You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.

4 Tahun 2015
TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:

4 OKT 2015
3:15 petang
BILIK PANITIA

KEHADIRAN :
1
2
3
4
5
6
7
8

Norani Binti Alias


Maizatul Naemah Binti Shafie
Muryati Binti Yakob
Norazamimah Binti Omar
Mohd Faizal Bin Mazlan
Nur Hidayah Bte Mohmad Haris
Noordewi binti
Nazihatusyimah Binti Mentaha

AGENDA MESYUARAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ucapan Pengerusi
Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.3 / 2015
Postmortem percubaan SPM dan PT3
Kajian semula semua program
Perkara Berbangkit
Hal-hal lain
Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1

Pn. Norani (Pengerusi) mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas


kehadiran Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Panitia Sains 2015.

1.2

Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam
komitmen yang ditunjukkan bagi menjayakan program-program sekolah seperti minggu
Sains.

Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.3 / 2015.
2.1

Tuan Pengerusi meminta kepada ahli jawatankuasa untuk mengesahkan minit


mesyuarat bil.3 / 2015.

Respon : Pn.Muryati mencadangkan minit untuk disahkan dan ia disokong oleh Pn.
Noordewi.
Makluman
3.0 POSTMORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN PT3
3.1 Pengurusi meminta guru guru mengenalpasti pelajar yang dikategorikan sebagai
cemerlang dan lulus. Ini bertujuan untuk mengambil langkah berikutnya, bagi
memastikan sasaran yang dibuat tercapai.
3.2 Beberapa masalah dan cadangan penyelesian berkaitan pembelajaran telah
dikemukan oleh guru-guru. Diantaranya ialah ;
Bil.

Masalah

Pelajar sangat lemah,


memahami isi pelajaran.

Cadangan Penyelesaian

tidak i. Pelajar dibimbing oleh guru secara


personal coaching.
ii. Bantuan kelas tambahan daripada
guru luar.
Pelajar tidak berminat dengan i. Guru cuba pujuk dan nasihat.
pelajaran, mula putus asa dan ii. Guru tunjukkan kepercayaan bahawa
pelajar berkenaan boleh, agar
berhenti untuk berusaha.
keyakinan pelajar bertambah.
iii. Guru beri pujian dan motivasi untuk
setiap peningkatan atau sikap
positif yang pelajar tunjukkan.
Pelajar tidak menjawab soalan i. Guru perlu menegaskan tentang
kemahiran proses sains semasa
semasa peperiksaan kerana tidak
membuat latihan dalam kelas.
menguasai kemahiran proses
ii.
Guru
menghitamkan (highlight) kata
sains.
kunci soalan supaya pelajar tidak
terpesong dari kehendak soalan.

Tindakan : Semua guru

4.0 KAJIAN SEMULA PROGRAM TAHUN 2015


4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang membantu
menjalankan aktiviti aktiviti yang dirancang oleh panitia. Pengerusi juga memohon
maaf atas kegagalan untuk menjalankan beberapa aktiviti panitia seperti yang di
rancang.

4.2 Pengerusi juga meminta guru guru yang ditanggungjawabkan untuk setiap aktiviti
menyediakan laporan postmortem. Dengan ini kelemahan aktiviti dapat diatasi.

5.0 PERKARA BERBANGKIT


5.1 Tiada sebarang bangkitan minit diketengahkan.

Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Puan Norani menerangkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menangguhkan
perlaksanaan
Peperiksaan
Pusat
Amali
Sains
mata
pelajaran Physics (Kod
4531), Chemistry (Kod
4541), Biology(Kod
4551)
dan Additional Science (Kod 4561). Ini adalah bertujuan untuk memastikan fasiliti
dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawai
yang ditetapkan sebelum peperiksaan tersebut dilaksanakan.
Makluman
7.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

........
(NUR HIDAYAH BTE MOHMAD HARIS)
Setiausaha Panitia Sains

Disahkan oleh,

...................................................

You might also like