You are on page 1of 10

HAKIKAT PERKAHWINAN

A. Tujuan Perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan
sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di
mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu
membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni
dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.
Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya takmudah dilupakan bagi orangorang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.
B. Walimatul Urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang
sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin
C. Hikmah Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap
ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa
aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya
kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah
orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan
masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami
telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat
kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana
Allah telah memelihara mereka..."(An-Nisa':34)
Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya
adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam
rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyeangkan hati suaminya apabila
suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta
benda suaminya di kala suami tiada di rumah.
Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga
bertujuan supaya manusia mempunyaikeluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di
dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami
maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.
2. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab- sebab perzinaan.
3. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi
kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
4. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh
dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.
Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya
perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh
dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui Masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.Masanya berbeza. Perbezaan
masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid
yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
masa haid

masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat
dibuahi untuk menjadi benih.
masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan
kedatangan haid.
masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana
tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu
subur.
Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa
kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid
sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari
ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup2 X 24 jam
sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan
selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling
baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkankehamilan, haruslah melakukan persetubuhan
berpandukan pada masa
tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.
Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang
baru. hari 1 7 14 21 28
tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak suburF. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah AlAn'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada
yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."
Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan
jantina janin itu, sedang bentukdan rupa benih adalah sama dan serupa.Mereka merumuskan
pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya
jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya:

"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak
dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel
telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada
sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan
oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang
gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam
mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin
wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah
selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak
air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke
kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di
luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan
berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah
(Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha"
- "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan
setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah
kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri
makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari,
maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.
Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada
kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

G. Amalan suami semasa isteri mengandung


Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung
:
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam
kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam
Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi
isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan
keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang
akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl
ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung


Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab
terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap
isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai
teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari


daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan
isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau
Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak
dalam kandungan selamat.

I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin


Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun
tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat
dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah
dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan
beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi
tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi
fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih
kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah
pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita
mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas
kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri
kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap
malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut
menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu


berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab
yang berat itu.

J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan


Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa,
saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan
dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9
bulan itu cacat atau kenan.
Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan
oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan
bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang
percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali
kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung
seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi
lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan
umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan
kenan dan kecacatan ini, jika
suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan
begitu sebaliknya.

K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak


1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di
saat-saat kegembiraan menerima ahli baru,
seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik
atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma

kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi
hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan
dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma
membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat
bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi.
Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka
mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik
kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam
menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.
Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang
pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna
bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu
usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima
perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT
itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya
daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih
dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah
SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah
akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan
agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anakanak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak
merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang
diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang
memberikannya.
PERNIKAHAN:
Berarti suatu tantangan yang harus dihadapi,
Suatu perjuangan yang harus dimenangkan,
Suatu kesusahan yang harus dihadapi,
Suatu rahasia yang harus digali,
Suatu tragedi yang harus dialami,
Suatu kegembiraan yang harus disebarkan,
Suatu cinta yang harus dinikmati,
Suatu tugas yang harus dilaksanakan,
Suatu romantika yang harus dirangkul,
Suatu resiko yang harus diambil,
Suatu lagu yang harus dinyanyikan,
Suatu anugrah yang harus dipergunakan,
Suatu permainan yang menyenangkan,
Suatu impian yang harus diwujudkan,

Suatu perjalanan yang harus diselesaikan,


Suatu janji yang harus ditepati,
Suatu keindahan yang harus dikagumi,
Suatu pertanyaan yang harus dijawab,
Suatu kesempatan yang harus dipakai,
Suatu persoalan yang harus dipecahkan,
Suatu kesulitan yang harus dikalahkan,
Rahmat yang harus dipelihara,
Dan dicintai
Bahwa perkawinan sama sekali bukan yang harus disesalkan, karena didalamnya
tersedia banyak sekali solusi hidup,
Bahwa perkawinan tidak pernah dirasakan sebagai beban, karena justru
perkawinan merupakan rumah peristirahatan yang damai, dimana bahteranya
merupakan ombak yang mengalun lembut, menyanyikan suara hati yang penuh
dengan keindahan
Bahwa perkawinan, terutama di 50 tahun pertama, melulu dirasakan sebagai
rahmat Allah yang tiada tara,
Bahwa perkawinan adalah keikhlasan mendapat teman sejati yang sangat
manusiawi dengan pemahaman jujur tentang kebersamaan tanpa melebihi satu
sama lain,
Bahwa perkawinan itu adalah juga cinta, dan itulah yang membuatnya menjadi
lebih berharga

You might also like