You are on page 1of 19

Pengenalan

Masalah sosial merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan daripada
berlaku dalam masyarakat pada masa kini. Setiap hari kita dapat melihat di kaca televisyen
dan suratkhabar pendedahan mengenai pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku dalam
masyarakat. Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas, ia bukan hanya mencakup
permasalahan kemasyarakatan tetapi juga yang mencakupi permasalahan dalam
masyarakat yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan masyarakat.
Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang
menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan
masyarakat. Oleh itu masalah sosial boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang
memerlukan penyelesaian bagi keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada sesebuah
masyarakat.
Gejala sosial ataupun masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa kini
berada pada satu tahap yang membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa.
Pelbagai pihak merasa resah dan gelisah dengan gejala berkenaan kerana dalam tempoh
jangka masa yang panjang, ia akan memberi kesan negatif terhadap generasi akan datang.
Masalah ini sering dibicarakan dalam komuniti hari ini, ia tidak sahaja melanda
masyarakat membangun tetapi turut melanda masyarakat yang membangun seperti negara
kita Malaysia. Sekalipun para pemimpin negara mendakwa bahawa masalah sosial berada
pada tahap yang terkawal, tetapi untuk jangka masa yang panjang dan juga untuk masa
depan negara kita, sudah tentu perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ia akan
menjadi satu tragedi yang menakutkan apabila para belia telah mula terperangkan dengan
gejala sosial ini.
Dalam penulisan ini, gejala sosial yang akan dibincangkan secara lebih mendalam
adalah masalah seks bebas yang berlaku pada masa kini, terutamanya dalam negara kita
Malaysia. Gejala seks dalam kalangan remaja terutamanya, amat membimbangkan dan
semakin berleluasa. Menurut satu laporan yang dibuat mengenai fenomena remaja Malaysia
dan seks telah didedahkan oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd yang dibuat oleh durex pada
tahun 2002 keatas 2500 responden lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 18-30 tahun
tanpa mengira bangsa. Dapatan kajian mendapati bahawa, remaja yang berumur lingkungan
18-24 tahun paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata
mereka melakukan seks adalah sebanyak 121 kali setahun atau 3 kali seminggu dan

percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas. (Mohamad Shatar,
2003).
Seks merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan setiap manusia. Tanpa seks
ketamadunan manusia tidak akan berkembang dan kelangsungan generasi kini tidak akan
wujud. Menurut (Alphonsus, 2003), seks dilihat sebagai suatu kuasa dalaman yang utama
dalam mengarah dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Ini bermakna seks juga meliputi
golongan pelajar atau pun remaja. Zaman remaja merupakan salah satu daripada tahap
perkembangan manusia. Masa ini merupakan masa perubahan atau peralihan dari masa
kanak-kanak yang meliputi perubahan biologi, perubahan psikologi dan perubahan sosial.
Disebahagian besar masyarakat, masa remaja bermula pada usia 10 hingga 13 tahun dan
berakhir pada usia 18 hingga 22 tahun. (Notoatmodjo, 2007).
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar atau remaja khususnya semakin
mencabar dengan pelbagai masalah di dalam negara. Gambaran keruntuhan moral dalam
kalangan ahli masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah mahupun remaja digambarkan
menerusi salah laku seks, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana,
penagihan dadah dan sebagainya semakin meningkat.
Penglibatan remaja dalam salah laku seks ini menimbulkan keresahan dan
kebimbangan yang tinggi dalam masyarakat. Kebimbangan ini didasari oelh ketirisan nilai
moral dan akhlak dalam kalangan pelajar yang semakin berleluasa. Pelajar atau remaja
masa kini sudah tidak risau tentang apakah kesan yang bakal mereka hadapi dikemudian
hari apabila terlibat dengan gejala seks bebas tersebut. Menurut (Mariani & Hamidah, 2005),
apa yang lebih membimbangkan peratusan remaja Melayu yang melakukan hubungan seks
bebas juga meningkat sejak sedekad lalu. Majoriti remaja yang terlibat adalah orang melayu
iaitu sebanyak 65%. Malah peratus ini juga menunjukkan mereka adalah yang beragama
islam. Menurut Mariam & Hamidah lagi, amalan hubungan seks ketika usia terlalu muda ini
adalah sangat jelas dan secara perlahan-lahan menunjukkan peningkatan yang ketara.
Walaupun pada dasarnya sudah ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan
perihal salah laku seks dari pelbagai perspektif terutama dalam kalangan pelajar, namun
masih ada yang menganggap ia sesuatu yang tidak manis diperkatakan, terutama oleh
mereka yang belum berkahwin. Walaupun sejak kanak-kanak lagi masyarakat telah
diberitahu bahawa seks adalah satu perkara yang tidak baik melainkan dengan adanya
ikatan perkahwinan yang sah antara dua pasangan lelaki dan perempuan, masih ada juga
yang terlibat dalam seks luar nikah. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pendidikan seks itu
penting dalam kita memimpin anak-anak ataupun pelajar kearah pemikiran dan tingkah laku
positif tentang seks.
2

Faktor-Faktor yang Mendorong Berlakunya Seks


Bebas
Institusi Keluarga

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh (Mohamad Faizal & Mohd Zaki, 2014),
dapatan kajian yang mereka dapati dapat menerangkan dan menunjukkan beberapa faktorfaktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar, ataupun remaja terlibat dalam gejala hubungan
seks yang antaranya ialahm faktor ibu bapa, pegangan agama yang longgar, pengaruh
rakan sebaya dan pengaruh teknologi.
Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal dalam kehidupan seorang manusia
adalah dari ibu bapanya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam mencorak
pembentukan jati diri seseorang manusia. Peranan penting ini tidak boleh diabaikan kerana
kegagalan asas dalam kehidupan seorang manusi banyak bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim yang bermaksud:
Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam
keadaan fitrah(bersih dari sebarang dosa), maka kedua ibu bapanyalah
yang akan menjadikan anak itu sama ada sebagai seorang Yahudi,
Nasrani atau Majusi
Dalam perspektif ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan
dan menanam nilai-nilai serta etika kehidupan yang harmonis. Kegagalan institusi keluarga
yang disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mendidik anak-anak ke arah kehidupan yang tidak
sihat. Sikap ibu bapa yang gagal menjalinkan hubungan yang baik dengan anak mereka
dalam konteks sosial kehidupan seharian akan menjelmakan masalah kekecewaan terhadap
anak itu dan mewujudkan tingkah laku yang negatif dan tekanan psikologikal kepada anak
itu sendiri. Dalam kajian mereka, hubungan yang tidak baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa
telah memberi tekanak emosi yang mendalam kepada anak remaja yang boleh membawa
mereka kepada masalah yang lebih besar ataupun negatif. Dapatan kajian mereka ini selari
dengan kajian yang dijalankan oleh (Mahmood Nazar Mohamed, 1993) yang menyatakan
bahawa tingkah laku negatif dalam kalangan remaja juga disebabkan konflik dan tekanak
psikologikal. Mereka gagal melihat keluarga adalah satu persekitaran yang sihat dan boleh
3

membahagiakan mereka. Punca konflik antara remaja dengan ibu bapa adalah berkaitan
dengan isu interpersonal. Kekurangan dan gangguan interaksi yang berkesan menyebabkan
jiwa remaja memberontak dan boleh mendorong mereka bertingkahlaku yang negatif.
Selain itu, keprihatinan ibu bapa terhadap permasalahan anak mereka juga amat di
perlukan. Perlunya ruang dan masa oleh ibu bapa untuk anak-anak khususnya remaja untuk
membincangkan tentang sesuatu masalah yang dihadapi atau sekadar memenuhi interaksi
sosial antara mereka. Situasi sebegini membolehkan anak-anak khususnya remaja
merasakan kasih sayang ibu bapa dan sekaligus dapat membentuk emosi yang sihat.
Kegagalan institusi rumah tangga khususnya ibu bapa yang gagal merancang dan
mewujudkan situasi yang harmoni dalam sesebuah keluarga akan memberi impak yang
besar walaupun dilihat dari segi mata kasar ianya sesuatu perkara yang mudah. Dapatan
kajian (Mohamad Faizal & Mohd Zaki, 2014) menunjukkan ibu bapa yang tidak meluangkan
masa untuk anak mereka berbincang ataupun mewujudkan suasana kasih sayang dalam
kalangan keluarga akan mewujudkan jurang dan perasaan yang tidak sihat terhadap emosi
remaja. Kegagalan institusi rumah tangga telah membawa berlaku pelbagai keruntuhan
moral seperti lari dari rumah, salah laku seks, pelacuran, buang bayi, vandalisme,
gangsterisme dan sebagainya. Institusi keluarga pada hari ini gagal memainkan peranan dan
fungsi sewajarnya dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi. Kurangnya kasih
sayang sesama keluarga telah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial seperti
sumbang mahram, lari dari rumah dan gejala hubungan seks.
Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting yang lebih menyeluruh untuk
memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang positif. Tetapi ibu bapa
kini terlalu berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Sehinggakan ada
di antara ibu bapa yang menonton video lucah bersama anak-anak dan secara tidak
langsung mereka mendedahkan unsur kelucahan pada anak-anak. Ini menyebabkan anakanak kehilangan contoh ikutan untuk membentuk diri mereka menjadi manusia yang
berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi
perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus
kedalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya
berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi,
vandalisme dan sebagainya.
Walaubagaimanapun masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan
agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum. Ibu bapa umpanya
gagal memberikan pendidikan agama yang sempurna kepada anak-anak seperti tatacara
pergaulan dan berpakaian yang dianjurkan oleh Islam serta perkara-perkara yang dihalal
dan diharamkan dalam agama.
4

Dalam laporan kajian oleh (Haris, 2014) beliau menyatakan kos kehidupan yang
tinggi di bandar, mendorong ibu bapa bekerja lebih masa untuk menampung keluarga.
Keadaan ini menyebabkan tidak banyak masa yang dapat diluangkan oleh ibu bapa kepada
anak-anak, terutamanya anak remaja. Kesibukan dengan tugas harian dan kealpaan
membahagikan masa, ramai ibu bapa tidak dapat memberi perhatian yang sewajarnya
kepada anak-anak mereka. Kesannya ikatan kekeluargaan semakin tipis dan anak remaja
akan mudah terdorong untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Kesibukan ibu bapa dengan tugas harian menyebabkan kurangnya pengawasan mereka ke
atas aktiviti anak, tidak berkesempatan untuk memberi didikan agama asas kepada anak
serta tidak mengambil berat tentang pencapaian akademik anak-anak. Selain itu, ibu bapa
yang mementingkan kerja juga mengabaikan tanggungjawab mereka berkongsi masalah
dengan anak remaja dan menerapkan akhlak mulia dalam diri anak-anak/
Kekurangan pengawasan oleh ibu bapa ke atas anak-anak, terutamanya remaja
memudahkan berlakunya pelbagai bentuk salah laku. (Abd Hadi, 2004). Seterusnya menurut
(Abd Hadi, 2004) lagi, dalam kebanyakan komuniti, penyelewengan yang paling lazim ialah
perbuatan delinkuen, jenayah dan percubaan hubungan seksual antara lelaki dan
perempuan. Ketidakupayaan ibu bapa menguatkuasakan pengawasan ke atas anak-anak ini
mungkin disebabkan oleh faktor seperti tanggungjawab kerja yang berat, ketidakupayaan
akibat daripada umur yang meningkat atau kecacatan fizikal, masalah dalam hubungan
perkahwinan ibu bapa, kedegilan anak dan anak meninggalkan rumah ibu bapa mereka
Tindakan anak remaja meninggalkan rumah ibu bapa mereka dilihat sebagai langkah
permulaan mereka untuk hidup berdikari. Keadaan ini dipermudahkan lagi dengan
terdapatnya tarikan peluang pekerjaan di bandar-bandar besar. Peluang pekerjaan ini telah
mendorong ramai golongan remaja, terutamanya wanita untuk berhijrah ke bandar-bandar
besar. Menurut (Abd Hadi, 2004) pengaruh jarak dari keluarga ini telah memudahkan
keterlibatan remaja, terutamanya wanita untuk terjerumus kedalam kancah maksiat seperti
seks bebas ataupun pelacuran.
Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja.
Kegagalan ibu bapa dalam mendidikan anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka
yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial, terutamanya seks
bebas, dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan
berwawasan (Rohayati Derani, 2004).

Diri Sendiri
Berdasarkan analisis daripada hasil dapatan kajian oleh (Zainudin Sharif &
Norazmah, 2011), didapati faktor utama remaja terlibat dalam masalah sosial adalah
disebabkan oleh keinginan mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka lakukan.
Analisis daripada kajian tersebut juga menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang
agak tinggi jika dibandingkan dengan aspek-aspek yang lain. Penyelidik berpendapat, pada
usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi peningkatan usia, pemikiran dan
keadaan sekeliling. Ketika melalui proses-proses perkembangan pada keadaan sekeliling,
akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah mereka lihat atau alami.
Oleh itu remaja akan mempunyai keinginan untuk mencuba perkara-perkara yang
tidak pernah mereka alami, dalam kajian (Zainudin Sharif & Norazmah, 2011) yang
menjelaskan, pada peringkat usia remaja , mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mendorong wujudnya perasaan ingin tahu di dalam diri mereka, keadaan ini membuatkan
mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh itu,
perasaan ingin tahu yang wujud dalam diri mereka akan mendorong mereka melakukan apa
sahaja tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara-perkara tersebut.
Sebilangan besar responden dalam kajian oleh (Zainudin Sharif & Norazmah, 2011)
adalah remaja yang berumur 17 tahun, dan mereka berpendapat bahawa responden ketika
usia ini berfikiran lebih positif berbanding ketika awal remaja mereka. Mereka akan berusaha
mencari sebab yang munasabah bagi setiap persoalan yang mereka lihat, lantas merekan
akan melakukan apa sahaja asalkan persoalan yang timbul dalam diri mereka terjawab.
Keghairahan mencari musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini suka mencuba
perkara-perkara yang baru. Mereka terus mencuba bagi mencari pengalaman baru
walaupun mereka terpaksa mengalami kegagalan dan kesukaran.
Situasi ini adalah sesuatu keadaan yang baik apabila mereka mengarahkan sifat ini
kearah yang positif. Akan tetapi kajian (Zainudin Sharif & Norazmah, 2011) mendapati
bahawa, responden lebih menggunakan sifat ini kepada perkara yang merugikan iaitu
mencuba perkara-perkara yang tidak elok untuk mengetahui sebab musababnya. Dapatan
kajian mereka juga mendapati bahawa responden terlibat dalam masalah sosial adalah
disebabkan aspek inginkan kebebasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Faktor
ini juga menunjukkan peratusan yang tinggi.
Penyelidik berpendapat, ketika usia remaja mereka akan mula merasakan apa yang
mereka lakukan adalah betul dan mereka tidak mahu dikongkong dalam setiap perkara yang
mereka lakukan supaya keinginan mereka dapat dicapai. Ketika ini mreka akan mula melalui
6

peringkat perkembangan kematangan dari segi mental, sosial, intelektual dan emosi. Pada
usia remaja, mereka mula mempunyai keinginan kebebasan dalam pelbagai perkara dan
pada masa yang sama juga, mereka mengalami perkembangan fizikal dan mental yang
cepat.
Remaja memerlukan kebebasan dalam membuat keputusan yang dapat memenuhi
citarasa mereka. Selain aspek keinginan mencuba sesuatu yang baru dan keinginan
kebebasan dalam setiap perkara yang dilakukan, antara aspek yang mempengaruhi
berlakunya masalah sosial, adalah kerana remaja tersebut inginkan perhatian. (Zainudin
Sharif & Norazmah, 2011) berpendapat, secara umumnya remaja mempunyai jiwa yang
sensitif. Mereka sentiasa ingin dibelai dan diberi perhatian dalam setiap perkara yang
mereka lakukan walaupun kadangkala ibu bapa merasakan perkara tersebut adalah sesuatu
yang biasa dan remeh. Kesilapan ibu bapa yang tidak memberikan perhatian kepada anakanak mereka ini akan menyebabkan berlakunya masalah sosial iaitu budaya seks bebas,
yang secara umumnya bermula dengan percintaan yang akhirnya akan membawa kepada
pelbagai masalah lain seperti pembuangan anak, kes bunuh diri remaja dan sebagainya.
Seks bebas banyak mendatangkan kesan buruk sama ada dari sudut jasmani,
akhlak, emosi, sosial dan ekonomi. Dari sudut kesihatan, ia membabitkan kesan reproduktif
khususnya bagi wanita termasuk berlaunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar
perkahwinan yang terpaksa disembunyikan. Akhirnya berlaku gejala sosial lain termasuklah
pembuangan bayi, pengguguran kandungan, pembunuhan seperti yang telah dijelaskan
dalam perenggan sebelumnya.
Jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV (Human Immunideficiency Virus), AIDS
(Acquired Immune Deficiency Syndrome) dan pelbagai lagi jenis penyakit kelamin juga
mudah merebak melalui amalan seks bebas. Kesan daripada penyakitpenyakit ini akan
memberi impak yang negatif terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Apatah lagi jika ia melibatkan mahasiswa universiti yang diharap dapat membangun dan
membentuk sebuah negara yang bertamadun.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh (Farahwahida & Norzila, 2011) mereka
mendapati bahawa lazimnya perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal
boleh mendorong seseorang itu melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk
perbuatan tersebut remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah
kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan
pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa mereka
memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada
haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus
7

melakukan seks bebas kerana terlalu mengikutkan kehendak hati dan naluri yang terlalu
inginkan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikirannya.
Pada peringkat ini remaja berminat untuk meneroka dan bereksperimen tentang
seksual, fantasi dan realiti dalam usaha untuk menyesuaikannya dengan identiti mereka.
Remaja mula mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang seksual, berfikir tentang
tarikan seksual dan bagaimana untuk melakukan seks. Mereka sudah pandai berimaginasi
tentang seksual, seterusnya menjalinkan hubungan percintaan berlainan jantina.
Selain ingin mencuba, faktor percintaan juga tidak dapat dinafikan. Pasangan yang
asyik bercinta kadangkala tidak menyedari bahawa tindakan seperti berdua-duaan, bergaul,
bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh mendorong seseorang
melakukan seks bebas. Senario parah yang kian menular di Malaysia hari ini apabila remaja
banyak terlibat dengan percintaan dan melakukan seks bebas demi cinta sejati. Kebanyakan
pasangan melakukan seks bebas ataupun seks luar nikah untuk mencari pengiktirafan bagi
membuktikan kasih sayang terhadap pasangan. Mereka tidak dapat menolak cinta yang
hadir malah gagal mengawal nafsu daripada menguasai jiwa.
Seseorang yang terjebak dengan seks bebas, kebanyakannya adalah ekoran
daripada berkhalwat atau duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan. Secara
psikologinya, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang sedang berdua-duaan akan
mudah mengalami total reflex. Iaitu keadaan di mana seorang wanita tidak mampu berbuat
apa-apa pada saat lelaki terdorong melakukan hubungan seksual dengannya. Di samping itu
berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim juga biasanya akan
membenarkan rangsangan-rangsangan seperti bersentuhan, berpelukan dan bercumbuan
yang akhirnya membawa kepada perzinaan.
Selain itu, kurangnya penghayatan akhlak dalam diri remaja juga boleh mendorong
remaja terlibat dalam masalah sosial. Malek Bennabi (1998) pula menyatakan, keruntuhan
nilai akhlak turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai
akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat.

Pengaruh Agama Longgar


Pendidikan agama dalam kehidupan seorang manusia tidak dapat dipisahkan.
Kepentingan nilai agama ini boleh dikatakan sebagai memandu kehidupan manusia ke arah
kehidupan yang sejahtera. Tanpa pegangan agama, seseorang akan hilang panduan dan jati
diri dalam menempuh kehidupan dunia yang mencabar. Pegangan agama yang longgar atau
tidak menitikberatkan kehidupan beragama dari ibu bapa akan memberi impak secara
langsung kepada anak mereka khususnya dari segi sahsiah dan jati diri. Dapatan kajian
(Mohamad Faizal & Mohd Zaki, 2014) menunjukkan kedua-dua peserta tidak menekankan
nilai-nilai kehidupan beragama yang sepatutnya menjadi amalan seorang Islam. Perkara
pokok dan asas dalam Islam iaitu solat tidak dikerjakan dangan sebaiknya dan perkara yang
sama juga dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa responden. Jika dinilai dari sudut sahsiah,
secara relatifnya seseorang yang mempunyai pegangan agama yang longgar akan mudah
terjerumus ke arah masalah sosial yang wujud. Ini menunjukkan ketiririsan nilai keagamaan
dalam kehidupan menjadi asas kepada masalah sosial yang berlaku. Dapatan ini disokong
oleh kajian yang dibuat oleh ( (Zulkiffly Ahmad, 2006) yang menyatakan wujudnya
masyarakat hari ini yang kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam
kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.

Pengaruh Rakan Sebaya


Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini
merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang
berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa
meniru perilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut (Mohamad
Shatar, 2003)
Dapatan kajian (Mohamad Faizal & Mohd Zaki, 2014) menunjukkan rakan sebaya
merupakan faktor yang sangat mempengaruhi pelajar terlibat dengan hubungan seks. Ini
dapat dilihat apabila kedua-dua peserta mengakui bahawa, mereka terlibat dengan masalah
ini akibat dorongan dari rakan sebaya yang kebanyakan mereka juga terlibat secara
langsung dengan kegiatan salah laku seks. Salah satu sumber yang mempunyai pengaruh
yang kuat ke atas sikap dan nilai seksual golongan muda adalah pengaruh rakan sebaya.
Seseorang yang mempunyai rakan sebaya yang terlibat dengan hubungan seks, mereka
lebih cenderung terlibat dalam hubungan seks.
Dalam kajian ini juga mendapati bahawa, pandangan dan pegangan yang dipegang
oleh peserta dan rakan-rakannya juga adalah salah dan merupakan pegangan yang
songsang dalam masyarakat. Perkara negatif iaitu perlakuan seks sudah menjadi satu
perkara yang biasa bagi mereka dan itu amat bertentangan dengan norma dan nilai dalam
9

masyarakat yang menolak perkara itu. Ini dapat dilihat apabila kedua-dua peserta terlibat
dengan masalah ini juga disebabkan oleh rakan sebaya mereka sudah biasa dalam
melakukan perkara tersebut.

Pengaruh Teknologi dan Media Massa


Dapatan dalam kajian (Mohamad Faizal & Mohd Zaki, 2014) menunjukkan bahawa,
teknologi merupakan salah satu faktor yang sangat kuat mendorong pelajar ke arah salah
laku seks. Dengan hanya menggunakan telefon pintar atau telefon bimbit yang dilengkapi
dengan kemudahan akses internet pelajar boleh mengakses apa jua maklumat termasuklah
bahan lucah. Bahan yang diperolehi ini sangat mudah dikongsikan dengan perisisan sistem
WhatsApp, ataupun Share it yang sedia ada dalam sistem telefon pintar masa kini. Bahan
lucah yang mudah diakses dengan menggunakan internet ini memberi kesan langsung
kepada pelajar terlibat dengan salah laku seks. Keterujaan melihat bahan lucah yang sangat
mudah di akses memberi dorongan yang kuat kepada peniruan tingkah laku dan
menjerumuskan pelajar melakukan sesuatu di luar batasan.
Penyalahgunaan terhadap internet menyebabkan kepincangan dan keruntuhan
akhlak melanda golongan remaja pada masa kini. Pelbagai perkara yang tidak baik berlaku
seperti mencuri, merompak, rogol, berzina, terlibat kegiatan samseng, ponteng sekolah dan
sebagainya. Yang paling parah ialah perkara ini banyak berlaku kepada remaja Islam.
Media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk
keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi
ruang yang terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan
dorongan dan contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat
(Zulkiffly Ahmad, 2006)Media elektronik umpamanya, banyak menayangkan
tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan,
berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat
terutamanya remaja ke arah perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara
adegan tersebut dilakukan oleh orang Islam yang bukan muhrim untuk
memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah filem (Ahmad Redzuan, 2003).

10

Kerajaan
Kerajaan memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat
menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kerajaan berperanan membangun dan
menstabilkan ekonomi negara, mewujudkan persekitaran yang selamat serta melahirkan
masyarakat yang berilmu dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
khususnya melalui sistem pendidikan.
Pihak kerajaan dilihat tidak telus dalam menangani masalah seks bebas yang
melanda masyarakat hari ini. Ini terbukti apabila banyak aktiviti atau program yang
dianjurkan oleh pihak berwajib telah menghalalkan kemungkaran seperti pergaulan bebas
tanpa batas, mengenepikan aurat serta menggalakkan pelbagai bentuk hiburan. Antaranya
program-program seperti Jom Heboh, larian amal, Perkampungan Hadhari dan pelbagai lagi
yang dianjurkan atas slogan memartabatkan Islam, kebajikan dan membantu rakyat banyak
melibatkan keruntuhan moral. Sebenarnya kecelaruan Islam yang dicipta oleh kerajaan
menyebabkan masyarakat menjadi keliru dalam memahami Islam dan amalan Islam yang
sebenarnya (Berhanuddin, 1997).

11

Kesan Budaya Seks Bebas


Hubungan seks bebas memudahkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit
seperti gonorhea, sifilis, AIDS, syankroid dan sebagainya. Gonorhea merupakan penyakit
yang boleh menyebabkan berlakunya inflamasi dan kronik pada rahim, testis dan
kadangkala ia boleh membawa kepada kemandulan. Sifilis pula adalah penyakit pada kulit,
sendi, tulang, otot, jantung dan penglihatan. Ia juga menyebabkan luka (yang tidak berdarah)
pada kulit, muka dan lidah.
Bagi kaum wanita apabila sudah dinodai, mereka akan merasakan dirinya sudah
rosak, tetapi tidak bagi lelaki. Malah persepsi yang diberikan kepada kaum wanita juga
adakalanya begitu memalukan kerana telah melakukan perzinaan. Keadaan ini boleh
memberi tekanan kepada mereka hingga sesetengahnya mengambil keputusan untuk
membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Tidak kurang juga ada
yang mengambil keputusan pintas mengambil najis dadah dengan tujuan untuk
mengurangkan dan melupakan masalah dan tekanan yang dihadapi.
Hubungan seks luar nikah kadangkala menyebabkan kehamilan yang sekaligus
melahirkan anak luar nikah. Apabila lahirnya anak luar nikah, besar kemungkinan bayi yang
dilahirkan tidak diingini oleh ibu-ibu mereka. Akhirnya wanita-wanita ini akan terjebak dengan
anasir-anasir yang lebih teruk. Apabila perasaan rendah diri dan merasakan diri sudah kotor
ada yang terdorong untuk terus melibatkan diri dalam kancah negatif seperti pelacuran Bagi
wanita yang hamil pula akan mencari jalan menggugurkan kandungan, membuang bayi dan
lebih menyedihkan dengan membunuh bayi tersebut. Contohnya mayat bayi lelaki yang
ditemui di dalam beg dan mati selepas dibuang dari atas sebuah flat.
Seseorang yang melakukan perzinaan atau seks bebas biasanya akan dibenci dan
dihina oleh saudara mara dan kemungkinan ahli keluarga sendiri. Secara tidak langsung
pelaku seks bebas sebenarnya telah menyebabkan keluarga terutamanya ibu bapa dihina
dan dicaci oleh orang lain.
Bahaya zina kepada masyarakat kadangkala lebih buruk daripada penyakit kelamin.
Ini kerana perzinaan dapat merosakkan masyarakat di mana asas masyarakat itu
bergantung kepada individu dan keluarga sendiri. Apabila berlaku perzinaan sudah
semestinya akan lahir anak luar nikah yang tidak diingini. Anak yang lahir hasil perzinan
akan teraniaya dan dizalimi kerana meraka tidak akan dihormati oleh masyarakat, dihina,
dicaci dan tidak dikenali keturunannya.

12

Kehidupan yang tidak diterima oleh masyarakat menyebabkan mereka hidup dalam
keadaan tertekan lebih-lebih lagi apabila mengetahui dirinya adalah benih dari perhubungan
seks yang haram dan dipelihara di pusat bimbingan tertentu seperti rumah bimbingan
Raudhatus Sakinah. Kadangkala dimomokkan pula dengan penyakit berjangkit yang
mungkin diperoleh dari ibu bapa seperti HIV sehingga menjauhkan diri dari mereka.
Fenomena ini membuatkan jiwa anak luar nikah memberontak sekaligus mendorong mereka
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dengan tujuan untuk mendapat perhatian
masyarakat.
Dunia hari ini sedang berhadapan dengan masalah seks global. Malaysia khususnya,
gejala seks bebas, pengguguran, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi dalam
kalangan remaja hari ini tidak lagi menjadi perkara asing dalam masyarakat. Budaya seks
bebas yang di bawa dari Barat ini sebenarnya telah menyeret manusia jauh dari peradaban
manusia, apatah lagi mematuhi prinsip dan dasar Islam.
Justeru itu semua pihak haruslah bekerjasama untuk menghapuskan masalah sosial
yang semakin meruncing ini. Remaja pada masa kini seharusnya lebih kuat dan mempunyai
jati diri yang mantap supaya dapat mengawal diri dari gejala-gejala sosial. Sesungguhnya,
remaja yang unggul dan berkualiti adalah remaja yang dapat membangunkan negara supaya
lebih setanding dan maju dengan negara-negara lain.

13

Cadangan Penyelesaian
Semua pihak perlu memandang serius akan perkembangan masalah sosial ini keana
perkembangannya dalam masyarakat boleh mempengaruhi aspirasi pembangunan negara
pada masa depan. Ini kerana sebilangan besar yang terlibat dalam masalah sosial ini terdiri
daripada golongan muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinand an pemerintahan negara
kita pada masa depan. Tanpa komitmen daripada semua pihak dan langkah
penguaktkuasaan susulan, golongan ini akan mudah hanyut dan terjerumus ke dalam
kancah masalah lain yang seterusnya boleh menggugat pencapaian pembangunan negara
pada masa depan. Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam
membendung masalah sosial yang berlaku.
Aktiviti dan program membendung masalah sosial perlu mengambil kira aspek yang
berkaitan dengan faktor risiko yang boleh membiakkan masalah sosial dalam masyarakat.
Pendedahan kepada risiko atau berada dalam keadaan berisiko boleh mencambahkan
seseorang individu kepada kecenderungan melakukan tingkah laku anti sosial. Lazimnya
faktor yang menggalakkan kepada salah laku sosial adalah faktor yang berkemampuan
untuk mencambahkan lagi berbagai-bagai masalah sosial lain dalam masyarakat.
Pengenalpastian faktor risiko bagi kejadian masalah sosial memerlukan kerjasama
bersungguh-sunggh daripada semua pihak. Masalah tidak akan selesai sekiranya setiap
pihak saling lepas tangan dan mengabaikan tugas yang dipertanggungjawabkan keatas
mereka. Oleh itu ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan mestilah gigih
mengenalpasti keadaan berisiko the roots of the problem dan menggunakan alternatif yang
terbaik bagi menyekat percambahan keadaan berisiko yang boleh menyumbang kepada
kejadian masalah sosial.
Asas kepada pembasmian keaadaan berisiko adalah dengan menggunakan
pendekatan pendidikan. Dalam konteks ini, aspek pendidikan akan menjadi faktor protektif
yabg boleh membantu memperkukuhkan kepatuhan masyarakat kepada undang-undang,
peraturan dan norma-norma sosial dan seterusnya melindungi masyarakat daripada terlibat
dalam salah laku yang tidak diingini. Pendidikan yang sempurna adalah pendidikan yang
mampu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek, dan sosial.
Sekiranya individu dalam masyarakat diberikan didikan yang baik dan sempurna maka
lahirlah kelompok masyarakat yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia,
14

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Masalah sosial wujud sekiranya perubahan sosial menghakis faktor proaktif dan
banyak mencetuskan faktor risiko. Hakisa faktor proaktif dan pengukuhan faktor risiko boleh
mencetuskan tingkah laku bermasalah dan seterusnya tingkah laku tersebut akan membawa
kepada pelbagai masalah lain. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu untuk mengukuhkan
faktor protektif dalam kehidupan masyarakat. Faktor protektif ini akan bertindak sebagai alat
kawalan sosial yang tidak formal dan membolehkan individu akur pada norma masyarakat.
Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan budi pekerti
anak-anak amat ditekankan bagi membentuk generasi yang berguna dan berwawasan.
Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka
yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu
untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan. Dengan
melihat kepada dapatan kajian, ibu bapa yang mewujudkan suasana tegang dalam
perhubungan dengan anak-anak memberi kesan lansung kepada emosi remaja dan tekanan
psikologikal. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mewujudkan dan memberi perhatian
yang khusus kepada anak-anak supaya mereka merasa lebih disayangi dan diperlukan. Ibu
bapa bukan sahaja menumpukan tanggungjawab dalam memenuhi keperluan dari segi
fisiologi sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah keperluan keselamatan
dan kasih sayang amat penting dalam mewujudkan suasana harmonis dan bahagia.
Kepada ibu bapa yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mampu
menyediakan keperluan gajet untuk anak-anak mereka seperti telefon pintar agar memantau
penggunaan dan memberi garis panduan yang khusus dalam penggunaan gajet tersebut.
Kegagalan ibu bapa membentuk dan mengawal pengunaan gajet tersebut akan
mendatangkan kesan yang buruk kerana keperluan dan kematangan remaja dalam arus
modenisasi ini lebih mencabar dalam mereka lebih terdedah kepada masalah sosial dengan
dunia globalisasi hari ini.
Ibu bapa dicadangkan agar melakukan pemantauan yang berterusan kepada anak
remaja dan dilakukan secara konsisten. Ibu bapa tidak boleh memberi kepercayaan kepada
anak mereka seratus peratus terutama sekali didalam pergaulan mereka dengan kawankawan yang berlainan jenis. Meletakkan kepercayaan kepada anak-anak sepenuhnya akan
mendedahkan mereka kepada pergaulan bebas dan menjurus ke arah salah laku sosial
khususnya salah laku seks.
Selain itu, pihak sekolah boleh merancang langkah pencegahan dengan bekerjasama
dengan masyarakat atau agensi luar dalam membendung masalah ini. Program-program
15

sosial dalam memenuhi ruang masa pelajar agar diisi dengan perkara yang berfaedah
seperti khidmat masyarakat, kem jati diri, kem kepimpinan, aktiviti sukan, kembara dan
sebagainya mampu mengelak pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Aktiviti-aktivit
kokurikulum yang mampu membentuk jati diri pelajar perlulah dirancang, disusun dan di atur
oleh guru secara sistematik agar ia memberi imapak yang tinggi kepada nilai dan sahsiah
pelajar yang terlibat. Kekangan dari segi dana dan masa bukanlah satu alasan yang
digunakan untuk mengelak dalam melaksanakan program-program tersebut. Kerjasama
dengan masyarakat dan agensi luar perlulah diperkasakan untuk memasyarakatkan sekolah
itu sendiri. Program ini amat ditekankan seperti dalam anjakan yang kesembilan iaitu
bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas dalam Plan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.

16

Rujukan
Abd Hadi, Z. (2004). Ketiadaan Reaksi Masyarakat Terhadap Kelakuan Anti Sosial. The
Malaysian Journal of Social Administration, Vol.3(1) : 71-82.
Ahmad Redzuan, M. Y. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam. Utusan Publications
Distributors.
Alphonsus, Y. S. (2003). Pengetahuan Seks Dan Sikap Terhadap Seks Di Kalangan Guru
Sekolah Menengah. Jabatan Psikologi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berhanuddin, A. (1997). Seminar Kebangsaan Dakwah dan Perubahan Sosial. Pengurusan
Dakwah Dalam Menangani Masalah Sosial. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Farahwahida, M. Y., & Norzila, B. S. (2011). Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
Terhadap Amalan Seks. Journal of Education Psychology & Counselling, Vol 1 : 94114.
Haris, A. W. (2014). Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia : Tinjauan Daripada
Persektif Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mahmood Nazar Mohamed. (1993). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Malek Bennabi. (2009). Asal Usus Masyarakat Manusia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
Mariani, b. N., & Hamidah, b. S. (2005). Seks Bebas : Mengenal Pasti Punca Perlakuan
dalam Roziah Omar dan Sivarumugam Pandian. Malaysia: Unit Penerbitan ISM
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Mohamad Faizal, M., & Mohd Zaki, I. (2014). Gejala Hubungan Seks Dalam Kalangan
Pelajar : Satu Kajian Kes. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga (hlm. 5-7). Kota
Kinabalu: Fakulti Psikologi dan Pendidikan.
Mohamad Shatar, S. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Kuala Lumpur: McgrawHill.
Notoatmodjo, S. (2007). Promosi Kesehatan dan Ilmu Perilaku. Jakarta: Rineka Cipta.

17

Rohayati Derani. (2004). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak
Remaja Islam Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar
Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Zainudin Sharif, & Norazmah, M. R. (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja
Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Journal of Education Psychology & Counselling, Vol 1 : 115-140.
Zulkiffly Ahmad. (2006). Jenayah Seksual. Mostagain Resources Publications.

18

Senarai Kandungan
Pengenalan............................................................................................................................ 1
Faktor-Faktor yang Mendorong Berlakunya Seks Bebas..................................................3
Institusi Keluarga................................................................................................................. 3
Diri Sendiri........................................................................................................................... 6
Pengaruh Agama Longgar...................................................................................................9
Pengaruh Rakan Sebaya.....................................................................................................9
Pengaruh Teknologi dan Media Massa..............................................................................10
Kerajaan............................................................................................................................ 11
Kesan Budaya Seks Bebas................................................................................................12
Cadangan Penyelesaian.....................................................................................................14
Rujukan................................................................................................................................ 17

19

You might also like