You are on page 1of 21

TOKOH USAHAWAN DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH

Saya memilih Datuk Wan Mohammad Sani Salleh dalam tugasan ini
adalah disebabkan kejayaan beliau yang dikagumi. Walaupun beliau beusia
muda

tetapi beliau telah berjaya

merupakan

usahawan

Malaysia

dalam perniagaannya

yang

berjaya.

Beliau

malah juga

seorang

yang

mempunyai impian. Buktinya, beliau sedar akan kehidupan dulu yang hanya
berhibur dan tidak ada masa depan. Beliau meletakkan tekad untuk
merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri. Walaupun pada
mulanya beliau menghadapi masalah dalam kerjayanya disebabkan dua
orang rakan konsinya menarik diri, beliau tetap tabah dan tidak berputus
asa.Sikap beliau ini boleh dipelajari oleh orang ramai.

PROFIL USAHAWAN DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH


1

NAMA

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

USIA

40 Tahun

LAHIR

24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu,

ADIK BERADIK

Keempat daripada enam beradik

PENDIDIKAN

Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway

Terengganu

(1994)
JAWATAN

Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express

Sdn Bhd,

Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel

Sdn Bhd).
PENCAPAIAN

Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang

(DIMP) yang

membawa gelaran Datuk oleh

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah

(Jun 2009) dan

Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan


Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April,
2009)

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka


semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurut Sani, sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan
beliau mensasar untuk memiliki 500 kakitangan dalam tempoh berkenaan.
Ketika ini Sani Express menggunakan sepenuhnya 25 bas dua tingkat dan
untuk tempoh tiga tahun saya mensasar untuk memiliki 100 bas dengan
meneroka semua laluan di negara ini.

Saya optimis dengan sasaran itu bersandarkan pencapaian Sani


Express ketika ini. Malah sehingga hari ini pelaburan yang dibuat untuk
pelbagai keperluan, antaranya membeli bas baru dan bangunan Wisma Dato
Sani, mencecah RM50 juta, katanya. Sani berkata, wisma berkenaan bukan
sekadar menjadi pusat pentadbiran syarikat, tetapi pertemuan kakitangan
pelbagai peringkat.

Saya memilih lokasi wisma itu yang terletak di Klang Sentral kerana ia
perhentian terakhir untuk bas Sani Express. Di situ saya berpeluang bertemu
semua kakitangan dan membantu saya mengetahui dan menyelesaikan
sebarang permasalahan yang timbul, katanya.

Wisma yang turut dilengkapi pusat latihan itu membantu Sani United
Sdn Bhd memiliki kakitangan yang dapat melaksanakan tugas dengan
efisien.Saya turut mengutamakan latihan kepada pemandu bas supaya
semua pemandu bas Sani Express membabitkan pemandu berhemah.
Pemandu bas sangat penting kerana mereka membawa nyawa.Ia juga
sebagai satu keyakinan kepada pelanggan bahawa Sani Express bukan saja
mengutamakan keselesaan tetapi juga sangat mengutamakan keselamatan
pelanggannya, katanya.

CABARAN PERNIAGAAN

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh merupakan seorang yang sangat


bercita-cita sendiri dan ketika beliau mencapai satu tahap dimana beliau
mula befikir bagaimanakah hidupnya jika terus berada di bidang seni dan
hiburan yang benar-benar bergantung kepada bakat dan peminat. Oleh yang
demikian, beliau telah mengubah arah tuju hidupnya dengan memulakan
perniagaan perkhidmatan bas ekspress.

Destinasi ke Pantai Timur sudah ditawan dan kini semakin ligat


meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Lebih mengagumkan, bermula
bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan
semestinya menjanjikan keselesaan.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra
dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah
5

tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat


dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

Biasalah dulu saya seperti main-main. Masuk industri hiburan, jadi


model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai
bila saya harus begitu. Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan
hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan
kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu, katanya
ketika ditemui di Wisma Dato Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan
karibnya,

Pengarah

Urusan

Federal

Malay

Holding

Sdn

Bhd,

Datuk

Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui
tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman
kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat
rakannya berjaya dalam perniagaan. Melihat rakan yang berjaya, terutama
Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah
bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu
terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.Pada masa sama saya sedar,
umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu
hanya diri saya sendiri, katanya yang pernah menganggotai kumpulan
Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan


berniaga

sendiri.Katanya,

beliau

bermula

dengan

membuka

bengkel

membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan


Terengganu

dan

seterusnya

mencuba

perniagaan

dalam

bidang

pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.Ketika


zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di
Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur
saya memilih bas sebagai pengangkutan.

Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur
di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala
Lumpur

dan

Terengganu,

pada

malam

katanya.

keesokan

Ketika

harinya

memulakan

saya

pulang

perniagaan

ke

dalam

Kuala
bidang

pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu


bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.
Pada

2003

Sani

menubuhkan

SUSB

khusus

untuk

perniagaan

pengangkutan itu.Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun
tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya
terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir, katanya.
Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa
dirujuk kepada sesiapa. Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk

kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan
sendiri.

Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru


sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali, katanya. Sani berkata,
ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan
sepenuhnya

kudrat

dan

buah

fikirannya,

segala

perancangan

untuk

memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan


hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi
kewangan. Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang
dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya
dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?Apapun pada Januari
2006 Sani Express ada di jalan raya dan Alhamdulillah perjalanan perniagaan
ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat
berkembang, katanya. Sani membuktikan jalan dipilihnya berbaloi kerana
hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar
biasa. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan
sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri
yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.

PENCAPAIAN

Pada usia muda ini, perniagaan beliau yang memberi pulangan jutaan
ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos
pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta
Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai
RM 9 juta.

Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa
dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya.
Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah
kehidupannya ke tahap lebih baik.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, beliau mengakui


tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman
kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat
rakannya berjaya dalam perniagaan.. Dengan itu, beliau meletakkan tekad
untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.

Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di


beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya
mencuba

perniagaan

dalam

bidang

pengangkutan

iaitu

bas

yang

sememangnya menjadi minatnya. Ketika memulakan perniagaan dalam


bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau
perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada 2003 Sani
menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika itu,
beliau berkerjasama dengan dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama
kemudian dua rakan itu menarik diri menyebabkan beliau terkontang-kanting
seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir.

Ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan
sepenuhnya

kudrat

dan

buah

fikirannya,

segala

perancangan

untuk

memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan


hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi
kewangan.

Pada Januari 2006 Sani Express wujud di jalan raya dan perjalanan
perniagaan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan, perniagaan
beliau menjadi semakin berkembang. Daripada seorang pekerja, Sani kini
mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana,

10

Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja
mencecah RM 7 juta.

Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato Sani di Klang Sentral itu
serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama,
pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani
Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar
tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan. Menurut Sani, selain
minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya
dan belajar daripada sesiapa saja.
Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang
berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya
belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah
gagal

juga

saya

belajar

kerana

kegagalan

itu

akan

saya

jadikan

iktibar.Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih
belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan
perniagaan dengan baik, katanya. Statusnya sebagai orang bujang juga
banyak memberi kelebihan kepadanya. Beliau belum berkeluarga dan
mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan. Setakat bekerja
keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,
katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai
pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya. Dari dulu
11

saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang
pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani
Express.

Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat
ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini
kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat
akan terganggu, katanya yang mesra dengan kakitangannya. Sani berkata,
tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya. Apa jua
perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa
yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.Doa juga penting dan dalam
hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya,
begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah
membantu kita, katanya.

SANI Express mensasarkan untuk memiliki 100 bas dan meneroka


semua laluan di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi. Menurut Sani,
sebanyak RM100 juta akan dilabur untuk tujuan itu dan beliau mensasar
untuk

memiliki

500

kakitangan

dalam

tempoh

berkenaan.

Ketika ini Sani Express menggunakan sepenuhnya 25 bas dua tingkat dan
untuk tempoh tiga tahun saya mensasar untuk memiliki 100 bas dengan
meneroka semua laluan di negara ini.
12

Saya optimis dengan sasaran itu bersandarkan pencapaian Sani


Express ketika ini. Malah sehingga hari ini pelaburan yang dibuat untuk
pelbagai keperluan, antaranya membeli bas baru dan bangunan Wisma Dato
Sani, mencecah RM50 juta, katanya.

KERATAN AKHBAR MENGENAI TOKOH USAHAWAN DATUK WAN


MOHAMMAD SANI SALLEH

13

Terbitan: Utusan Online


Oleh : RAHANA MOHD. DAHARI
bisnes@utusan.com.my

Liku Kejayaan Sani Ekspres

KOTA BHARU 15 Julai - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tekad yang
menggambarkan liku-liku perjalanan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
sebelum bergelar usahawan muda Melayu negara yang berjaya.

Beliau merupakan pemilik

rangkaian operasi bas

yang sedang

meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn.
Bhd. (SUSB). Biarpun baru berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani
sudah menggenggam pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan
Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha
Melayu Malaysia (Perdasama), baru-baru ini.

Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan


masa kini. Ketika berkongsi pengalamannya, Wan Mohammad Sani berkata,

14

beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun
memiliki impian menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi.

Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata,


hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik
dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu. ''Saya sebenarnya
memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak
mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas
desakan diri sendiri.

''Saya akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang


dan peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila
pun kita tidak mampu mendapatkannya lagi,'' katanya kepada Utusan
Malaysia di sini.

Katanya, pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong


dirinya sendiri untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti.
Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci,
penganalisis dan menstruktur strategi.

15

Ditanya mengapa industri pengangkutan menjadi pertaruhannya, Wan


Mohammad Sani berkata, tiada sebab lain kecuali sektor tersebut begitu
mencabar sehingga memerlukan semangat yang kuat kerana ia bukan
mudah, selain risiko juga cukup banyak. Namun, beliau tidak menafikan
kesukaran yang dilaluinya berbaloi apabila Sani Ekspres kini adalah peneraju
dalam pengangkutan ekspres di Malaysia.

Sani Ekspres, bas merah putih yang mula membelah jalan raya pada
2006, kini mempunyai 150 kakitangan sendiri dan beroperasi di Wisma Dato'
Sani di Klang Sentral. Beliau berkata, biarpun SUSB adalah miliknya, tetapi
dia masih bekerja seperti makan gaji untuk memastikan syarikat itu menjadi
sebuah syarikat pengangkutan terbesar akan tercapai suatu hari nanti.

''Saya sedar impian ini sukar dan saya tidak ada jalan lain kecuali
berusaha, berusaha dan berusaha,'' ujarnya. Wan Mohammad Sani berkata,
dia bukan sahaja berhasrat memiliki 100 buah bas dan meneroka semua
laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi
tinggi di Malaysia seperti bullet bus hasil kerjasama dengan sebuah syarikat
di Sweeden.

16

Selari
penggunaan

dengan
bas

hasratnya

ekspres

bagi

mahu

mengubah

perjalanan

jarak

persepsi
jauh

bahawa

adalah

lebih

menjimatkan dan selamat. ''Ia adalah keutamaan saya sekarang,'' kata


beliau. Ditanya tentang aktiviti hariannya, beliau mengakui masanya terhad
kerana sibuk merencana perniagaan dan Sani Ekspres bukanlah tumpuan
tunggal kerana perniagaannya yang lain turut menuntut perhatian yang
sama.
Di sebalik jadual harian yang padat, beliau tidak pernah mengeluh
kepenatan terutamanya dengan kehadiran Gia Zara, puteri sulungnya yang
dilahirkan pada 1 Julai lalu. ''Kelahiran Gia Zara begitu bermakna dan
memberi semangat baru kepada saya meneruskan perjuangan melebarkan
empayar perniagaan ini,'' kata beliau sebagai menutup bicara dalam
pertemuan itu.

17

RUMUSAN

Rumusan yang dapat dibuat apabila melihat Datuk Wan Mohammad


Sani Salleh ialah kekuatan keazaman yang ditunjukkan dalam bidang
perniagaan ini telah memberikan hasil yang lumayan. Walaupun pada

18

asalnya beliau hanya mencuba-cuba sahaja dalam bidang ini namun setelah
mendapat sebuah visi yang jelas beliau telah manjadikannya sebagai mata
pencarian.

Berkat usaha dan tawakal beliau kepada Allah telah memberikan buah
kejayaan yang sangat ranum sehingga beliau bergelar jutawan pada umur
seawal 33 tahun. Dengan hanya berbekalkan Diploma sahaja beliau mampu
mengorak langkah yang sangat gemilang dalam bidang perkhidmatan bas
ekespress. Beliau layak digelar sebagai seorang usahawan yang berjaya
kerana mampu menjalankan perniagaan tanpa sokongan tulang belakang
pada awalnya sebenarnya.

Contoh yang terbaik ditunjikkan oleh beliau apabila beliau ditanyakan


tentang kejayaannya dengan hanya berkata Semua ini adalah kurnia Allah,
itulah sikap yang kita mahukan bagi setiap usahawan yang bakal lahir nanti
yang bukan mendabik dada dengan kejayaan yang kecil. Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh telah merangka pelan perniagaannya dengan legkap
malah menjaga hubungan dengan setiap pekerjanya. Cara ini telah
memberikan satu momentum kepada syarikatnya dan kepada pekerjanya
untuk memberikan komitmen kepada CEO mereka.
LAMPIRAN

19

Hotel Sani Milik Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Antara Salah Satu Bas Ekspress Kepunyaan Datuk Wan Mohammad Sani
Salleh

Wisma Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

20

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh Bergambar Dengan Salah Sebuah Kereta
Mewah Miliknya

Bas Sani Ekpress

21

You might also like