You are on page 1of 5

KANDUNGAN

Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21


Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru
Kesinambungan PPPM : Pendidikan Prasekolah hingga
Lepas Menengah (2013-2025) ke Pengajian Tinggi
(2015-2025)

Guru Abad Ke-21


Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal
insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara
maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh
semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan
komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat
mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti
dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian
Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti
dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.

Guru: Kementerian akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan terbeza
dilaksanakan secara berkesan di dalam bilik darjah
(PPPM 5-2)

Kualiti guru merupakan faktor penentu di peringkat


sekolah yang paling penting bagi keberhasilan murid.
Salah satu kajian yang menarik pada pertengahan
1990-an menunjukkan bahawa dua orang murid sebaya
dengan prestasi sederhana yang diajar oleh dua orang
guru yang berbeza berbeza prestasi telah menunjukkan
prestasi pencapaian akademik yang juga beza dalam
tempoh tiga tahun.
(PPPM 5-2)

Dapatan kajian mengenai kualiti guru sememangnya sudah dijangka dan membuktikan bahawa peranan dan
kualiti guru amat besar kesannya terhadap keberhasilan murid. Malah pernah dinyatakan oleh Barber dan
Mourshed (2007) dalam bukunya How the Worlds Best Performing Systems Come Out on Top bahawa kualiti
sesuatu sistem sekolah (pendidikan) tidak boleh melebihi kualiti gurunya. Hakikat bahawa sebaik mana kualiti
sesuatu sistem pendidikan itu dirangka dan dibangunkan tidak memberi sebarang makna jika kualiti individu
guru itu sendiri tidak terlebih dahulu dipertingkatkan dari aspek komitmen dan kompetensi. Menyedari
peranan penting dan perlunya semangat kebersamaan dalam kalangan warga guru untuk menjayakan agenda
transformasi pendidikan negara, ANJAKAN Bil. 5/2015 akan berkongsi maklumat ciri-ciri guru yang cemerlang
dengan ciri-ciri unggul bagi mendepani cabaran pembelajaran Abad ke-21.

Cabaran Guru Abad ke-21


Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai
ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau.
Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk
melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam
komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan
objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih
dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran
dengan berkesan.
Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu. Muridmurid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih
mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai
guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang
tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.

Menguasai subjek iaitu


kandungan kurikulum

Menggunakan
teknologi terkini

Memiliki kemahiran
0
kaunseling

Anjakan Bilangan 5/2015

Mahir dan berketerampilan


dalam pedagogi

Ciri-ciri Guru
Abad 21

Memahami
perkembangan
murid dan menyayangi
mereka

Memahami psikologi
pembelajaran

Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru


Guru-guru Abad Ke-21 perlu menguasai kepakaran berikut dalam menguruskan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
Menguasai ilmu / Subjek / Isi Kandungan
Pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman guru perlu
diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap
dalam proses P&P yang lebih berkesan

Menguasai Pedagogi Abad ke-21


Berkemahiran menggunakan teknologi maklumat dan media
dalam PdP dan mengaplikasikan serta menyesuaikan dengan
pedagogi serta konsep/ teknik pembelajaran Abad Ke-21

Menguasai Kemahiran Mengesan Perkembangan Murid dan


Pencapaian Serta Menyokong Mereka
Mempunyai kemahiran merancang program bagi menyokong
dan membantu perkembangan murid melalui strategi
Sharply focused, Deep Dive, analisis data, mempelbagaikan
kaedah/ aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah.

Menguasai Kemahiran Psikologi Pembelajaran


Guru berkebolehan memahami bertingkah laku setiap
murid bagi memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan
murid-murid seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi
dan lain-lain serta menghubungkaitkan dengan proses PdP
dalam bilik darjah.

Memiliki Kemahiran Kaunseling


Mempunyai kemahiran asasdalam bidang kaunseling dalam
PdP untuk menggalakkan dan dan meningkatkan potensi
murid serta mendorong murid supaya lebih yakin dengan
keupayaan sendiri

Kemahiran Penggunaan Media dan Teknologi Maklumat


Terkini
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti PdP di bilik darjah

Anjakan Bilangan 5/2015

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - Pengajian Tinggi

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia pada 10 April 2015. PPPM (PT) merupakan kesinambungan dari segi matlamat, aspirasi dan
penyampaian pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) daripada Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah
diikuti PPPM (Pengajian Tinggi) terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan
seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Kedua-dua pelan ini berfokus untuk membangunkan kemahiran
khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid dan mahasiswa bagi membolehkan mereka menerajui
pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.
Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi merealisasikan
Aspirasi Murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah disesuaikan dengan keperluan masa hadapan, justeru pedagogi guruguru ditingkatkan untuk mengamalkan pembelajaran abad ke 21. Buletin Anjakan berkesempatan meninjau
pendapat murid, guru dan ibu bapa dari beberapa sekolah di negeri Kelantan baru-baru ini.

Pembelajaran Aktif di Bilik Darjah


SK Kebakat, Kota Bharu
Kami diberi penerangan tentang PPPM 2013-2025 secara berterusan oleh Guru
Besar dalam setiap mesyuarat, dan maklumat ini diperkukuh dalam Sudut PPPM dan
Buletin Anjakan KPM. Sebagai guru kami sedar bahawa untuk menyediakan murid
menghadapi cabaran masa hadapan, kita perlu memberi lebih ruang dan peluang
untuk murid memperkembang bakat dan potensi mereka melalui aktiviti di dalam bilik
Saya seronok ke sekolah! SK Kebakat
darjah. Dalam subjek Matematik, saya memberi peluang kepada murid untuk
melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan di mana mereka akan membuat
pembentangan secara kumpulan dan melakukan sendiri tugasan yang diberi. Sebagai
contoh, satu aktiviti Matematik akan melibatkan murid seramai enam orang satu
kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tahap. Saya tetapkan salah seorang daripada
mereka sudahpun dapat menguasai topik tersebut supaya dapat membantu rakan
yang lain. Dengan cara ini murid dapat bekerjasama dan saling membantu untuk
menjayakan aktiviti tersebut. Cara ini juga akan memudahkan guru membuat
pentaksiran untuk menentukan Band pencapaian murid.
Pn Wan Asmah Wan Hassan,
Guru Matematik

Anjakan Bilangan 5/2015

Saya Seronok ke Sekolah! SK Kebakat, Kota Bharu


Saya suka belajar Matematik kerana ada banyak aktiviti kumpulan yang kami boleh
buat. Contohnya semasa belajar pecahan, kami bawa bahan dari rumah dan bila belajar
bahagi, saya bawa roti dan rakan-rakan pula bawa bahan lain; jadi seronok sebab kami
buat sendiri. Kami juga bincang dalam kumpulan dan buat pembentangan; contohnya
bagaimana nak tukarkan pecahan kepada perpuluhan menggunakan peta titi seperti
dalam i-Think. Sekarang saya rasa tak sabar nak ke sekolah sebab suka belajar dalam
kumpulan, boleh bincang belajar lebih seronok!
Nordini Safarini,
Tahun 5

Program Guru Muda: SMK Sultanah Zainab 1


Di dalam kelas sekarang kami belajar lebih seronok kerana kami boleh menjalankan aktiviti berkumpulan,
bertukar fikiran, berbincang dan ada masanya berpeluang menilai kerja rakan-rakan. Proses pembelajaran
seperti ini dapat menghasilkan murid yang berkualiti kerana terdapat perubahan dari segi guru mengajar. Di
dalam kelas saya, beberapa orang murid telah dipilih untuk menjadi Guru Muda mengikut subjek bagi
memberi bimbingan kepada rakan-rakan sekelas. Saya sendiri terpilih untuk menjadi Guru Muda subjek
Matematik, maka saya berpeluang untuk menerangkan kepada rakan-rakan sekelas tentang langkah-langkah
penyelesaian dalam algebra, contohnya. Saya rasa gembira dan bangga kerana dapat membantu rakanrakan, dan saya juga dapat belajar daripada mereka.
Wan Naili Najihah,
Murid Tingkatan 3

Pada mulanya kami ibu bapa diberi penerangan tentang


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3, saya dan
ramai lagi ibu bapa kurang faham tentang perlaksanaannya.
Tetapi apabila saya mendapatkan lebih banyak maklumat,
saya mula faham yang pentaksiran ini lebih baik kerana
murid ditaksir secara berterusan dan menyeluruh. Sebagai
ibu kepada Wan Naili, saya selalu berinteraksi bersamasama anak saya tentang apa yang berlaku di sekolah. Saya
dapati untuk subjek Sains, saya boleh berkongsi
pengetahuan dan pengalaman saya sebagai jururawat; dan
ilmu yang saya kongsikan dengan dia dapat digunakan
dalam aktiviti di dalam kelas. Peranan ibu bapa penting
untuk mengukuhkan apa yang dipelajari di sekolah. Saya
sangat
menyokong
usaha
Kementerian
untuk
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Pn Wan Mahani,
Ibu

Anjakan Bilangan 5/2015

You might also like