You are on page 1of 14

Pemahaman Teks

Praktis PT3

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Berapa jauh wujud dengan sifat,


Sejauh lutut dengan pelipat.
Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Emas, perak, tembaga, suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
(Dipetik daripada antologi
Kuingin Berterima Kasih, halaman 5)

(i) Berikan maksud rangkap kedua Pantun Dua Kerat (Nasihat).

(ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah hidup bekerjasama?

KBAT

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Syair Pohon Buluh

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Menara tinggi banyak bertingkat,


Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata mata menjaga segenap pangkat.
Yang ada sedia panji-panji bendera,
Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.
Selalu dipandang dilihat adanya,
Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.
Ikatnya licin di luar di dalam,
Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,
Ikat tingkatnya tak nampak alam.
(Dipetik daripada antologi
Kuingin Berterima Kasih, halaman 6)

(i) Berdasarkan rangkap ketiga Syair Pohon Buluh, nyatakan cara-cara memupuk semangat perpaduan
dalam sesebuah masyarakat?

(ii) Nyatakan tiga ciri syair berdasarkan syair tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika sesebuah masyarakat itu tidak mengamalkan nilai hidup
bermasyarakat? KBAT

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Kita Umpama Sehelai Daun

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

kita umpama sehelai daun


bertunas segar dihujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari

kita umpama sehelai daun


bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup

andai kikir jasa dan bakti


di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggar kecil tidak berkudrat

jadilah sehelai daun


hijau menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 11)

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun, nyatakan pendapat pengarang
tentang manusia.

(ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut mengamalkan akhlak yang terpuji dalam
kehidupan seharian? KBAT

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Kuingin Berterima Kasih

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Sesekali kuingin berterima kasih


kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah menjadi terpadam.

Sesekali kuingin kalungkan kagum


kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.

Sesekali kuingin menyemai budi


kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.

Sesekali kuingin pula menjadi bunga


menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada kangkuhan perang.

Sesekali kuingin berbisik kepadamu


ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan cerita
nelayan tua di pondoknya.

Alangkah indahnya dunia


andai semua merenung
kekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12)

(i) Berdasarkan sajak Kuingin Berterima Kasih, mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada
hujan, tanah dan ikan?

(ii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai jati diri?

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

KBAT

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Aku

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Tidak ada manusia lain


di pantai ini
kecuali diriku.

Tidak terasa olehku


sentuhan angin ini
bertiup di mana-mana.

Kususur pasir panjang


sambil kubayangkan
aku ini Adam.

Bahkan aku tidak tahu


kulit kerang dan ru
pernah wujud di sini.

Hari inilah aku tercipta


dan pertama kali melihat
laut, langit, dan pohon.

Tuhan
aku percaya Kau Pencipta
kerana aku baru ada.

Kelmarin aku belum ada


tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.

(Dipetik daripada antologi


Kuingin Berterima Kasih, halaman 13)

(i) Berdasarkan sajak Aku, apakah yang dilihat oleh penyajak di pantai itu?

(ii) Nyatakan tema dan dua persoalan sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran laut?

KBAT

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Kunci Bahasa

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Bahasa bermaruah
tidak berbilur bahasa di lidah.
Bahasa berbuah
tidak kering bahasa diperah.
Bahasa bersejarah
tidak luput bahasa bertingkah.
Bahasa berwasilah
tidak putus jambatan ukhuwah.
Bahasa berbudi sudah
tidak lokek pada ummah.
Bahasa begitu indah
tidak habis berbahasa bermadah.
(Dipetik daripada antologi
Kuingin Berterima Kasih, halaman 15)

(i) Berdasarkan rangkap ketiga, keempat, dan kelima sajak Kunci Bahasa, apakah ciri-ciri bahasa yang
dinyatakan oleh penyajak?

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa sajak tersebut.


(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa?

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

KBAT

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Asal Padi

Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


Berkata lagi tuannya, Jikalau demikian, pergilah engkau bersama-sama dengan Si Tekuri.
Jikalau nanti ternyata bahawa di bumi ada padi, maka Si Tekuri akan membunuhmu. Akan tetapi
sebaliknya jikalau di bumi masih belum ada padi, maka engkaulah yang membunuh Si Tekuri.

Setelah orang kayangan itu berkata demikian, maka berangkatlah Si Tekuri bersama-sama
dengan burung pipit itu untuk melihat apakah ada padi yang tumbuh di bumi? Mereka pun
sampailah di bumi dan ternyata bahawa laporan Si Burung Pipit itu tidak benar. Ternyata bahawa
di bumi banyak padi yang tumbuh, bahkan sedang berbuah. Mereka bertengkar, lalu berlagalah
burung tekuri dan burung pipit itu. Burung pipit itu kalah, kerana memang ia ada di pihak yang
salah. Kerongkongnya disepit keras-keras, hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya.
Itulah mula sebabnya tembolok burung pipit itu ada di bahagian tengkuknya. Demikianlah cerita
asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi kita ini.
(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 27 28)

(i) Mengapakah Si Tekuri turun ke bumi?

(ii) Nyatakan dua latar tempat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah membaca cerita asal usul?

KBAT

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Oren

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.


Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada
dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren
seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkan
Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu
sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu
mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu
untuk menjadi teman Oren bermain.

Pada mulanya, dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia
melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian,
mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin
tersisih.
(Dipetik daripada cerpen Oren,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 37)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebih
daripada Oren?

(ii) Nyatakan dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara binatang kesayangan?

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

KBAT

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Hadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku)

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja,

Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.

Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu.
Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiah
masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah Sambutan Hari
Guru semakin hampir.

Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke
Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam
tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya
untuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah.

Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya
dua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan
sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa
malu, takut diejek oleh Hamidah nanti.

Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal.
Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya? fikir Azizah.
(Dipetik daripada cerpen Hadiah(atas kejayaan para guru menghasilkan Aku),
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 46)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Azizah sangat risau?

(ii) Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang murid itu dapat mengambil hati guru?

KBAT

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Kuih Bakul Limau Mandarin

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.


Dia anak kita, Sim Pau membalas.

Dia bukan anak aku, Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia
menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersamasama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola
matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.

Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.
Sedikit pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering.
Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.

Anak aku dah meninggal dunia. Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada
sebu menyerbu hatinya. Sim Pau dapat merasainya.

Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang
berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia. Walau apa-apa
pun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.
(Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 55 56)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng itu anaknya?

(ii) Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif mempercayai tilikan?

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

10

KBAT

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Hadiah

Baca drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

HAYATI: (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Apa khabar, mak? Apa khabar, tuk? Ada mak terima
surat Yati?
FAUZIAH: Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balik
hari ini?
HAYATI: Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya.
PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula
orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.
HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?
PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu.
Tuk terangkan masalah kita.
HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk
menolong Yati.
PAK MAIL: Bagulah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.
FAUZIAH: Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur.
HAYATI: Mak dan datuk sudah makan?
FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan
makan kemudian.
(Dipetik daripada drama Hadiah,
antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 70 71)

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk meneruskan
persekolahan Hayati?

(ii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan tinggal di asrama?

11

KBAT

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

Praktis PT3

Novel

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.
(i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I
1. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tema dan contoh-contoh peristiwa yang
menunjukkan tema novel tersebut.


2. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga persoalan dan contoh-contoh yang
sesuai bagi setiap persoalan tersebut.

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

12

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

3. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan
sifat yang terdapat dalam diri watak utama.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, pilih satu watak sampingan dalam novel tersebut
dan huraikan tiga perwatakannya.

13

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut. Berikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat tersebut.

6. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar tempat berserta peristiwa yang berlaku di
situ.


Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

14

You might also like