You are on page 1of 3

Institusi Raja Tonggak Kedaulatan Negara

Raja dan Kerajaan


1. Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem
demokrasi berparlimen.
2. Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan.
3. Yang di-Pertuan Agong:
Merupakan Ketua Negara Malaysia/ ketua kerajaan
Menduduki tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan
Merupakan raja yang memerintah mengikut Perlembagaan
Negara serta dinasihati oleh kabinet.
4. Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada tiga bahagian:
(i) Badan perundangan
(iii) Badan kehakiman
(ii) Badan pemerintahan
5. Perdana Menteri merupakan ketua pentadbiran negara.
6. Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada ketua
parti yang memenangi pilihan raya umum.
Konsep Daulat dan Derhaka
1. Perkataan daulat berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah
yang beerti kerajaan atau negeri. Daulat beerti kuasa atau hak
tertinggi seseorang sultan untuk memerintah sesebuah negeri dan
negara.
2. Daulat melambangkan kekuasaan yang dikhaskan kepada raja.
3. Negara yang berdaulat beerti negara yang mempunyai hak untuk
memerintah.
4. Tujuan daulat,
a) Memberi penghormatan tertinggi kepada raja
b) Mengawal para pembesar dan rakyat
5. Derhaka beerti tidak taat atau khianat kepada negara atau
pemerintahannya.
- Rakyat bertindak melanggar perintah/ suruhan raja.

6. Orang yang menderhaka dipanggil penderhaka.


7. Kesan derhaka,
a) Ditimpa tulah atau malapetaka
b) Dijatuhi hukuman bunuh
Kedudukan Raja Pada Masa Kini
1. Terdapat dua peringkat dalam sistem ini,
Peringkat Persekutuan
a) Ketua negara ialah Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong
b) Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri
c) Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa pemerintahan
mengikut undang-undang negara dengan dinasihati oleh
jemaah menteri
d) Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat lima tahun sekali
Peringkat Negeri
a) Ketua negeri terdiri daripada:
- Sultan
- Raja
- Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertuan Negeri
b) Ketua kerajaan negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri
2. Gelaran ketua negeri yang masih mengekalkan institusi raja :
Perlis - Raja
Kedah - Sultan
Pulau Pinang - Yang di-Pertuan Negeri
Perak - Sultan
Selangor - Sultan
Negeri Sembilan - Yang di-Pertuan Negeri
Melaka - Yang di-Pertuan Negeri
Johor - Sultan
Pahang - Sultan
Terengganu - Sultan
Kelantan - Sultan

Kepentingan mempertahankan institusi raja


1. Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan
sistem pemerintahan Raja Perlembagaan.
2. Ia merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari
ini.
3. Institusi raja perlu dikekalkan kerana:
Ia merupakan lambang kesetiaan kepada negara.
- Rakyat menumpukan kesetiaan kepada negara dengan taat setia
kepada raja
Institusi raja juga berperanan menjaga kesucian agama Islam
dan keistimewaan orang Melayu
Institusi raja menjadi lambang perpaduan rakyat jelata/ simbol
penyatuan rakyat
4. Berdasarkan sejarah, negara yang mengamalkan sistem beraja lebih
stabil berbanding negara yang mengamalkan sistem-sistem
pemerintahan yang lain.
Cara-cara menghargai institusi raja
1. Bersatu padu memajukan negara
2. Mematuhi arahan Sultan atau Raja
3. Meraikan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan atau Raja/ pemimpin
dengan aktiviti yang berfaedah
4. Menghargai sumbangan isntitusi beraja
5. Mengekalkan kestabilan negara
6. Mematuhi undang-undang negara
7. Mengekalkan kesetiaan kepada Sultan atau Raja

You might also like