You are on page 1of 17

GROUP V

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH


SEM 1, 2012/2013

LAPORAN INDIVIDU
NAMA

NUR IZU SALIHAH BT AB. RAHIM

NO MATRIK

D20121058519

NAMA PENSYARAH :

EN. CHE ANUAR BIN CHE ABDULLAH

FAKULTI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN

PEMBANGUNAN MANUSIA

ISI KANDUNGAN :

BIL

PERKARA

M/S

1.0 PENGENALAN

2.0 TENTATIF PROGRAM

2-3

3.0 MINAT TERHADAP PROFESION PERGURUAN

4.0 REFLEKSI KENDIRI

5-6

- Kekuatan dan Kelemahan Diri

4.0 PELAN TINDAKAN KENDIRI

6.0 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

7.0 PENUTUPAN

10

8.0 LAMPIRAN

11 - 14

1.0 PENGENALAN :
Kursus Universiti, KKD 2063 (Pembangunan Sahsiah) telah mengadakan Program
Experiential yang bermatlamat utama untuk melatih bakal-bakal guru supaya mereka dapat
menimbulkan suatu sikap yang positif dalam diri mereka dan membentuk jati diri peserta
sebagai guru yang berkualiti. Progam itu diperlukan bagi memenuhi tugasan di dalam kursus
Pembangunan Sahsiah yang telah ditetapkan. Penyertaan dan refleksi pelajar menyumbang
kepada penilaian 20 markah daripada keseluruhan kursus ini. Program tersebut telah berjaya
dilaksanakan pada 9 & 10 November 2012 di dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan
Idris yang dikelolakan oleh Encik Che Anuar bin Che Abdullah dan dibantu oleh fasilitator
yang berdedikasi. Seramai lebih kurang 300 orang pelajar telah menyertai program tersebut
yang terdiri daripada beberapa kumpulan kuliah bagi kursus ini.

Antara matlamat yang lain ialah :


Melahirkan sahsiah pelajar unggul.
Memumuk sikap kerjasama antara ahli (aspek perpaduan ).
Menimbulkan sikap menghargai rakan.
Memupuk aspek kepimpinan.
Memahami erti kehidupan ini memerlukan perjuangan dan pengorbanan.
Melahirkan guru yang aktif, kreatif dan inovatif.
Bagi menghargai pengorbanan ibubapa.
Bagi menghargai universiti sebagai tempat menimba ilmu.

2.0 TENTATIF PROGRAM :


NAMA PROGRAM : PROGRAM EXPERIENTIAL
3

TARIKH : 9 NOVEMBER 2012 ; 10 november 2012


MASA : 8.00 - 10 .00 MALAM ; 8.00 PAGI 6 PETANG
TEMPAT : DEWAN SITC, UPSI

9 NOVEMBER 2012
8.00 - 8.30 Malam
Pengambilan tempat dan pendaftaran peserta mengikut kumpulan masing-masing.

8.30 - 10.00 Malam


Aktiviti State Management. Diketuai oleh fasilitator Nizam atau dikenali sebagai Gebu.
State Management yang diberi ialah Hari ini saya Bersemangat, Berintektual dan
Berintegriti !.
Program ini diteruskan dengan team-building bagi memecahkan tembok pemisah dalam
kalangan peserta dan fasilitator. Mereka dikendaki membina kumpulan dengan mencari
persamaan dari segi warna stoking, warna baju dan saiz kasut. Peserta juga diminta mencari
dan mencatat nama penuh rakan yang memengang status kapel, masih solo, lahir bulan
yang sama, memakai cermin mata, asal negeri yang sama, memakai jam tangan, memakai
kasut jenama Power dan orang yang merupakan anak bongsu mengikut masa yang
ditetapkan.
Seterusnya, fasilitator membahagikan para peserta kepada 15 kumpulan. Pelantikan ketua
dijalankan dengan mengikut persetujuan ramai daripada semua ahli kumpulan. Peserta
dibekalkan dengan kad manila berlainan warna sebagai identiti organisasi masing-masing.
Turut diterangkan, sepanjang 2 hari berturut-turut itu, pelajar perlu terlibat secara aktif dalam
program itu dan pihak fakulti akan memberikan ganjaran dalam bentuk hamper bagi
kumpulan yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja ketika pada hari
terakhir program. Kami disarankan agar bersaing secara sihat bagi mendapatkan ganjaran
tersebut.
10.00 Malam
Peserta mendapatkan makanan yang telah disediakan dan beransur bersurai
10 NOVEMBER 2012
8.00 8.30 Pagi
Pengambilan tempat dan pendaftaran peserta mengikut kumpulan masing-masing.
8.30 9.00 Pagi
4

Aktiviti memanaskan badan dan regangan (senaman ) yang diketuai oleh Gebu dan
diselitkan dengan 5 buah lagu yang berlainan genre.
9.00 9.35 pagi
Peserta diberikan sedikit taklimat oleh En Che Anuar bin Che Abdullah tentang aktiviti yang
bakal dijalankan iaitu Kembara Minda. Ia merupakan explorace yang akan dijalankan untuk
memberi khidmat masyarakat kepada masyarakat sekitar Tanjung Malim dan disuruh
mengutip dana sebanyak RM100. Masa yang diberikan adalah selama 5 jam iaitu dari pukul
9.35 pagi hingga 2 petang. Ketua kumpulan telah diberikan sekeping kertas di mana kertas
tersebut dinamakan sebagai amanah dan harus dibawa bersama ketika menjalankan tugas
tersebut.Makanan pagi juga telah diedarkan kepada setiap ahli kumpulan dan pada masa yang
sama mereka berbincang serta mengatur strategi bagi menyelesaikan tugasan tersebut.
9.35 pagi 2.00 petang
Para peserta diminta untuk meninggalkan dewan dengan segera. Kembara Minda telah
mencabar ketahanan mental, fizikal dan spiritual setiap peserta. Di sini juga bermulalah
kemahiran komunikasi, kerjasama yang jitu antara peserta dan tahap kesabaran setiap peserta
diuji.
2.00 petang - 2 .30 petang
Peserta tiba di dewan, mendapatkan makanan dan menunaikan solat zohor bagi yang
beragama Islam.
2.30-3.00 petang
Fasilitator mengendalikan aktiviti relase tension . Setiap kumpulan perlu menghantar wakil
ke pentas untuk melakukan apa sahaja yang diminta oleh fasilitator.
3.00 - 5.30 petang
Setelah itu aktiviti Moto Mania yang mencabar fizikal, mental dan memerlukan semangat
kerjasama yang utuh turut mencabar kreativiti dan kesabaran dalam melaksanakannya.
Setiap ahli kumpulan diminta bertindak sebagai salah satu daripada moto yang telah
ditetapkan oleh fasilitator seperti kereta, jentolak, bas dan lain-lain.
5.30 petang - 6.30 petang
Wakil peserta daripada setiap kumpulan telah diminta oleh Encik Che Anuar untuk
melakukan refleksi . Pelbagai pengalaman suka duka yang dilalui telah dikongsi. Kesemua
pelajar telah memberikan respon yang sangat baik. Penyampaian hadiah.
7.00 petang
Program tamat. Semua pelajar bersurai.

3.0 MINAT TERHADAP PROFESION PERGURUAN :

Bagi setiap individu, bidang kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini
kerana minat seseorang adalah berbeza. Tidak terkecuali dengan saya. Saya menjadikan
profesion perguruan sebagai bidang kerjaya saya sejak dari kecil lagi, tetapi ketika itu saya
tidak mengkhususkan pengkhususan apa yang saya ingin ambil kerana saya tidak didedahkan
dengan cara yang betul tentang profesion perguruan ini. Apabila guru meminta saya untuk
memberitahu apa yang saya ingin jadi ketika dewasa kelak saya dengan berkeyakinan akan
menjawab CITA-CITA SAYA IALAH INGIN MENJADI SEORANG GURU. Walaupun
bagi sesetengah orang berpendapat profesion ini tidak sepopular kerjaya doktor,peguam dan
sebagainya, tetapi bagi saya kerjaya yang saya pilih ini adalah satu pekerjaan yang sangat
sesuai dengan jiwa saya. Ia akan mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih penyabar
dan tabah walaupun sekarang saya rasa saya semakin penyabar orangnya walaupun bukan di
tahap yang terbagus lagi. Profesion ini jugak sangat mencabar. Hal ini demikian. Guru
mempunyai tanggungjawab yang besar tehadap semua aspek kehidupan. Guru juga menjadi
tunggak utama dalam mendidik anak-anak bangsa. Walau bagaimanapun, ibu bapa saya selalu
memberi galakkan, sokongan dan dorongan kepada saya.

4.0 REFLEKSI KENDIRI :

Daripada refleksi wakil setiap kumpulan, saya dapat merumuskan bahawa program ini
telah memberi impak yang begitu besar dalam diri saya. Pengetahuan dan pengalaman yang
saya peroleh pada hari tersebut tidak ada nilainya jika hendak dibandingkan dengan emas
permata. Pertama, kita mestilah menetapkan matlamat yang ingin dicapai dengan jelas. Dari
awal kami berhasrat untuk menjadikan kumpulan kami iaitu Awesome sebagai pemenang
pada akhir program. Justeru, apabila diberi taklimat mengenai kembara kami terus memberi
fokus terhadap kedai.
Di samping itu, perspektif terhadap sesebuah kaum telah berkurangan dengan adanya
aktiviti seperti ini. Semangat berkumpulan telah terbina apabila terdapat kerjasama antara ahli
kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama.
Program ini juga telah berjaya membuka minda pelajar dalam meningkatkan
penghayatan dan menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai kemahiran komunikasi
yang berkesan bagi mempengaruhi seseorang. Hal ini dapat dilihat apabila kami gagal
memperoleh kepercayaan dan menyakinkan orang luar. Justeru, kebanyakan pemilik kedai
tidak menerima khidmat masyarakat yang kami hulurkan. Keadaan ini hampir membuatkan
ahli kumpulan saya berputus asa. Ada dalam kalangan kami memberi idea agar mengeluarkan
duit sendiri bagi menampung dana tersebut. Walau bagaimanapun salah seorang dari kami
menasihati kami agar tidak berbohong dalam melaksanakan tugasan ini. Katanya, sebagai
seorang penuntut ilmu kita tidak boleh berbohong dan ia merupakan pantang larang dalam
menutut ilmu. Ilmu itu cahaya. Jika hati sudah gelap, jadi bagaimana cahaya itu boleh
menembusi hati? Perubahan riak muka ahli kumpulan disedari oleh ketua kami. Tanpa
membuang masa, beliau membeli aiskrim dan diberi kepada semua ahli kumpulan kami.
Menurutnya, menikmati aiskrim merupakan salah satu cara untuk mengendalikan stress.
Kami sangat menghargai keprihatinan yang diberinya. Jika diasah bakat kepimpinannya,
pasti beliau dapat menjadi seorang pemimpin yang disenangi kelak. Di sini, jelas

menunjukkan bahawa program ini telah berjaya memupuk nilai murni seperti kejujuran dan
menghormati pemimpin dan seterusnya dapat mengetahui cara mengendalikan stress.
Program ini dapat menjadikan seseorang itu, berfikir secara kreatif dan kritis. Elemen
ini dapat dilihat apabila kami mula memikirkan pelbagai jalan penyelesaian
mendapatkan dana tersebut.

untuk

Sehubungan dengan itu, kami meneruskan tugasan tersebut

dengan membahagikan ahli kumpulan kami kepada beberapa kumpulan kecil dan bergerak
dari kedai ke kawasan perumahan. Setiap ahli kumpulan telah memberikan respon yang
sangat positif antara satu sama lain. Elemen ini sangat penting diaplikasikan dalam kehidupan
seharian kerana masalah akan datang tanpa diduga. Kami tidak berjaya mencapai sasaran,
namun kami bersyukur kerana pada akhirnya kumpulan kami berjaya menamatkan tugasan
walaupun pelbagai halangan yang telah ditempuhi di sekitar Tanjung Malim dan kembali ke
dewan tepat pada waktunya dengan selamat.
Akhir sekali, saya ingin melahirkan rasa penghargaan terhadap universiti sebagai
tempat menimba ilmu. Universiti memberi pendedahan kepada bakal guru apabila mereka
diminta mengadakan program yang seharusnya mendidik dengan niat untuk membekalkan
ilmu kehidupan yang secukup-cukupnya kepada anak didik kita dan memastikan bahawa
mereka benar-benar mampu menguasai apa yangtelah dibekalkannya dan sentiasa berusaha
untuk menambah ilmu pengetahuan serta membuat penyelidikan kearah penambahbaikan
teknik pengajaran.

Kekuatan dan kelemahan diri


8

1) Kekuatan

: Optimistik.
Percaya segala rancangan akan berjalan lancar.

Kelemahan : Selalu membuatkan saya kecewa kerana tidak berjaya sasaran yang dicapai
tidak seperti mana yang saya harapkan.
2) Kekuatan

: Bertanggungjawab.
Saya akan cuba menyiapkan segala tugasan yang diberi kepada saya.

Kelemahan : Membuatkan saya stress


3) Kekuatan

: Suka membantu.
Membuatkan saya bahagia dan gembira kerana dapat meguragkan beban
yang ditanggung oleh masyarakat setempat.

Kelemahan : Gagal mendapatkan kebenaran dan kepercayaan dari measyarakat untuk


memberi khidmat kepada mereka kerana penguasaan komunikasi yang
lemah.
4) Kekuatan

: Bermotivasi.
Mempunyai matlamat yang jelas.

Kelemahan : Gagal membuat perancangan yang teratur dan berkesan.

5.0 PELAN TINDAKAN KENDIRI :

Tindakan yang saya akan ambil untuk meningkatkan sahsiah diri demi
mempertingkatkan martabat profesion adalah menguasai dan memperbaiki kemahiran
komunikasi saya dengan orang sekeliling. Penguasaan terhadap kemahiran komunikasi adalah
sangat penting untuk mempengaruhi dan mendapatkan kepercayaan seseorang, lebih-lebih
lagi pelajar.
Saya juga tidak akan berbohong ketika menuntut, apelagi dalam menyampaikan ilmu
kelak. Saya tidak mahu hati ana-anak murid saya menjadi gelap dan menyukarkan mereka
untuk menerima ilmu saya. Seperti yang dinyatakan di atas, ilmu itu cahaya. Jika hati menjadi
gelap. Bagaimana cahaya itu boleh menembusi hatinya? Pantang larang ini akan saya
aplikasikan dalam kehidupan seharian saya, bermula pada detik ini.
Mulai saat ini juga , saya akan lebih bermotivasi. Saya akan mengatur strategi belajar
yang berkesan serta teknik belajar yang mantap untuk merebut peluang menjadi seorang guru
yang betul-betul memahami matlamat sebenar seorang guru dalam menyumbang kepada
pembangunan diri yang lebih positif dan seterusnya menjulang kembali reputasi bidang
perguruan ini. Di samping itu, dengan kerjaya sebagai seorang guru ini, dapatlah saya
menyara kehidupan sendiri dan

keluarga yang tercinta. Sungguh, saya tidak mahu

mengecewakan kedua ibubapa saya yang telah banyak berkorban demi saya.

6.0 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM :

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan program ini
dan semua fasilitator yang telah menjalankan semua aktiviti menarik. Keseluruhan program
10

adalah terbaik tetapi pihak pengurusan Program Experiential perlu menambah bilangan hari
dari 2 ke 3 hari supaya lebih banyak pengisian boleh dijalankan dan tidak terlalu padat masa
yang diperlukan untuk pertukaran dari satu sesi ke satu sesi yang lain.

Pihak pengurusan Program Experiential juga perlu memberi tumpuan kepada pengambilan
tempat dan proses pendaftaran pelajar. Mereka haruslah memberikan ruang yang luas dan
menyusun meja di kaunter pendaftaran agar memudahkan proses pendaftaran antara
kumpulan agar keadaan tidak menjadi kelam-kabut apabila proses pendaftaran pelajar
berlangsung. Tambahan pula,mereka haruslah melabel nama kumpulan kuliah pada meja
kaunter pendaftaran tersebut supaya para peserta tidak ke hulu ke hilir mencari kumpulan
kuliah masing-masing. Mereka juga mestilah memperuntukkan masa mendaftar kerana
bilangan pelajar yang begitu ramai.

7.0 PENUTUPAN :
Kesimpulannya, saya ingin menyatakan bahawa program ini sungguh relevan
dijalankan dalam melahirkan bakal-bakal guru yang bersahsiah unggul. Kami mengharapkan
11

program khidmat masyarakat pada masa akan datang benar-benar memberikan sumbangan
kepada masyarakat. Kerja khidmat masyarakat yang dikaitkan dengan kehidupan seharian ini
memberi pengalaman secara hands-on kepada kami. Kami berasa sungguh gembira kerana
telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Sebagai seorang bakal guru kelak, kami
berjanji akan menjaga kepercayaan yang telah diberi oleh masyarakat dalam mendidik anak
meraka dengan sebaik-sebaiknya. Kami juga akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi
guru yang profesional demi merealisasikan wawasan 2020. Falsafah pendidikan negara
menyatakan bahawa,"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara."
Sekian, terima kasihLaporan disediakan oleh :

( NUR IZU SALIHAH BT AB RAHIM )


Pelajar ISMP Teknologi Maklumat dengan Kepujian,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

8.0 LAMPIRAN :

12

13

14

15

CAUTION GAMBAR
Kesungguhan serta kerjasama yang tiada
berbelah bahagi diberikan oleh semua ahli.
16

Semangat untuk membawa diri dan organisasi


maju setapak lagi ke hadapan, jelas terpancar di
riak wajah kami.

17

You might also like