You are on page 1of 15

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA

KEDUA| 1
1.1 PENDAHULUAN.
Palestin merupakan negara Islam yang sudah terlalu lama berada dalam
cengkaman rejim yahudi. Walaupun masyarakat Palestin berhadapan dengan
pelbagai ancaman dari pihak Israel namun ia tidak melemahkan semangat
rakyat palestin bahkan mereka terus berjuang untuk membebaskan diri dan
mengembalikan semula hak mereka yang telah hilang. Selama hampir 40 tahun,
rakyat Palestin menghadapi kegagalan dalam menentang Israel telah membawa
mereka kepada pendekatan yang baru dalam penentangan. Oleh itu, muncul
strategi perjuangan mereka yang digelar Intifada.
Intifada berasal dari perkataan Arab iaitu nafada yang membawa banyak
pengertian antaranya mengeletar kerana ketakutan atau kesakitan serta tibatiba terjaga dari tidur. Boleh dikatakan kelahiran Intifada adalah hasil daripada
cetusan perasaan rakyat Palestin yang berada di dalam keadaan tertekan akibat
kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap
mereka. Perkara ini telah membawa kemarahan dan semangat rakyat Palestin
dan mereka terus bangkit menetanang tentera Israel. Kebangkitan mereka di
dalam Intifadah dilihat sebagai penentangan spontan tanpa dirancang.
Selepas negara Israel telh ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948,
penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin semakin menjadi-jadi.
Dianggarkan satu persepuluh rakyat Palestin yang telah terkorban dibawah
pemerintahan Israel.1Hal ini membuatkan rakyat Palestin tidak mampu lagi untuk
menentang mereka dalam keadaan yang adil dan sama kekuatannya. Dalam
keadaan rakyat Palestin yang tidak mempunyai sebarang senjata tidak mampu
menghadapi tentera Israel dengan kecanggihan peralatan senjatanya. Ditambah
lagi dengan siri kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin hampir setiap
hari yang disebabkan tentera Israel semakin mengganas. Oleh itu, kemunculan
peristiwa intifada telah memeranjatkan pelbagai pihak khususnya Israel sendiri.
Hal ini juga dengan penguasaan Israel yang berjaya memperluaskan pengaruh
ke hampir 77% bumi Palestin.2
1

Mohammad Tarbush, Reflections of a Palestinian, Washington DC: America-Arab Affairs


Council, 1986, hlm 40.

2 Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Dalila Zakaria, Perancangan Zionis Ke Arah Pembentukan Negara
Israel dalam Jurnal Usuluddin, Bil 30, 2009, hlm 243.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 2

2.1 FAKTOR-FAKTOR TERCETUSNYA INTIFADA RAKYAT PALESTIN 1980AN.


2.1.1 Perubahan Politik Asia Barat.
Pada tahun 1967, telah tercetus satu peperangan yang menjadi turning point
dalam perubahan politik Asia Barat. Perang yang melibatkan Israel dan Negaranegara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria dikenali sebagai Perang Enam Hari.
Dalam peperangan tersebut Israel telah berjaya menawan Tebing Barat, Genting
Gaza dan Bukit Golan. Penguasan Israel ke atas Palestin semakin meluas.
Kemenenangan yang dicapai oleh pihak Israel dalam perang tersebut telah
menyebabkan mereka berjaya menawan Timur Jerusalem. 3 Peperangan ini turut
memberikan kesan yang sangat besar kepada Palestin terutamanya dari segi
peta geografi negara Palestin
Sejak Palestin dirampas dan dikuasai oleh Israel telah memperlihatkan
bahawa tindakan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas Palestin bukan
sahaja dalam bentuk peperangan dan penjajahan fizikal namun ianya melibatkan
jiwa dan mental rakyat Palestin. Pelbagai sekatan yang dilakukan telah
menambahkan penderitaan rakyat Palestin sehingga menyebabkan mereka
menjadi pelarian di negara sendiri. Bilangan pelarian Palestin yang semakin
bertambah telah mendapat perhatian dunia khususnya Amerika Syarikat. 4 Situasi
perjuangan di Palestin berubah apabila banyak negara Arab yang menutup
sempadan mereka kerana takut ancaman daripada Israel. Ditambah lagi dengan
kedudukan Palestin yang berada di tengah-tengah antara negara Arab yang lain
telah menjadikan negara Arab yang lain sebagai tempat perlarian Palestin untuk
berlindung. Selepas persempanan ditutup, rakyat Palestin telah bangkit untuk
menentang tanpa mengharapkan bantuan mana-mana pihak.
Selain itu, ia disebabkan perubahan pendekatan oleh Palestin National
Authority (PLO). PLO merupakan gabungan pelbagai sayap parti dan organisasi
3

Henry cotton, Palestin and International Law, United Kingdom: Longman Group Ltd, 1976,
hlm 21-23.

Ritchie Ovendale, The Origins Of The Arab Israeli Wars, London : Longman London and
New York, 1984, hlm 185.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 3
berasaskan nasionalis di Palestin. PLO telah menjadi wakil bagi rakyat Palestin
dalam proses damai dengan Israel. PLO telah dipimpin dan dikuasai oelh Fatah.
Fatah wujud pada tahun 1950 oleh Yasser Arafat dan juga Khalil Al-wazir. Tujuan
utamanya adalah untuk membebaskan Palestin daripada kawalan Israel dengan
mengurangkan pendekatan serangan gerila. Fatah pada awalnya bertapak di
Damascus kerana telah di sokong kuat oleh orang Syria.
Kelantangan PLO dalam mempertahankan hak rakyat Palestin telah
menyebabkan Israel secara berterusan cuba menyekat perancangan dan
pergerakan PLO. Oleh itu, Israel sentiasa menyerang kawasan-kawasan yang
menjadi markas PLO seperti di Jordan dan Lubnan. Penubuhan PLO di luar
Palestin

memperlihatkan

usaha

Pelarian

Palestin

untuk

terus

berjuang

mempertahankan hak mereka.


Pada tahun 1993, PLO telah membuat satu perjanjian damai dengan pihak
Israel iaitu perjanjian Oslo. Perjanjian ini telah mengakui hak negara Israel untuk
hidup di dalam keadaan aman dan selamat. Apabila pergerakan intifada ini
disekat telah memperlihatkan bantahan dari kumpulan PLO itu sendiri. PLO juga
sanggup memburu rakyat Palestin sendiri untuk menghapuskan keganasan. Hal
ini menunjukkan PLO yang seakan-akan menyokong Israel dan tidak membantu
rakyat Palestin. Perjanjian Oslo ini juga diihat tidak dapat menyelesaikan
pergolakan di Palestin malahan memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini sangat
mengecewakan rakyat Palestin yang sentiasa berharap akan kewujudan sebuah
negara yang aman. Oleh itu, kebangkitan mereka melalui intifada adalah dengan
kekuatan sendiri.
Kemunculan Intifada yang menjadi alternative rakyat Palestin untuk
mendapatkan kembali hak mereka telah mengejutkan PLO. PLO sebagai wakil
sah Palestin yang telah diakui di peringkata antarabangsa dilihat tidak berjaya
membawa isu Palestin ini ke peringkat antarabangsa. Kepimpinan PLO yang
dilihat lebih banyak bermensyuarat dan menghabiskan maa bergerak di anatara
Tunis, Kaherah dan Amman menyebabkan rakyat Palestin hilang kepercayaan
terhadap PLO. Walaupun ketika itu tentera Israel banyak menceroboh tanah
Palestin dan melakukan keganasan terhadap rakyatnya. 5

5 Emile A Nakhleh, The Palestinians and the Future: Peace through Realism, Journal Of Palestine
Studies, Vol. XVIII, Winter, 1989, hlm 5.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 4
Pendekatan yang dilakukan oleh PLO dengan melakukan perdamaian
dengan Isrel dilihat tidak mendatangkan sebarang hasil malahan Israel tidak
mempersulikan

suara

dunia

dengan

terus

melakukan

keganasan

dan

pencerobohan. Keyakinan rakyat Palestin terhadap perjuangan Intifadah dan


menolak pembabitan PLO terus memuncak apabila PLO mengiktiraf Israel
sebagai sebuah negara menerusi perjanjian Oslo.

2.1.2 Penindasan Dan Kezaliman.


Penindasan dan kezaliman yang telah berlaku ke atas Palestin sejak sekian lama
menjadi salah satu faktor penting dalam peristiwa intifada ini. Dari segi
penindasan dapat dlihat dalam pengeksploitasian sumber utama seperti air,
ekonomi, bangsa, kedudukan dan sebagainya. Namun begitu, penindasan
terhadap rakyat Palestin hanyalah untuk kepentingan Yahudi sahaja dan
bukanlah untuk bangsa Israel itu sendiri. Hal ini kerana, apabila rakyat Palestin
yang tinggal di Israel tidak pernah mendapat sebarang keuntungan jika
dibandingkan dengan masyarakat Yahudi.6 Keadaan ini menunjukkan rakyat
Palestin telah ditindas dalam mendapatkan hak sewajarnya.
Selain itu, apabila tentera Israel telah dibenarkan untuk menggunakan
peluru hidup ke atas rakyat Palestin yang berdemonstrasi ataupun dalam usaha
untuk menentang Israel. Keadaan ini menunjukkan kezaliman yang dilakukan
oleh tentera Israel. Walaubagaimanpun, peluru hidup iru hanya boleh digunakan
jika gas pemedih mata ataupun peluru getah tidak mampu untuk meleraikan
masalah penentangan rakyat Palestin. Kebenaran yang diberi kepada tentera
Israel telah membuatkan mereka menyalahgunakan arahan sebenar berkaitan
peluru hidup tersebut. Tentera IsraeL telah sewenangnya menggunakan peluru
hidup ke atas rakyat Palestin yang tidak bersenjata dan kemudiannya memberi
alasan bahawa keadaan sudah dapat dikawal.
Keadaan bertambah teruk dengan taraf hidup mereka yang semakin
merosot. Rakyat Palestin masih tidak bebas akibat pengenalan dasar tertutup
yang telah dikenakan kepada mereka. Mereka tidak dibenarkan mendiami rumah
sendiri walaupun rumah-rumah tersebut didirikan di atas tanah milik mereka
6

Israel Shahak, Israeli Apartheld and the Intifada, T.TP: Institute Of Race Relation, 1988,
hlm 5.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 5
sendiri.

Penempatan

rakyat

Palestin

yang

telah

dikepungkan

dengan

penempatan bangsa Yahudi. Ini menunjukkan penindasan yang ketara kepada


rakyat

Palestin.

Keganasan

tentera

Israel

yang

telah

menembak

dan

meruntuhkan rumah-rumah rakyat Palestin, membunuh orang-orang awam serta


pekerja perubatan. Jumlah penempatan rakyat Palestin yang lenyap akibat
penguasan Israel semakin bertambah setiap hari. 7 Rakyat Palestin juga telah
ditangkap beramai-ramai dalam usaha Israel menyekat Intifada.

2.1.3 Polisi Zalim Rejim Zionis.


Semenjak terbentuknya negara Israel merdeka pada 14 Mei 1948, rakyat Palestin
tidak pernah sunyi daripada aktiviti pembantaian, penyeksaan, pengusiran,
penghinaan, penangkapan yang tiada kesudahan daripada askar Israel. Sebagai
contoh, peristiwa di Deir Yassin pada 9 April 1948, sebuah daerah dalam negara
milik Yahudi Isreal yang di duduki oleh masyarakat Islam Palestin. Pertempuran
berlaku apabila askar Israel memasuki daerah ini dan mengkehendaki penduduk
Deir Yassin keluar daripada wilayah tersebut. Keengganan penduduk Deir Yassin
telah membawa kepada siri pertempuran di antara pihak askar dan juga
penduduk tempatan. Hasilnya 254 orang Islam telah dibunuh, 145 orang
daripadanya adalah wanita (35 daripadanya sedang sarat mengandung) dan 150
mayat dibuang di dalam telaga buruk, manakala 150 orang wanita diarak sambal
berbogel dan diludah oleh penduduk Yahudi. 8 Pengganas yang melakukan
pembunuhan beramai-ramai bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang
bertindak bersendirian, tetapi mereka telah mendapat arahan terus daripada
pemerintahan Israel iaitu Perdana Menteri Israel yang pertama David Ben Gurion.
Selain itu, kekejaman Israel dapat dilihat dalam peristiwa Sabra dan
Shatila pada 16 -18 September 1982. Kem Sabra dan Shatila merupakan tempat
yang diduduki oleh pelarian Palestine dan orang awam Lubnanan. Tentera Israel
telah masuk kekawasan ini bertujuan untuk membersihkan kawasan tersebut
yang dianggap sebagai sarang pengganas. Pada masa awal kemasukan
7 Harun Yahya, Palestin: Polisi Ganas Kerajaan Israel dlm Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era
Kebangkitan Islam, Johor: Perniagaan Jahabarsa, 2004, hlm 52.

Abul Khairi Al-Latifi, Baitul Maqdis (Al-Quds): Antara Kelebihan dan Kezaliman Zionis,
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 2001, hlm 169-171.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 6
tentera Zionis mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai
orang awam yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.
Jumlah angka korban yang terbunuh secara tepat tidak diketahui kerana sumber
rasmi dari Israel mengumumkan bahawa 700 orang awam telah terbunuh
manakala sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang
awam terbunuh. Manakala sumber Palestin pula mengatakan bahawa di antara
3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan
kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri. 9
Penghinaan serta kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Palestin,
saban hari telah menjadikan mereka lebih berani, berjiwa kental, tidak takut
menghadapi peluru-peluru dan senjata moden Israel. Keyakinan pada yang Esa
telah menanam hasrat hati mereka untuk berjihad atas nama maruah diri,
keluarga, agama dan negara serta mengharapkan syahid di jalan-Nya. Semangat
ini saban hari semakin mekar ditambah lagi dengan adanya gerakkan Hamas
yang di anggap sebagai panduan kepada perjuangan jihad yang mereka
perjuangkan.10

2.1.4 Serangan ke atas Masjid al-Aqsa.


Masjid al- Aqsa mula jatuh ke tangan penjajah Zionis pada bulan Jun 1967
dengan tertawannya bahagian timur Baitul Maqdis. Bermula dari peristiwa yang
dikenali sebagai An-Naskah (malapetaka yang berulang). Masjid al- Aqsa telah
diserang pada tanggal 21 Ogos 1969 dan peristiwa ini merupakan satu tarikh
hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. 11 Maruah umat islam tercalar dengan
9

Darmadi Iman Tauhid, Palestine Misteri Tanah Yang Dijanjikan, Selangor: Al-Hidayah
House Publishers, 2011, hlm 71-81.

10

Muhammad Lili Nur Nur Aulia, Dari Semenanjung Gaza: Ayat-ayat Allah Berbicara,
Pahang: Alam Raya Enterprise, 2009, hlm 11.

11

Zainudin, op. cit., hlm 95. Peristiwa serangan Masjid al-Aqsa juga telah membawa kepada
penubuhan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada bulan September 1969.
Walaupun kesemua ahli OIC merupakan negara Islam, namun sesetengah negara Islam
seperti Turki masih lagi menjalinkan hubungan kukuh dengan Israel. Sebahagiannya pula,
seperti Iran dan Iraq saling memerangi antara satu sama lain (1980-1988).

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 7
satu penghinaan apabila masjid al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat
Islam telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan
Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh Micheal Dennis Rohan
yang berasal dari Australia. Pada peristiwa tersebut, Micheal Rohan telah
menyalakan api di dalam Masjid al Aqsa untuk membakar hangus masjid dan
sekaligus memusnahkannya. Menurut ramai saksi, pasukan tentera Israel pada
hari itu dengan sengaja telah menutup saluran paip air menuju ke Masjid al
Aqsa agar agenda pembakaran yang dirancang dapat terus membakar
keseluruhan bangunan masjid. Bahkan tentera Israel menghalang pasukan
bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid tersebut.
Aksi biadab dan ganas tersebut telah menyebabkan sebahagian besar
Masjid al Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang termasuklah
Mimbar Soahuddin al- Ayyubi yang bersejarah yang dibina sejak zaman Nuruddin
al- Zinki, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al- Khattab dan sebahagian besar
daripada serambi masjid.12 Apabila dihitung dengan teliti, kemusnahan tersebut
melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid tersebut iaitu kira-kira
1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan asal kawasan masjid.
Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh
menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al
quraan.
Penjenayah

yang

bertanggungjawab

terhadap

pembakaran

tersebut

Micheal Rohan telah ditangkap dan selepas itu dibebaskan tanpa sebarang
hukuman. Malahan beliau dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa
yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaiman yang
termaktub dalam ajaran kitab Talmud. Beliau turut menyatakan bahawa beliau
telah melaksanakan misi yang didakwa sebagai perintah Tuhan. Mahkamah Israel
sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Micheal Rohan yang
merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman
dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia. Demikianlah, betapa
gigihnya pengganas zionis yang berkerja kuat siang dan malam memerah
keringat serta menjalin kerjasama erat dengan rakan-rakan kroni. Mereka
mempunyai objektif yang sama iaitu untuk menghapuskan Masjid al Aqsa dari

12 Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin, Palestin Dijajah, Selangor: Aman Palestine Berhad,
2009, hlm 38-42.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 8
muka bumi serta membuat persiapan demi persiapan bagi pembinaan kuil
Yahudi impian mereka.
Sudah terlalu banyak kes jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel
terhadap

Masjid

al-Aqsa

yang

merupakan

jantung

hati

ummat

Islam.

Kesimpulannya, apa yang telah berlaku seharusnya menjadi pengajaran kepada


semua umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi. Serangan Zionis ke atas
Masjid al-Aqsa itu dianggap penghinaan yang paling besar kerana ia merupakan
kiblat yang pertama bagi umat Islam, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra
dan Miraj. Masjid al- Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran
oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.

2.1.5 Penindasan Israel ke atas Rakyat Palestin.


Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orangorang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber perkerjaan yang
dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang
menganggur dan dibelenggu kemiskinan. Diskriminasi dalam pasaran buruh
dimana hak kaum yahudi lebih diutamakan. Contohnya undang-undang Buruh
yang dibentuk lebih menjaga kepentingan orang Yahudi berbanding Palestin.
Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestine yang menganggur dan dibelenggu
kemiskinan.
Selain itu, Penentangan orang Palestin juga berlaku kerana Israel inginkan
sumber minyak Palestin. Sejak Tahun 2000, terdapat banyak minyak di bahagian
Pantai Gaza. Sumber kekayaan alam yang menggiurkan ini merangkumi seluruh
wilayah laut lepas pantai Gaza yang berhampiran dengan Israel. 60% dari
bekalan minyak di sepanjang Gaza- Israel adalah milik Palestine dan baki 40%
milik Israel. Israel berminat untuk membolot segala tanah dan hasil bumi
Palestine. Amerika Syarikat menunjukkan sokongan kepada Israel kerana kuasa
ini memang rakus pada segala jenis minyak dan sumber kekayaan alam. 13

2.1.6 Penubuhan Hamas.


13

Darmadi Iman Tauhid, op. cit., hlm 89.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 9
Serentak dengan tercetusnya Intifada rakyat Palestin yang pertama iaitu pada 8
Disember 1987, Hamas telah ditubuhkan. Enam orang tokoh yang telah
mengasaskan Hamas iaitu Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz al-Rantissi, Salah
Syahadah, Muhammad Shamah, Isa al-Nashar, Abdul Fatah Dukhan dan Ibrahim
al-Yazuri. Intifada ini merupakan satu perjuangan jihad berlandaskan Islam yang
menggantikan perjuangan para sekularis dan golongan kiri yang gagal sebelum
ini dalam perjuangan mencapai kemerdekaan Palestin.
Hamas bercirikan Islam dan menjadikan jihad sebgai dasarnya. Ideologi Hamas
adalah berdasarkan ajaran Islam. Isu Palestin adalah isu umat Islam. Usaha
untuk pembebasan bumi Palestin merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam
di dunia. Justeru, Hamas percaya bahawa berperang dengan Zionis adalah
merupakan perang jihad dan bukan hanya untuk merebut sebuah negara. Ianya
ialah petempuran di antara yang hak dan batil. 14 Hamas sangat berpegang pada
prinsip jihad dalam perjuangan mereka. Perjuangan jihad yang dimaksudkan
bukanlah hanya berasaskan senjata dan perang semata-mata malah ia
merangkumi bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Matlamat Hamas
ialah ingin memerdekakan Palestin selain ingin membina masyarakat dan negara
Palestin yang bertamadun dan bertunjangkan akidah dan prinsip Islam. 15
Kehadiran Hamas ini telah memberi sinar baru buat rakyat Palestin, yang
sememangnya amat memerlukan kehadiran gerakkan baharu bagi membantu
atau menyokong mereka dalam merealisasikan hasrat dan harapan mereka.
Kekecewaan rakyat Palestin terhadap PLO dan Fatah telah di ubati dengan
penubuhan Hamas. Hamas di lihat sebagai sebuah organisasi yang sistematik
dan memiliki matlamat yang jelas. Semangat Pan-Islamism yang di bawah oleh
Hamas sangat berbekas dalam hati rakyat Palestin. 16

Hal ini serta-merta

menimbulkan keyakinan yang amat jelas buat rakyat Palestin bahawasanya


14

Edwards, B. M. Islamic Politics in Palestine. New York: I.B Tauris Publishers. 1996, hlm
144-149.

15

16

Anwar M. A. Israel Is Not Real: Negara Palsu di Tanah Rampasan. Kuala Lumpur: Alam
Raya Enterprise. 2009, hlm 116-118.

Maszlee Malik. HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis. Kuala Lumpur: BS Print (M)
Sdn.Bhd. 2009, hlm 58.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 10
perjuangan jihad mereka ini demi mendapatkan semula hak serta maruah diri,
keluarga, bangsa, agama dan negara akan berhasil juga suatu hari nanti. 17

2.1.7 Pengaruh Perang Saudara Lubnan 1975-1990.


Satu fenomena yang unik di Lubnan berbanding dengan negara-negara Arab di
Timur Tengah yang lain ialah kepelbagaian dalam masyarakatnya. Jika Iraq dan
juga beberapa negara teluk yang lain diwarnai dengan kewujudan dua mazhab
utama Islam, iaitu Sunni dan Syiah, di Lubnan pula bukan hanya sekadar
mazhab, malah agama dan kepuakan. Majoriti rakyatnya adalah beragama Islam.
Bagi masyarakat Islam, mereka terbahagi kepada Syiah, Sunni dan Druze. Rakyat
yang beragama Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan kepuakan
seperti Maronite, Ortodoks Greek dan Katolik Greek. Bagi para pendatang ke
negara ini pula, rakyat Palestin merupakan pendatang terbesar di Lubnan
semenjak tahun 1948 dan juga segelintir golongan Armenia menambahkan lagi
kepelbagaian dalam corak komuniti rakyat Lubnan. 18
Kepelbagaian agama, puak dan golongan ini bukanlah sesuatu menarik
seperti yang berlaku di mana-mana negara lain di dunia ini. Tahun-tahun 1975
sehingga tahun 1990 telah menyaksikan pergolakan dalaman Lubnan yang
melibatkan pertelingkahan antara puak, antara mazhab dan juga di antara
agama. Lebih kurang 800,000 penduduk Lubnan terperangkap dalam situasi
yang memusnahkan struktur sosial kawasan kampung dan bandar. Kepincangan
dan ketidakadilan agihan kuasa politik dan penguasaan sektor ekonomi dalam
kalangan masyarakat Lubnan telah menimbulkan ketegangan kaum. Hal ini di
sebabkan dasar pentadbiran sewaktu Lubnan di era colonial atau mandat, pihak
Perancis telah mengangkat golongan minoriti kristian Maronite sebagai anak
emas dan menganak-tirikan masyarakat majoriti Islam Lubnan. Pembahagian

17

Hafidzi M. Noor. Dalang di Palestin: Hamas atau Israel? Kuala Lumpur: JI Media & Peace
Sdn Bhd., 2007, hlm 33.

18

Schiff, Z. dan Rothstein, R., Fedayeen: The Story of the Palestinian Guerrillas, London:
Vallentine Mitchell & Co. Ltd. 1972, hlm 56-58.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 11
kuasa di kuotakan lebih kepada masyarakat kristian Maronite dan meminggirkan
masyarakat Islam Lubnan.19
Masyarakat Islam Lubnan telah bangun menyuarakan rasa ketidakadilan
yang berlaku dalam negara mereka. Ketegangan yang sememangnya telah sedia
wujud dalam kalangan masyarakat Lubnan, di burukkan lagi dengan kerjasama
pihak kristian Maronite dan Israel dalam melancarkan serangan-serangan ke atas
khemah-khemah pelarian Palestin di selatan Lubnan. Situasi ini telah mendorong
pembentukkan gerakkan militeri berasaskan kepuakkan seperti PLO, Hizbollah,
Lebanese National Movement dan banyak lagi. Perjuangan rakyat Lubnan ini
telah memberikan inspirasi buat masyarakat Palestin untuk bangkit berdiri tanpa
perlu mengharapkan bantuan asing lagi untuk memperjuangkan hak dan maruah
mereka yang telah di ragut oleh pihak Israel/Zionis. 20

3.0 ANALISIS.
Intifada yang pertama ini terjadi akibat beberapa faktor. Pihak Israel telah
melakukan penindasan yang teramat zalim ke atas rakyat Palestin. Faktor yang
menyebabkan kebangkitan rakyat Palestin ialah polisi zalim rejim Zionis. Polisi
yang dilakukan oleh pihak Zionis sangat zalim ke atas rakyat Palestin dengan
sanggup membunuh, morogol dan mengancam keselamatan terutamanya
golongan kanak-kanak dan wanita. Bilangan yang terkorban saban hari semakin
meningkat akibat daripada polisi zalim rejim Zionis tersebut.
Selain itu, Penubuhan Hamas juga menyebabkan berlakunya Intifada kerana
rakyat Palestin telah mendapat semangat dan alternatif yang baru untuk
berjihad bagi menyerang balas pihak Israel yang telah melakukan kekejaman
dan penindasan yang teramat melampau keatas rakyat Plaestin. Manakala
ekonomi rakyat Palestin juga dieksploitasi oleh pihak Israel, yang mana hasil
ekonomi dalam negara dikaut dan diberi kepada pihak luar.
Pada penilaian kami, faktor ini sangat memberi impak yang negatif kepada
rakyat Palestin dan menyebabkan berlakunya pemberontakan atau kebangkitan
19

Ibid., hlm 59-60.

20 Ibid., hlm 59-60.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 12
mereka sehingga munculnya Intifada yang pertama. Sosial dan ekonomi rakyat
Palestin ditindas oleh pihak Israel dan menyebabkan semangat ini terus marak
dalam hati setiap rakyat Palestin untuk mengalahkan pihak Israel yang zalim dan
kejam itu. Selain itu faktor-faktor tersebut juga dapat menaikkan semangat
rakyat palestin bagi menegakkan syiar Islam dan sekaligus berjihad bagi
mengembalikan hak serta maruah diri, keluarga, bangsa, agama dan negara,
akan berhasil juga suatu hari nanti.
Manakala faktor lain pula ialah Perubahan dasar negara-negara Arab
terhadap

konflik

Palestin.

Rakyat

Palestin

berasa

amat

kecewa

dengan

perubahan polisi pihak Arab dalam menangani isu Palestin ini telah mendorong
mereka bangkit berdiri di atas kaki sendiri untuk menentang pencabulan hak dan
maruah diri, keluarga, bangsa dan wilayah kediaman mereka oleh pihak Zionis
atau Israel. Malah tempat suci mereka iatu Masjid al-Aqsa juga diserang. Ini
merupakan penghinaan bagi mereka.
Pada penilaian kami, faktor diatas memainkan peranan penting dalam
menstabilkan politik dan menyelesaikan masalah isu Palestin. Gerakan yang
ditubuhkan adalah untuk menolong rakyat Palestin sangat memberikan impak
positif dalam melancarkan serangan perjuangan intifada yang pertama walaupun
senjata mereka hanyalah batu sahaja. Selain itu, Perang sebelum berlaku
Intifada ini juga dapat memberikan semangat nasionalisme dan mereka lebin
yakin dalam menyerang Israel bagi menegakkan kebenaran dan keadilan rakyat
mereka. Kedua-dua faktor memainkan peranan penting sehingga berlakunya
Intifada yang pertama iaitu dari tahun 1978 sehingga 1993.

4.0 KESIMPULAN.
Penindasan demi penindasan dan yang diterima oleh rakyat Palestin sehingga
berlakunya

Intifada

yang

pertama

bagi

menyerang

atau

melakukan

pemberontakan beramai- ramai untuk menjatuhkan pihak Israel yang zalim dan
kejam itu. Perjuangan berlandaskan semangat Pan-Arabism untuk membebaskan
wilayah kedaulatan Palestin akhirnya berakhir selepas kematian hero dunia
Arab yakni Gamal Abdul Nasser pada 1970. Akhirnya tinggalah rakyat Palestin
sendirian untuk memperjuangkan hak mereka. PLO dan Fatah dijadikan sandaran
harapan untuk mengubati kekecewaan terhadap perubahan dasar negara Arab.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 13
Malang apabila PLO dan Fatah juga meninggalkan rakyat Palestin, dan berdamai
dengan pihak Zionis atau Israel.
Ikhwan

Muslim

yang

tidak

jemu-jemu

membantu

dan

menyokong

perjuangan rakyat Palestin atas dasar perjuangan Islam telah melahirkan inisiatif
menubuhkan Hamas. Hamas sandaran harapan baru buat rakyat Palestin,
berjuang atas nama Islam, mengunakan pendekatan jihad, menganggap
pertempuran dengan pihak Zionis merupakan pertempuran antara hak dan batil.
Intifada adalah suatu bentuk reaksi rakyat Palestin terhadap segala kekecewaan,
penderitaan yang mereka rasai selama 39 tahun dibawah percaturan Zionis atau
Israel. Oleh itu, tercetuslah Intifada yang pertama iaitu pada tahun 1987.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 14

RUJUKAN.
Buku.
Abul Khairi Al-Latifi. 2001. Baitul Maqdis (Al-Quds): Antara Kelebihan dan
Kezaliman Zionis. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Amaney A. Jamal. 2007. Barriers to Democracy: The Other Side of Social Capital
in Palestine and the Arab World. New Jersey: Princeton University Press.
Anwar M. A. 2009. Israel Is Not Real: Negara Palsu di Tanah Rampasan. Kuala
Lumpur: Alam Raya Enterprise.
Darmadi Iman Tauhid. 2011. Palestine Misteri Tanah Yang Dijanjikan. Selangor:
Al-Hidayah House Publishers.
Edwards, B. M. 1996. Islamic Politics in Palestine. New York: I.B Tauris Publishers.
Hafidzi M. Noor. 2007. Dalang di Palestin: Hamas atau Israel? Kuala Lumpur:
JIMedia & Peace Sdn Bhd.
Harun Yahya. 2004. Palestin: Polisi Ganas Kerajaan Israel dlm Zaman Kegelapan
Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. Johor: Perniagaan Jahabarsa.
Henry cotton. 1976. Palestin and International Law. United Kingdom: Longman
Group Ltd.
Israel Shahak. 1988. Israeli Apartheid and the Intifada. t.TP: Institute Of Race
Relation.
Joel Peters, David Newman. 2013. Routledge Handbook on the Israeli-Palestinian
Conflict. New York: Routledge.
Madiha Rashid al Madfai. 1993. Jordan, the United States and the Middle East
Peace Process, 19741991. New York: Cambridge University Press.
Maszlee Malik. 2009. HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis. Wang Melawati.
Kuala Lumpur.

AJ30703 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA


KEDUA| 15
Muhammad Lili Nur Nur Aulia. 2009. Dari Semenanjung Gaza: Ayat-ayat Allah
Berbicara. Pahang: Alam Raya Enterprise.
Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin. 2009. Palestin Dijajah. Selangor: Aman
Palestine Berhad.
Ritchie Ovendale. 1984. The Origins of The Arab Israeli Wars. London: Longman
London and New York.
Schiff, Z. dan Rothstein, R. 1972. Fedayeen: The Story of the Palestinian
Guerrillas. London: Vallentine Mitchell & Co. Ltd.
Dr. Zainur Rashid Zainuddin, Dr. Mohamad Hussaini Razali. 2004. Meniti
Rentetan Sejarah. Selangor: Taawun Medi Resources.

Jurnal.
Emile A Nakhleh. 1989. The Palestinians and the Future: Peace through Realism.
Journal of Palestine Studies, Vol. XVIII. Winter.

You might also like