You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2016

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K) DAN BENCANA


Tarikh
Masa
Tempat:
Kehadiran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

1.

:
12 Januari 2014 (Ahad)
:
1.35 petang
Makmal Komputer
En. Kamaruzzaman Bin Thalip
(PK HEM)
Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali
En. Bashir Bin Yassin
En. Zakaria Bin Ahmad
Pn. Nor Haliza Binti Saad
Pn. Nor Hanisah Binti Hamid
Pn. Robiah Binti Baharuddin
Pn. Rosnawati Binti Ariffin

- Penasihat
- Setiausaha
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)
- AJK (Guru)

Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah
1.2 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan
mencakupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang
selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk aedes)
Tindakan: Makluman

2.

Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam
aspek 3K dan bencana demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap
sekolah berprestasi tinggi menjelang 2016.
Tindakan: Makluman

3.

Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K Dan Bencana 2016
3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu
pertama persekolahan.
3.1.2

Program bersama agensi luar Jabatan Bomba pada April 2016


berkaitan dengan latihan kebakaran dan demonstrasi memadam
kebakaran.
Tindakan : AJK Biro 3K
1

3.1.3

3.1.4

Gotong-royong peringkat sekolah pada Mei 2014 fokus untuk


membersihkan kawasan-kawasan seperti kelas, bilik-bilik khas dan
kantin.
Tindakan : Semua Guru
Suntikan Imunisasi Tahun 1 dan Tahun 6 akan diadakan di makmal
komputer oleh pihak Kementerian Kesihatan

3.1.5

Pemeriksaan Tandas
- Pintu tandas dan selak akan dibaiki
- Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis
warna supaya nampak ceria
- Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan kerana penggunaan kertas tidak efektif dan
tidak tahan lama

3.1.6

Mengemaskini buku rekod kesihatan pelajar oleh guru kelas pada


bulan Januari.
Tindakan : Guru Kelas

3.1.7

Pemeriksaan peti ubat dan menambah alat-alat bantuan kecemasan


adalah 2 kali setahun
Tindakan : AJK Biro 3K

3.1.8

Pemeriksaan tandas, bangunan pendawaian elektrik, parit dan


longkang akan dilaksanakan setiap minggu oleh guru yang bertugas
dan mesti dicatat di dalam buku Laporan Bertugas Harian
Tindakan : Guru Bertugas Mingguan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan


3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik. Pagar sekolah
akan ditutup selepas pukul 8.00 pagi
Tindakan : PK HEM
3.2.2

Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di


kantin dan laluan ke kantin

3.2.3

Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu
ditukar ganti

3.2.4

Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini


Tindakan : Setiausaha Biro 3K

3.2.5

Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan dua kali setahun

3.2.6

Kempen sekolah selamat akan diwar-warkan dalam perhimpunan


harian kepada murid
2

Tindakan : Guru Bertugas Mingguan


3.2.7

Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua


pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan
lanjut.
Tindakan : Guru Bertugas Mingguan

3.2.8

Penyelenggaran kerosakan bangunan akan dibuat dari semasa ke


semasa mengikut keperluan
Tindakan : Guru Bertugas Mingguan

3.2.9

Perkhidmatan jaga sekolah akan dibuat pemantauan dari


semasa ke semasa

Tindakan : Guru Besar


3.3 Perancangan Aspek Keceriaan
3.2.1 Satu sudut 3K akan ditubuhkan di kawasan sekolah untuk memberi
pendedahan kepada murid tentang aspek keselamatan, kesihatan dan
keceriaan kepada murid, guru dan staf
Tindakan : AJK Biro 3K
3.2.2 Pertandingan keceriaan kelas dan bilik-bilik khas akan bermula pada bulan
Februari di bawah kelolaan Pn. Junaidah
Tindakan : Pn. Junaidah
3.2.3 Persekitaran tandas akan dinaiktaraf dengan melekatkan poster dan gambar
serta hiasan untuk menambahkan keceriaan
Tindakan : PK HEM
3.2.4 Persekitaran sekolah akan ditambah dengan tumbuhan bunga yang berpasu
di bawah kelolaan pekerja sekolah
Tindakan : AJK Biro 3K
3.2.5 Gotong royong perdana akan diadakan 2 kali setahun
Tindakan : Semua Guru

4.

Hal-hal lain
4.1.1 Mural di dinding-dinding bangunan sekolah akan diserahkan kepada pihak luar jika
harga yang ditetapkan berpatutan.

5.

Ucapan Penagguhan
5.1 PK HEM berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masingmasing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang dengan surah Al Asr.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(Pn. Siti Norbaya Binti Ghazali )


Setiausaha
Program 3K
Sekolah Kebangsaan Darulaman

...
(En. Kamaruzzaman Bin Thalip)
PK HEM
Sekolah Kebangsaan Darulaman

Tarikh: 13 Januari 2016

You might also like