You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI KEDUA 2014

Tarikh:

13 Ogos 2014

Masa:

1.10 tgh

Tempat:

Bilik Mesyuarat SKPM

Kehadiran:

Pn. Norashikin bt Saad (Pk Hem)


Pn. Nik Hafizah Bt Awang (S/U)
Pn. Hamiyah Bt Ismail
Pn. Noraini Bt Abdullah
Pn. Rusniza Bt Abdullah

AGENDA 1
Ucapan Pengerusi
Mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa Kebersihan Kantin kerana menghadiri
mensyuarat kantin kali kedua bagi tahun 2014.
(Tindakan: S/U Kantin)
AGENDA 2
Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
(Pn. Norashikin bt Saad)

1. Kebersihan makanan, pakaian, perkakasan, lantai, dinding perlu di titik beratkan. Ini
kerana pemantauan dari Kementerian Kesihatan mendapati perkara tersebut perlu di beri
perhatian.
2. Pelawat sila tanda tangan buku lawatan yang disediakan oleh pihak Pengusaha Kantin.
3. Markah telah dihantar tepat masanya ke Jabatan Pendidikan Perlis.
4. Sebarang perubahan dan pindaan berkaitan kantin perlu di kemaskini segera.
(Tindakan: AJK Kantin)

AGENDA 3

Mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas


Perincian minit menyuarat kali Pertama.
Perkara Berbangkit
1. Pakaian pekerja kantin iaitu kasut masih lagi belum sempurna tutup. Yang lain semua
baik.
2. Patikan markah kebersihan bulanan dihantar ke Jabatan seperti masa yang ditetapkan
iaitu sebelum 5 haribulan setiap bulan.
3. Tugas AJK adalah seperti di dalam menyuarat yang lepas. Sila jalankan tugas masingmasing.
3.1
Pn. Hamiyah ditugaskan memastikan murid dan pengusaha serta pekerja sentiasa
3.2

berdisiplin dan mematuhi peraturan semasa berada dikantin.


Pn. Rusniza ditugaskan memastikan persekitaran dan keceriaan kantin sentiasa

3.3

terjaga.
Pn. Noraini ditugaskan memastikan makanan yang dijual dan di makan oleh

murid makanan yang sihat dan berkhasiat.


4. Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Noraini bt Abdullah, dan di sokong oleh Pn. Rusniza
bt Abdullah.
(Tindakan: AJK Kantin)
AGEANDA 4
Kebersihan/Keceriaan Kawasan Kantin/makanan/pakaian
1. Semua guru SKPM terlibat menceriakan kawasan kantin sekolah. Proses ini
dilaksanankan secara bergotong royong bersama.
2. Peruntukan dikeluarkan oleh Pengusaha kantin dan guru-guru sendiri.
3. Poster dan info t berkaitan kebersihan dan kesihatan disediakan dan perlu dilekatkan
dengan kadar segera ditempat yang sesuai.
4. Pastikan pekerja memakai pakaian yang mematuhi syarat yang disediakan.
5. Makanan yang dihidang perlu sentiasa bertutup untuk mengelakkan lalat dan habuk.
(Tindakan: AJK Kantin)
AGENDA 5
Markah Kendiri dan Bulanan
1. Sila pantau markah kendiri yang dibuat oleh pengusaha kantin. Pastikan disiapkan tepat
pada waktunya.

2. Markah bulanan telah dihantar tepat pada waktu yang ditetapkan ke Jabatan. Terima kasih
kepada SU. Pastikan penghantaran berterusan tepat pada waktunya.
(Tindakan: AJK Kantin)

AGENDA 6
Penjualan Makanan
1. Sila nasihati pengusaha kantin memasukkan sayur ke dalam makanan murid supaya
murid mendapat khasiat sepatutnya.
2. Kekalkan tiada penjualan makanan yang tidak sihat.
3. Semasa mengendalikan makanan minta pengusaha memakai sarung tangan yang
bersesuaian supaya bersih dan selesa dipakai.
(Tindakan: AJK Kantin)

AGENDA 7
Hal-hal Lain
1. Kekalkan markah kebersihan kantin iaitu 90 markah ke atas.
2. Pastikan singki yang rosak di perbaiki segera.
3. Jangan bagi murid masuk ke dalam kawasan kaunter jualan.
(Tindakan: AJK Kantin)

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat
tersebut. Semoga apa yang dibincangkan dapat sama-sama dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(Pn. Nik Hafizah bt Awang)


Setiusaha Kebersihan Kantin
Sek. Keb Padang Melangit

You might also like