You are on page 1of 27

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 4
4.0

BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI

SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tiga domain pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas iaitu domain penguasaan ilmu (kognitif), domain penguasaan


kemahiran (intelektual dan psikomotor) dan domain penghayatan dan amalan
(afektif).
4.1

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat memahami dan menguasai tentang:

4.2

1.

objektif pembelajaran domain kognitif

2.

objektif pembelajaran domain psikomotor

3.

objektif pembelajaran domain afektif

KERANGKA TAJUK
Bidang P & P

Penguasaan ilmu
(Kognitif)

Penguasaan
Kemahiran

Penghayatan dan Nilai


(Afektif)

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

4.3

BIDANG PENGUASAAN ILMU (KOGNITIF)


Objektif

pengajaran dan pembelajaran domain kognitif merujuk kepada

penguasaan daya intelek dan pemikiran. Objektif bidang ini memberi penekanan
kepada pengembangan minda seseorang pelajar dalam pembelajaran di dalam
kelas dari aras rendah ke aras tinggi. Menurut Bloom, Englehart, Hill, Furst dan
Krathwohl (1956), taksonomi bidang kognitif boleh dikelaskan kepada enam aras
iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian seperti
rajah 4.1.
Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan
Rajah 4.1: Aras Domain Kognitif
4.3.1 Aras Pengetahuan
Objektif pembelajaran aras pengetahuan menekankan kepada kebolehan minda
mengingat sesuatu perkara yang diajar di dalam kelas. Soalan ujian bagi aras
pengetahuan menghendaki pelajar mengingat, mengenal pasti fakta, istilah, prinsip,
prosedur dan konsep. Di antara kata tugas soalan ujian yang sesuai untuk objektif
aras pengetahuan yang dapat diukur dan dilihat ialah:

Takrifkan

Kenal pasti

Senaraikan

Berikan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Pilih

Labelkan

Padankan

Nyatakan

Namakan

Gariskan

Lorekkan

Contoh soalan untuk aras pengetahuan:


a) Hijrah menurut istilah bermaksud
A. Berpindahnya Nabi dan umat Islam dari kampung ke kota
B. Perjalanan Nabi dan umat umat Islam menuju ke kota Madinah
C. Perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah
D. Meninggalkan perbuatan maksiat dan dosa kepada perbuatan makruf
b) Padankan ibu susuan Nabi (A) dengan tempoh penyusuan baginda (B) di
bawah:
(A) Ibu susuan Nab:i
Aminah binti Wahhab
Halimah As-Saadiah
Thuwaibah al-Aslamiyyah

(B) Tempoh penyusuan:


3 tahun
3 bulan
beberapa hari

4.3.2 Aras Kefahaman


Objektif pembelajaran aras kefahaman memberi penekanan kepada kebolehan
pelajar memahami sesuatu fakta yang diajar, menginterpretasi data atau graf, atau
menjelaskan maksud yang tersirat dalam sesuatu ayat.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Antara kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan hasil pembelajaran yang dapat
diukur dan dilihat ialah:

Terangkan

Bezakan

Ringkaskan

Terangkan

Berikan contoh

Tulis semula

Contoh soalan aras kefahaman:


a)

b)

Berikan 3 contoh perbuatan beradab dengan ibu bapa:


I.

_______________________________________________

II.

_______________________________________________

III.

_______________________________________________

Baca ayat berikut dan jawab soalan di bawah.



Tuliskan lima contoh hukum alif lam qamariah dalam ayat di atas:
I.

______________________

II.

______________________

III.

______________________

IV.

______________________

V.

______________________

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

4.3.3 Aras Aplikasi


Objektif pembelajaran aras aplikasi memerlukan pelajar menggunakan maklumat
yang telah diperolehi pada situasi yang berlainan dari situasi asal maklumat itu
dipelajari.

Masalah biasanya dalam bentuk gunaan.

menggunakan

maklumat

pembelajaran

bagi

Oleh itu pelajar boleh

menyelesaikan

masalah

yang

dikemukakan. Di antara kata tugas yang sesuai untuk menguji pengetahuan dan
kefahaman ialah:

Tunjukkan cara

Kaitkan

Sediakan

Selesaikan

Gunakan

Kirakan

Rancangkan

Contoh soalan aras aplikasi:


a) Anda ingin menunaikan solat zohor berjamaah di masjid. Sewaktu tiba di
pintu masjid, tiba-tiba anda terpijak tahi kucing dan sedikit najis tersebut
telah terkena pada kaki seluar anda. Apakah yang patut anda lakukan?

b) Tulis semula ayat di bawah dengan menggunakan tulisan khat nasakh.


4.3.4 Aras Analisis

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Soalan ujian aras analisis menghendaki pelajar melakarkan hubungan antaran ideaidea atau membandingkan dan membezakan idea-idea. Di antara kata tugas soalan
ujian bagi mengukur objektif analisis ialah:

Mengesan

Mengenal pasti

Membezakan

Membandingkan

Mengkategorikan

Menganalisis

Contoh soalan aras analisis:


a)

Manakah antara berikut perkataan yang dieja berdasarkan kaedah

Mekayu?
- - -

- - -

- - -

- - -

4.3.5 Aras Sintesis


Soalan ujian aras sintesis memerlukan pelajar menyelesaikan masalah yang
terasing secara unit atau bahagian-bahagian untuk membentuk hasil unit yang
sempurna atau sesuatu yang unik atau asli. Di antara kata tugas soalan ujian untuk
mengukur objektif aras sintesis ialah:

Menyusun

Mengelas

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Menyatukan

Membentuk

Membandingkan

Merancang

Merumus

Contoh soalan aras sintesis:


a) Terangkan 5 perbezaan antara kelas Pemulihan Jawi dengan kelas biasa.

4.3.6 Aras Penilaian


Soalan ujian aras penilaian menghendaki pelajar menyatakan asas bagi membuat
pertimbangan terhadap sesuatu isu, nilai, kaedah, idea atau hasil yang mempunyai
matlamat tertentu. Pelajar perlu menjelaskan apakah kriteria luaran atau prinsip
yang

digunakan

bagi

mencapai

kesimpulan

mengenai

sesuatu

isu

yang

dikemukakan.
Antara kata tugas yang sesuai untuk menguji pencapaian objektif penilaian ialah:

Menerangkan

Mengaitkan

Mengkritik

Mentafsirkan

Memberikan pandangan atau hujjah

Contoh soalan aras penilaian ialah:

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

a)

Umar telah bertayammum untuk menunaikan solat Asar sebelum masuk


waktu Asar kerana ketiadaan air. Sesudah selesai solat tiba-tiba ada air.
Apakah hukum solat Asar yang dilakukan oleh Umar dan terangkan anda
berpendapat sedemikian?

b)

Anak zina tidak akan masuk syurga sehingga tujuh keturunan.


Beri pandangan anda terhadap mafhum dalil (hadis maudhuk) serta
hujjah yang jelas.

4.4

BIDANG

PENGUASAAN

KEMAHIRAN

(INTELEKTUAL

DAN

PSIKOMOTOR)
Objektif bidang psikomotor memberi penekanan kepada perkembangan pergerakan
anggota seseorang pelajar secara sistematik. Dalam pengajaran, guru berusaha
untuk memastikan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan yang melibatkan
anggota zahir secara teratur dan betul.
Dalam Pendidikan Islam, penilaian yang boleh dilakukan dalam bidang
penguasaan kemahiran ini dapat ditunjukkan secara khusus melalui pemerhatian
terhadap tingkah laku pelajar semasa melaksanakan amali seperti wuduk, solat,
tilawah dan hafazan al-Quran, tayammum, menyuci najis dan lain-lain. Penguasaan
pelajar terhadap kemahiran tersebut biasanya menggunakan alat ukur seperti
senarai semak dan borang pemerhatian.
Objektif bidang kemahiran intelektual pula melibatkan kemampuan pelajar,
pertama:

menggunakan alat-alat berfikir (KBKK) bagi memahami, mengaplikasi,

membuat analisis, mensintesis, menyelesaikan masalah serta menilai, dan kedua:


mengaplikasikan kemahiran-kemahiran belajar seperti mencatat nota, mengingat,
menghafaz dan lain-lain.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

4.5

BIDANG PENGHAYATAN DAN AMALAN (AFEKTIF)

Objektif

bidang

penghayatan

dan

amalan

memberi

penekanan

kepada

perkembangan perasaan, emosi, sikap dan nilai seseorang pelajar. Guru atau
pensyarah

akan

berusaha

menerapkan

dan

mengembangkan

perasaan,

emosi,sikap dan nilai positif dalam kalangan pelajar melalui pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Satu cara pengelasan objektif aras taksonomi afektif
adalah berdasarkan kategori yang dibina oleh Krathwohl.et.al (1964) seperti rajah di
bawah:

Gerakbala
s

Penerimaa
n

Menilai

Menyusun
semula

Perwatakan

Rajah 4.5: Aras Taksonomi Afektif Krathwohl.et.al (1964)

Taksonomi afektif Krathwohl,et.al (1964) ini menjelaskan satu proses di mana


proses penerimaan bermula dengan kesedaran dan keprihatinan seseorang
terhadap wujudnya sesuatu rangsangan. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran,
pelajar sedar tentang kewujudan malaikat dan tugas-tugasnya dalam melaksanakan
perintah Allah s.w.t. terhadap makhlukNya. Kata tugas yang sesuai untuk aras
penerimaan ini ialah:

Menamakan

Memberitahu

Mengenal

Memilih

menerangkan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Gerakbalas
Proses penerimaan berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk
mendengar dan bertindakbalas dengan rangsangan tersebut. Sebagai contoh:
Pelajar dapat membezakan antara akhlak yang baik dengan akhlak yang buruk.
Kata tugas yang sesuai yang sesuai untuk aras gerak balas antaranya ialah:

menerangkan

membezakan

menyelesaikan

mencadangkan

melaporkan

Menilai
Aras afektif menilai menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap
sesuatu rangsangan. Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan
terhadap sesuatu aktiviti berasaskan nilai kepada diri sendiri. Sebagai contoh:
Pelajar dapat menunjukkan tingkah laku yang baik sebagaimana yang dituntut oleh
agama Islam. Kata tugas yang sesuai untuk soalan aras penilaian ialah:

menunjukkan

membezakan

mencadangkan

mengamalkan

menyelesaikan

menggunakan

Penyusunan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Aras objektif afektif penyusunan menekankan proses penyusunan semula idea,


sikap dan kepercayaan seseorang terhadap suatu rangsangan dengan sistem nilai
yang sedia ada pada dirinya. Sebagai contoh: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat
menyatakan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan bagi membentuk masyarakat
madani. Pada peringkat penyusunan ini idea-idea yang bernilai disusun bagi
memastikan ketekalan dan kesesuaiannya antara satu nilai dengan nilai yang lain.
Di antara soalan ujian yang sesuai dengan aras penyusunan ialah:

mengenalpasti

mengaitkan

membandingkan

menjelaskan

menusun

mengubah

menyatukan

menyediakan

Perwatakan
Aras tertinggi domain afektif perwatakan menekankan ketekalan tingkah laku
dengan sistem nilai yang dianuti oleh seseorang. Sebagai contoh: Pada akhir
pelajaran ini pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat madani.
Individu yang berada pada peringkat perwatakan mengotakan apa yang dikata. Kita
tidak mengharapkan pendidik merubah tingkah laku pelajar melalui pengajaran yang
diajar di dalam kelas dalam tempoh kurang setahun. Namun, taksonomi afektif
memberi

implikasi yang

penting bagi merancang aktiviti

pengajaran dan

pembelajaran pendidik. Antara kata tugas yang sesuai digunakan bagi soalan ujian
yang mengukur aras perwatakan ialah;

membezakan

mencadangkan

menunjukkan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

menggunakan

menyelesaikan

mengamalkan

4.5.1 Cara-cara Mengukur Sikap

a)

Pemerhatian
Pemerhatian boleh dibuat dalam dua cara iaitu secara berstruktur atau tidak

berstruktur. Pemerhatian berstruktur memerlukan perancangan rapi terlebih dahulu


sebelum melaksanakan pemerhatian. Perancangan biasanya tertumpu kepada
tujuan membuat pemerhatian, pola perlakuan yang hendak dilihat atau diukur (kerap
dilakukan atau tidak kerap dilakukan), tingkah laku yang telah dikenal pasti dan
bagaimana catatan akan dilakukan sama ada secara membilang kekerapan atau
menyatakan kekerapan secara pangkatan (sangat kerap, kerap, sekali sekala,
tiada langsung).
Pemerhatian tidak berstruktur pula tidak memerlukan sebarang perancangan
sebaliknya hanya perlu menetapkan masa, tempat dan tempoh pemerhatian yang
akan dibuat. Walau bagaimanapun masa yang panjang diperlukan bagi menghurai
dan mentafsir maklumat yang telah dikumpul. Daripada maklumat yang diperolehi,
guru akan mengkategorikan perlakuan (aspek sikap - tingkah laku), perbualan dan
pergerakan (sikap - afektif), dan merekod prestasi (kognitif). Seterusnya maklumat
itu akan ditafsir bagi menerangkan sikap terhadap sesuatu konsep itu.
b)

Skala Likert
Cara yang paling popular untuk mengukur sikap adalah menggunakan

kaedah Skala Likert yang telah dikemukakan oleh Rensis Likert pada tahun 1932.
Skala Likert mengandungi berbilang pernyataan berhubung dengan sikap tentang
sesuatu isu, kumpulan atau individu. Bagi setiap pernyataan, responden perlu

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

menyatakan darjah persetujuan kepada pernyataan tersebut yang terdiri daripada


pilihan sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju, dan sangat tidak
setuju. Bagi setiap respons, pemberat ditetapkan sama ada skala 1 (sangat setuju)
hingga 5 (sangat tidak setuju) atau sebaliknya dari skala 5 (sangat setuju) hingga 1
(sangat tidak setuju).

4.5.2 Panduan Membina Pernyataan Mengukur Sikap


1.

Nyatakan dengan jelas menggunakan bahasa yang mudah difahami.

2.

Tuliskan pernyataan secara ringkas.

3.

Elakkan menggunakan pernyataan berbentuk fakta kerana anda menguji


sikap bukannya pengetahuan.

4.

Gunakan pernyataan yang merujuk kepada perkara yang sedang atau baru
berlaku. Elakkan merujuk kepada perkara yang telah lama berlalu.

5.

Bina pernyataan yang membawa maksud perlakuan (akan melakukan) iaitu


sama ada melakukannya atau tidak melakukannya.

6.

Bina juga pernyataan yang membawa maksud persetujuan kepada sesuatu


isu.

7.

Sebaik-baiknya, setiap pernyataan tidak mengandungi lebih 20 perkataan.

8.

Elak menggunakan pernyataan yang mempunyai pelbagai makna atau


tafsiran.

9.

Setiap pernyataan seharusnya unidimensional iaitu berkait dengan hanya


satu konsep atau perkara.

10.

Elakkan pernyataan yang dikatakan double-barreled.

Contohnya: Saya

bosan dan selalu mengantuk semasa dalam kelas. Bosan dan selalu
mengantuk dikatakan double barreled apabila dibentukkan dalam satu
pernyataan.
11.

Elakkan pernyataan di mana respons yang dijangkakan adalah sama bagi


setiap responden.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

12.

Sebaik-baiknya, bilangan pernyataan positif adalah sama banyak dengan


bilangan pernyataan negatif.

13.

Aturkan pernyataan-pernyataan supaya anda tidak meletakkan lebih daripada


empat atau lima pernyataan yang positif / negatif berturut-turut.

14.

Rancangkan sebanyak-banyak pernyataan yang boleh, kemudian pilih yang


relevan.

Soal selidik yang dibina perlu disemak dan disahkan oleh panel pengesah yang
berautoriti.

Para pelajar..!
Sebelum membaca nota seterusnya..pastikan anda membuat catatan
isi penting

TUGASAN TUTORIAL

Bandingkan bidang pembelajaran yang diuji berdasarkan tajuk pelajaran dalam


bidang Adab dan Akhlak Islamiyyah. Gunakan contoh jadual di bawah:
Bidang yang diuji
Penguasaan ilmu
Tajuk
Adab terhadap ibu bapa

Penghayatan dan amalan

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 5

5.1

PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN ISLAM

SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan tentang panduan penulisan item, pembinaan

item ujian objektif, kelebihan dan kelemahan jenis item objektif, pembinaan item
ujian subjektif dan kelebihan dan kelemahan item subjektif.
5.2

HASIL PEMBELAJARAN
Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang:
1.

panduan penulisan item

2.

pembinaan item ujian objektif

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

5.3

3.

kelebihan dan kelemahan item ujian objektif

4.

pembinaan item ujian subjektif

5.

kelebihan dan kelemahan item ujian subjektif

KERANGKA TAJUK

PEMBINAAN ITEM UJIAN

UJIAN OBJEKTIF

5.4

UJIAN SUBJEKTIF

PANDUAN PENGGUBALAN ITEM UJIAN

5.4.1 Objektif
Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian secara keseluruhan
selain memahami dengan jelas objektif pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan soalan yang hendak digubal.
5.4.2 Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:
Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran, format dan JPU bagi
mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah supaya kertas soalan yang
dihasilkan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
5.4.3 Kata kerja
Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

5.4.4 Bahasa:
a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi
kehendak soalan.
b. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul.
c. Tinggalkan perkataan/ayat yang kabur dan mengelirukan
d.

Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang diberi
keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia diguna pakai oleh
Kementerian Pendidikan.
Contoh: inferens.

e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka kata dan
penutup kata .:
Contoh: Idgham.
5.4.5 Jenis-jenis soalan:
Penulisan item memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dalam
pelbagai aspek seperti bentuk item, jenis item, aras item, penyusunan item,
kelebihan dan kelemahan setiap jenis item ujian dan sebagainya. Guru haruslah
memahami bagaimana untuk membentuk ujian yang bermutu tinggi. Ujian bermutu
tinggi

ialah

ujian

yang

mengandungi

semua

ciri

ujian

iaitu

kesahan,

kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Langkahlangkah berikut perlu diambil kira oleh guru untuk memastikan ujian yang itu
bermutu tinggi:
i.

item-item ujian hendaklah disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi


Ujian (JSU) mengikut kepada tujuannya

ii.

bilangan item hendklah diberikan secara berpatutan, mengikut masa


ujian yang diperuntukkan

iii.

proses pengujian hendaklah dijalankan secara teratur dan kemas

iv.

kertas jawapan hendaklah diperiksa secara objektif, mengikut skema


pemarkahan yang baik.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

v.

keputusan ujian hendaklah mudah ditafsirkan mengikut suatu sistem


penilaian yang berkesan.

Pemilihan bentuk ujian juga adalah penting. Ujian sama ada objektif atau
struktur, kedua-duanya memerlukan peringkat kebolehan yang sama jika ditadbirkan
dengan baik boleh menghasilkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai.

5.5

UJIAN OBJEKTIF

Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan
jika soalan objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras
kognitif tinggi.
Jawapan item jenis ini mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana
jawapan dapat diperiksa secara mudah dan tepat oleh pemeriksa yang berlainan.
Menurut Gronlund (1993), pelbagai jenis item objektif boleh didapati tetapi setiap
satunya mempunyai satu ciri yang serupa, iaitu ia menghidangkan tugasan (task)
yang terkawal dan membataskan gerakbalas (respon) yang dibuat oleh calon. Oleh
itu sistem pemarkahannya adalah tetap. Tidak ada kebebasan diberikan kepada
pemeriksa bagi membuat pertimbangan atau keputusan sendiri tentang jawapan
yang dikemukakan oleh murid.
Ciri penting dalam item ujian objektif ialah setiap item hanya menumpukan
satu perkara dalam pengetahuan atau kemahiran. Jawapannya adalah spesifik dan
tidak menguji banyak perkara sekaligus.
5.5.1 JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat dua jenis/kumpulan item/soalan yang biasa digunakan dalam ujian objektif.
Satu kumpulan item yang memerlukan sumbangan jawapan pendek daripada calon
(item respons bebas), manakala kumpulan kedua memerlukan calon membuat
pilihan daripada beberapa pilihan jawapan yang disediakan (item respons tetap).
Kumpulan pertama: Jenis item respons bebas
Jenis item
1. Item jawapan pendek

Contoh
Siapakah nama datuk nabi Muhammad s.a.w.?
_____________________________

2. Item melengkapkan ayat

Peristiwa Nabi s.a.w. dibawa berjalan malam


dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke
Sidratul Muntaha dinamakan peristiwa
______________________________

3. Item perkaitan

Tuliskan tempoh penyusuan Nabi s.a.w. dengan


wanita-wanita berikut:
Ibu Khadijah:...................................................
Suwaibah al-Aslamiyyah:................................
Halimah as-Saadiyyah:..................................

Kumpulan kedua: Jenis item rspons tetap


Jenis item
1. Item betul/salah

Contoh
Pahala sembahyang berjemaah adalah 27 kali
ganda daripada sembahyang bersendirian.
( Betul/salah )

2. Item padanan

Suaikan perkara-perkara berikut:


Anjing dan babi

najis mughallazah

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

3. Item pengelasan

Muntah

najis mukhaffafah

Air kencing

najis mutawassitah

Tuliskan nombor pada ruang jawapan.


A

4. Item aneka pilihan


- satu jawapan salah

Jawapan

1.Niat

Rukun

...............

2.Masuk waktu

Sunat

...............

3.Mengelap air

Makruh

...............

4.Berkumur-kumur

Batal

...............

5.Bercakap-cakap

Syarat sah

...............

Pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke


berapa hijrah?

- satu jawapan betul


- satu jawapan terbaik

A 3H

- jenis negatif

B 5H

- ayat KECUALI

C 8H

- item cantuman

D 10H

5.5.2 Panduan menulis pokok soalan dan Distraktor (Pengganggu) bagi


soalan aneka pilihan.
a) Pati masalah hendaklah dalam pokok soalan. Calon sepatutnya dapat
mengetahui apa yang dikehendaki oleh soalan tanpa membaca pilihan.
b) Pokok soalan hendaklah khusus boleh menguji kefahaman calon tentang
sesuatu perkara dengan cara menggunakan tugasan.
c) Pokok soalan hendaklah dinyatakan secara mudah. Buangkan perkataanperkataan berlebihan dan kurang berfungsi.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

d) Memulakan pokok soalan dengan "mengapa" dan "bagaimana" lebih baik


daripada soalan "siapa" dan "bila". Soalan awal ini lebih mudah diikuti dengan
soalan sukar dan lebih tinggi peringkatnya.
e) Kurangkan pokok soalan yang berbentuk negatif kerana keadaan begini
mungkin menimbulkan kekeliruan.
f) Elakkan mengambil petikan secara langsung daripada buku teks dan nota.
g) Bilangan soalan objektif hendaklah sesuai dengan masa yang diberi.
h) Pastikan tiap-tiap soalan adalah bebas daripada soalan yang lain.
i) Gunakan bentuk soalan objektif yang sesuai. Jika hendak mengukur
ketepatan fakta boleh gunakan bentuk Betul-Salah dan jika hendak mengukur
fakta yang homogen boleh gunakan bentuk padanan.

Panduan menulis distraktor


a) Semua distraktor hendaklah selaras dengan pokok soalan sama ada dari
segi tata bahasa atau perkara
b) Bagi soalan yang berkaitan dengan pengiraan tiap-tiap distraktor
hendaklah dicuba terlebih dahulu.
c) Distraktor hendaklah munasabah dan homogen. Keadaan ini memaksa
calon meneliti dan memikirkan semua distraktor.
d) Gunakan bilangan distraktor yang sesuai.
e) Pastikan hanya terdapat SATU sahaja jawapan yang betul atau yang
paling tepat.
f) Untuk membentuk soalan mengukur proses mental tinggi hendaklah
soalan yang berbeza daripada yang diajar dalam kelas.
g) Pelbagai aras kesukaran soalan.
h) Kurangkan penggunaan pilihan "semua di atas" atau "bukan semua di
atas" sebagai salah satu daripada distraktor. Soalan cantuman boleh
mengatasi masalah ini.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

5.5.3 Kelebihan dan Kekurangan Item Objektif


Kelebihan item objektif:
1. Mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana kertas jawapan mudah
diperiksa dengan tepat dan mdah oleh sesiapa sahaja.
2. Banyak topik, bab atau unit boleh dijadikan soalan untuk diuji. Liputan lebih
besar dan mempunyai kbolehpercayaan yang tinggi.
3. Ia boleh menguji isi kandungan dalam kebanyakan aras kesukaran domain
kognitif.
4. Mudah ditadbir.
5. Mudah menyediakan jadual spesifikasi kerana setiap soalan menguji topik,
bab atau unit yang khusus.
Kelemahan item objektif:
1. Banyak masa dan tenaga untuk menghasilkan soalan ujian objektif yang
bermutu tinggi.
2. Tidak sesuai untuk mengukur aras kesuakran domain kognitif yang lebih
tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.
3. Naan bahasa.Ia menggalakkan calon meneka jawapan yang sedia ada.
4. Ia tidak sesuai untuk digunakan untuk mengesan kelemahan dalam
penggunaan bahasa.
5. Ia mungkin mempunyai ciri kesahan yang rendah jika ada calon ysng
menggunakan teknik menolak gerak balas yang dianggap salah tanpa
menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

5.6

ITEM SUBJEKTIF
Ujian ini ditakrifkan sebagai ujian berbentuk esei di mana calon berpeluang

memberi gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri sama
ada dalam satu ayat, beberpa ayat, satu perenggan atau beberapa perenggan
berbentuk karangan yang lengkap dan menyeluruh.
5.6.1 Jenis-jenis soalan subjektif
a)

Soalan jenis gerak balas terhad.

Soalan yang menentukan bentuk dan batasan kandungan gerak balas calon. Gerak
balas yang dikehendaki adalah secara ringkas mungkin dalam bentuk satu frasa
atau satu ayat. Kata lazim yang digunakan ialah:
Berikan

i.
iii.

Bilakah

ii.
iv.

Apakah
Nyatakan

v. Senaraikan

Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan najis mukhaffafah.
2. Senaraikan syarat-syarat sah tayammum.
b)

Soalan jenis gerak balas bebas.

Jenis ini melibatkan jenis perbicaraan. Ia memberi peluang calon menjawab secara
bebas dengan menghuraikan idea atau pendapatnya secara bertulis dalam satu
atau beberapa perenggan berbentuk karangan. Soalan ini sangat sesuai digunakan
untuk mengukur proses pemikiran kreatif dan kritis, daya pemikiran analitikal,
inferensi, keaslian idea, induksi dan imaginasi yang lebih tinggi iaitu aras analisis,
sintesis dan penilaian.
Kata dasar yang digunakan ialah:

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

i.

Terangkan

ii.

Bezakan

iii.

Bincangkan

iv.

Rancangkan

v.

Huraikan
Contoh:
1. Bezakan antara ujian objektif dengan ujian subjektif.
2. Bincangkan kesan-kesan hijrah kepada individu, masyarakat
dan perkembangan agama Islam.

5.6.2 Kelebihan dan Kelemahan Item Subjektif


Kelebihan item subjektif:
1. Soalan mudah digubal dan cepat disediakan.
2. Sesuai untuk menguji semua aras kesukaran dalam kognitif.
3. Sesuai untuk menguji kemahiran calon menulis, menyusun

dan

mengintegrasikan idea-idea.
4. Sesuai untuk menguji kemahiran berbahasa.
5. Menggalakkan calon berfikir untuk mencari jawapan (bukan meneka
jawapan).
6. Mudah untuk mengesan kesalahan dan kelemahan calon.

Kelemahan item subjektif:


1. Nilai kebolehpercayaan soalan adalan rendah kerana soalan yang hendak
diuji adalah terhad sedangkan bidang yang hendak diuji adalah
menyeluruh.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

2. Calon boleh meramal soalan yang hendak diuji memandangkan bilangan


soalan adalah terhad.
3. Soalan subjektif

yang kecil bilangannya adalah kurang sesuai untuk

penilaian sumatif.
4. Ia kurang sesuai digunakan untuk penilai pencaqpaian calon dalam
bidang kognitif terutama calon yang menghadapi penguasaan bahasa.
5. Ciri keobjektifan soalan mungkin rendah kerana kelainan pemeriksa.
6. Memeriksa kertas soalan subjektif memerluka tenaga dan masa yang
lebih.
7. Skema pemarkahan adalah sukar ditentulan kerna bukan mudah bagi
penggubal soalan menentukan jumlah skor untuk isi penting dan kurang
penting.
8. Menghadapi kesukaran untuk mengira indeks diskriminasi kerana setiap
soalan mempunyai markah yang berbeza-beza dan berkait dengan soalan
lain.

5.6.3 Skema Pemarkahan


Bagi soalan subjektif, adalah penting suatu skema pemarkahan disediakan supaya
pemeriksa boleh memberi markah dengan tepat atau hampir tepat dengan skema
pemarkahan. Dengan adanya skema pemarkahan ini, pengaruh unsur-unsur
subjektif dapat dikurangkan. Hal ini dapat meninggikan ciri keobjektifan serta
kebolehpercayaan dalam ujian subjektif yang akan ditadbirkan.
Cara menyediakan skema pemarkahan
a. Cara analitik
b. Cara holistik
a) Cara analitik:

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Dengan cara ini, contoh jawapan disediakan bagi setiap soalan. Pada umumnya,
unsur-unsur penting dalam pemarkahan caqra analitik merangkumi nilai tara
kandungan, pengelolaan dan proses. Misalnya, dalam ujian karangan, markahmarkah boleh dicerakinkan seperti berikut:
Isi

: 40

Ejaan

: 10

Bahasa

: 30

Gaya

: 10

Pengolahan : 10
Jumlah

:100

Untuk mengelak masalah kebolehpercayaan, semasa penyelarasan dibuat,


penerangan

lanjut

perlu

dilakukan

dengan

memperincikan

apa

yang

dimaksudkan dengan isi, ejaan, bahasa, gaya, pengolahan dan sebagainya serta
berapakah markah yang diberikan bagi tiap-tiap perkara yang diperincikan itu.
Misalnya jika jika isi penting yang dikehendaki 8 dan markah penuhnya 40, maka
markah penuh untuk setiap satu isi ialah 3 dan jika lengkap dengan contoh
setiap satu isi ditambah 2 menjadikan jumlahnya 5.

Bagi mata pelajaran bukan bahasa, unsur-unsur yang penting dalam skema
pemarkahan ialah isi kandungan. Oleh itu, markah-markah akan dicerakin
kepada isi-isi penting.
Contoh
Soalan:
Huraikan 5 keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w.

(10m)

Skema pemarkahan:
i.
Merupakan sirah yang paling sahih mengenai kehidupan Rasulullah
kerana ia diriwayatkan secara ilmiah yang paling kuat lagi tepat
ii.
Kehidupan Nabi begitu jelas dalam setiap peringkat.
iii.
Sirah Nabi merupakan lukisan sejarah seorang manusia biasa yang
mendapat keistimewaan dan tidak diberi sifat-sifat ketuhanan.
iv. Sirah Nabi meliputi seluruh aspek kemanusiaan
v. Satu-satunya sumber yang tepat dan benar menceritakan bukti kenabian
dan kerasulan menggunakan metod iman dan akal
Satu isi = 2 markah.
5 isi x 2 = 10 markah.

PIM 3110- PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

KESIMPULAN
Dalam mengubal soalan/item ujian, guru haruslah mengambil kira banyak perkara.
Selain kandungan isi pelajaran, pencapaian dan kebolehan pelajar juga perlu diberi
perhatian. Oleh kerana pencapaian dan kebolehan pelajar adalah berbeza-beza,
maka para guru perlu menggunakan satu ujian piawai yang boleh diterima dan diuji
untuk semua pelajar.
Tugasan tutorial.
Binakan satu set soalan ujian bagi satu bab atau tajuk pelajaran yang
telah dilaksanakan. Soalan-soalan tersebut mewakili semua bentuk
soalan ujian objektif dan ujian subjektif.
Bentangkan tugasan ini semasa interaksi bersama pensyarah anda.

You might also like