You are on page 1of 78

SIJIL SAZALI BIN IBRAHIM

PELAJARAN MALAYSIA
M.A (Malaya)

BAHASA MELAYU

MRSM JELI
KELANTAN

1
Karangan A Karangan B
Masa : 45 minit Masa : 90 minit
Perkataan : 200 – 250 pp Perkataan : Lebih 350 pp
Halaman : 2 muka surat Halaman : 4 muka surat
Perenggan : 5 Perenggan : 7
Isi : 3 Isi : 5
Markah : 30 markah Markah : 100 markah

2
26 – 30 : CEMERLANG

20 – 25 : KEPUJIAN

15 – 19 : MEMUASKAN (MASIH)

10 – 14 : KURANG
MEMUASKAN (KURANG)

01 – 09 : PENGUASAAN
MINIMUM

3
 Karangan menepati tema bahan rangsangan.
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan
mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta
sesuai.
 Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang
digunakan bervariasi dan menggunakan
ungkapan yang menarik dan tepat serta
sesuai.
 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan
dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

4
80 – 100 : CEMERLANG

66 – 79 : KEPUJIAN

51 – 65 : BAIK (MASIH)

36 – 50 : MEMUASKAN (KURANG)

21 – 35 : KURANG MEMUASKAN

01 – 20 : PENCAPAIAN MINIMUM

5
 Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat.
 Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
 Ejaan dan tanda baca yang betul.
 Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
 Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat.
 Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas
dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada
penegasan isi.
 Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan
sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas
antara perenggan.
 Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata
atau frasa.

6
* Peribahasa (simpulan bahasa, bidalan dll)
* Pantun/Gurindam/Seloka
* cogan kata
* frasa menarik
* petikan ucapan
* kata-kata hikmat
* petikan hadis
* maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.

7
BAHAN RANGSANGAN

GAMBAR
FOTO

GAMBAR GAMBAR Ilustrasi


TUNGGAL BERSIRI

Petikan
Graf GAMBAR
RAJAH Teks
Catatan
Carta
Pai

Iklan Pelan Peta


Minda NOV 2009?

8
KENAL PASTI
1.TEMA
2.TUGASAN SOALAN

TIPS:
TEMA TERDAPAT DALAM
TUGASAN

9
- Tugasan Tersurat
Contoh: Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
mengatasi permasalahan remaja

- Tugasan Tersirat
Contoh: Huraikan pendapat anda tentang pelancongan di
Malaysia

Tugasan Utama:

LANGKAH
FAKTOR Kaitkan dengan maklumat dalam bahan rangsangan
KESAN
KEPENTINGAN

10
SPM NOV 2004
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda
tentang isu pembangunan dan alam sekitar. Panjang huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

11
SPM JUN 2005
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang masalah
tanah terbiar dan penyelesaiannya. Panjang huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

12
SPM NOV 2005
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda
tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani
gejala vandalisme. Panjang huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan

13
SPM JUN 2006

14
En. Wong : Remaja hari ini kurang mempunyai semangat
patriotik.

En. Samad : Betul, Encik Wong. Saya fikir mereka perlu


menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) dan mengambil bahagian dalam aktiviti
bulan kemerdekaan.

En. Wong : Ya, mereka juga perlu mengenali dan


menghargai tokoh-tokoh yang berjasa kepada
negara kita.

..

15
SOALAN 1103/1 JUN 2007
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti bagi mengisi
masa lapang. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah
untuk mengisi masa lapang.

16
17
18
19
SARANAN:
1. PENDAHULUAN JANGAN TERLALU PANJANG.
ELAKKAN SAMA PANJANG ATAU LEBIH
PANJANG DARIPADA PERENGGAN ISI.

2. SECARA ASASNYA MENGANDUNGI ITEM YANG


BERIKUT:
* TEMA
* Definisi
* Retorik
* Statistik
* Pernyataan umum
* TUJUAN/PERSEPSI CALON KE ATAS ISU
* TUGASAN
20
21
KAIT ISU SEMASA Akhir-akhir ini
Pada masa ini,
Belakangan ini,

TEMA isu ……………………………(sebutkan tema)

KUMPULAN SASAR dalam kalangan pelajar


dalam kalangan remaja
dalam kalangan masyarakat

PERNYATAAN PRIORITI sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa
sering diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik
saban hari menjadi topik pembincangan hangat
menjadi polemik yang hangat diperdebatkan
LOKASI di Malaysia
di negara kita

22
WACANA Justeru,
Sehubungan dengan itu,
Menyedari akan hakikat ini,
Atas kesedaran ini,

SARANAN semua pihak mestilah komited untuk


keiltizaman semua pihak diperlukan untuk

TUJUAN Meningkatkan ……..(tema)……sehingga mencapai


objektifnya bak kata pepatah alang-alang berdakwat
biar hitam.
TUJUAN menangani gejala/masalah ini sehingga ke akar umbi
sebelum nasi menjadi bubur.

23
PERSOALAN Persoalannya, apakah.......

TUGASAN (salin selepas perkataan tentang dalam soalan atau bina


tugasan yang sesuai untuk tugasan yang tersirat) dan
berakhir dengan tanda soal.

Contoh Pendahuluan;
Belakangan ini, isu keracunan makanan dalam kalangan pelajar
sering mendapat liputan yang meluas dalam media massa di Malaysia.
Justeru, keiltizaman semua pihak diperlukan untuk menangani masalah
Ini sehingga ke akar umbi sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan
makanan?

24
GGAPO? BAKPO?
(IDEA UTAMA) (IDEA SOKONGAN)

KAEDAH
MENGEMBANGKAN
ISI

LAGU YO LO
KE NI?
MANA? (PENEGASAN)
(BUKTI)

25
GAPO? Pada pendapat saya, antara............(salin ayat selepas apakah dalam ayat terakhir
pendahuluan).........ialah.......(idea utama).....

What??? Contoh ayat:


Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan
makanan ialah mengadakan kempen dan ceramah.
BAKPO? Hal ini demikian kerana ...... + idea utama + penjelasan + ungkapan

Contoh ayat:
Why??? Hal ini demikian kerana kempen dan ceramah dapat memberikan kesedaran kepada
pelajar tentang bahaya keracunan makanan seperti kata pepatah beringat sebelum
kena, berjimat sebelum habis ”.
LAGU Ayat 1: Nyatakan contoh atau bukti (Where/When/Who/How)
MANA?
Contoh ayat:
Where Sebagai contoh, pihak sekolah mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya
When keracunan makanan melalui pameran, penerbitan risalah, poster dan sebagainya.
Who
How Ayat 2:
Lagipun, pihak kerajaan melalui Jabatan Kesihatan boleh mengadakan ceramah
Impact kesihatan tentang bahaya keracunan makanan semasa perhimpunan di sekolah..
YO LO KE Tegasnya, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)......
NI?
Contoh:
Tegasnya, kempen dan ceramah merupakan salah satu langkah yang berkesan
untuk mencegah keracunan makanan. 26
GAPO? Selain itu, + Idea Utama + tugasan

Contoh ayat:
What??? Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mencegah keracunan makanan
dalam kalangan pelajar.
BAKPO? Saya berpendapat demikian kerana ...... + idea utama + penjelasan + ungkapan

Contoh ayat:
Why??? Saya berpendapat demikian kerana ibu bapa berperanan untuk menasihati anak-
anak mereka supaya memilih makanan yang bersih dan selamat untuk kesihatan
LAGU Ayat 1: Nyatakan contoh atau bukti (Where/When/Who/How)
MANA?
Contoh ayat:
Where Misalnya, ibu bapa berpesan kepada anak-anak mereka supaya memilih gerai yang
When bersih untuk membeli makanan.
Who
How Ayat 2:
Tambahan pula, ibu bapa boleh menyediakan bekal kepada anak-anak mereka
Impact supaya anak-anak mereka tidak terkena keracunan makanan di sekolah.
YO LO KE Tegasnya, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)......
NI?
Contoh:
Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mencegah anak-
anak mereka daripada terkena keracunan makanan.
27
GAPO? Di samping itu, + tugasan + Idea Utama

Contoh ayat:
What??? Di samping itu, langkah lain yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan
ialah penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa.
BAKPO? idea utama + penjelasan + ungkapan

Contoh ayat:
Why??? Penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa amat penting kerana untuk
memastikan semua pengendali makanan mengutamakan kebersihan pada setiap
masa bak kata orang tua-tua mencegah lebih baik daripada mengubati.
LAGU Ayat 1: Nyatakan contoh atau bukti (Where/When/Who/How)
MANA?
Contoh ayat:
Where Pihak berkuasa mestilah mengenakan denda yang tinggi terhadap pengendali
When makanan yang tidak menjaga kebersihan supaya mereka sentiasa berwaspada.
Who
How Ayat 2:
Seterusnya, pihak berkuasa juga perlu menyita premis yang kotor dan tidak dijaga
Impact dengan baik.
YO LO KE Tegasnya, .............(sebutkan idea utama)..... merupakan ......(tugasan)......
NI?
Contoh:
Saya optimis, penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa mampu mengatasi
masalah keracunan makanan di negara kita.
28
SARANAN:

1. LEBIH PENDEK DARIPADA PERENGGAN


ISI

2. MENGANDUNG SARANAN, HARAPAN,


DAN SERUAN

3. MASUKKAN PERIBAHASA.

29
SARANAN Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk
……(saranan)….(tema)

HARAPAN supaya/demi/bagi……………(harapan)………….

SERUAN Kita perlu menggembleng tenaga untuk merealisasikannya


kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya!
ATAU
Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah
digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang
beribu batu, pasti bermula dengan langkah yang
pertama!
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani
masalah keracunan makanan supaya kesihatan pelajar terjamin. Usaha
yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai sekarang kerana
perjalanan yang beribu batu mestilah bermula dengan langkah yang
pertama!

30
Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan
makanan ialah mengadakan kempen dan ceramah. Hal ini demikian kerana kempen dan ceramah
dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang bahaya keracunan makanan seperti kata
pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis ”. Sebagai contoh, pihak sekolah
mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya keracunan makanan melalui pameran, ceramah
dan sebagainya. Lagipun, pihak kerajaan melalui Jabatan Kesihatan boleh mengadakan ceramah
kesihatan tentang bahaya keracunan makanan semasa perhimpunan di sekolah. Tegasnya,
kempen dan ceramah merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah keracunan
makanan.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mencegah keracunan makanan dalam
kalangan pelajar. Saya berpendapat demikian kerana ibu bapa berperanan untuk menasihati anak -
anak mereka supaya memilih makanan yang bersih dan selamat untuk kesihatan. Misalnya, ibu
bapa berpesan kepada anak-anak mereka supaya memilih gerai yang bersih untuk membeli
makanan. Tambahan pula, ibu bapa boleh menyediakan bekal kepada anak-anak mereka supaya
anak-anak mereka tidak terkena keracunan makanan di sekolah. Jelaslah, ibu bapa memainkan
peranan yang amat penting untuk mencegah anak-anak mereka daripada terkena keracunan
makanan.

Di samping itu, langkah lain yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan
ialah penyeliaan dan penguatkuasaan pihak berkuasa. Penyeliaan dan penguatkuasaan pihak
berkuasa amat penting kerana untuk memastikan semua pengendali makanan mengutamakan
kebersihan pada setiap masa bak kata orang tua-tua mencegah lebih baik daripada mengubati.
Pihak berkuasa mestilah mengenakan denda yang tinggi terhadap pengendali makanan yang tidak
menjaga kebersihan supaya mereka sentiasa berwaspada. Seterusnya, pihak berkuasa juga perlu
menyita premis yang kotor dan tidak dijaga dengan baik. Saya optimis, penyeliaan dan
penguatkuasaan pihak berkuasa mampu mengatasi masalah keracunan makanan di negara kita.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah keracunan


makanan supaya kesihatan pelajar terjamin. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah
digerakkan mulai sekarang kerana perjalanan yang beribu batu mestilah bermula dengan langkah
yang pertama!

31
KARANGAN
BAHAGIAN B

32
33
Contoh soalan:
Usaha membudayakan amalan membaca
dalam kalangan rakyat perlu digerakkan bagi
melahirkan masyarakat yang berilmu dan
bermaklumat selaras dengan aspirasi
Wawasan 2020.
Ulaskan pernyataan di atas.

34
Mesti mengandung 3 elemen penting iaitu:
i. Tema/Contoh/Peribahasa/Data
Cogan kata “Membaca Jambatan Ilmu” menjelaskan akan peri
pentingnya amalan membaca dijadikan sebagai budaya dalam
kehidupan kita. Ironinya, amalan membaca dalam kalangan masyarakat
Malaysia masih pada tahap yang kurang memberangsangkan.
ii. Isu
 Menyedari hakikat ini, usaha membudayakan amalan membaca dalam
kalangan rakyat perlu digerakkan bagi melahirkan masyarakat yang
berilmu dan bermaklumat selaras dengan aspirasi Wawasan 2020.
iii. Tugasan
 Persoalannya, apakah usaha-usaha yang efektif untuk memupuk budaya
ini dalam kalangan masyarakat?

35
PANDUAN MENULIS ISI
Calon disarankan menggunakan formula di bawah apabila
menghuraikan isi karangan Bahagian B
1 (T) + 1 (S) + 3 (H) + 1(P) = 100
Kaedah huraiannya adalah seperti yang berikut:

(1T) Pada pendapat saya, antara usaha yang perlu dilakukan


untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat
ialah melalui peranan pihak kerajaan. (1S) Hal ini demikian
kerana kerajaan mempunyai prasarana yang lengkap di bawah
kementerian dan agensi yang berkaitan bagi menjayakan sesuatu
agenda negara. (3H) Sebagai contoh, kerajaan boleh mengadakan
Kempen Membaca secara besar-besaran di media cetak dan
elektronik untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
amalan membaca. Selain itu, kerajaan boleh menyalurkan
peruntukan untuk membina lebih banyak perpustakaan desa di
kawasan pedalaman di seluruh pelosok negara. Seterusnya,
kerajaan mestilah melengkapkan perpustakaan tersebut dengan
bahan bacaan yang terkini dan informatif. (1P)Saya optimis,
melalui usaha kerajaan ini akan melahirkan masyarakat yang
celik ilmu dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

36
(1T) Selain itu, pihak sekolah juga berperanan untuk
memupuk amalan membaca dalam kalangan
masyarakat. (1S) Saya berpendapat demikian kerana sekolah
merupakan institusi pendidikan formal bagi melahirkan
modal insan yang seimbang dan harmonis mengikut
acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (3H) Dalam
aspek kurikulum, pihak sekolah perlu menggerakkan
secara besar-besaran Program Nilam dengan
memastikan semua pelajar terlibat dalam program
pembacaan di sekolah. Melalui bidang kokurikulum pula,
pihak sekolah perlu mengadakan lebih banyak
pertandingan yang menjurus kepada aktiviti membaca
seperti mengulas buku, pertandingan buku skrap dan
sebagainya. Tambahan pula, guru kaunseling juga perlu
mengadakan ceramah dan bimbingan kepada para
pelajar supaya mempraktikkan teknik bacaan yang betul.
(1P)Tegasnya, melalui usaha pihak sekolah, saya yakin
minat membaca akan subur dalam jiwa setiap pelajar bak
kata pepatah “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

37
(1T) Selain pihak sekolah, ibu bapa juga mesti berperanan untuk
memupuk amalan membaca khususnya anak-anak mereka. (1S)
Ibu bapa perlu memainkan peranan kerana ibu bapa
bertanggungjawab secara langsung untuk mendidik dan
membentuk jati diri anak-anak semenjak mereka masih kecil bak
kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. (3H)
Antaranya, ibu bapa mestilah menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak dengan membudayakan amalan membaca
di rumah kerana orang tua-tua pernah mengingatkan “Bagaimana
acuan begitulah kuihnya”. Di samping itu, Ibu bapa boleh
menyediakan perpustakaan mini di rumah dan menyediakan
jadual harian untuk anak-anak membaca. Seterusnya, ibu bapa juga
perlu membawa anak-anak ke pesta-pesta buku dan kedai-kedai
buku bagi membolehkan anak-anak memilih bahan bacaan
mengikut citarasa mereka. (1P) Apa yang pastinya, usaha murni ibu
bapa ini akan menyuburkan minat anak-anak untuk menjadikan
amalan membaca sebagai budaya hidup mereka.

38
PANDUAN MENULIS KESIMPULAN
Kesimpulan mestilah mengandung 3 elemen iaitu
saranan, harapan dan seruan seperti contoh di
bawah:

Secara tuntasnya, amalan membaca yang


merupakan indikator utama ke arah melahirkan
masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang
mestilah digerakkan oleh semua pihak di negara ini.
Ingatlah, kita tidak mungkin dapat mendepani
gelombang maklumat yang melanda dunia pada
masa ini seandainya masyarakat masih terlena
dalam kepompong zon selesa!

39
SEMINAR BAHASA MELAYU
KERTAS 2
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2009

40
Soalan 1 (Rumusan 30 markah)
– 40 minit
Soalan 2 (Pemahaman 35 markah)
– 60 minit / 4 bahagian / 3 soalan
Soalan 3 (Tatabahasa 30 markah)
– 40 minit / 5 bahagian
Soalan 4 (Novel 15 markah)
– 10 minit

41
 Markah penuh 30 dibahagikan kepada:
Isi - 20 markah
Bahasa - 10 markah

Panduan mengira perkataan

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:


- nama khas (Kota Bharu)
- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)
- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)
- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran (Yang Amat Berhormat)

 Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang


selebihnya tidak akan diperiksa.
 Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah. 42
1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan
membincangkan…

2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan


membincangkan…

3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan


Contoh sinonim:

 kesan/akibat/implikasi
 langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi
 masalah/halangan/kekangan
 faedah/kepentingan/manfaat/
 kebaikan/keistimewaan
 Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab
 Tujuan/matlamat/objektif
 Ciri-ciri/kriteria

43
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa
lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat
terhadap bidang penerokaan angkasa lepas. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
[SPM NOV 2008]
Subjek : Petikan membincangkan
Sinonim : kepentingan
Tema : penerokaan angkasa lepas
sasaran : dalam kalangan rakyat
Lokasi : Malaysia

Contoh Pendahuluan:
Petikan membincangkan kepentingan penerokaan
angkasa lepas dalam kalangan rakyat Malaysia.
44
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang faedah membaca dan cara-cara
menggalakkan budaya membaca dalam kalangan
masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan [SPM JUN 2008]

Rumus:
Subjek + sinonim + tema + sasaran + lokasi

Contoh Pendahuluan:
Petikan membincangkan manfaat membaca dalam
kalangan masyarakat di Malaysia.

45
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara
untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan
angkasa lepas. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan

PERENGGAN 1:

Pembabitan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas


bermula pada awal 1980-an sedangkan bidang tersebut telah
diceburi lebih awal lagi oleh sesetengah negara lain. Pada mulanya
rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada penglibatan dalam
bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos tinggi
yang dilaburkan. Walau bagaimanapun, persoalan ini telah
terjawab apabila Malaysia diakui sebagai antara negara yang
memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia.

S1 Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem


komunikasi yang terbaik di dunia
46
Belakangan ini, Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang
tersebut apabila melaksanakan program penghantaran angkasawan
pertama ke angkasa lepas melalui kerjasama dengan beberapa buah
negara lain. Pemilihan calon angkasawan pertama negara tidak
menghadapi sebarang masalah kerana ramai peserta telah menawarkan
diri untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri daripada pendidik,
doktor, jurutera, saintis dan juruterbang. Kejayaan program ini
memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam
bidang penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga, negara dapat
menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah
maju dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung, kerjasama dengan
negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara
mereka bekerja dalam bidang tersebut.

S2 memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam
bidang penerokaan angkasa lepas

S3 negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara


yang sudah maju dalam bidang tersebut

S4 kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia


mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut
47
Masyarakat, pada suatu ketika dahulu ragu-ragu akan
manfaat penerokaan angkasa lepas, kini menerima hakikat
bahawa sistem komunikasi yang semakin canggih ialah hasil
daripada penerokaan angkasa lepas. Kecanggihan sistem
komunikasi ini, seperti penggunaan Internet, telah
menyebabkan bidang perniagaan dan pemasaran semakin
meluas. Kita boleh mencontohi negara-negara maju yang
menggunakan Internet untuk tujuan penyelidikan dalam
pelbagai bidang. Selain itu, peluang pekerjaan dan
perkhidmatan turut berkembang seiring dengan
perkembangan sistem komunikasi ini.

S5 sistem komunikasi yang semakin canggih

S6 bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas

S7 peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang


48
Satu lagi bukti pembabitan Malaysia dalam bidang angkasa lepas
ialah pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas. Menerusi
pelancaran satelit ini, sistem komunikasi negara terus berkembang
maju yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat.
Kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam sekitar
dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit.
Sesungguhnya, kejayaan dalam penerokaan angkasa lepas ini
bukan sahaja dapat memperluas bidang tersebut, tetapi turut
memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain
seperti pendidikan, penyelidikan dan perubatan. Program
penerokaan angkasa lepas ini mempunyai peluang yang cerah
untuk berkembang pada masa hadapan. Oleh sebab itu, langkah
yang sistematik harus diambil supaya pada suatu hari nanti
Malaysia dapat melahirkan lebih banyak angkasawan bagi
membuktikan kehebatan negara dalam bidang angkasa lepas.

S8 kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam


sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui satelit [SBB]

S9 memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain

S10 dapat melahirkan lebih banyak angkasawan


49
S1 Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki sistem komunikasi yang terbaik di dunia

S2 memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang penerokaan angkasa
lepas

S3 negara dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam
bidang tersebut

S4 kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka
bekerja dalam bidang tersebut

S5 sistem komunikasi yang semakin canggih

S6 bidang perniagaan dan pemasaran semakin meluas

S7 peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang

S8 kerja-kerja pemetaan, pengawalan dan pemantauan alam sekitar dapat dilakukan dengan lebih mudah
melalui satelit [SBB]

S9 memberikan suntikan dalam perkembangan bidang-bidang lain

S10 dapat melahirkan lebih banyak angkasawan


50
KESIMPULAN RUMUSAN

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama


untuk menyokong penerokaan angkasa lepas supaya
wawasan negara akan tercapai.

51
Petikan membincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas
dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antaranya ialah Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki


sistem komunikasi yang terbaik di dunia. Negara dapat menjalin
kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam
bidang tersebut. Kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan
rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut.
Sistem komunikasi semakin canggih. Bidang perniagaan dan pemasaran
semakin meluas. Peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang.

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menyokong


penerokaan angkasa lepas supaya wawasan negara akan tercapai.
[84 patah perkataan]

52
ISI TERSIRAT:
CARA=CARA MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP
PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

T1 Media massa menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan


bidang angkasa lepas

T2 Pihak sekolah menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam


bidang angkasa lepas

T3 Pertubuhan NGO menubuhkan kelab-kelab penerbangan

T4 Kerajaan menganjurkan pertandingan menulis artikel yang berkaitan


dengan bidang angkasa lepas

T5 Galakan ibu bapa

T6 Kerajaan menganjurkan pameran aeroangkasa lebih kerap di seluruh


negara.

53
T1 Media massa menyiarkan artikel-artikel yang berkaitan dengan
bidang angkasa lepas

T2 Pihak sekolah menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam


bidang angkasa lepas

T3 Pertubuhan NGO menubuhkan kelab-kelab penerbangan

T4 Kerajaan menganjurkan pertandingan menulis artikel yang


berkaitan dengan bidang angkasa lepas

T5 Galakan ibu bapa

Cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang


penerokaan angkasa lepas ialah media massa menyiarkan artikel-
artikel yang berkaitan dengan bidang angkasa lepas dan pihak
sekolah menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang
angkasa lepas. Seterusnya, galakan ibu bapa juga penting.
[35 patah perkataan]

54
Petikan membincangkan kepentingan penerokaan angkasa lepas
dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antaranya ialah Malaysia diakui sebagai antara negara yang memiliki


sistem komunikasi yang terbaik di dunia. Negara dapat menjalin
kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam
bidang tersebut. Kerjasama dengan negara-negara terbabit membolehkan
rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang tersebut.
Sistem komunikasi semakin canggih. Bidang perniagaan dan pemasaran
semakin meluas. Peluang pekerjaan dan perkhidmatan turut berkembang.

Cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang


penerokaan angkasa lepas ialah media massa menyiarkan artikel-artikel
yang berkaitan dengan bidang angkasa lepas dan pihak sekolah
menghebahkan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang angkasa lepas.
Seterusnya, galakan ibu bapa juga penting.

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menyokong


penerokaan angkasa lepas supaya wawasan negara akan tercapai.
[119 patah perkataan]

55
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat
sendiri.

2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang


sempurna/lengkap

3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan


jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja

56
SOALAN 2 MARKAH
Markah Deskripsi
2 markah - Jawapan tepat mengikut kontek/isi cukup dan ayat gramatis
1 markah - Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup.

0 markah - Jawapan tidak tepat/salah.

SOALAN 3 MARKAH
Markah Deskripsi
3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.
2 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis

1 markah - Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis.


0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat
gramatis.

SOALAN 4 MARKAH
Markah Deskripsi
4 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis.

3 markah - Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.


2 markah - Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis.
1 markah - Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis.
0 markah - Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis.
57
(i) Berikan maksud rangkai kata memberikan impak. [2 markah]

Rujuk kepada petikan:


Belakangan ini, Malaysia terus mengorak langkah dalam bidang tersebut apabila
melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas
melalui kerjasama dengan beberapa buah negara lain. Pemilihan calon
angkasawan pertama negara tidak menghadapi sebarang masalah kerana ramai
peserta telah menawarkan diri untuk menyertainya. Calon-calonnya terdiri
daripada pendidik, doktor, jurutera, saintis dan juruterbang. Kejayaan program
ini memberikan impak yang besar kepada negara untuk terus maju dalam bidang
penerokaan angkasa lepas. Melalui program ini juga, negara dapat menjalin
kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara yang sudah maju dalam bidang
tersebut. Secara tidak langsung, kerjasama dengan negara-negara terbabit
membolehkan rakyat Malaysia mencontohi cara mereka bekerja dalam bidang
tersebut.

Skema:
- Meninggalkan/menghasilkan/menimbulkan kesan/faedah/pengaruh

Contoh jawapan:
Maksud rangkai kata tersebut ialah meninggalkan kesan
58
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan
penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas?

Nyatakan bukti-bukti tersebut [3


markah]

Skema:
- Pembabitan bermula pada awal 1980-an
- Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa
- Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa
- Menjalin kerjasama dengan negara-negara yang terlibat

Antara bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang


penerokaan angkasa lepas ialah pembabitan bermula pada awal 1980-an.
Seterusnya, melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke
angkasa. Selain itu, pelancaran tiga buah satelit ke angkasa.

59
(iii) Sebagai murid yang berwawasan, jelaskan persediaan-persediaan yang perlu
anda lakukan supaya terpilih sebagai calon angkasawan pada masa akan
datang.
[4 markah]

Skema:
- Persediaan dari segi fizikal – sihat tubuh badan
- Memperoleh pelbagai maklumat yang berkaitan dengan angkasawan
- Persediaan dari segi mental – sedia bersaing, emosi yang stabil, sanggup
berkorban
- Disiplin diri yang tinggi
- Menyertai pertubuhan yang berkaitan dengan angkasa lepas
- Menceburi jurusan yang berkkait dengan aeroangkasa

Persediaan yang perlu saya lakukan ialah dari segi fizikal iaitu sihat
tubuh badan . Selain itu, saya perlu memperoleh pelbagai maklumat
yang berkaitan dengan angkasawan. Seterusnya, saya perlu persediaan
dari segi mental iaitu sedia bersaing dan emosi yang stabil. Saya juga
perlu menceburi jurusan yang berkait dengan aeroangkasa.

60
Soalan 2 (b) SPM 2008
Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua
persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen
[4 markah]

Skema;
satu persoalan dalam petikan
- kesan buruk peperangan kepada masyarakat dan negara [Jepun]
- tanggungjawab sesama insan [JJ menjaga Deliah]
- keakraban dalam persahabatan [JJ dengan Ripin]

dua persoalan dalam keseluruhan cerpen


- kepercayaan kepada unsur-unsur magis
- ketabahan menghadapi cabaran
- keberanian menghadapi musuh
- kezaliman tentera Jepun
- kasih sayang sesama makhluk Tuhan 61
Soalan 2 (d) SPM 2008
Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam puisi tersebut
[4 markah]

Skema;
dua nilai kemanusiaan
- bersyukur : Tetapbersyukur dengan takdir yang tuhan tentukan
- berbudi bahasa : Mengajak tetamu makan bersama-sama
- memberi nasihat : Menasihati orang yang akan merantau
- Berdikari : Pandai menyesuaikan diri

62
SOALAN 3(a)
Peringatan:
1. 1 markah setiap ayat yang betul
2. Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah
3. Kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca tolak ½
markah bagi keseluruhan soalan.
4. Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau
nama khas, 0 markah.
5. Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya
lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat,
dipertimbangkan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi
tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah setiap ayat

63
(i) Suka duka
(ii) Baik buruk
(iii) Penat lelah
(iv) Melayari laman web
(v) Pembangunan mesra alam
(vi) Semangat setia kawan [SPM NOV 2008]

64
CONTOH JAWAPAN MARKAH PENUH

Soalan 3 (a)

(i) Novel tersebut menceritakan suka duka Ana sebagai anak yatim
piatu.

(ii) “Baik buruk lelaki itu, dia tetap abah kamu,” kata Pak Long
kepada Leha.

(iii) Penat lelah Ali bekerja siang dan malam membuahkan hasil
apabila dia mendapat tawaran kenaikan pangkat.

(iv) Nini melayari laman web kesihatan untuk mencari maklumat


mengenai penyakit barah otak.

(v) Wakil rakyat di kawasan itu menggalakkan pembangunan mesra


alam agar kemajuan dapat dicapai tanpa merosakkan alam
sekitar.

(iv) Semangat setia kawan dapat dipupuk dalam diri pelajar melalui
aktiviti kokurikulum.
65
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +
Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)

(i) Baju sutera ini untuk ibu


(ii) Kuda putih itu berlari pantas.
(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(v) Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung
minggu ini.
(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK
Seri Murni.

66
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan
dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

Sebagai masyarakat yang menyintai keamanan dan


kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin
terhadap nasib rakyat negara yang di landa bencana.
Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan
diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan
kewangan dan mengembleng tenaga dalam
memperjuangkan keamanan sejagat.
[6 markah]
67
Soalan 3 (c)
Ejaan
perihatin - prihatin
di landa - dilanda
tersiksa - terseksa

Imbuhan
menyintai - mencintai
menghulur - menghulurkan
mengembleng - menggembleng

68
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung


Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat
keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

ii. Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan
secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

iii. Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur


Semenanjung Malaysia mendung manakala di lain-lain kawasan
cuacanya cerah.
[6 markah]

69
Soalan 3 (d)

(i) dimansuhkan - ditangguhkan


supaya - untuk

(ii) berhemah - berhemat


diperoleh oleh saya - saya peroleh

(iii) menganggarkan - meramalkan


di lain-lain kawasan - di kawasan-kawasan lain

70
Peringatan
1. Peribahasa mesti lengkap dan tidak
ditokok tambah.
2. Kesalahan ejaan atau bahasa ditolak ½
markah daripada keseluruhan.

71
Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini
supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

i. bagai menatang minyak yang penuh

ii. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

iii. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.


[6 markah]

72
Soalan 3 (e)

(i) Dinie dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh kedua-
dua ibu bapanya kerana dia merupakan anak tunggal mereka.

(ii) “Orang yang baik, walau ke mana pun dia pergi pasti akan
diterima oleh masyarakat, seperti pepatah benih yang baik jatuh
ke laut menjadi pulau,” pesan ibu kepada Kak Long.

(iii) Ramli sering mengingatkan pekerjanya bahawa keuntungan


yang diperoleh oleh syarikat akan dikongsi bersama, begitu juga
dengan kerugian yang dialami seperti pepatah hati gajah sama
dilapah hati kuman sama dicecah.

73
4 (a) Bahagian permulaan sesebuah novel memainkan peranan yang penting
kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab
bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.
[7 markah]

Soalan 4(a)

- Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.


- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap (bentuk karangan)
- Berikan 2 markah untuk 1 sebab/alasan yang lengkap/jelas
- Berikan 1 markah untuk 1 sebab yang kurang lengkap/kurang jelas
- Markah isi maksimum 4 markah
- Markah bahasa maksimum 3 markah
- Markah bahasa diberikan secara impression
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah
- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk
bahasa. Markah bahasa tidak melebihi markah isi.
- Calon tidak menjawab 0 markah
74
Novel yang saya kaji ialah Di Hadapan Pulau karya A Samad
Said.

Antara sebab yang menarik minat saya ialah permulaannya


yang menimbulkan unsur saspens. Permulaan novel
menceritakan hasrat Aziz ingin ke pulau di hadapan
kampungnya. Hasratnya sama ada tercapai atau tidak
membuatkan saya ingin meneruskan pembacaan.

Selain itu, permulaan novel ini menceritakan serba sedikit


mengenai pulau di hadapan kampung Aziz. Gambaran Aziz dan
pendudukkampung mengenai pulau itu menjadi misteri dan saya
tertarik untuk membaca novel ini. Kesahihan kewujudan orang
Jakun ataupun pertapa dipulau tersebut masih samar dan
membuatkan saya ingin meneruskan pembacaan.

75
(b) Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar
masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.
[8 markah]

Soalan 4(b)

- Jawapan berdasarkan dua daripada novel yang dipelajari.


- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
- Berikan 1 markah untuk 1 konflik setiap watak dalam setiap novel
- Berikan 2 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang dihuraikan
dengan lengkap dalam setiap novel
- Berikan 1 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang tidak
dihuraikan dengan lengkap dalam setiap novel
- Huraian tanpa menyatakan konflik berikan 0 markah
- Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)
- Markah bahasa maksimum 2 markah
- Markah bahasa diberikan secara impression
Baik = 2 markah
Lemah = 1 markah
- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk
bahasa
- Calon tidak menjawab 0 markah 76
Dua buah novel yang saya kaji ialah Di Hadapan Pulau karya
A Samad Said dan Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji
Muhammad.

Persamaan latar masyarakat ialah tolong menolong. Dalam


novel Di Hadapan Pulau, Syed Fikri dan penduduk kampung
bersama-sama membina shelter. Dalam novel Putera Gunung
Tahan, orang Sakai membantu Perempuan Tua ketika melahirkan
anak di dalam hutan.

Perbezaan latar masyarakat ialah dari aspek pegangan agama.


Dalam novel di Hadapan Pulau, Rosiah sanggup menggadai
maruah untuk mendapatkan bekalan makanan kerana longgarnya
pegangan agama. Berbeza dengan Perempuan Tua dalam novel
Putera Gunung Tahan yang kuat pegangan agamanya dan
mengajar agama Islam kepada orang Sakai.

77
SEKIAN
TERIMA KASIH

78

You might also like