You are on page 1of 5

Setiap masyarakat dan budaya pastinya akan ada mengalami difusi budaya.

Difusi
budaya juga tidak dapat dielak oleh setiap budaya atau kebudayaan atau masyarakat. Difusi
bermaksud penyebaran satu-satu item budaya dari tempat asalnya kepada tempat-tempat lain.
Difusi bermakna proses penyebaran unsur-unsur budaya daripada seorang individu kepada
seorang individu lain, atau dari satu masyarakat kepada satu masyarakat lain.
Terdapat beberapa teori difusi budaya dari beberapa sarjana. Antara teori difusi
budaya yang terkenal adalah teori helio-centric diffusion, teori culture circles, teori
evolutionary diffusion dan teori biblical/quran diffusion.
Proses penyebaran unsur-unsur budaya dalam masyarakat yang sama disebut difusi
dalam masyarakat yang sama (intra-society diffusion) dan proses difusi antara masyarakat itu
ialah inter-society diffusion. Intra-society diffusion selalunya merupakan penyebaran dan
peresapan unsur-unsur budaya baru yang ditemui dari proses inovasi dan penciptaan. Proses
ini berlaku mungkin secara dibawa oleh orang-orang yang berpindah, iaitu proses migrasi,
terutama dalam zaman pra-sejarah yang kerap kali berlaku migrasi kelompok-kelompok
tertentu. Difusi budaya boleh berlaku kerana kedatangan individu-individu dari luar, seperti
pengembara, pedagang, pelaut dan sebagainya. Misalnya, dalam perkembangan unsur-unsur
budaya Hindu ke kawasan ini. Difusi juga boleh berlaku dengan pertembungan kelompok
penduduk tempatan dengan kelompok jiran dengan berbagai-bagai cara pertemuan. Cara
pertama ialah hubungan dalam bentuk daripada masing-masing budaya itu hampir tidak
berubah yang disebut sebagai simbiotik.
Difusi peresapan budaya melalui pedagang-pedagang berlaku secara sukarela yang
tidak disedari. Difusi budaya juga dilakukan oleh missionary atau pengembang agama, cara
ini dilakukan dengan sengaja. Peresapan budaya secara tekanan (imposed) ialah melalui
peperangan, penaklukan dan seumpamanya, di sini terdapat unsur paksaan.

Kini proses difusi tersangat cepat berlaku kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan
sistem komunikasi yang tersebar luas, seperti radio, tv dan filem. Unsur-unsur budaya selalu
bergerak, tersebar atau meresap dari satu budaya kepada satu budaya lain dengan berbagaibagai cara dan jalinan difusi itu merupakan satu kompleks yang tersendiri. Perpindahan
budaya itu menjadi satu gabungan atau kompleks yang agak sukar untuk dipisah-pisahkan.
Sesuatu unsur budaya itu mempunyai kait mengait dengan unsur-unsur budaya lain yang
menjadikannya sebagaimana satu kompleks tersendiri, misalnya jualan kereta ke negeri lain,
juga melibatkan hal-hal lain berkaitan dengan kereta.
Seterusnya, proses difusi yang dapat dilihat yang berlaku dalam masyarakat setempat
adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum ini, sudah semestinya setiap kaum atau bangsa mempunyai bahasa ibunda mereka yang
tersendiri dan berbeza dengan bahasa dari bangsa atau kaum yang lain. Dalam hal ini difusi
budaya telah berlaku di mana di dalam perlembagaan telah termaktub bahawa Bahasa Melayu
adalah bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Ini bermaksud setiap rakyat Malaysia perlu
mempelajari dan memahami Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun ini tidak bermaksud
setiap rakyat bukan Melayu tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Ini jelas
bahawa difusi ini berlaku melalui undang-undang tetapi tiada paksaan yang dikenakan
terhadap mereka.

Proses difusi budaya yang seterusnya pula adalah dari segi politik. Seperti yang kita
ketahui di Malaysia terdapat pelbagai parti politik yang memperjuangkan hak masingmasing. Dua parti politik gergasi di Malaysia yang selalu menjadi topik utama ialah Barisan
Nasional (BN) dan juga Parti Islam Semalaysia (PAS). Hal ini berlaku di mana sahaja tempat,
lokasi, penempatan yang ada dan wujud di Semenanjung Malaysia, terdapat dua aliran parti

politik yang berlainan iaitu Barisan Nasional dan juga Parti Islam Semalaysia. Terdapatnya
perubahan daripada segi kepimpinan iaitu dahulunya yang berkuasa ialah ketua kampung
tanpa ada pegangan terhadap apa-apa parti politik namun sejak era mengalami pemodenan
iaitu selepas kemerdekaan, ketua kampung turut menjadi sebahagian daripada kepimpinan di
kampung tersebut tetapi yang membezakannya ialah ideologi politik yang didukungnya sama
ada Barisan Nasional ataupun PAS.
Selain itu, difusi budaya daripada perbezaan aliran parti politik ini juga menunjukkan
kesan yang negatif terhadap tingkah laku komuniti iaitu berlaku kerenggangan hubungan
antara mereka. Hal ini terjadi disebabkan oleh berbeza aliran politik itu sendiri. Misalnya
ialah apabila anggota daripada parti BN melaksanakan sebarang aktiviti ataupun kenduri,
anggota parti PAS tidak akan ikut serta. Walau bagaimanapun saya beranggapan bahawa
kerenggangan hanya berlaku semasa pilihan raya berlangsung. Hal ini dapat disimpulkan
bahawa difusi budaya melalui politik terhadap tingkah laku sedikit sebanyak memberi kesan
yang negatif kepada komuniti. Dapat disimpulkan bahawa telah berlakunya perpecahan nilai
melalui politik dahulu dan sekarang.
Aspek yang seterusnya yang boleh dilihat adalah melalui hubungan kejiranan. Ikatan
kejiranan yang baik dapat ditunjukkan melalui sumbangan penduduk dengan aktiviti yang
dijalankan secara bersama seperti gotong-royong dan sebagainya. Terdapatnya penyerapan
budaya dan nilai dari bandar yang menyebabkan berlakunya difusi budaya terhadap gaya
hidup komuniti ini. Hal ini dapat dilihat daripada segi penglibatan penduduk dalam aktiviti
gotong-royong telah berkurangan iaitu tidak lagi seperti dulu. Selain itu, penglibatan daripada
golongan belia juga kurang kerana ramai yang telah bermigrasi untuk mencari kerja dan
kehidupan yang lebih baik. Aktiviti rewang juga telah kurang dilaksanakan kerana mereka
lebih memilih menempah katering berbanding melaksanakan rewang bersama penduduk
kerana pada pandangan mereka ia lebih mudah dan cepat. Kesimpulannya, telah berlakunya

penyatuan antara nilai yang dahulu dengan nilai yang sekarang yang seperti penggunaan
rewang kepada penggunaan katering sewaktu kenduri diadakan.
Proses akulturasi berlaku bila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing, dan
kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing sesuai dengan kehendak-kehendak
tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Proses ini berlaku oleh
kerana adanya migrasi, pertembungan secara individu dengan budaya asing. Penerimaan
unsur-unsur budaya asing itu tidak pula bertentangan dengan kehendak-kehendak budaya
sendiri. Proses ini amat pesat berlaku apabila berlaku campur tangan kolonial Barat di
negara-negara yang mundur.
Sebagai contoh, amalan pemberian sampul berisi wang (angpow) dalam masyarakat
Melayu. Sebelum ini, yakni sebelum kedatangan orang Cina dari Tanah Besar China
masyarakat Melayu tidak mengamalkan pemberian sampul berisi wang . Tetapi setelah
kedatangan masyarakat Cina, budaya pemberian sampul berisi wang itu mula diamalkan dan
kekal hingga sekarang. Seterusnya, dari aspek pakaian kita dapat lihat bahawa orang Cina
dan India sudah boleh berbaju kurung, berbaju Melayu dan berkebaya akibat dari proses
akulturasi yang panjang.
Mereka pandai makan menggunakan tangan, makan nasi lemak, menari tarian-tarian
Melayu

seperti

Mak Yong

dan

Kuda Kepang,

menyaksikan

wayang kulit

dan

mempelajari seni silat. Memandangkan proses ini berlaku secara berterusan maka kita dapat
membezakan antara orang Cina Malaysia dengan orang Cina dari tanah besar China. Sama
juga kita dapat membezakan antara orang India Malaysia dan orang India dari negara India.
Walaupun mereka banyak terpengaruh dengan budaya kaum Melayu tetapi mereka
masih dianggap sebagai orang Cina dan India kerana mereka masih mengekalkan identiti asal
mereka.

You might also like