You are on page 1of 8

No

Simpulan Bahasa ~ Maksud

1 ada hajat
ada kemahuan untuk melakukan sesuatu

2 ada hati
ada kemahuan untuk melakukan sesuatu

3 alas perut
makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar

4 ambil berat
memberi perhatian terhadap sesuatu

5 ambil hati
1)menyukakan hati seseorang
2)tersinggung

6 ambil masa
menggunakan masa

7 ambil mudah
menganggap sesuatu perkara itu mudah

8 anak angkat
anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri

9 anak buah
orang di bawah jagaan kita

10 anak kandung
anak sendiri

11 anak tunggal
anak yang tidak ada adik-beradik

12 anak yatim piatu


anak yang kematian ibu bapa

13 asam garam
pengalaman kehidupan

14 ayam tambatan
orang yang menjadi harapan

15 berat tulang
malas

16 berbudi bahasa
bersopan

17 berganding bahu
bekerjasama, tolong-menolong

18 berlapang dada
berasa lega

19 bermurah hati
tidak kedekut

20 berputus asa
hilang harapan

21 bersatu hati
bermuafakat dan bekerjasama

22 besar hati
1) gembira
2) bangga

23 buah fikiran
pendapat

24 buah hati
1) kekasih
2) orang yang disayangi
25 buah mulut
perkara yang menjadi perbualan orang ramai

26 buah tangan
hadiah yang dibawa semasa melawat seseorang

27 buka mata
1) meluaskan pandangan
2) menyedarkan atau menginsafkan orang lain
28 bulat fikiran
mengambil keputusan yang tetap

29 bulat hati
tetap hati dan bersungguh-sungguh

30 bulat kata
kata sepakat

31 buruk sangka
salah sangka

32 cahaya mata
anak

33 campur tangan
melibatkan diri dalam urusan orang lain

34 cari jalan
berikhtiar

35 curi tulang
malas bekerja

36 dalam tangan
sudah tentu dapat

37 gulung tikar
muflis, bankrap

38 halwa telinga
sesuatu yang baik untuk didengar

39 ikat perut
mengurangkan makan kerana miskin

40 ikut jejak
mencontohi perbuatan seseorang

41 kaki lima
tempat orang lalu-lalang di hadapan kedai atau rumah

42 lipas kudung
membuat kerja dengan cepat

43 mandi kerbau
mandi dengan tidak bersih

44 mandi peluh
bekerja kuat dan bersungguh-sungguh

45 mata pencarian
pekerjaan

46 mati akal
buntu fikiran

47 membanting tulang
bekerja bermati-matian

48 membuta tuli
membuat sesuatu tanpa berfikir

49 memerah keringat
bekerja dengan kuat

50 menambat hati
menarik hati

51 menara gading
universiti

52 mencuci mata
melihat sesuatu yang cantik

53 minta diri
memohon keizinan pergi

54 orang lama
orang yang berpengalaman

55 otak cair
pandai

56 panjang tangan
suka mencuri

57 pasang mata
memerhati dengan penuh perhatian

58 pasang telinga
mendengar dengan penuh perhatian

59 pembasuh mulut
manisan yang dihidangkan selepas makan

60 perang mulut
bertengkar, bergaduh

61 putih hati
ikhlas dan jujur

62 putih mata
1)terlepas peluang
2)mendapat malu

63 putih tulang
mati

64 rambang mata
tidak dapat membuat pilihan

65 rela hati
sanggup hati

66 ringan mulut
suka bercakap, peramah

67 ringan tulang
rajin

68 sakit hati
berasa marah dan tersinggung

69 salah langkah
silap melakukan sesuatu kerja

70 sekangkang kera
tidak luas

72 senang hati
gembira

72 serkap jarang
menuduh sembarangan

73 suka hati
gembira

74 tanah air
negara asal

75 terhutang budi
memperoleh budi baik orang lain

76 titik peluh
hasil usaha

77 tulus hati
ikhlas

78 ulat buku
orang yang rajin membaca buku

You might also like