You are on page 1of 5

TEKS FORUM REMAJA :

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum
Remaja. Topik kita pada hari ini BUDAYA MASYARAKAT JEPUN- dari aspek
pencarian jodoh berdasarkan novel hujan hitam karya Majusi Ibuse. Bersama
saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan
risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang
duduk melihat kejelitaan dua orang ahli panel kita pada hari ini .Tidak juga dilupa
ahli panel kita yang segak berbaju Melayu. Satu-satunya kumbang bergandingan
dengan dengan bunga. Khabar baik, saudara? Baiklah di sebelah kanan saya,
ahli panel pertama, ayu berbaju kurung saudari (Hani Zulaika binti Zaharudin).
Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, saudara (Adi Adlam bin
Abu Bakar). Selamat datang saudara . Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi
bijak berkata-kata, saudari (Farah Izzati binti Ahmed Othman). Selamat datang
juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , izinkan saya
untuk memberi ruang kepada panel pertama kita untuk mendefinisikan tajuk kita
pada hari ini. Silakan saudarI.
Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi. Budaya boleh
didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman persetujuan
yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. ahli
sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang bagaimana
masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan mereka, dan
apakah maksud dari setiap tindak-tanduk mereka itu. Pada pendapat saya,
budaya masyarakat Jepun sendiri dari aspek pencarian jodoh adalah amat
menarik sekali dan perlu diambil perhatian kerana keunikkannya.
Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel
pertama sudah mendefinisikan perkataan budaya itu sendiri yang berkait rapat
dengan tajuk kita pada hari ini. Oleh itu, sebelum kita bergerak lebih jauh,
sukacitanya saya ingin menyerahkan peluang kepada panel kita yang ke dua
untuk terlebih dahulu memperkenalkan novel Hujan Hitam ini, dan kepada panel
kita yang segak berbaju kurung di hujung sana, saya serahkan tugas untuk
memperkenalkan pengarang novel ini, boleh ya saudari?.
Panel Ketiga: pastinya, pengerusi.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Kedua: (pengenalan novel)
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita. Tuan-tuan dan puan-puan
sekalian, sebenarnya novel ini merupakan garapan Ibuse sendiri berdasarkan
catatan mangsa yang terselamat daripada pengeboman di Hiroshima. Masuji
Ibuse merupakan seorang penulis yang sering memaparkan kebolehannya untuk
memperincikan sesuatu keadaan ketika menghasilkan karyanya serta sering juga
meninggalkan impak yang mendalam kepada pembaca. Pasti para pendengar
sudah ternanti-nanti untuk mengetahui barang siapa penulis Kuro Ame ini
bukan? Silakan saudari Farah untuk penerangan yang lebih lanjut.
Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis
forum ini, masuji Ibuse merupakan (pengenalan pengarang)

Pengerusi: panel ketiga kita telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai


pengarang novel ini. Pastinya banyak yang dapat kita dapat lihat serta belajar
daripada karya Masuji Ibuse ini. Kembali kepada tajuk asal kita, BUDAYA
MASYARAKAT JEPUN- dari aspek pencarian jodoh berdasarkan novel hujan hitam,
jadi saya alihkan mikrofon ini kembali kepada panel pertama kita, Saudari Hani
Zulaikha untuk memberi serta berkongsi info dengan kami semua mengenai
budaya masyarakat Jepun dalam aspek Jodoh. Silakan Saudari.
Panel Pertama: Terima kasih tuan pengerusi yang petah berbicara. Izinkan saya
memberi serangkap pantun.. Para hadirin, benarkan saya untuk mengupas
lebih lanjut tentang cara pemilihan jodoh dalam masyarakat Jepun. Masyarakat
Jepun ini memilih pasangan hidup mereka sendiri tanpa paksaan atau tekanan
dari orang tua mereka. Di mana tiada istilah kawin paksa yang kini menjadi trend
dalam filem atau drama masyarakat melayu pada masa kini. Perkara yang unik
dalam masyarakat Jepun itu sendiri ialah, mereka menggunakan miai dalam
bahasa Jepun atau lebih dikenali sebagai orang perantaraan. Fakta unik ini tidak
lari daripada cara pemilihan jodoh yang digarapkan oleh Masuji Ibuse dalam
novel hujan hitam. Watak Yasuko yang masih belum berkahwin bebas memilih
bakal suaminya. Yasuko juga menggunakan orang perantara iaitu Kotaro. Dalam
perkahwinan, Miai berusaha memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak
terutamanya apabila berlakunya perbezaan status antara pasangan tersebut.
Oleh itu, tugas Miai ialah untuk memastikan bakal pengantin tersebut datang
dari keluarga baik-baik dan juga mempunyai kesihatan yang baik. Situasi ini
amat sama dengan situasi Yasuko di mana bakal suaminya ialah tuan muda
keluarga tua di kampong Yamano. Orang perantaraan calon lelaki pula
merupakan seorang doctor perempuan datang berjumpa dengan Kotaro untuk
menanyakan hal-hal peribadi tentang Yasuko. Miai ini sanggup datang dari jauh
bagi memastikan bakal pengantin tersebut layak untuk berkahwin. Selain itu,
anda boleh lihat di sini, bahawa adat orang Jepun ialah, bakal pengantin atau
keluarga bakal pengantin tidak langsung terlibat dalam sesi merisik. Ini
merupakan perkara yang menarik sekali bagi saya tuan pengerusi.
Pengerusi: terima kasih atas perkongsian informasi daripada panel kita yang
pertama mengenai cara-cara masyarakat Jepun dalam mencari jodoh. Daripada
apa yang saudari katakana tadi ye tuan-tuan dan puan-puan, salah satu caranya
yang dapat kita lihat di sini ialah kepentingan Miai itu sendiri dalam menjayakan
sesuatu perkahwinan, dia perlu memastikan kedua-dua belah pihak berpuas hati.
Malah ibu bapa pula tidak langsung memainkan peranan yang penting dalam
soal merisik kerana pastinya semua perkara diserahkan kepada orang tengah,
betulkan saudari? Sekarang, saya ajukan pula soalan saya kepada saudara Adi.
Apakah ciri-ciri jodoh yang menjadi pilihan masyarakat Jepun ini?, nyatakan juga
beberapa contoh yang dapat kita lihat di dalam novel ini. Silakan Saudara.
Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi, antara ciri-ciri jodoh yang
diamalkan oleh masyarakat Jepun ialah.
Pastinya, setiap Negara mempunyai keunikkan budayanya sendiri dalam aspek
ini. Malah, Negara kita juga tidak terkecuali, dengan bangsa serta kaumnya yang
pelbagai. Jadi, saudara Adi, apa pendapat saudara mengenai budaya masyarakat
kita dalam mencari Jodoh, mungkin saudara boleh membuat sedikit
perbandingan agar kita dapat lihat dengan lebih jelas keunikkan sesuatu budaya
berbeza bangsa. Silakan saudara.

Panel kedua: baiklah pengerusi. Memandangkan tadi, saya telah berbicara


mengenai masyarakat Jepun, sekarang saya akan bercakap mengenai
masyarakat Melayu pula dan perbezaan mereka.
Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit
apa yang dikatakan saudara panel kedua.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa orang Jepun amat
menitik beratkan status latar belakang dan juga tahap kesihatan pasangan yang
akan dikahwini mereka. Begitu juga dengan orang melayu di Malaysia. Sebelum
satu pasangan itu berkahwin, terdapat berapa proses yang perlu mereka lalui,
misalnya pemeriksaan kesihatan wajib dilakukan oleh keduaa-dua pengantin
lelaki mahupun yang perempuan. Nah, penonton, berbalik kepada orang Jepun
yang mementingkan latar belakang pasangan mereka. Ya, ia amatlah benar, kita
boleh lihatsendiri dalam masyarakat kita sendiri, kita amat mementingkan status
dan juga latar belakang yang baik-baik. Kita tidak boleh nafikan lagi, nabi
tercinta kita sendiri Rasulullah S.A.W. berkata apabila kita berkahwin dengan
seseorang kita kena lihat kepada 4 perkara ini iaitu, agama, harta, rupa dan
akhlaknya. Harta, dapat ditafsirkan juga taraf dan status keluarga seseorang.
Begitulah pandangan saya tuan pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Saya ingin mengulas sedikit isu berkenaan adat
merisik ini ye. Apabila bercakap pasl merisik,di dalam budaya Melayu kita sendiri
ye, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang
melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak
dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak
dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang
anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut
menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih
dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat
ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang
lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu
dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan
untuk menyelidik latar belakang si gadis. Seperti yang telah dikatakan oleh
saudari Hani tadi. Ketika inilah latar belakang gadis itu, kadar kesihatannya
dinilai.
Panel kedua dan pertama sudah pun membuat perbandingan antara beberapa
budaya yang berbeza. Bagi memantapkan lagi pemahaman kita mengenai isu
ini, saya ingin menjemput saudari panel ketiga untuk bercakap factor yang
menghalang dalam pemilihan Jodoh di Jepun, memberikan contoh serta situasi
yang terdapat dalam novel Hujan Hitam ini. Silakan saudari .
Panel Ketiga : terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang
diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Assalamualaikum salam
sejahtera salam kebudayaan . Terima kasih saudari Izz Amirah kerana memberi
saya peluang untuk mengupas Tajuk yang begitu menarik ini . Tuan puan
sekalian , disini saya ingin mengetengahkan punca yang sering menjadikan
seseorang itu gagal mendapat jodoh berdasarkan Budaya Jepun yang terdapat
novel Hujan Hitam .

Pada sudut pandangan timur saya , punca yang menjadi dinding kepada
pertemuan jodoh masyarakat Jepun selepas pengeboman itu adalah KHABAR
ANGIN . Tuan-tuan dan puan-puan sekalian .,Apa yang dimaksudkan dengan
KHABAR ANGIN ? Khabar angin merupakan berita atau cerita yang belum tentu
kesahihannya.
Seperti yang dinyatakan dalam novel, Pada masa perang , Khabar-khabar angin
yang disebarkan secara tidak bertanggungjawab seperti kebebasan berucap dan
tajuk perbualan telah dikawal oleh pemerintah dengan mengeluarkan buletin
yang diedarkan dikalangan penduduk daerah.
Selepas perang , khabar angina mengenai rompakan , penyamunan , dan cerita
bagaimana tentera menjadi kaya serta merta juga tersebar tanpa dikawal. Tetapi
khabar angin seperti ini dilupakan setelah ditelan masa.
Belainan pula dengan khabar angin mengenai jodoh seseorang . Khabar angin
mengenai jodoh seseorang amatlah sukar dilupakan oleh masyarakat . Pada
pendapat saya ,Masyarakat Jepun amat mudah mempercayai khabar angin
mengenai seseorang wanita berkaitan dengan jodoh. Hal ini kerana mereka
terlalu bimbang sekiranya wanita terserbut tidak membawa ciri-ciri yang
diinginkan.
Mari kita kaitankan perkara ni di dalam novel hujan hitam. Khabar angin
mengenai Yasuko telah menjadi mangsa penyakit radiasi telah menjadikan dia
tidak bertemu jodoh .Orang yang datang merisik untuk meminang dan bertanya
kepada jiran-jiran shigematsu pasti akan mendengar kisah Shigematsu dan
isterinya menyembunyikan penyakit Yasuko. Mereka akhirnya tidak jadi lansung
masuk meminang.
Saudara saudari sekalian , mari kita lihat kesan Budaya Jepun dalam pemilihan
jodoh ini terhadap individu . Mari kita analisiskan kebaikan dan keburukan
pemilihan jodoh ini. Izinkan saya mulakan dengan kebaikan pemilihan jodoh
dalam masyarakat jepun ini Seperti yang dikataka oleh saudari hani ..
masyarakat jepun memilih jodoh berdasarkan.. . Wanita-wanita jepun
pastinya akan cuba sedaya upaya untuk mendapat ciri-ciri tersebut agar mereka
akan bertemu jodoh. Hal ini secara tidak lansung menaikkan martabat wanita
dan keluarga masyarakat Jepun
Namun , setiap perkara yang baik pasti terdapat kekurangannya . Bayangkan
sekiranya seorang wanita dalam masyarakat tersebut tidak dapat memenuhi ciriciri yang diketengahkan , pastinya wanita itu akan mengalami tekanan . Hal ini
kerana masyarakat akan terus menilai wanita tersebut seorang yang tidak subur.
Wanita tersebut juga akan mengalami tekanan dari dalam dirinya dimana dia
akan merasakan dirinya tidak layak untuk sesiapa . perkara ini seterusnya akan
menganggu emosi wanita tersebut .( kaitan dengan novel) x jmpe lagi ><
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing serta sabra melayan
karenah saya. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga
kanan, keluar telinga kiri. Ahli-ahli panel ada ingin berkongsi sebarang pendapat
mahupun kata-kata akhir?
Panel pertama: hmmm. Terima kasih tuan pengerusi. Izinkan saya memberi
sepatah dua kata sebelum saya undur diri. Masuji Ibuse merupakan pengarang

yang hebat yang amat bangga dan mementingkan budayanya sendiri


sehinggakan dapat menghasilkan novel yang kaya dengan budaya Jepun. Para
hadirin, daripada pemahaman tentang budaya masyarakat Jepun, terutamanya
budaya pencarian jodoh mereka, kita dapat lihat bahawa amatlah penting untuk
kita menjaga dan mempelihara tradisi itu kerana biar mati anak jangan mati
adat. Dengan ini, saya berharap, generasi muda sekarang berusaha melakukan
satu anjakan paradigma, iaitu. (usaha untuk mengekalkan adat)
Panel kedua:
Panel ketiga:
Pengerusi : terima kasih ahli panel sekalian. Nampaknya masa amat
mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan
untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari
ini.(tepuk tangan).
Terimalah serangkap pantun indah daripada saya
Indah alunan si burung kecapi,
Berteduh di balik serai serumpun,
Sepuluh jari disusun rapi,
Silap dan salah harap diampun.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

You might also like