You are on page 1of 3

1.

Perancangan Projek

Perancangan projek ini telah disusun mengikut aktiviti-aktiviti yang telah dirangka berdasarkan
objektif yang telah ditetapkan. Pembangunan sistem maklumat ini dibuat menggunakan
metodologi Kitar Hayat Pembangunan Sistem atau System Development Life Cycle (SDLC).
Penggunaan SDLC dapat memastikan sistem yang dibangunkan untuk sesebuah organisasi
berupaya memenuhi objektif-objektif yang ditetapkan dan mematuhi keperluan semasa yang
dirancang (Usdoj, 2006).
i.

Peringkat 1 : Perancangan projek


Dalam peringkat ini, masalah dan isu akan dikenalpasti dan dikaji dengan lebih teliti dan
terperinci. Seterusnya, objektif, skop, kepentingan dan jangkaan projek akan ditentukan
berdasarkan masalah dan isu yang telah dikaji. Jadual pelaksanaan atau carta Gantt akan
dibangunkan bagi memudahkan fasa-fasa yang seterusnya berjalan lancar sehingga
sistem ini berjaya dibangunkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

ii.

Peringkat 2 : Kajian literitur


Kajian literatur akan menjurus kepada mengkaji hasil-hasil penulisan seperti buku, jurnal,
tesis pelajar yang lalu, ataupun dari Internet untuk mendapat maklumat yang berkaitan
dengan pembangunan sistem ini. Penyelidikan dilakukan bagi memudahkan lagi
pemahaman terhadap projek yang akan dijalankan dan sistem yang ingin dibangunkan.
Ianya merujuk kepada aktiviti penelitian dan penyelidikan terhadap topik-topik yang
berkaitan mengenai sistem yang akan dibangunkan.

iii.

Peringkat 3 : Pengumpulan maklumat dan analisa maklumat


Dalam bahagian ini, proses pengumpulan maklumat mengenai sistem sedia ada akan
dilakukan dengan menemuduga dan soal selidik pengurus dan pekerja serta pelanggan.
Selain itu, analisa dokumen juga dilaksanakan bagi memahami aliran maklumat dalam
organisasi. Antara maklumat yang dikumpulkan ialah maklumat borang tempahan atau
pelanggan. Selain itu, bahagian ini juga akan menentukan metodologi yang akan
digunakan dan keperluan sistem juga akan dikonklusikan.

iv.

Peringkat 4 : Pembangunan dan pengujian sistem

Dalam peringkat ini, pembangunan sistem akan dilaksanakan berdasarkan keperluan


sistem dan carta Gantt yang telah dibuat. Selepas mendapat maklumbalas dari pengguna,
pembangun sistem akan mengulangi langkah-lagkah analisa, rekabentuk, dan
implementasi supaya dapat memperbaiki lagi prototaip sistem seperti yang dicadangkan
oleh pengguna. Proses pembangunan sistem ini akan berulang sehingga pengguna
berpuas hati dengan sistem tersebut. Setelah sistem siap dibangunkan, pengujian sistem
akan dilaksanakan bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik. Setiap
keputusan pengujian akan diteliti dan dikaji bagi meningkatkan keberkesanan sistem ini.
v.

Peringkat 5 : Kesimpulan dan cadangan


Akhirnya, peringkat akhir ini akan membincangkan cadangan dan kesimpulan untuk
projek ini. Tambahan pula, cadangan lanjutan projek yang berkaitan dan hadnya juga
akan dinyatakan.
1.8

Metodologi Projek

Model prototaip digunakan dalam pembangunan sistem ini. Proses pembangunan sistem boleh
dimulakan walaupun hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang keperluan sistem. Dengan
itu proses pembangunan sistem boleh dimulakan dari peringkat awal lagi (Salleh, 2007). Model
ini adalah berdasarkan kepada pepatah, tiada siapa yang akan membuat perkara itu dengan
betul pada kali pertama (Satzinger et al, 2002). Rajah 1.1 menunjukkan rangka kerja bagi model
prototaip yang dikemukan oleh Dennis et al (2005).

Rajah 1.1: Model Prototaip (Dennis et al, 2005)

You might also like