You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TULAI

96500 MERADONG, BINTANGOR, SARAWAK


PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

SEJARAH SK TULAI
Sekolah ini telah mula ditubuhkan dan dibuka untuk
sesi persekolahan pada 20.01.1958 oleh Pegawai Daerah
Binatang Mr. Contrell. Nama asal sekolah ini ialah SRK. Ulu
Sg. Tulai. Guru yang pertama mengajar di sekolah ini
aialah Mr. James Jingan Nyala (III B). Jumlah murid pada
masa itu ialah 30 orang (18 lelaki & 12 Perempuan). Hanya
sebuah kelas Tahun 1 dengan purata umur murid 11
tahun. Pengerusi PIBG ialah Mr. Bawin. Sekolah ini dibina di
kawasan yang rata dengan keluasan 2 (dua) ekar.
Bangunan sekolah dibina oleh masyarakat tempatan
dengan menggunakan tiang kayu dan berbumbungkan
atap nipah.
Pada 4.01.1959, Mr. James Jingan telah diganti oleh Mr.
Jimmy Blonde (III A). Hanya 31 orang murid dalam satu
kelas.
Pada tahun 1960, Mr. Bunya Nyawai (III B) telah
dihantar ke sekolah ini sebagai penolong guru. Enrolmen
murid seramai 43 orang untuk Kelas Primary 1 dan Primary
3.
Mr. James Jinggan (III A) kembali mengajar di sekolah
ini setelah mengikuti latihan perguruan. Enrolmen murid
ialah 30 orang. Penolong guru ketika itu ialah Mr. Andrew
Essai (III B) dan beliau hanya mengajar selama tiga bulan
sahaja.
Pada tahun 1965, Mr. Hilary Tawau ak. Mason (III A)
telah dihantar ke sekolah ini menggantikan Mr. James
Jinggan. Enrolmen murid ialah 26 orang sahaja.

Pada 15.01.1968, Mr. Joseph Bujang (III A) telah


dihantar untuk bertugas mengajar di sini. Pada masa yang
sama sekolah ini telah dipindahkan dari Ulu Sg. Tulai ke
Ng. Sg. Rusa (ke hilir sungai). Pada masa itu, sekolah ini
telah memperolehi nombor pendaftarannya iaitu AS. 686
dan ianya digunakan sehingga kini.
Pada tahun 1969,Majlis Daerah Binatang telah
memulakan pembinaan sekolah baru. Mr. Ting Chek Kiong
telah dihantar bertugas mengambil alih Mr. Jelanie Jimbun
pada 11.01.1970. Pada akhir Disember 1969,sekolah ini
telah siap dibina dengan dua buah bilik asas tempat
belajar dengan sebuah bilik Guru Besar. Pengerusi PIBG
pada masa itu ialah En. Geruna ak. Gaung.
Guru Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah
Kebangsaan Tulai adalah Encik Joseph Bujang pada tahun
1968 hingga 1971. Pada tahun 1972 hingga 1978 ialah
Encik Ting Chek Kiong manakala pada tahun 1979 hingga
1988 ialah Encik Patrick Ling Sing Hui. Pada tahun
berikutnya iaitu 1989 hingga tahun 1990 ialah Encik
Beribon Galang.
Encik Yong Sung Wei @ Engkamat Yong telah
mengambilalih sebagai Guru Besar di sekolah ini pada
tahun 1991 hingga tahun 2003. Pada tahun 2004, Encik
Daud @ Mohd. Daud bin Ikeram pula telah menjalankan
tugasnya sebagai Guru Besar di sekolah ini hingga awal
tahun 2006.
Pada 16.02.2006, Encik Gregory Kuah anak Rames
DG34, pula telah diamanahkan untuk mengambil alih
tugas sebagai Guru Besar di SK. Tulai.

You might also like