You are on page 1of 1

Materialisme adalah sifat yang tergolong dalam kehidupan masyarakat di alam

kebendaan. Bagi pandangan & pemerhatian saya, materialisme ini semakin


terserap ke dalam sanubari masyarakat dunia yang sedang terkejar-kejar untuk
mencari kesenangan dunia dengan kebendaan yang ada disekeliling mereka. Sikap
ini dilihat sentiasa diwarisi oleh generasi-generasi baru, iaitu dari ibu bapa ke anakanak sehinggalah ke anak cucu mereka. Maka wujudlah suatu budaya baru yang
semakin mendominasi global iaitu BUDAYA MATERIALISME. Lebih membimbangkan
lagi apabila budaya ini membawa imapak negatif yang terlalu dasyat kepada
persekitaran. Memanglah kita sebagai individu tidak dapat melihat kesannya yang
besar itu, tapi apabila kita renung-renungkan apa yang berlaku pada dunia hari ini,
semuanya berkait rapat dengan budaya materialisme yang semakin kerap
diamalkan manusia sekarang.
Sikap dan sifat yang mementingkan kebendaan ini cuba ditanam dalam diri remaja.
Mereka cuba dimomokkan dengan cara berbelanja, corak kehidupan, memilih kerja
dan membina impian mereka. Segala perjalanan hidup mereka penuhi dengan nilai
kebendaan semata-mata. Hingga ia melahirkan falsafah, guna segala sumber alam
yang ada dan jangan fikirkan apa yang perlu ditinggalakan kepada generasi akan
datang. Ini kerana segala apa yang kita miliki perlu kita habiskan hari ini juga. Ini
juga menyebabkan lahirnya gaya hidup berbelanja segala pendapatan yang
diperolehi, tanpa perlu memikirkan keadaan akan datang. Konsep berbelanja
dengan sederhana serta, menjadi pengguna yang bertanggungjawab tidak wujud di
dalam nilai kehidupan materialisme.
Situasi sebeginilah yang menemani generasi muda dalam proses pembesaran
mereka hingga merasakan budaya sebegini adalah perkara utama yang perlu ada
dalam kehidupan. Tidak salah untuk memilih kerja atau membina impian tetapi,
apabila mereka cukup dewasa, maka apa yang diajar oleh orang tua mereka akan
diaplikasikan, malah dengan lebih teruk apabila budaya itu disalahgunakan. Kuasa
yang ada ditangan mereka digunakan sewenang-wenangnya. Apa yang lebih
ditakutkan ialah mereka akan melakukan kesalahan untuk memenuhi tuntutan
kehidupan materialisme mereka itu.
Cuba renung-renungkan kenapa berlakunya penindasan, perang & sebagainya?
Semuanya disebabkan oleh pengaruh nafsu materialistik yang mengaburi mata
seseorang itu untuk bersifat seperti manusia yang kasih-mengasih