You are on page 1of 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TENGGAROH 2
86810 MERSING, JOHOR
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS 1/ 2016
Tarikh

: 30 Disember 2015

Masa

: 9.00 pagi 11.00 pagi

Tempat

: BILIK KOMPUTER

Pengerusi

: En. Mohd Noor Nazri b. Mohd Tumari

Kehadiran(Bilangan) : 6 Orang
Turut Hadir (Jika ada)

:-

KATA- KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS


1.1Pengerusi mengucapkan ucapan terima kasih atas kehadiran
guru ke mesyuarat.
1.2Penambahan seorang lagi guru mata pelajaran sains; iaitu Pn.
Rohana Mastura bt. Rejab diharap dapat menambah baik
pengurusan panitia sains dan perjalanan program yang akan
dirancang sepanjang tahun ini.

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2016


2.1Bermula tahun ini, format UPSR yang baru akan dilaksanakan.
Bagi kertas mata pelajaran sains, ia akan mengandungi 2
kertas yang berasingan namun masih mengekalkan satu gred.
Ia berbeza dengan tahun sebelumnya yang menggabungkan
2 bahagian dalam satu kertas yang sama.
2.2Pn. Rohana mencadangkan program teknik menjawab
dilakukan seawal mungkin untuk memberikan murid
pendedahan lebih awal tentang format baru UPSR bagi kertas
sains khasnya.
2.3Beliau juga menekankan aspek penguasaan kemahiran
saintifik yang akan digunakan dengan lebih meluas bermula
tahun ini
MAKLUMAN

PROGRAM PANITIA SAINS SEPANJANG 2016


3.1Pn. Miskiah mengingatkan bahawa pelaksanaan program
perlulah mengikut jadual dan tatacara yang telah sedia
dimaklumkan. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada
takwim persekolahan.
3.2Fokus kepada kemenjadian murid semasa dan selepas setiap
program yang akan dirancang di samping menanam minat
terhadap mata pelajaran sains.

Hak Cipta Terpelihara SK LKTP TENGGAROH 2


Keluaran 01 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.3Bagi menjimatkan kos, boleh berkolaborasi dengan panitia


lain yang mempunyai objektif yang hampir serupa. Secara
tidak langsung akan memberi lebih banyak tenaga kerja bagi
menjayakan program yang dirancang.
MAKLUMAN
4

BILIK SAINS
4.1Jadual penggunaan bilik sains telah siap dibina, justeru
berharap guru sains dapat menggunakan bilik sains dengan
optimum.
4.2Guru yang ingin membeli sebarang radas atau bahan sains,
boleh isi borang nota minta daripada kerani.
MAKLUMAN

HAL- HAL LAIN


5.1Memaklumkan kepada pekerja sekolah untuk membaiki pintu
hadapan bilik sains yang telah rosak dan tercabut bagi
mengelakkan kemasukkan binatang terutama burung hantu.

PENUTUP
A. Pengerusi telah mengakhiri mesyuarat ini dengan ucapan penangguhan.

Disediakan oleh,
..........................................
( MUHAMMAD RIZAL BIN KHALID )
Setiausaha
Tarikh : 4 Januari 2016

Hak Cipta Terpelihara SK LKTP TENGGAROH 2


Keluaran 01 | Pindaan 00

Disemak Oleh,
................................
(
)
Tarikh :

You might also like