diperiksa setiap kali sebelum dia
makan. Pada waktu petang, Doktor Kajita datang untuk merawatnya. Yasuko juga
telah membaca buku Soun Yada yang bertajuk Riwayat Hidup Hideyoshi pada
sebelum tidur.
Pada 27 Julai, Yasuko senyum buat pertama kali setelah sekian lama. Dia
masih meneruskan pembacaan buku yang dibacanya semalam. Selain itu,
Yasuko telah menerima surat yang dipos oleh rakan sekerjanya dan membalas
surat itu dengan panjang. Setelah diperiksa oleh Doktor Kajita, beliau
memberitahu Yasuko bahawa ayahnya sedang menghidap penyakt angina
ahmar. Oleh sebab itu, Doktor Moniya akan merawat Yasuko, menggantikan
Doktot Kajita. Petang itu, Taziko dari Shokichi telah membawa belut untuk Yasuko
sekeluarga untuk menguatkan badan mereka. Yasuko dan Taziko berbual-bual
sehingga Yasuko ketawa.
Keesokan harinya, Shigematsu berjumpa dengan Doktor Kajita untuk
membayar duit rawatan dan memberi hadiah sebagai tanda perpisahan. Walau
bagaimanapun, amat jelas di wajah Doktor Kajita bahawa dia enggan
meninggalkan Kobatake. Bisul ketiga Yasuko telah pecah dan dia menyapu
dengan ubat salap sendiri selepas makan. Ketiga-tiga ahli keluarga tersebut
kemudian berbincang untuk memutuskan doktor yang boleh merawat Yasuko.
Yasuko telah mula berasa sihar selepas makan tengah hari lalu berusaha untuk
mencari doktor sendiri. Shigematsu gembira apabila pengawanan ikan kaloi yang
diusahakannya telah berjaya buat kali kedua. Pada waktu petang, Yasuko
menelefon Shigeko untuk meminta dia dan Shigematsu pergi ke Hospital

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

Kuishiki. Shigeko kemudian menghantar telegram kepada bapa Yasuko untuk


pergi ke sana. Shigematsu yang mendapat berita itu segera pergi ke hospital
tersebut. Pada waktu senja, Shigeko menerima panggilan daripada Shigematsu
menyatakan bahawa Yasuko mungkin akan tinggal di hospital lebih lama.
Pada pagi 29 Julai, orang tua di kedai memberitahu Shigeko bahawa dia
ternampak Yasuko keluar daripada Klinik Kuroda semalam. Apabila dia tiba di
hospital itu, Yasuko menangis dan menyesal keran terlalu mementingkan diri
sendiri. Shigeko cuba menenangkan Yasuko dengan bercakap tentang perkara
lain. Doktor Kuishiki memberitahu bahawa Yasuko telah menangis sejak tengah
hari kerana berasa terlalu gatal di duburnya. Malangnya, satu lagi bisul telah
tumbuh di bahagian duburnya setelah dirawat.
Pada waktu tengah hari keesokan harinya, Shigematsu pergi ke hospital
Kuishiki. Yasuko kini sakit tenat sejak malam semalam. Giginya yang longgar
jelas menunjukkan symptom penyakit radiasi. Badan Yasuko semakin teruk
akibat menghidap pelbagai penyakit. Petang itu, isteri lelaki yang tinggal di
depan kinci angina datang menziarahi Yasuko sebntar. Dia menceritakan tentang
apa yang terjadi terhadap adik ipar Doktor Hosokawa. Adiknya berjaya sembuh
daripada penyakit radiasi walaupun cedera teruk. Bapa Yasuko kemudian datang
seteleah perempuan itu pergi. Dia berkira-kira untuk menggunakan duit
perkahwinan Yasuko untuk membayar rawatan dan perubatan Yasuko. Hal ini
menyebabkan Shigematsu marah.
BAB 17
Shigematsu telah mengupah seorang jururawat untuk menjaga Yasuko kerana
kesihatan Shigeko terjejas akibat terlalu penat menjaga Yasuko. Yasuko telah
hilang selera makan, keguguran rambut , berdengung di telinganya dan tompok
merah kelihatan di gusinya. Doktor Kuishiki mengesahkan bahawa Yasuko
menhidap penyakit Peridontitis. Kadangkala Yasuko akan mengalami kesakitan
yang amat terutamanya pada waktu lewat malam. Penyakit Yasuko
berkemungkinan besar berpunca daripada abu-abu radioaktif yang menjangkiti
kulitnya serta hujan hitam yang terkena badannya. Shigematsu telah menerima
sepucuk surat oleh Doktor Hosokawa yang menjelaskan sebab dia enggan
merawat Yasuko kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang doktor yang lari
dari merawat pesakitnya. Doktor Hosokawa turut menyelitkan catatan mengenai
adik iparnya yang berjaya pulih daripada penyakit radiasi setelah mengalami
kecederaan yang teruk.
Catatan tersebut menceritakan adik ipar Doktor Hosokawa, Iwatake yang dikerah
untuk membantu pasukan tentera walaupun berumur 45 tahun kerana itu
merupakan had umur untuk menjadi askar sukarela. Anggota-anggota askar
sukarelawan disindir oleh Kolonel Washio kerana tidak bersemangat setelah
berjemur di bawah panas terik. Iwatake dihantar ke unit infantri untuk
mempelajari teknik ketenteraan dan telah bertemu dengan Leftenan Yoshikawa
yang perangainya seperti Kolonel Washio. Ketika mereka menyambut ulangtahun
pengisytiharan Pengumuman Istana, pesawat B-29 telah menggugurkan bom
atom di tempat Iwatake berada tanpa diduga. Oleh sebab itu, Iwatake tercampak

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

jauh. Selepas kejadian pengeboman itu, Iwatake dan beberapa orang tentera
yang tercedera duduk di atas selimut.
Iwatake diberitahu untuk terus berjalan ke Heisaka yang terletak enam batu
daripada tebing hulu sungai kerana terdapat sebuah pusat penerimaan pesakit
yang menyediakan pelbagai ubatan. Namun pada hakikatnya, pusat tersebut
hanyalah sebuah sekolah yang dipenuhi oleh pesakit. Muka Iwatake
membengkak sehingga matanya hampir tertutup pada waktu itu. Rakannya,
Miyoshi dan Ito juga tercedera akibat pengeboman itu. Mereka menyapu muka
mereka dengan Merkurokrom dan bermalam di situ tanpa meminum air untuk
mengelakkan jangkitan. Keesokan harinya, muka Iwatake membengkak dua kali
ganda lebih teruk dan dipindahkan ke tempat orang cedera parah ditempatkan.
Iwatake diberi semangkuk bubur tepung oat dan membuang air hanya sekali
dalam dua hari. Akibat terlalu dahaga, Iwatake secera diam minum air di
artesian. Dia juga menguatkan dirinya untuk bertahan dan tidak mati di pusat
tersebut.

BAB 18
Pesakit-pesakit menerima berita pada pagi 8 Ogos bahawa mereka perlu
dipindahkan ke cawangan hospital tentera di Shobara. Iwatake menawarkan diri
untuk berjalan sendiri ke stesen setelh mendengar pengumuman mengenai
sesiapa yang dapat berjalan ke stesen tanpa bantuan. Keadaan di sekelilingnya
membuat Iwatake berasa sedih sehingga tidak mampu untuk makan. Dia
menggambarkan orang lain yang berjalan kaki ke stesen tidak sempurna. Mayatmayat pula bertimbun di sepanjang jalan.
Perjalanan kereta api itu terasa panjang dan menyeksakan kerana keadaan
Iwatake yang tidak sihat. Dia melihat raut wajah simpat wanita Persatuan
Pertahanan Wanita yang memberi makanan kepadanya dan orang lain lalu dia
terkenangkan isteri dan anak-anaknya. Setibanya mereka di stesen Miyoshi,
Iwatake berjumpa dengan anak jagaan ibu saudaranya dahulu dan mereka
bersama-sama pergi ke Shobara.
Iwatake dan pesakit-pesakit lain dibawa ke sebuah bilik darjah sebagai tempat
sementara apabila mereka tiba di stsen Shobara. Iwatake teringat akan
pengeboman dan penyakit radiasi. Dia menghidapi demam bernanah

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

menyebabkan dia terjaga sepanjang malam. Keesokan paginya, iwatake


bersyukur menerima rawatan daripada pembantu kesihatan walaupun rawatan
itu bukan secara menyeluruh. Pembantu kesihatan membuka balutan Iwatake
walaupun dia perlu menahan kesakitan yang melampau pada pagi 10 Ogos.
Selepas itu, dia berjumpa kembali dengan isterinya yang mencari Iwatake dari
Hesaka sehingga ke Shobara.
Isteri Iwatake telah menerima berita bahwa rawatan suaminya mampu merawat
penyakit Yasuko lalu dia memulakan perjalanan untuk mencari Iwatake. Dia
menyamar sebagai seorang jururawat tentera agar tidak ditahan oleh pengawal
di stesen Hiroshima. Perjalanannya ke Shobara amat susah sehingga dia
terpaksa bermalam di platform stesen Hesaka apabila kereta api yang dinaikinya
terlalu sesak. Setelah dia berjaya jumpa Iwatake, dia mencadangkan agar
suaminya dimasukkan ke dalam bilik khas agar dia dapat menjaganya.
Pada 13 Ogos, Doktor Kutsubara merawat telinga Iwatake yang penuh dengan
ulat-ulat kecil. Setelah menerima rawtan, Iwatake menyuruh isterinya memberi
sebotol sake berbalutkan kain kepada Doktor Kutsubara. Namun demikian,
doktor tersebut menerima botol sake itu secara kasar. Iwatake menyalahkan
peperangan yang menyebabkan manusia bersikap sebegitu.
Dua hari kemudian, Iwatake mengalami demam panas yang hampir
membunuhnya. Isterinya lalu membawanya ke klinik di Fuchu di mana Iwatake
telah menunjukkan simptom penyakit radiasi di situ. Isterinya menjaga Iwatake
tanpa jemu. Pada 22 Ogos, penyakit radiasi Iwatake semakin teruk menyebabkan
dia tidak boleh bernafas selama sebulan. Iwatake menulis wasiatnya apabila dia
sedar daripada koma. Keadaan Iwatake yang terlalu teruk akibat penyakit radiasi
menyebabkan dia digambarkan sebagai mumia atau rangka dan akan mati
dalam masa yang terdekat. Walaupun ditimpa penyakit yang boleh meragut
nyawa, Hiroshi Iwatake berjaya sembuh daripada penyakit radiasi hasil daripada
azamnya yang tinggi.

BAB 19
Yasuko telah membuang ubat-ubatanya ke dalam parit keran sudah kehilangan
semangat untuk terus hidup. Oleh sebab itu, cerita Iwatake yang berjaya
sembuh daripada penyakit radiasi digunakan untuk menaikkan semangat Yasuko
kerana mereka mengalami perkara yang sama. Shigematsu menyibukkan dirinya
dengan menjaga ikan kaloi bersama rakan-rakannya untuk menghilangkan
kesedihan. Shigematsu turut menyambung menulis jurnalnya apabila dia pulang
ke rumah.
Shigematsu menaiki kereta api ke Hiroshima untuk mencari arang selepas
bersarapan di kantin kilang. Shigematsu sempat berbual dengan orang tua yang

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

memakai seluar biru yang lusuh di dalam kereta api. Setelah tiba di runtuhan
Syarikat Pengawalan Arang, dia mula bimbang keran tidak dapat mencari arang.
Shigematsu kemudian teringat akan timbunan arang yang terletak di Jalan
Hesaka. Di Jalan Hesaka, arang di situ malangnya sudah tiada. Dia diberitahu
oleh seorang lelaki tua bahawa arang itu merupakan milik tentera.
Shigematsu memutuskan untuk pulang ke rumah. Apabila dia tiba di
rumah, Shigeko memberitahu Shigematsu bahawa Encik Fujita ingin berjumpa
dengannya. Encik Fujita telah membawa bekalan makanan yang mewah beserta
sake. Hal ini adalah kerana Yasuko telah diberhentikan kerja dengan hormatnya.
Encik Fujita memberitahu Shigematsu bahawa dia juga ke Syarikat Pengawalan
Arang dan bertemu kenalannya, Doktor Koyama di Hospital Komunikasi apabila
dia gagal mendapatkan arang. Walau bagaimanapun, Doktor Koyama terlalu
sibuk merawat penyakit yang ramai.
Shigematsu dan Encik Fujita kemudian minum sehingga mabuk. Pengurus
kilang itu memberitahunya bahawa dia akan menjual pakaian seragam
kebangsaannya. Encik Fujita kemudian menyanyi tentang burung cakar dalam
keadaan mabuk apabila terlihat burung tersebut.

BAB 20
Shigeko dan Yasuko pergi ke rumah mereka di daerah Jinseki. Ketika
Shigematsu pergi ke dapur untuk mencari gelas, dia terdengar amaran serangan
udara. Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tentang pintu masuk ke
tempat perlindungan serangan udara beberapa hari yang lepas. Shigematsu
kemudian pergi ke kilang setelah didapati tiada kapal terbang yang lalu.
Shigematsu hairan kerana tiada seorang pun yang berada di kilang.
Shigematsu berhasrat untuk ke Kai dengan berjalan kaki. Setibanya dia di
stesen Kai, Shigematsu bercakap denfan penyelia stesen Kai dan penyelia
tersebut memberitahu bahawa tiada satu kereta api yang tiba sejak 6 Ogos yang
lalu. Shigematsu menerangkan keadaan syarikat mereka dan meminta penyelia
tersebut untuk memberitahu tentang bila bekalan arang akan tiba melalui
telefon. Penyelia tersebut bersetuju untuk membantu dan dia beredar dari
stesen itu. Apabila Shigematsu tiba di kilang, dia melaporkan perkara yang
berlaku kepada penyelia. Penyelia kilang kemudia bertanyakan pendapatnya
tentang penyiaran penting di radio namun dia tidak tahu mengenai penyiaran
itu. Dia tertanya sama ada penyiaran itu mengenai Jepun telah menyerah kalah
atau mengisytiharkan perang dengan Soviet Union. Pengurus mengarahkan
Shigematsu untuk mendapatkan dokumen yang perlu dikemukakan kepada
penyelia stesen Kai setelah menceritakan tentang rundingannya di stesen Kai
kepada pengurus.
Keesokan harinya, seorang tua memberikan Shigematsu biji kopi dan
bertanyakan mengenai penyiaran penting itu. Shigematsu kemudian pergi ke

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

kilang untuk menyiapkan kertas kerja yang diperlukan. Apabila bunyi mesin
kilang berbunyi menunjukkan masa untuk penyiaran penting itu, Shigematsu
sebaliknya menjauhkan diri daripada mendengar pengumuman penting itu.
Ketika Shigematsu menuju ke pintu kecemasan, seorang pekerja kilang
keluar dari pintu itu dan dia bertanya apa yang berlaku. Lelaki itu hanya
menegerlingkan kepalanya dan menuju ke dapur.

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

MASUJI IBUSE
OTHMAN

HUJAN HITAM

FARAH IZZATI BINTI AHMED

Shigematsu ke kantin dan di situ, ramai yang melewatinya dengan muka semua
orang yang muram dan ada juga yang menangis. Shigematsu turut
mengeluarkan air mata lalu pergi mencuci tangannya di singki agar orang lain
tidak dapat lihat dia menangis. Selepas makan, seorang pekerja bernama Yoda
memberitahu Shigematsu bahawa penyiaran itu dibuat oleh maharaja yang
menyeru rakyatnya untuk berjuang dengan lebih kuat. Semuaorang kelihatan
terpgeun dan mereka menjadi bersemangat dan yakin bahawa maharaja berkata
jika permusuhan berlanjutan, keputusan yang terakhir. Pada jam lima
petang, kekalahan Jepun dalam peperangan telah disahkan. Akhir sekali,
penyalinan jurnal tentang pengeboman itu sudah selesai ditulis dan hanya
tinggal untuk dibaca sekali lagi dan dilapik dengan kadbod.

You might also like