You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan
Etika

berasal

daripada

perkataan ethics yang

diambil

daripada

perkataan ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan
tingkahlaku sesuatu golongan individu. Etika boleh dibahagikan kepada dua iaitu
Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan
tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua
iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan
tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap
apa-apa yang telah dianalisis. Dengan lain perkataan, etika dapat didefinisikan
sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral (Rorzali, 2003).
Menurut konsep Barat, etika secara umumnya berasaskan kepada teori
keperibadian mulia dalam kehidupan seharian manusia. Teori ini menekankan
konsep untuk mencari kebaikan dalam keadaan yang seimbang tetapi tidak
melampau dalam setiap perilaku (Muhammad Nuruddin, 2006).Sebagai contoh,
sikap ingin membantu orang adalah baik tetapi tidaklah perlu sehingga menggadai
nyawa dan harta benda sama sekali. Dalam bidang pendidikan pula etika
professionalisma pendidikan berdasarkan dasar-dasar utama yang dijunjung oleh
pihak pentadbiran pendidikan berikutan subordinat berfungsi sebagai penerima
maklumat dan pelaksana semua dasar atau arahan dengan baik. Sistem ini bermula
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia diikuti Jabatan Pelajaran Negeri
diturunkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah serta disampaikan kepada Guru-Guru
Besar di daerah tersebut untuk dikendalikan di sekolah.

2.0 Norma Pertama

Guru diberi tugasan ataupun arahan oleh pihak pentadbir sekolah untuk
membuat kelas tambahan setiap hari selepas waktu persekolah iaitu selepas jam
1.30 petang. Isu ini menimbulkan spekulasi dan kontroversi dalam kalangan guru
sekolah. Perkara ini sering diwar-earkan di dada akhbar bahawa guru diberi tekanan
kerja yang berlebihan dan guru harus memikul tugas yang berat sehingga tidak
dapat mengambil berat terhadap hal dan tanggungjawab terhadap keluarga.
Guru sebagai staff tertinggi di sebuah sekolah mahupun sekolah rendah
ataupun sekolah menengah, guru diberi pelbagai tanggungjawab untuk diselesaikan
dan diberi tanggungjawab yang besar dalam mengendalikan hasrat dan kehendak
pihak atasan tanpa sebarang halangan. Hal ini dapat dilihat dalam perintah am
kerajaan (144) di mana setiap rakyat malaysia yang bekerja di bawah kerajaan harus
menerima dan melaksanakan semua dasar yang diperkenalkan dan yang paling
penting bagi seorang guru ialah sebagai seorang subordinat harus mendengar dan
menurut arahan majikan tanpa sebarang halangan atau bantahan.
Arahan menjalankan kelas tambahan memang wajar dijalankan di semua
sekolah kerana ia merupakan salah satu tindakan pentadbiran sekolah untuk
menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan dan salah satu kaedah
untuk

menaikkan

prestasi

sekolah.

Pentadbir

sekolah

berperanan

dalam

meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang kurikulum dan kokurikulum.


Setiap Guru harus berkerja 8 jam sehari selaras dengan Buku Panduan Am Guru
2016 yang menekankan masa kerja staff staff kerajaan khususnya bahagian
pendidikan rendah dan menengah. Seorang guru harus mula berkerja pada pukul
7.30 pagi hingga 4.00 petang sebagai waktu rasmi pejabat.
Hal ini tidak boleh dinafikan oleh semua guru kerana undang-undang ini
termaktub dalam sistem pendidikan negara kita dan ia merupakan tanggungjawab

utama guru untuk bekerja selama 8 jam sehari. Arahan oleh Guru Besar tidak boleh
dipertikaikan kerana ia merupakan arahan majikan dan ia merupakan suatu tugas
rasmi guru untuk mengajar murid pada waktu kerja selepas waktu sekolah. Guru
yang tidak mematuhi arahan dan terasa diberikan tekanan kerja yang menunjukkan
sikap tidak beretika dan ia merupakan tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh
seorang professional dalam bidang pendidikan kerajaan.
Guru yang tidak menerima arahan majikan dan tidak menjalankan
tanggungjawab (mendidik&mengajar) serta tidak mematuhi perintah am (144)
kerajaan menunjukkan sikap yang tidak baik dan unsur etika dalam profession
perguruan susut sebagai salah satu tanda kehilangan kualiti pendidikan dan ekuiti
pendidikan yang diwar-warkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

3.0 Norma Kedua


Norma kedua atau Isu kedua ialah Guru-guru di sekolah diarah dan diberi
kelonggaran untuk mengajar subjek teras pada masa pengajaran subjek elektif
seperti pendidikan jasmani, pendidikan seni visual, pendidikan moral. Ini secara tidak
langsung menunjukkan ketidakpatuhan etika oleh para guru dalam melaksanakan
tugas yang diwajibkan kepada mereka.
Secara jitunya, setiap matapelajaran yang disarankan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam bentuk Kurikulum standart Pendidikan untuk pengajaran
sekolah harian adalah wajib diajar kepada semua murid sekolah. Guru tidak harus
meningkari

arahan

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

dalam

melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Setiap Matapelajaran terdiri daripada


aspek-aspek istimewa yang boleh membina modal insan yang berahlak mulia
berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Arahan pegawai atasan atau kelonggaran daripada pihak atasan tidak wajar
dan tidak sejajar dengan konsep pentadbiran pendidikan yang mengutamakan kualiti
dan mutu pendidikan. Peranan sebegini yang ditunjukkan oleh pihak atasan
menjurus kepada guru-guru yang mengambil langkah mudah dengan hanya
mengajar subjek teras sekaligus membelakangkan nilai etika dalam profession
keguruan. Kontrovesrsi memang akan wujud diantara guru dan pihak atasan tetapi
demi konsep etika pihak pengurusan harus meneliti sistem pendidikan sekolah
secara mendalam sebelum mengambil dan memberi sebarang arahan kepada
subordinat.

4.0 Norma ketiga

Guru secara umumnya bertanggungjawab terhadap kselamatan murid dimana


sebarang aktiviti yang melibatkan murid samada berkaitan kurikulum ataupun
kokurikulum merupakan tanggungjawab penuh seorang guru. Kontroversi yang
selalunya berlaku dalam pentadbiran sekolah ialah pihak pentadbir akan memberi
arahan dan akan menyerahkan tanggungjawab untuk melatih dan membawa murid
untuk menyertai pertandingan sebagai peserta mewakili sekolah. Hal ini mungkin
dilihat remeh oleh segelintir pihak atasan atau pentadbir tetapi hal inilah yang akan
menyebabkan musibah yang besar jika terdapat kemalangan atau kecacatan kekal
semasa guru tersebut membawa murid-murid mewakili sekolah ke pertandingan
dengan kereta sendiri tanpa sebarang surat rasmi. Keselamatan murid adalah satu
aset besar sesebuah sekolah yang harus diambil kira dalam pergurusan pentadbiran
sekolah.

Guru yang diberi tanggungjawab untuk melatih murid untuk pertandingan


tertentu oleh pihak pengurusan sekolah harus memikirkan sebab dan spekulasi yang
bakal berlaku semasa perjalanan ke pertandingan dan semasa pertandingan itu
berjalan.

Jikalau

sesuatu

tidak

diingini

berlaku

sudah

semestinya

segala

tanggungjawab kejadian harus dipikul oleh guru yang membawa murid tersebut. Ini
secara tidak langsung akan menimbulkan satu kontroversi dimana guru tidak
berkenaan dalam membawa murid ke pertandingan tanpa sebarang rekod atau surat
rasmi

daripada pihak kerajaan atau pihak pentadbiran menyatakan bahawa

sekiranya berlaku apa-apa kejadian berlaku diluar jangkaan pihak pentadbir akan
menerima tanggungjawab dan akan menolong menyelesaikanya.
Tetapi, kebanyakan sekolah di malaysia tidak mengamalkan cara ini
melainkan guru yang melatih murid membawa murid ke pertandingan dengan
kenderaan sendiri tanpa sebarang surat rasmi daripada pihak atasan. Ini
menyebabkan guru membantah dan tidak menyokong tindakan pihak pentadbir yang
tidak beretika dalam menguruskan keselamatan murid. Seperti insiden dimana
Seorang guru dan tiga pelajar cedera apabila kereta yang mereka naiki terlanggar
bongkah simen sebelum terbalik di jalan Kuala Lipis Benta, Pahang pada 4
Februari 2015 tahun lepas yang mengorbankan seorang guru dan 4 orang anak
murid cedera parah.
Dalam kejadian ngeri tersebut guru dipersalahkan dan tiada insuran yang
diperuntukan atau tiada kebenaran rasmi daripada pihak atasan dan pentadbir
sekolah untuk membawa kereta persendirian guru untuk menyertai sebarang
pertandingan. Di sini kita boleh lihat dengan jelas sekali bahawa guru dipersalahkan
kerana tindakan pihak pentadbir yang mempunyai sikap yang beretika dimana pihak
pentadbir tidak menunjukan sikap yang professional dalam mengeluarkan arahan

secara rasmi melalui surat. Selepas insiden tersebut, guru-guru disarankan untuk
meminta kebenaran bersurat daripada pihak atasan sebagai tanda rasmi demi
keselamatan guru dan murid.

5.0 Kesimpulan
Konklusinya, etika dalam profession perguruan amatlah penting dan memainkan
peranan yang penting dalam mengembangan hubungan silaturahim antara
subordinat dan pihak pentadbir sekolah yang efektif. Amalan beretika dalam
pentadbiran sekolah juga penting dalam membina suatu pentadbiran yang efisien
dan proaktif dalam pembentukan modal insan yang cemerlang dalam kurikulum
dalam kokurikulum.

You might also like