You are on page 1of 2

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMANASAN GLOBAL

Apakah pemanasan global? Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap penjuru dunia ini tentang isu pemansan global. Tetapi adakah kita tahu apa
itu pemanasan global? Pemanasan global ialah keadaan dunia yang mengalami peningkatan
suhu yang tinggi dan mendadak berbanding dengan suhu normal. Menurut suatu kajian yang
telah dilakukan, suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadar berbeza mengikut benua dan
kawasan tertentu. Jangan terkejut jika perubahan iklim yang biasanya berlaku dalam tempoh
10,000 tahun, tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jaraknya
hanya 2 generasi sahaja.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita, manusia sendiri yang
menyebabkan berlakunya pemanasan global. Penebangan hutan tanpa kawalan, merupakan
salah satu factor yang menyebabkan pemanasan global. Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan
dan kegunaan, seperti pertanian, serta pembangunan. Penebangan hutan tanpa kawalan bukan
sahaja menyebabkan kemusnahan habitat haiwan liar, tetapi mencenderung berlakunya
pemanasan global. Apabila seseorang itu mengatakan “penebangan hutan” tentu sekali
gambaran pertama yang menerpa minda kita ialah pokok-pokok dihutan ditebang oleh pekerja-
pekerja buruh. Oleh itu, penebangan hutan menyebabkan tumbuh-tumbuhan yang membantu
menstabilkan suhu bumi berkurangan. Hal ini seterusnya meninggalkan kesan apabila
kandungan gas karbon dioksida (CO2) dalam atmosfera bumi meningkat serta kurangnya
kelembapan yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan. Udara yang kurang lembap tidak akan
membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Tentu sekali kesan negatif itu membawa ke
pemanasan global.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, kita dapat menyaksikan
betapa banyak kenderaan yang melalui jalan raya. Memang saya akui bahawa hal ini
membuktikan bahawa negara itu semakin maju, tetapi cuba bandingkan keadaan udara pada
tahun 50-an atau 60-an yang mempunyai kuantiti kenderaan yang kecil dengan sekarang yang
kenderaannya seperti air sungai yang mengalir tidak henti-henti. Kita dapat konklusikan bahawa
semakin meningkat jumlah kenderaan, semakin bertambah pelepasan asap kenderaan ke
atmosfera. Pelepasan asap kenderaan membebaskan gas hidrokarbon, gas karbon dioksida dan
gas karbon monoksida ke atmosfera yang tinggi. Kesan pelepasan gas asap kenderaan ini lebih
terasa di bandar jika dibandingkan dengan di kawasan luar bandar atau kampung. Hal ini
menyumbang kepada berlakunya jerebu. Jerebu berlaku akibat daripada terdapat banyak debu,
asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara. Fenomena ini boleh
mengurangkan jarak penglihatan penglihatan manusia sekurang-kurangnya 2 meter. Pelepasan
asap kenderaan juga secara tidak langsung menyebabkan berlaku pulau haba bandar.
Fenomena atmosfera ini berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan
bandar yang mempunyai jumlah kenderaan yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya.
Hasil kedua-dua fenomena atmosfera ini ialah pemanasan global.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pelepasan asap dari kilang dan
pembakaran terbuka semakin berlaku. Kilang yang dibangunkan semakin bertambah mengikut
pembangunan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara itu. Asap yang dilepas dari kilang
mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Gas-gas ini bertindak balas dengan wap
air yang terkandung dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia
dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh-tumbuhan, merosakkan cat
binaan dan kenderaan, mencemarkan air serta mengancam hidupan air. Kehidupan manusia
terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid. Pembakaran terbuka kebanyakannya berlaku
di kawasan pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasa industri dan tapak pembinaan, sisa
perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Pembakaran terbuka juga akan
mendorong berlakunya jerebu. Akhirnya, kejadian ini juga berakhir dengan pemanasan global.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, rakyat perlulah berganding bahu
menanggani masalah pemanasan global ini. Fenomena negatif ini meninggalkan kesan kepada
semua manusia di atas bumi ini, bahkan kesemua hidupan di bumi ini. Kesihatan juga akan
terjamin. Jika tidak pun, fikirkanlah tentang generasi yang akan datang, adakah anda ingin
memberi mereka keadaan alam sekitar yang sudah musnah? Adakah anda ingin mereka
menunding jari ke arah anda dan menyatakan “Generasi sebelum ini yang menyebabkan
keadaan sebegini berlaku”? Tentu, tidak. Oleh itu, janganlah membazir masa kerana kekayaan
yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kesihatan yang hilang boleh
diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
Jika semua rakyat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurh sama dituruni, insya-
allah masalah ini dapat diatasi.

(4, 117 patah perkataan)

You might also like